Raya & Memories
Salam.
Kif hal ? Moga di bawah rahmat dan penjagaan Allah s.w.t.
--
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang yang mengenali diri ini, khususnya ibubapa dan keluarga yang tercinta di tanah air, serta sahabat-sahabat yang pernah bersama sebelum ini.
Juga ditujukan kepada seluruh warga Palestin yang sedang diasak teruk, warga Iraq yang masih berperang, warga Pakistan yang ditimpa bencana, warga Chechnya, warga Mesir yang dikasihi, warga ISMA, warga IKRAM, warga HALUAN, warga PAS, warga PMRAM dan semua umat Islam di seluruh dunia.
Kullu 'am wa entum bikheir (Moga kalian dalam keadaan sejahtera setiap tahun)
Segala kesalahan dan kesilapan lalu mohon dimaafkan dan diselesaikan sekiranya ada yang belum selesai. Saya juga mahu memohon maaf kepada semua yang pernah hidup dengan saya jika ada terkasar bahasa atau terlebih bicara atau kurang berbudi bahasa, minta dimaafkan dan ditabayyunkan sekiranya ada salah faham dan terasa hati.
Pepatah Melayu menyebut ;
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Rasulullah s.a.w menyebut ;
"Dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan keburukan tersebut"
Allah s.w.t menyebut ;
"Sesungguhnya kebaikan itu dapat menghilangkan keburukan, itulah peringatan bagi orang-orang yang beringat" - surah Hud
--
Rasa rindu di Malaysia mula terasa. Teringat saat bergurau senda dengan adik beradik serta keluarga. Teringat saat bermaafan sesama ibubapa sambil menitiskan air mata.
Teringat driving ke kampung dan bersembang dengan papa yang setia bersengkang mata untuk melayan si driver supaya tak mengantuk. Teringat buat kuih raya pada malam raya bersama mama yang tabah, Alak dan Imang yang rajin, dan Hikmat yang suka naik atas main game time kita sibuk isi cornflakes dalam butter cup.
Teringat lagu Akon yang Abg Uda suka sangat pasang dalam kereta. "Akon tu muslim tau" - pernah Abg Uda beritahu. Nobody wanna see us together but it's no matter no - antara lagu yang saya masih ingat.
Teringat sembang-sembang mengenai 'dunia sebenar' dengan Bangah di kedai mamak pagi-pagi buta. Pengalaman di dunia Kuala Lumpur, sebenarnya sangat buas dan kebanyakan rakyatnya materialistik, bukan apa, mereka 'dipaksa' untuk jadi begitu. Rabbuna yastur.
Teringat Adak buat bahulu gulung malam-malam raya. Makmah yang suka buat lawak pecah perut di kampung. Ucu yang selalu jadi mangsa sakat abg-kakaknya. "Alah kau ni kan ..!" - kata-kata yang biasa Ucu cakap.
Teringat jenaka Pakcik Selamat menambah keriangan rumah peninggalan Allahyarham Atok Yek. Teringat Auntie Dayat bawa balik kampung daging sate, yang biasanya itu paling cepat habis. Teringat Pakcik Khairuddin yang cukup mesra dengan kami. Teringat nenek yang sangat kuat bekerja. Tahun lepas kami cucunya buat 'burasak' (makanan tradisi orang bugis) beramai-ramai. Tahun depan kalau ada rezeki, nak talaqi amik sanad burasak daripada nenek insyaAllah.
Indah sungguh kenangan-kenangan di Malaysia.
Ya, tanpa kenangan kita tak akan timbul perasaan rindu dan cinta. Tanpa kenangan kita tak mampu untuk setia. Tanpa kenangan, kita tak mampu hargai jasa-jasa orang sebelum kita. Tanpa kenangan .. kita tak mampu memahami erti hidup seorang manusia.
--
Jadi,
binalah kenangan-kenangan yang bermakna,
agar di waktu kita tiada nanti,
ia sedap didengari generasi seterusnya.
4 Syawal 1431H
Tanta, Mesir.
2 Comments:
salam
auntie Kamaliah ada amik resepi burasak n ia x semudah yg disangka utk disediakan.
sye pn x sempat merasa burasak tahun ni sbb raya ketiga dah habis. nenek kata nak buatkan lagi sblm kami berangkat semula ke Mesir.
just to share the memories that make us family.. :)
Taqabalallahu minna wa minkum.
Maaf Zahir dan Batin dari Husna Sani sekeluarga.
lama tak baca blog enta,mil..sibuk sgt..dh lama kering..=)
Post a Comment
<< Home