Alpha To Omega: Catatan di waktu evakuasi 3

Sunday, April 03, 2011

Catatan di waktu evakuasi 3

Salam.

Apa khabar ? Alhamdulillah.

Sebentar lagi akan ke Kuantan. Saya teringat untuk post kan salah satu khawatir (lintasan hati) ketika hari evakuasi di Mesir pada februari lepas. Panjang sikit.

--

To spread, what we believe.

Salam.

4 Feb 2011

Keadaan di ARMA (singkatan bagi Asrama Rumah Melayu Abbasiyah) a.k.a DMAK (Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah) semakin tenang. Kedatangan ramai pelajar berjumlah 500 lebih dari muhafazah (daerah) Tanta disambut dengan baik oleh tuan rumah yang duduk di situ.

Alhamdulillah, aku berpeluang bertemu dengan ikhwah yang tinggal di Kaherah. Kebanyakannya jurusan perubatan. Saif Jamaluddin, mungkin boleh aku berinya anugerah informer yang terbaik kerana selalu update keadaan semasa kepadaku, juga dapat aku bermalam bersamanya di ARMA.

Sesampai di situ, pemikiran mula ligat berfikir dan merancang. Mulanya seperti biasa, dapatkan feel dulu dengan tempat sekeliling, cuba memahami, kemudian baru mulakan pengadaptasian diri dengan keadaan, dan mengawal roda kehidupan, dengan membawa arus kehidupan yang imani, tarbawiy dan islami.

“Apa kata kita insya’ (buat) program-program sikit-sikit, halaqah sikit-sikit, baru boleh tajdid iman kita, semua nanti kalau kita tak kawal habis dengan ikhwah-ikhwah sekali tak diprogramkan”, saja aku mulakan perbualan dengan salah seorang ikhwah di Kaherah.

“Ana bukan ape mel, sebelum ini kita dah target dah nak buat, tapi yelah, asik-asik emergency call jadi semua orang gelabah tak sempat nak buat, memang dah target nak tasmik quran dan baca buku hadis ganti-ganti serta buat sedikit perkongsian tapi … hari berlalu dan jadilah apa yang terjadi sekarang”, balas salah seorang ikhwah.

“Apa yang enta cakap tu dah disebutkan sejak Sabtu lepas lagi ketika Ustaz X masih ada, tapi tak jalan-jalan jugak”, tambah lagi seorang.

Dalam hati cuma terdetik. Bukan apa, sangat rugi kalau dalam keadaan yang genting dan baik ini kita tak gunakan peluang yang ada untuk dengarkan kepada manusia apa yang kita bawa. Bukannya kita mahu dominasi pelajar dan suasana, apa yang kita ada lebih mulia daripada semua tu. Aku hormati pendirian beberapa orang ikhwah yang dah sangat depressed kerana ada yang di kalangan mereka sudah lebih kurang 5 hari di ARMA terkurung, dengan beberapa harapan-harapan yang terpadam kerana beberapa masalah teknikal yang berlaku.

Untuk mengetahui apa yang berlaku pada ikhwah ketika hari-hari mereka di ARMA, tanyalah mereka sendiri.

Tak apa, bagiku hari pertama adalah hari percubaan dan hari yang aku sebutkan tadi, mendapatkan feel dan memahami suasana. Aku perhatikan siapa saja yang menjadi imam, dan aku lihat ada tak siapa-siapa yang tampil ke hadapan, paling kurang memberi taujihat (nasihat dan panduan) kepada para pelajar yang boleh dikatakan ‘morally down’ sekarang kerana berhari-hari menunggu giliran untuk ke airport namun belum lagi dipanggil-panggil.

Aku cuba lihat keadaan pelajar sekeliling, aku lihat pelajar Tanta yang lelaki, masyaAllah bilangannya lebih kurang 300+. Lebih dari separuh yang aku tak kenal namanya dan mukanya pun tak pernah nampak. Hatiku mula gelisah kerana bersalah. Selama 3 tahun lebih aku di daerah itu, namun dakwah yang aku fahami ini masih belum sampai kepada hatta separuh pun penduduk Tanta. Nampaknya memang benar sungguh kata-kata Al-Banna, “Kewajipan lebih banyak daripada masa”.

Aku pantau sekeliling, cuba rapati beberapa kenalan pelajar perubatan junior dan lihat apa yang mereka lakukan. Seperti remaja biasa, melayan laptop dan menonton movie beramai-ramai, bersembang-sembang kosong dan bermain game.

“Hati itu ibarat vakum, jika tak diisi dengan perkara baik, yang lain pula yang akan mengisinya”

Malam itu aku sembang dengan salah seorang pelajar tahun 1 perubatan Tanta. Aku dah kenal dia dalam tempoh 4 bulan, agak rapat juga dengan ahli rumahnya. Sembang-sembang, aku buka topik remaja, Islam yang aku fahami, dan beberapa persoalan umum yang mereka utarakan. Saja aku ‘islamize’ kan malam mereka itu dengan perbincangan-perbincangan yang islamik, at least mereka kenal siapa aku, dan apa yang aku humumkan (fikirkan/risaukan), apa yang aku bawa dan sediakan untuk mereka. Kalau ada apa-apa, mereka akan datang kerana kita datang pada mereka dulu.

Abd Karim Zaidan dalam buku Usul Dakwahnya ada mengatakan ; “Daie itu mendatangi manusia, bukan didatangi manusia”.

Jangan ingat bila kita fahami fikrah dan dakwah, kita sudah dikira daie kalau kita masih berdiam diri dan tak mahu bergaul dengan manusia-manusia sekeliling. Jangan ingat jika kita didatangi manusia dan manusia mengadu masalah lalu kita menyelesaikannya, kita sudah dikira daie hanya kerana cebisan idea yang kita tahu dan fahami. Tidak sekali-kali, demi Allah.

Sesungguhnya, bagi saya, ia adalah kepenatan melayan kerenah manusia, keseganan ketika menghadiri majlis-majlis mereka yang kita ini hanya seperti salesman yang mencari pelanggan, kehabisan poket membelanja mereka, kesedihan jika ditolak dakwah kita, dan kepuasan memahamkan mereka dengan apa yang kita bawa.

Selagi kita tak mencapai erti-erti itu, sesungguhnya kita belum benar-benar beriman dengan dakwah ini. Syed Qutb cukup cantik menghuraikan tabiat dakwah ini, yang ia nukilkan dalam tajuk Tabiat Manhaj Qurani dalam buku Maalim Fi Tariq, Petunjuk Sepanjang Jalan.

Beliau menyebut (saya ringkaskan) ;

“Islam adalah akidah, dan harakah”

Akidah yang kuat, pasti akan meletup kerana ia ibarat cahaya yang berkilau, pasti menyinari apa yang ada sekelilingnya. Beliau juga menyebut,

“Seseorang itu tidak akan memahami Islam dengan sebenar-benarnya melainkan apabila dia bergerak dalam sebuah perkumpulan harakah (untuk membawa Islam)”

Ya, ia adalah sebuah bentuk arus perjuangan, yang akan menghadam dan menewaskan sesiapa sahaja yang menyekat jalannya. Ia adalah sebuah perasaan izzah (bangga) dengan sebuah kebenaran yang tiada kebenaran melainkan ia. Tiada kalimah yang lebih tinggi daripada islam itu sendiri. Jika kita tak memahami beberapa hakikat perjuangan seperti ini, bagaimana kita boleh rasa kebenaran hadis ini ;

“Islam itu tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi darinya”

Dan juga ayat ini ;

“Dialah yang mengutuskan rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, untuk mengatasi segala agama-agama lain, dan cukuplah Allah sebagai saksi” – surah Al-Fath

Malam itu aku melelapkan mata selepas taklimat evakuasi dan nombor giliran. 401, aku tuliskan ia pada tangan kiri. Mulanya nak justifikasi nombor supaya boleh nampak apa-apa sempena. Namun tak jumpa-jumpa juga. Takpalah. Mungkin belum jumpa lagi. Wallahua’lam.

Wassalam.

Catatan untuk 4 Feb 2011.

ASME

---

** untuk pengetahuan, secara kebetulannya giliran saya di Jeddah juga adalah 401. Rasanya dah mula nampak justifikasi nya. Wallahua'lam.

Wsalam war wabt. 


0 Comments:

Post a Comment

<< Home