At the oasis
Salam.
Kif hal ? Moga semuanya sihat sejahtera. Alhamdulillah keadaan saya stabil. Alhamdulillah.
--
The oasis, we are
Semalam tiga orang sahabat seperjuangan saya balik ke Malaysia, for good. Kehilangan sekali tiga orang sahabat merupakan satu perkara yang agak memilukan. Apapun, insyaAllah saya doakan moga ketiga-tiga sahabat saya berjuang di Malaysia dan terus istiqamah. Ameen insyaAllah.
Selama saya berada di Mesir ini, walaupun dengan tempoh baru tiga tahun lebih, banyak sangat yang saya pelajari. Berada dalam komuniti dakwah dan tarbiyyah adalah salah satu nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada saya. Komuniti inilah yang banyak membentuk diri saya dan cara saya berfikir, memahami Islam dan mempraktikkan Islam itu sendiri.
Saya suka dengan perumpamaan yang dinukilkan oleh Abu Ammar dalam Al-Muntalaq dalam bab terakhir : Tarkiiz la Takatsur (Fokus, bukan meramaikan). Yang sampai hari ini saya meremang bila baca bab yang terakhir itu.
Beliau menyebut ;
"Dakwah Islam itu adalah ibarat oasis yang punyai pohon-pohon yang rendang di tengah padang pasir yang kering kontang. Ia menjadi tempat persinggahan angkatan musafir yang berkelana untuk berteduh di bawah naungannya, dan meminum airnya serta bermesra dengan penduduknya. Berapa ramai anak-anak muda telah mendapat asuhan Islam sebelum mereka dewasa dan melalui zaman muda mereka dengan selamat setelah menikmati teduhannya dan bergaul dengan penduduknya walaupun mereka tidak dapat meneruskan perjalanan mereka (bersama saf dakwah) disebabkan oleh faktor-faktor luaran (dorongan dan ancaman).
Berapa ramai orang yang was-was ditarik oleh dakwah Islam kepada keyakinan dan orang mukmin yang jahil kepada ilmu. Sumbangan dakwah ini sangat besar ertinya dalam pertimbangan syariat. Proses dakwah telah menjelaskan banyak perkara-perkara syubhat dan samar. Melalui dakwah, banyak tuduhan dapat ditolak dan ramai orang yang dizalimi dibela dan disanjung. Semua sumbangan itu sangat besar ertinya di sisi Islam" - Al-Muntalaq
Oasis di tengah padang pasir, merupakan satu sumber kehidupan kepada sang musafir yang berkelana.
Saya sentiasa memerhati beberapa jenis manusia musafir yang singgah di oasis ini, dan melihat ragam-ragam mereka. Ada yang datang untuk singgah meminum air ketika kehausan. Ada pula yang datang kerana suka bermesra dengan penduduknya kerana kemesraan yang ada pada jiwa-jiwa penduduk ini. Ada pula yang mencari seberapa banyak mungkin manfaat peribadi sendiri kemudian meninggalkan oasis ini, tanpa terima kasih dan ucapan penghargaan.
Sangat sedikit manusia yang mahu tinggal bersama untuk berkhidmat kepada manusia, memberikan nyalaan pada pejalan kaki yang kesesatan dan menunjukkan harapan sebuah hidup yang baru kepada manusia yang bergelumang dengan keputus-asaan.
Ia juga boleh diibaratkan dengan sebuah unggun api yang memberikan nyalaan kepada orang yang kesesatan di padang pasir waktu malam, seperti syair Abdul Wahab Azzam yang menganalogikan ia bagai kata-kata si bapa kepada anaknya ;
Marilah wahai anakku, nyalankanlah api itu sepanjang malam,
Nyalakanlah api itu, semoga api itu menjadi penunjuk,
Nyalakanlah ia wahai si manjaku,
Sesungguhnya para daie dalam kehairanan,
Nyalakan ia untuk para pengembara di padang yang luas ini,
Marakkan api dan nyalakanlah baranya,
Semoga para pengembara segera datang kepadanya,
Usirlah kegelapan yang pekat ini,
Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu,
Itulah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita,
Itulah sebaik-baik penghibur bagi yang menyalakan api hidayah itu,
Ia bukan tempat persinggahan terakhir yang menjadi matlamat para pengelana,
Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari panduan,
Bekalkanlah kami dengan kehanyatan cinta dan tanggunjawab,
Bekalkanlah kami wahai puteri si manjaku, dari nyalaan hidayah ini. - dipetik daripada Al-Muntalaq, terjemahan Bahasa Melayu.
--
Inilah yang saya boleh kongsikan. Ia adalah gambaran perasaan yang sangat indah dan menyentuh hati. Apapun, inilah hakikat seorang daie, kerjanya bukanlah untuk maslahat peribadinya, tapi ianya kembali kepada maslahat ummatnya.
Ia adalah kebahagiaan yang hanya mampu difahami oleh sesiapa yang telah melangkah dan memberi jiwa.
Wallahua'lam.
3 Comments:
salam ustaz, ana nak tanya kenpa ramai orang menyarankan untuk belajar di mesir. Sebabnya tarbiyah di situ lebih kuat. Ana mahu bertanya apakah tempat lain tidak sehebat di mesir.... tolong. saya keliru....
wsalam war wabt.
utk persoalan ini, secara umumnya saya akan jawab, tarbiyyah semakin jadi lebih kuat jika kemahuan dalam diri kita itu lebih kuat.
secara khususnya, saya rasa tak sesuai cakap di public. boleh slow talk. sila add di YM.
wsalam.
terima kasih kepada ahmad.... ustaz ana pun mempunyai masalah yang serupa. dan ana yakin ramai lagi mempunyai masalah yang serupa ttg perkara ini. walaupun bumi itu tidak menyucikan, tetapi perkhabaran-perkhabaran mengenai mesir pun lebih kuat. harap ustaz dapat jelaskan...
Post a Comment
<< Home