Alpha To Omega: October 2008

Thursday, October 30, 2008

Monolog untuk Mama

Allahumma isyfi Ummi..

Salam.
Pada beberapa hari yang lepas, saya dapat sms daripada kakak saya di Malaysia (Naeemah), berbunyi ;
'Mel, plz doakan mama, she's very sick now, we r on da way to hosp'
... malam itu aku lihat sms di sent pada pukul 230pagi waktu msia, aku di mesir pukul 830 mlm, lepas isya'. Tengah baru nak bersemangat study, hilang trus semangat. Ku tingkatkan tawakkal dan doa.. Tingkat dan tingkat..
Mama kena asthmatic attack, beberapa hari yang lepas, sekarang mama sdg berehat di rumah, dan kena ambil nebulizer about 4hour sekali.

Mama,
Sebuah nama sinonim yang mengajar aku mengenal erti kasih dan sayang. Mama yang mula-mula sekali mengajarku mengaji Quran, ketika aku berumur lingkungan 4-5 tahun, aku pada masa itu baca muqaddam.

Mama,
Seorang ibu yang sangat prihatin dan penyayang (ayat skema kan?) tapi memang sepadan dengan nama bugisnya Endok Sempo yang bermaksud ibu yang penyayang. Banyak sangat cerita-cerita bersama mama yang boleh membuat ku tergelak ketawa senyum serta menangis.

Mama,
Seorang yang suka mengupah anak-anaknya bila tolong dia buat kerja, aku ingat lagi sewaktu aku kecil, ketika di Ampang Jaya (rumah lama sblm berpindah ke Tmn Sri Ampang), aku ingin basuh pinggan. Selepas itu, mama bagi aku duit seringgit. (mmg hepi la budak2 dapat duit kan.. aku ingat, ..) Dan bila di Tmn Keramat, aku pernah menolongnya memotong rumput (pakai mesin rumput tu), dan mama beri upah rm10. (*lepas la duit henfon / minyak pegi Shah Alam sekali round).

Mama,
Seorang yang sangat suka mendoakan anak-anaknya, sangat menggalakkan anak-anaknya. Aku selalu tak tidur malam (waktu dahulu ya!) dan masuk bilik mama waktu pukul 2-3 pagi, aku lihatnya bersujud tawadhuk menghadap Rabbnya, sudah pasti memohon untuk kebaikan anak-anaknya. Buktinya apa? Boleh aku tunjukkan msg2 nya yang terkandung sejuta satu doa, ketika waktu exam Azhar 07/08. Sungguh syahdu dan mendalam mama ku sayang.

Mama,
Seorang yang sangat dalam kasih sayangnya. Boleh saya katakan sentimental and berjiwa jiwang2 (bak kata remaja sekarang *saya bukan remaja lagi ya!), biasalah perempuan, semuanya begitu. tapi mama ku ini menyalurkan perasaannya dengan cara yang amat baik. Aku dapat katakan di sini, biasanya orang-orang yg sentimental ini suka menterjemah isi hatinya. Mamaku ini suka menulis. Aku ingat lagi ketika beliau diserang asthma ketika aku di tingkatan 3 or 4. Tak ingat. tapi sempat beliau (selepas sembuh) menulis sebuah cerpen atau karangan yang berkisarkan monolognya selama beliau sakit. Sungguh mendalam sekali tulisannya.

Mama,
Jiwamu amat penyayang dan prihatin. Aku ingat lagi ketika engkau menyuapkan aku pada akhir tahun 2003, ketika aku menghidap denggi, di hospital. Ketika engkau memegang tanganku yang sejuk menggigil, engkau salurkan segala 'aura'mu yang membakar semangatku untuk cepat sembuh. Engkau bercerita kepadaku macam-macam cerita, engkau sediakan keperluan-keperluan ku, engkau berikan aku buku2 komik (ketika itu ya!) yang menjadi bahan penghibur ku pada waktu itu. Engkau yang pergi 'frame'kan khat ketika aku dapat tempat ketiga dalam pertandingan pada tahun 2002. Engkau yg uruskan urusan musabaqahku tiap2 kali aku masuk pertandingan tahfiz.

Mama,
Jasamu tidak dapat ku kira. Apatah lagi mahu ku balas. Aku yakin walau nyawaku dipanjangkan seribu tahun, langsung tidak dapat ku samakan dengan jasamu walau satu hari. Dirimu amat bermakna, pengalaman bersamamu sangat berjasa. Cerita-ceritamu membuatkan persepsi ku banyak berubah. Cerita It's Good sangat-sangat mengubah persepsi hidupku. Cerita Jambatan sangat memberiku semangat. Cerita-ceritamu memberiku inspirasi dalam menggarap kejayaan. Dan dalam berjuang atas jalan yang kita sama-sama lalui.

Mama,
Aku sentiasa mendoakanmu, agar engkau cepat-cepat sembuh. Rindu sekali aku ingin berbual panjang denganmu, ingin sekali mendengar gelak tawamu, nasihat-nasihatmu, dan cerita-ceritamu. Aku sayangkan mama.
Ya Allah sembuhkanlah mamaku, sesungguhnya dia adalah sang pendakwah dan ibu yang hebat!.

Allahumma isyfi Ummi.
Allahumma kaffiridz dzunub,
Allahumma tsabbitil qulub,
Allahumma ridhoka mathluub.

Moga-moga tulisan ini dapat mempercepat kesembuhan mama tercinta.
Monolog buat Mama.
Daripada anak Mama.
30 Okt 2008 / 30 Syawal 1429H

Bersama Mereka Yang Lama


Salam. Kif hal? Harap-harap semua sihat-sihat belaka.

Sebelum ini, saya telah menghadiri Kursus Kepimpinan dan Kerjaya, anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), dan dapat bertemu seorang yang telah lama dalam arena 'dakwah'. Namanya Prof. Dato' Yusoff b Hj Othman (salah seorang ahli majlis syura ABIM kini).

Beberapa hari lepas, saya dan beberapa ahli Tanta mengadakan sesi bersama Wakil Kamus Al-Miftah. Duta bagi kamus tersebut adalah Nazrey Johani (ex-Raihan). Dipendekkan cerita, sempatlah kami bersembang, dan ambil beberapa faedah. Seperti sedia maklum, saudara Nazrey ini dulunya kristian, dan telah memeluk Islam, pendek ceritanya, apa yang ditekankan dalam ucapan beliau adalah kepentingan memperjuangkan agama Allah, tanpa mengira apa-apa wadah dan jemaah - untuk memberi semangat kepada kami, pelajar-pelajar syariah.

Semalam, saya bertemu dengan Prof Dr. Hatta Shaharom, yang merupakan bekas Presiden JIM. Dapat juga berkongsi beberapa faedah daripada beliau, beberapa petua atau tips, untuk terus dalam saf dakwah.

Demikianlah tiga episod yang baru saya lalui bersama mereka, mungkin tak sampai sejam dua, tetapi bagi saya cukup bermakna, mungkin untuk mematangkan umur dakwah saya barang sepuluh atau dua puluh tahun. Insya-Allah.

Dan di sini saya mahu kongsikan bersama-sama pembaca blog ini, moga-moga dapat memberi manfaat. Saya kalau bertemu dengan orang-orang yang 'telah lama' ini, suka bertanya satu je soalan, atau satu bentuk, "Apa petua / cara-cara untuk terus istiqamah dan tsabat dalam dakwah".

Soalan yang sama saya tujukan kepada dua orang pertama, dan yang ketiga lain sedikit bentuknya.

Jawapan daripada Dato' Yusoff ;

" Pada pendapat saya, seorang daie mesti lain daripada yang lain, mereka tidak sama. Dan yang kedua, daie yang sebenar adalah yang bercakap dengan isu dan maklumat yang tepat (maksudnya dikaji selidik kebenaran dan kesahihannya, rasanya mungkin maksud beliau adalah bersikap kritikal terhadap maklumat yang disampaikan, bukan berita-berita khabar angin atau cakap kosong)"

Jawapan daripada Nazrey Johani ;

" Saya pegang satu benda dalam hidup saya ni, kalau pun kita rasa jauh dengan Allah, banyak maksiat kita buat, jangan sekali-kali kita jauhkan diri kita daripada Allah, daripada Al-Quran, sebab kalau kita jauhkan juga, makin lama kita akan makin jauh. So kita kena sentiasa dekat-dekatkan diri dengan Al-Quran, sebab di situlah Allah bagi petunjuk kat kita. Inilah falsafah hidup saya. Saya jarang kongsikan falsafah hidup saya ni. "

Jawapan daripada Prof Dr Hatta Shahrom ;

" Saya sebelum masuk harakah dakwah ini, saya pernah masuk Tariqat. Tapi setelah itu saya tinggalkan tariqat dan ambil apa yang baik, kemudian saya masuk dalam dakwah. (kemudian disebutlah beberapa nama-nama orang yang pernah bersama beliau ketika muda dulu di Mesir). Apa yang saya simpan sampai sekarang adalah bagaimana mereka berzikir dengan penuh khusyuk, (kemudian diceritakan keadaan berzikir bagaimana dan sebagainya), dan bagaimana mereka menghormati guru, cuma mereka (golongan tariqat yang bid'ah) tu terlalu taqdis kan guru mereka (suci2kan sangat) sampai melebih2 "

- Point beliau kat sini mungkin kita boleh highlight kan kat Zikrullah.

Sebelum ini pernah juga saya tanya kepada ayah saya, yang telah bergiat dalam arena ini lebih kurang puluhan tahun juga, tanya soalan yang sama, tapi papa saya jawap simple saja ;

"Zikrullah, kita nak merasakan Allah sentiasa hadir bersama kita, untuk mencapai Ihsan, dan bila kita rasa Allah sentiasa bersama kita, kita akan tinggalkan perkara-perkara yg tak patut, dan Allah akan jaga kita." -lebih kurang camtu la ayatnye, ditanya dalam perjalanan ke Cairo International Airport untuk ke Malaysia pada Feb 08 yang lepas.

So begitulah beberapa jawapan mereka, mungkin boleh kaitkan dengan beberapa ayat Al-Quran, boleh cek sendiri ya ;

"Dan apabila hamba-Ku bertanyamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku ini dekat, Aku menjawap doa orang yang meminta ketika meminta-Ku, maka hendaklah hamba-hamba-Ku meminta jawapan pada-Ku dan beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk" - Surah Al-Baqarah

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah ALlah dengan zikir yang banyak, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang, Dialah yang bersalawat (memberi rahmat) bersama malaikat-Nya (mendoakan) kepadamu untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan Maha Penyayang bersama orang-orang yang beriman" - Surah Al-Ahzab

"Dan Rasul telah berkata ; Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjauhkan diri mereka daripada Al-Quran" - Surah Al-Furqan
**Nampak Nabi S.A.W telah mengadu kepada Allah kerana umat menjauhkan diri daripada Al-Quran, oleh itu kena sentiasa dekat lah ye **

"Dan ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu" - Surah Al-Baqarah

dan banyak lagi nak kaitkan.. apatah lagidengan hadis.

Kesimpulannya, saya tidak berniat nak menyentuh bab manhaj dan fikrah mereka, tapi yang penting perjuangan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah itu mereka terus tersemat dan tsabat di atas jalan yang mereka imani. Saya yakin bahawa sekiranya kita pakai petua yang sama, pasti akan mendapat hasil yang sama (utk terus bersemangat dan tsabat serta istiqamah dalam arena kita).

"Katakanlah wahai Muhammad, setiap orang bekerja / beramal untuk kumpulannya, maka Tuhanmu lebih mengetahui jalan yang mana satu paling tepat dan paling diberi petunjuk" - Surah Al-Israa'

Akhir kata, semoga kita semua peroleh manfaat. Sekadar perkongsian.
Salam.

p/s : Doakan kami semua di Mesir, agar dapat apa yang dicita-citakan. Ameen.







Friday, October 24, 2008

In the Deep Meaning of the Mighty Word


Salam to all. How are you? Hope you’re great and fine. This is going to be simple, but deep. Maybe Allah just gave me some of His wisdom, to share things like this.

Recently, I always think of the oppression that happened to be to the pious of our Prophet PBUH. Just let me go through it for a quick glance. Think of Ammar Yasir’s family, when they were killed, all of them, except Ammar bin Yasir R.A because he pretended to murtad. Think of Abu Bakr As-Siddiq R.A, when his leg were stung by a scorpion in the cave of Tsur, and more than it, he was the one who carried the Prophet on his back, climbing the cave of Tsur.

Mus’ab b. Umair, who was once one of the rich and famous men in Makkah. But after he was converted (or reverted) to Islam, he left all his wealth and fame. Being a zahid (ahli zuhud) and was sent by our Prophet PBUH to so-called Yatsrib, to da’wah the people of Yatsrib, to found the Islamic generation in there, for welcoming the migration of the Prophet PBUH. Think of the six men of Khazraj, when our Prophet met them, in the musim Hajj, to invite them to Islam and they all agreed to meet at that place, the next year. Then the next year they came with another six men, and it all counts to 12 men (The First Aqabah Pledge). It was very a great result.

Think of Bilal b. Rabah, he was once one of the slaves to Abu Sufyan (if I’m not mistaken), when he was being lied down on the desert, and the big stone was put behind his back in the hot boiling-water weather. He kept saying “Ahad, Ahad” when the musyrikin forced him to confess that there’s other God than Allah. He refused and kept his mouth saying what is true.

Think of Khubaib b. Adi, he was captured by musyrikin Makkah, when he was sent by the Prophet to deal with them about something (I don’t remember, tell me if you know). It was said that he was crucified and was told if he wanted Muhammad PBUH to replace his place, he refused, and he preferred himself as the sacrifice for his beloved Prophet PBUH. Then the musyrikin began chopping down his body, and the question went as before, and the answer was never changed. Then he died as a syahiid.

There were so many stories of the pious, of the Prophet PBUH, that we can get so many lessons. If you can see through the Sirah of our Prophet PBUH, there were more, than we can get. Those stories could make a righteous man, with the deep thinking and feels, shed his tears. They (the pious) just tried to protect the kalimah “La Ilaha Illallah” in their hearts. They were oppressed and boycotted, were abused and their properties were stolen. And anything, that was beyond our expectation, the musyrikin did anything, because they said “La Ilaha Illallah”.

Then let’s see ourselves. Do we know what we’re on? What we’re saying? It’s just the word of the world change, the word of the biggest matter in the world. The word that brought the humanity reach its golden era, the word that brought happiness, justice, fair, clean, serenity and anything that do goods to humanity.

Our Prophet PBUH said ;
“The best word that being said by me and the other prophets before me is La Ilaha Illah”

The conclusion, how much we could understand this very word, in order to be in Jannah with our Prophet and his pious friends and companions. If we really want to be like them, or with them, then we should and must do like they did.

The road we take is not really far,
If we give it a simple but deep faith,
The road it is, not really still in it's alpha,
It's just you're in the first junction, still in the first breath.

Later.
Salam to all.
p/s : Please pray for our new session in Al-Azhar. Just began.




Tuesday, October 07, 2008

Eid Mubarak - Wida'an ya Akhawayy (Ust Hanis & Ali Husaini)


Salam.

Eid mubarak dan selamat hari raya kepada semua.

Maafkan segala silap dan salah, zahirnya dan batinnya, dalam dan luar.

Jika ada sebarang masalah yang belum selesai, insyaAllah, saya menerima sebarang surat menyurat dan email-mengemail untuk menyelesaikan apa yang perlu.


Ramadhan telah pergi dengan seribu satu pengajaran. Waktu berlalu dengan begitu cepat. Ramadhan bertamu dalam hidupku sangat sekejap. Terlalu sebentar rasanya. Ramadhan bagiku tahun ini, aku takut-takut aku tidak diampunkan dosa, wal'iyazu billah.

Gambar - Dari kiri - Ikhwan, Ust Hanis, Ali Husaini.

Di sini saya ingin menyampaikan salam rindu dan sayang buat keluarga tersayang, sahabat-sahabat di Malaysia dan seluruh negara yang sudah lama tak ketemu, salam aidilfitri daripada saya, yang jauh di Mesir. Semoga kita dapat bertemu dalam kasih-Nya suatu hari nanti.


--- Formal Writing ---


Semalam, saya menghantar dua orang sahabat ke Cairo International Airport. Satu namanya Abd Hanis Muhammad, seorang yang bakal menjadi graduan Azhar. Seorang lagi namanya Ali Husaini Adzmi, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', tahun 1 (masuk selepas ting. 3). Ust Hanis mungkin-mungkin tidak lagi ke Mesir, kerana sudah habis B.A, walhal Ali Husaini yang kini baru di peringkat menengah, insyaAllah akan ke Mesir selepas habis SPM atau STAM beliau, samada jurusan perubatan, atau syariah, asalkan sampai Mesir dulu.


Perpisahan dengan dua orang sahabat, terutamanya Ust Hanis (kerana lama hidup dengan beliau) membuatkanku terkenang beberapa perkara-perkara yang kita tidak boleh tolak, atau dengan kata lainnya, hakikat-hakikat kehidupan, sebagai orang awam, dan sebagai da'ie.


Pada awal perkenalan dengan beliau, beliau di tahun 4, Syariah, dan cawangan Tanta, dan pada masa itu, aku baru sahaja di'tauzi'kan ke Tanta. Layanan yang mesra dan indah berbentuk ukhawi yang aku terima sangat dahsyat. Tidak perlu disebut satu-satu, cukuplah saya katakan bahawa beliau berperibadi 'tak kenal penat lelah' dan sangat-sangat meraikan kami (pada waktu itu sebagai pelajar-pelajar baru).


Kemudiannya kami (aku dan Ust Hanis) bergiat bersama di medan kami, iaitu Tanta. Bekerja bersama, berfikir bersama, dan pada waktu itu, saya merasakan adanya Ust Hanis sebagai orang lama di Tanta (walaupun hanya lebih setahun keberadaannya di Mesir berbanding diriku), menyebabkan saya (ketika itu) berasa selesa dan sejuk, kerana mengharapkan jasa-jasa mereka yang masih ada.


Masa berlalu, sehari, seminggu ... setahun.


Ust Hanis suatu hari berkata kepadaku ; Mil, tiket ana dah konfim 6 Oktober ini.

Tersentak sebentar hatiku. Wah, cepatnya masa berlalu. Dah nak balik dah sorang akh yang banyak berjasa.


Mungkin diriku sedih, dan beliau juga sudah pasti sedih, kerana meninggalkan bumi Anbiya' yang terbentang baginya seribu satu pengajaran dan pengalaman yang tidak dapat diperolehi di tempat lain.


Dalam airport, saya termenung seketika. Memikirkan beberapa pulangan-pulangan tarbawi dalam perpisahan ini.


1. Masa itu sangat pantas.

Sebagai seorang akh yang memahami kepentingan dakwah, pemahaman terhadap harga masa itu sama seperti kepentingan terhadap sebuah kehidupan. Kehidupan harian yang kita lalui saban hari langsung tidak mengenal erti ihsan dan kasihan kepada pemuda-pemuda yang 'lambat' dan malas. Sedar tidak sedar akhirnya barulah seseorang akan menghargai masa mereka tika waktu telah berlalu.

Betapa banyak amal yang dilengahkan ? Betapa banyak masa yang diisi dengan perkara-perkara yang lalai ? Hanya segelintir secubit kesungguhan masa barang seminit dua hasil peluh keringat otak yang berfikir sahaja yang bernilai, bagi seorang pemuda dakwah berbanding berjuta-juta jam dibazirkan . . pada saat beliau kembali mengenang kisah silam.. Betapa aku rasai hebatnya ungkapan hadits Nabi S.A.W :

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima ... dan waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu .. " - Hadits Shahih

2. Sebarang pertemuan, sekejap atau lama, sudah pasti fana'.

Keberadaanku bersama Ust Hanis dan perpisahanku dengan beliau, merupakan salah satu persinggahan aku dalam terminal-terminal sunnatullah dalam kehidupan. Perpisahanku dengan seorang akh yang berjuang di Mesir, pulang ke Malaysia, meninggalkan aku dan sahabat, meneruskan perjuangan. Perpisahan merupakan suatu hakikat kehidupan. Sama hakikatnya dengan pertukaran siang dan malam, pasang surut air, hidup dan matinya sesuatu ciptaan. Cumanya ia melibatkan dua pihak insan yang berakal dan berjiwa.

" Cintailah siapa sahaja yang engkau mahu, sesungguhnya engkau pasti akan berpisah dengannya " - Hadits Nabi S.A.W

Mahalnya harga perpisahan itu pada kenangan dan nilainya harga kenangan itu pada perjuangan. Nilainya harga perjuangan itu bergantung kepada sejauhmana dekatnya dengan perjuangan Nabi S.A.W, yang memperjuangkan misi terbesar di alam semesta, iaitu Jalan Lurus Menuju Sang Pencipta.

3. Walau apapun yang berlaku, perjuangan terus dan sudah pasti akan berjalan.

Jika bukan kita, orang lain, wal'iyyazu billah. Perpisahanku dengan beliau ini seolah-olah suatu isyarat untuk kita perlu menjadi lebih kuat dan tabah.

Tersentak aku apabila terlintas dalam hatiku ayat-ayat Allah yang berbunyi terguran kepada Nabi Nuh A.S ketika berpisah dengan anaknya yang disangkanya mendapat hidayah, tetapi sebaliknya. Dalam menelan kepahitan perpisahan dengan anaknya itu, langsung membuatkan Nabi Nuh A.S tidak berundur, sebaliknya perjuangannya di atas kapal ketika banjir yang maha dahsyat itu berlaku (boleh rujuk Surah Hud ayat 42-46). Bukan itu sahaja, malah baginda juga terpaksa berpisah dengan isterinya seperti yang disebut dalam Surah Tahrim ayat 10.

Lagi, kisah Nabi Ibrahim A.S ketika berpisah dengan Siti Hajar sang isteri yang penyabar, bersama anak yang masih kecil Ismail A.S. Bayangkan perasaan seorang bapa, yang akan berpisah dengan anaknya dan isteri, menuju ke suatu destinasi yang tidak pasti keselamatannya, mungkin akan pulang mungkin tidak, ditambah lagi si isteri dan anak ditinggal di suatu tempat yang tiada orang, langsung tiada apa. Hanya tawakkal sahaja penyudah segalanya.

Tapi nilainya perpisahan Ibrahim A.S di atas perjuangan dan misi yang Allah tentukan. Baginda berpisah bukan urusan kerja, bukan juga urusan-urusan duniawi yang lain, tetapi suatu urusan yang maha agung, yang menjamin kerusi di firdaus kelak.

Banyak lagi kisah-kisah ... yang mencoretkan hakikat nilai sebuah perpisahan, dan nilai sebuah harga untuk terus berada dalam kafilah perjuangan. Tidak berhenti, sudah pasti sejak azali. Kerana yang berhenti itu cuma kerana manusia, bukan kerana sifat kafilah itu sendiri.

Akhirnya yang menentukan di mana kita adalah, betapa kuatnya kita, betapa tabahnya kita, pada waktu itu.

Mungkin cukup sekadar itu sahaja beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama. Kalau terlalu banyak teori takut-takut tak terkejar dek amal.

"Sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah apa yang dibenarkan oleh amal" - Saidina Umar

Akhir kalam, semoga kita sentiasa melalui hari-hari dalam kehidupan kita untuk sentiasa berfikir mengagungkan Allah S.W.T, sentiasa bertasbih bersama-sama setiap benda di muka bumi ini,

" Dan tidaklah semua benda kecuali mereka bertasbih memuji Tuhan mereka, tetapi kamu semua tidak memahami tasbih mereka " - Surah Al-Israa'

kerana tasbih bersama makhluk-makhluk ini menjadikan kita lebih cenderung untuk kembali kepada fitrah makhluk yang tercipta, lebih dekat kita dengan fitrah, lebih dekat kita kepada Allah.

Sekian, mohon maaf segala salah dan silap, semoga kita dipertemukan ramadhan akan datang, bersama.

p/s : gambar-gambarku masa raya belum di upload ke dalam hard disk lagi, tunggu beberapa masa lagi akan dimasukkan insyaAllah.

p/s : It's no matter how strong you will be, it's the matter of strength you need to choose.

Wassalam.