Fitnah meruntuh dan membunuh
Salam.
Apa khabar ? Sihat ? Alhamdulillah.
--
Cuba bayangkan situasi ini,
Ibubapa anda mendidik anda dengan penuh tekun dan mujahadah. Segala kesusahan yang dialami oleh mereka berdua tidak diceritakan bahkan disimpan dalam-dalam agar si anak tidak risau. Ayah berlapar demi mencari sesuap makanan si anak. Ibu sanggup menahan kempunan kerana tepung susu si anak kecil sudah kehabisan.
Si anak membesar dan diberikan didikan di sekolah yang mempunyai orientasi agama yang agak baik. Sang ibu dan bapa kerapkali mendorong sang anak untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang baik. Alhamdulillah, sang ibubapa mempunyai latarbelakang agama yang kuat, lalu menjadikan slogan Islam is A Way of Life sejak kecil didendangkan kepada si anak kecil sejak berumur sekolah rendah.
Si anak melangkah ke alam remaja. Banyak masalah-masalah keremajaan mula menimpa. Sang ibu membelai baik demi menggapai perhatian anak. Sang bapa memberi panduan tegas dalam membetulkan persepsi dan pandangan si anak muda yang dalam tempoh meningkat dewasa. Sang ibu kerapkali menggunakan idea yang kritikal dan membina dalam menyelesaikan kes si anak. Adakala masalah datang dalam bentuk emosi, adakala jiwa, dan adakala sahsiah diri sendiri. Si anak sudah mula diajak berbincang dan menyelesaikan masalahnya sendiri hasil perbincangan dengan dua orang tuanya yang lebih berpengalaman.
Orang tua yang berjaya adalah orang tua yang memandu, bukan memerintah. Si ayah kerapkali menyebut, "I want to be a guiding father, not dictating one".
Si anak menyahut seruan ayahnya lantas sering dibawa berbincang mengenai masalah-masalah yang berlaku dan perbincangan berlaku sihat kerana si bapa yang tenang sentiasa mengawal keadaan. Si anak sudah disuruh untuk berfikir sendiri dan kritikal dalam menentukan halatuju hidupnya.
Si anak dan ibubapa hidup bahagia dan saling bertoleransi dalam apa jua masalah keluarga yang berlaku. Sang ibu dengan belaian kasih sayangnya sentiasa tersenyum melihat kerenah anaknya yang kadang-kadang kurang matang dalam membuat keputusan, namun ia tetap ditangani dengan nada lembut dan membina. Sang bapa seringkali memberikan nasihat-nasihat orang lama dalam menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki, lebih-lebih lagi yang punyai risalah besar.
Hidup berjalan aman dan damai ...
Tiba-tiba,
Ada orang berjumpa dengan ibubapa anda, mungkin dia adalah kawan lama mereka, atau orang besar bagi mereka. Menceritakan perkara-perkara yang menampakkan seolah-olah anda ini buruk dan sesat. Menceritakan keburukan dan kesesatan apa yang anda buat. Menceritakan keburukan orang-orang yang pernah mendidik anda. Menampakkan anda ini jumud dan kaku. Anda ini taassub dengan beberapa peribadi yang anda ikuti.
Sedangkan diri anda cemerlang dan jauh sekali dakwaan mereka itu daripada kebenaran.
Tapi ibubapa mula memandang serong kepada anaknya, disangka anaknya ini menjadi lebih baik tetapi sebaliknya.
Akhirnya, perbincangan dengan ibubapa terhadap masalah anak tidak berlaku telus dan ia menjadi bias. Si anak mengharapkan belaian kasih ibu dalam apa jua perkara, kini hanya terhad dalam perkara-perkara tertentu, sedangkan dahulunya anda boleh bersembang, apa saja dengan mereka.
Hubungan kekeluargaan makin renggang. Erti keluarga hanya dalam pengertian yang sempit iaitu hubungan silaturahim sahaja. Susah bertoleransi dan berbincang dengan ibubapa kerana mereka telah mengatakan kita ini takkan terbuka dan takkan menerima orang lain dan sebagainya. Sedangkan dahulunya si anak sering diingatkan untuk terbuka dan berbincang, kini tiada lagi bab-bab itu. Yang ada hanyalah tanya khabar dan berita-berita sahaja.
Di mana punca masalahnya ? Yang telah menyebabkan hubungan kekeluargaan renggang ??
Masalahnya bukan pada ibubapa. Ibubapa telah mencurahkan kasih-sayang yang penuh dan tiada tolok bandingnya lagi, masakan ia boleh jadi penyebab renggangnya ikatan yang sangat Allah pentingkan ini ???
Penyebabnya adalah tercetusnya fitnah .. yang menyebabkan berlaku begini. Siapa yang menyebabkan dan menyebarkan fitnah inilah yang paling besar dosanya. Ia akan menanggung dosa ibubapa bertekak mulut dengan anak-anak, si suami bergaduh dengan si isteri, si anak dimarahi oleh si ibu tanpa sebab, dosa umpat mengumpat, dosa retaknya ukhuwwah Islamiah, dosa sangka buruk dan sebagainya.
Fikrah Islam yang sahih tidak akan menjadikan hubungan kekeluargaan retak, bahkan ia membina hubungan keluarga yang retak kepada hubungan yang intim dan rapat. Jika sesuatu fikrah itu menjadikan kita membenci/memandang rendah/memandang serong kepada sesuatu kumpulan Islam yang lain, itu kita kena cek balik adakah fikrah itu benar sahih dari sisi syarak ?
Penyelesaian Islam sangat cantik dan kritikal. Ia bahkan membina institusi kekeluargaan dan hubungan darah dengan begitu hebat. Lihatlah saja dosa menderhaka itu di antara dosa-dosa besar. Lihatlah saja betapa berhaknya kaum kerabat kita berbanding orang yang kita tidak kenali ataupun yang tiada pertalian darah.
Nah, lihatlah saja bagaimana Rasulullah s.a.w menyelesaikan pertelingkahan Aus dan Khazraj yang telah berperang sejak sekian lama ??? Bukankah itu Islam yang kita fahami ?? Islam yang menaikkan martabat hubungan kemanusiaan (apatah lagi kekeluargaan) kepada martabat yang sangat tinggi ??
--
Saya sangat tidak faham jika kita katakan mahu perjuangkan Islam, tapi kita tak tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan itu ? Berintima' dengan sesuatu jemaah adalah perkara yang furuk, sedangkan berintima' dengan keluarga adalah perkara usul yang disepakati semua ulama'.
Haram derhaka kepada ibubapa, sedangkan kepada pemimpin sesuatu jemaah tidak dihukum sebegitu.
Fitnah ini boleh menjadikan suasana kucar-kacir dan huru-hara. Ia bahkan boleh mencetuskan perbalahan kekeluargaan yang sangat bahaya. Ia boleh menjadikan seseorang yang terkena bahana fitnah ini menganggap :
"Isu taat dalam sesuatu jemaah lebih penting daripada menjaga keutuhan institusi keluarga Islam"
Itu satu bahaya yang sangat besar. Orang Islam boleh hilang kayu ukurnya yang sebenar. Salah pertimbangan boleh membawa kepada keputusan yang tidak tepat. Ia boleh menjadikan isteri lebih baik diminta bercerai jika suaminya tidak satu kepala dalam bab jemaah. Isteri lebih taat kepada pimpinan jemaah berbanding suami sendiri. Ia boleh menjadikan sang anak dikira derhaka jika tidak mengikut ayahnya dalam jemaah yang sama. Subhanallah.
Akhirnya si anak yang sangat sayang kepada ibubapanya sentiasa dimarahi dan diperli kerana fitnah-fitnah yang berlaku. Si anak takkanlah mahu melawan si ibu yang telah menyusukannya dengan hujjah-hujjah yang kuat ?? Atau melawan si bapa yang telah mencari rezeki untuknya hidup sejak kecil dengan rasional ??
Si anak mungkin terkilan ... adakah beberapa manusia yang menyebarkan berita-berita yang agak pelik itu lebih dipercayai berbanding dirinya sendiri yang sudah lama dibesarkan oleh mereka berdua sejak bertahun-tahun lamanya ?? Bukankah si anak ini darah dagingnya sendiri ?? Dan siapakah pula si manusia itu ?? Mengapa tiada ruang perbincangan seperti dulu ??? Mengapa tiada ruang berlapang dada ???
Si anak akhirnya kaku ... mengenangi betapa besarnya dosa fitnah itu. Barulah dia fahami, sebab itulah ia lebih besar daripada membunuh. Membunuh hanya menghilangkan satu nyawa, sedangkan memfitnah boleh menyebabkan runtuhnya satu institusi.
Ya Allah, selamatkanlah kami daripada fitnah ini. Amin.
"Adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji ? Sesungguhnya Allah telah menguji orang sebelum mereka, lalu Allah mengetahui siapakah yang benar dan siapakah yang berdusta" - surah Al-Ankabut
p/s : Saya nasihatkan kepada diri saya sendiri dan semua pembaca di luar sana yang berkaitan dengan artikel ini, silalah TABAYYUN dahulu segala maklumat yang didengari daripada mana-mana pihak pun, termasuklah kawan rapat anda sendiri, atau pimpinan anda. Jangan terus terima dan pakai bulat-bulat hingga menyebabkan renggangnya institusi keluarga anda. Manusia bukan malaikat yang tiada dosa dan emosi. Maka pastikan maklumat yang anda terima itu benar-benar sahih, dan tanganilah ia dengan bijak dan ISLAMIK.
Apa-apapun ... sayangilah anak anda seperti sebelumnya. Berikanlah haknya seperti yang sepatutnya. Bukankah ibubapa yang faham dakwah itu ibubapa yang terhebat di dunia ?
14 Comments:
Assalamualaikum wrb,
Ramadhan merupakan bulan dimana Rasulullah saw beruzlah, berkontemplasi di gua hira lalu diturunkan wahyu pertama. Diharap ramadhan ini menghasilkan pengampunan dan menghilangkan segala titik hitam di qalb serta membersihkan minda kita serta meluruskan persepsi kita. Peristiwa Ifk (S. Aisyah) mengoncang jamaah Rasulullah dan keluarganya. Mengenai isu ini ada siri artikel yang disedut dari kitab Abu Ammar di http://jendelaantarabangsa.blogspot.com/
Pakcik rasa selagi masing-masing ikhlas berbincang dan tidak menutup saluran komunikasi serta sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah Swt, pencerahan akan diberi oleh ArRab pada bulan barkah ini.
"Haram derhaka kepada ibubapa, sedangkan kepada pemimpin sesuatu jemaah tidak dihukum sebegitu"
Minta penjelasan, ..apakah hukum bagi yang menderhaka/ mengkhianati sesuatu jamaah?.. malah ada yang telah mengikat perjanjian taat serta bai'ah kemudian melanggarinya ?....
Apa bezanya diantara menderhaka kepada ibubapa dan menderhaka kepada sesuatu jamaah?....
Uhibbuka Fillah ...
salam.
jzkk pc khairuddin atas respons yang bermakna.
kpd akhi Abd Rahman yang merupakan salah seorang guru saya,
jika saya (contohnya) telah berbaiah dengan jemaah tabligh sehidup semati mahu bersamanya .. kemudian saya merasakan ada jemaah yang lebih baik daripada itu ..
adakah saya tidak boleh melanggar baiah saya ? adakah saya dikira berdosa besar ??
persoalan baiah adalah persoalan yang rumit tapi sebenarnya ringan sahaja jika difahami dari konteks yang benar.
berbaiah kpd khalifah adalah wajib dan melanggarnya dikira bughah dan boleh dibunuh. sebab itu Ali & Muawiyah mengangkat senjata.
adapun dalam keadaan khalifah pun tiada, hukumnya langsung tidak sama sekali dengan pemimpin sesuatu jemaah.
malah pengambilan baiah hanya dalam bentuk ambil semangat sahaja dan bukan dari segi hukum syarie yang wajib secara qatie, tapi ada ruang-ruang yang luas perbincangannya.
utk rujukan sila rujuk artikel ust Abdullah Zaik dalam bab ini.
http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2010/02/12/baiah-diberi-atau-diminta/
jika kita bersumpah utk buat satu perkara dengan nama Allah (sebab baiah kita pakai nama Allah), lalu kita mendapati ada perkara yang lebih baik daripada itu (maksudnya lebih baik kita tinggalkan), maka di situ hukumnya sunat utk tinggalkan sumpah tersebut kerana mencari perkara yang lebih afdhal.
"sesiapa yang bersumpah dengan nama Allah utk melakukan sesuatu, dan dia mendapati ada yang lebih afdhal dariapda itu, maka lebih baik baginya untuk tinggalkan sumpahnya itu" maksud hadis.
kafarah sumpah hukumnya jelas iaitu bebaskan hamba atau beri makan 10 org miskin atau beri pakaian 10 org miskin. jika tak mampu ketiga-tiganya maka puasalah tiga hari.
menderhakai ibubapa bermaksud tidak berbakti kepada mereka dan tidak berbuat baik pada mereka. ia jelas dalam dosa-dosa besar bila Rasulullah s.a.w sebut antara 7 dosa yang memusnahkan salah satunya adalah Uququl Walidain - derhaka kepada ibubapa.
-- sambung --
-- sambungan --
jika saya telah bersumpah dengan nama Allah, akan mengahwini seseorang wanita, kemudian saya dapati ada wanita lain yang lebih baik dari sudut agamanya, adakah saya WAJIB qatie utk ikuti sumpah itu atau saya masih ada pilihan? atau dek kerana takut dimakan sumpah saya TERPAKSA berkahwin dengan wanita awal tadi itu dan akhirnya menyebabkan saya tidak selesa dan kurang berpuas hati ?
adakah Islam sejumud itu ??
jawapannya sudah ada dalam hati kita.
berbaiah dengan sesebuah jemaah adalah isu sehidup dan semati, macam isu kawin. kalau boleh kita mahu kahwin sekali sahaja dan itulah teman sehidup semati kita. (walaupun saya belum lagi). ia bukan mudah-mudah tapi perlukan pandangan teliti dan perincian yang munasabah utk buat satu2 keputusan besar.
apapun, kita adalah jemaah dari kalangan muslimin, bukan jemaah muslimin.
kam fina wa laisa minna .. wa kam minna wa laisa fina - Al-Banna.
--
sebenarnya saya bukan mahu merungkai persoalan baiah sebab saya bukanlah orang yang plg layak dalam hal ini, saya cuma mahu beritahu betapa besarnya bahaya fitnah ini.
moga lidah-lidah kita terjaga daripada terkena bahana fitnah ini dan apatah lagi menyebarkannya.
terima kasih respons, saya juga masih belajar dan mahu terus belajar. salah silap tolong betulkan. wsalam.
p/s : selamat merebut Al-Qadr
Assalamaulaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Akhi , syeikhy,habiby wa rafiqi darby Ahmad Syamil,
Suka utk saya mulakan bicara dengan beberapa athar daripada salafussoleh ,
Al-Imam As-Syafi’e rahimahullah ketika berhadapan dengan seseorang yang berbeza pendapat dengannya dalam beberapa masalah-masalah ilmiyyah fiqhiyyah beliau senang sekali mengatakan :
“ Sesungguhnya aku tidak akan berkata kepada seseorang yang berbeza pendapat dengan-ku pada masalah-masalah ilmiyyah fiqhiyyah : “ Bertaubatlah engkau kepada Allah”, ini kerana taubat itu berlaku pada perkara-perkara dosa, tapi ini adalah manusia diantara satu pahala (al-ajr) atau dua pahala (Ajraain).”
–Perkara ijtihadi –
Al-Imam Ibn Qayyim rahimahullah berkata dalam kitabnya I’laam Muwaqq’iien :
“ Tidak harus seseorang itu ketika mana mengutarakan ijtihadnya, dan tidak mendapat apa yg dituntut oleh nash daripada Allah dan Rasulnya berkata : “ Sesungguhnya Allah mengharamkan ini, Allah mewajibkan ini, Allah mengharuskan ini, sesungguhnya ini adalah hukum Allah”
Juga sepertimana Al-Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata :
“ Tetapi kebanyakan manusia menisbatkan/menyandarkan apa yang mereka katakan kepada syara’, tetapi bukanlah daripada syara’, tetapi mereka tetap mengatakan sedemikian mungkin kerana kejahilan, mungkin juga tersalah ,mungkin juga sengaja, dan mungkin juga mempermain-mainkan syara”
– Majmu’ Fatawa -
Nabi Isa Alaihissalam berkata :
لا تكثروا الكلام بغير ذكر الله فتقسوا قلوبكم، فإن القلب القاسي بعيد من الله ، ولكن لا تعلمون ، ولا تنظروا في ذنوب الناس كأنكم أرباب ، وانظروا في ذنوبكم كأنكم عبيد ،فإنما الناس مبتلىً ومعافىً ، فارحمو أهل البلاء واحمدوا الله على العافية
“Janganlah kamu perbanyakkan bercakap selain daripada zikirullah,maka keraslah hati kamu, Sesungguhnya hati yang keras itu jauh sekali dari Allah, tetapi ramai yang tidak mengetahuinya. Janganlah kamu melihat dosa-dosa/ kesalahan manusia seperti kamu itu tuhan-tuhan, tapi lihatlah kepada dosa /kesalahan-mu seperti seorang hamba, kerana manusia ada yang diuji dan diselamatkan / diampunkan , Kasihlah kamu kepada Ahlul bala’ ( org yg ditimpa bala) dan pujilah Allah terhadap keselamatan”
- Dikeluarkan oleh Imam Malik dalam Mawatta’ -
Berkata Yahya bin Muadz :
ليكن حظ المؤمن منك ثلاث خصال : إن لم تنفعه فلا تضره ،وإن لم تسره فلا تغمه ، وإن لم تمدحه فلا تذمه
“ Jadikanlah bagi Mukmin bagi-mu tiga bahagian :Sekiranya engkau tidak memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyakitinya/memudharatkannya, sekiranya engkau tidak membahagiakannya, maka janganlah engkau sedihkannya, dan sekiranya engkau tidak memujinya, maka janganlah engkau mencelanya”
- lihat Sifattus As-Soffwah-
Al-Imam Fudhail berkata:
إن من علامة المنافق أن يحب المدح بما ليس فيه ويكره الذم بما فيه ويبغض من يبصره بعيوبه
“ Sesungguhnya, di antara tanda-tanda munafik ialah, sukakan pujian terhadap perkara yang tidak dimiliki, bencikan celaan terhadap keburukan diri dan marahkan mereka yang menunjukkan kelemahan dirinya”
إن من علامة المنافق أن يفرح إذا سمع بعيب أحد من أقرانه
“ Sesungguhnya, antara tanda-tanda munafik ialah, dia merasa gembira apabila mendengar keburukan salah seorang sahabatnya”
Saidina Umar Al-Khattab RA pernah berkata :
الرجوع إلي الحق خير من التمادي في الباطل
“ Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan).”
Sambungan ….
Tidaklah menjadi satu keaiban/kehinaan jikalau kita tersalah atau tersilap jalan kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan, dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat serta kembali kepada kebenaran. Tetapi yang menjadi satu kesilapan dan dosa besar adalah sifat takabbur (sombong) serta berterusan melakukan kesalahan .
.......Akhi Fillah ...
Komen pertama saya adalah kepada tajuk yang digunakan pada artikel ini. “Fitnah meruntuh dan membunuh” ...juga kepada kenyataan “mengenangi betapa besarnya dosa fitnah itu. Barulah dia fahami, sebab itulah ia lebih besar daripada membunuh. Membunuh hanya menghilangkan satu nyawa, sedangkan memfitnah boleh menyebabkan runtuhnya satu institusi.”
Saya memahami maksud yg ingin disampaikan oleh akhi daripada perkataan fitnah iaitu tuduhan rambang yang mempunyai niat2 tertentu. Perkataan “fitnah” dari segi dan maksud di dalam bahasa arab tidaklah membawa maksud tuduhan atau di dalam bahasa arabnya disebut sebagai “ Ittiham” @ at-tuhmah” sepertimana yang di maksudkan oleh akhi .. Akhi boleh ruju’ kamus2 arab , juga boleh ruju’ pada tafsir2 al-quran mengenai maksud fitnah dari segi bahasa dan maksudnya. (Ibn Kathir/ Mufradaat alfaaz al-quran al-asbahani /dll) ini dari segi bahasanya.
Utk kenyataan “Barulah dia fahami, sebab itulah ia lebih besar daripada membunuh.”
Sekiranya akhi menggunakan dalil di dalam ayat al-quran ini : surah al-baqarah 191
والفتنة أشد من القتل
untuk kenyataan ini , adalah salah dari segi bahasa / tafsir dan pengistidlalannya. Fitnah pada ayat ini tidaklah bermaksud tuduhan sepertimana yg kita sangkakan…Fitnah pada ayat ini bermasud Al-kufr, @ As-Syirk .Akhi boleh ruju’ tafsir2 yang diutarakan…
Sekiranya ditafsir sebaliknya maka ia boleh membawa kepada makna membunuh itu lebih baik dari memfitnah/menuduh. Nauuzubillah min dzaalik…
>>>>>>>>>>>>
Untuk persoalan yg akhi utarakan dalam kenyataan “adakah saya tidak boleh melanggar baiah saya ? adakah saya dikira berdosa besar ??”
Jawapanya : Tidak boleh melanggar baiah, … Siapa yang melanggar baiah ( janji setia)al-ahd dikira berdosa besar serta menunjukkan kepada tanda2 nifaq…Al-Imam AL-Hafizd Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabaair(dosa2 besar) telah meletakkan pada bab yg ke -45 iaitu الغدر والعدم الوفاء بالعهد termasuk daripada dosa2 besar. Lihatlah dalil2 dari Al-quran dan hadith pada kitab tersebut.
sambungan ....
Untuk kenyataan akhi yg bermula dari kenyataan :
“persoalan baiah adalah persoalan yang rumit tapi sebenarnya ringan sahaja jika difahami dari konteks yang benar.
Brbaiah kpd khalifah adalah wajib dan melanggarnya dikira bughah dan boleh dibunuh. sebab itu Ali & Muawiyah mengangkat senjata.”
Sehingga
“jika kita bersumpah utk buat satu perkara dengan nama Allah (sebab baiah kita pakai nama Allah), lalu kita mendapati ada perkara yang lebih baik daripada itu (maksudnya lebih baik kita tinggalkan), maka di situ hukumnya sunat utk tinggalkan sumpah tersebut kerana mencari perkara yang lebih afdhal.
"sesiapa yang bersumpah dengan nama Allah utk melakukan sesuatu, dan dia mendapati ada yang lebih afdhal dariapda itu, maka lebih baik baginya untuk tinggalkan sumpahnya itu" maksud hadis.
kafarah sumpah hukumnya jelas iaitu bebaskan hamba atau beri makan 10 org miskin atau beri pakaian 10 org miskin. jika tak mampu ketiga-tiganya maka puasalah tiga hari.”
….. Saya tidak mempunyai masalah pada baiah kepada khalifah dan melanggarnya dikira bughah. Dalam istilahnya ia dipanggil Al-Baiah As-Siyasiyyah Al-Kubra. Untuk rujukan yang akhi berikan iaitu artikel Ust Abdullah Zaik ttg baiah telah lama saya membacanya , serta berulang-ulang kali saya cuba mengamati dan cuba membacanya dengan telus. Tetapi bagi pandangan saya artikel ini kurang penjelasannya , pendalilannya, serta rujukannya. Serta ada beberapa kesalahan dalam menyikapi dan memahami makna baiah itu sendiri.
Utk kenyataan akhi di atas ttg boleh melanggar baiah , serta bagi yang melanggarnya dikenakan kepadanya kafarah sumpah, merupakan satu kenyataan yang salah dari segi kenyataan, penafsiran serta pengistidlalan .
Pelanggaran baiah , janji setia serta tidak taat merupakan daripda dosa2 besar, ini terkecuali sekiranya di sana adanya saranan utk bermaksiat dan dosa , maka utk keadaaan ini di bolehkan utk melanggarinya kerana لا طاعة للمخلوق في معصيةالخالق ( Tiada taat bagi makhluq dalam bermaksiat kepada Allah) ..
Para ulama’ telah menjelaskan hukum-hukum Al-Aiman ( sumpah ) juga hukum baiah / janji setia /al-ahdu . Kesalahan akhi di sini ialah menyamakan hukum sumpah dengan hukum al-ahdu/ janji setia . Dalil yg akhi gunakan ialah utk hukum Sumpah ( Al-Aiman) bukan al-ahdu @ baiah. Baiah & al-adhu ( janji setia) pada asasnya merupakan isu berasingan daripada isu al-aiman ( sumpah) .. Akhi ruju’ lah tafsir ayat An-nahl dari ayat 91 hingga 95 . ….. akan bersambung sekiranya diizinkan …
syukran kpd akhi abd rahman yang dikasihi atas penerangan yang baik.
cumanya saya hanya mahu tanya satu soalan yang tidak dirungkaikan lagi,
kalau saya dah berbaiah dengan sesebuah jemaah kemudian ada jemaah yang lebih saya yakini caranya, manhajnya dan lebih dalam strateginya ..
salah ke saya keluar jemaah tersebut ? (dan masuk jemaah IM contohnya)
saya bagi ibarat dgn jemaah tabligh tadi sebagai contoh.
adakah selamanya dia tidak boleh keluar daripada jemaah tabligh kerana baiah itu tadi ?
apa komen akhi kalau seseorang itu pernah berbaiah pada usia mudanya dengan sesuatu gerakan (dengan ilmunya yang kurang), namun pada usia tuanya, beliau merasakan ada satu kumpulan yang lebih matang dan mantap dari segi aspek2 yang dikira dalam sesebuah harakah dan lebih meyakini caranuya ? dia selamanya kena dalam jemaah lama itu atau apa ?
maaf saya mungkin tersalah dari segi istilah-istilah tadi dan saudara jelas punyai rujukan yang banyak dan banyak masa dalam bab-bab ini.
baiah saya kepada sesebuah pertubuhan atau perkumpulan atas dasar berjanji setia pada Allah untuk menggerakkan Islam dan menaikkan daulah Islam. bukannya semata-mata kumpulan. tapi jiwa dan amal yang diikat pada-Nya.
maaf 'bahasa' saya mungkin berbeza dengan saudara sebab kita tidak sama kumpulan dan tidak sama waqi'nya.
akhi tak tahu apa yg berlaku di Malaysia apa yang kena dekat kawan-kawan saya dan apa yg terjadi pada keluarga mereka.
keluarga anda mungkin tak timbul perkara-perkara begini.
oleh itu saya tidak mahu panjangkan hujjah dan hujjah kita berhenti di sini. dan terima kasih atas kajian yang baik dan disiplin ilmu yang tinggi. banyak saya belajar.
--
pesanan saya, jika kita tidak punyai satu gambaran jelas dan adil daripada satu2 isu yang byk fitnah dalamnya, lebih elok kita diamkan diri dan tidak terlalu keras dalam melontarkan pandangan.
saya dah jumpa kedua-dua belah pihak kepimpinan yang tertinggi dan dah dengar kedua-dua mereka dengan hujjah-hujjah mereka dan bagaimana mereka berhujjah.
anda dah jumpa yang belah mana dan siapa ? cukup adilkah pertimbangan itu?
sibukkan lah diri kita dengan apa yang akan kita bawa jumpa Allah.
saya mahu cakap sekali lagi, fitnah ini besar kesannya. seteruk mana dahsyatnya .. paling tidak ia bukanlah keluar daripada lidah kita.
lebih elok kita jaga kalam-kalam kita dan beramal sepenuh hati.
wallahualam.
كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع
Jazakallah,mil. pencerahan yg ssgt baik.. doakan mereka ' di sana' . insyaAllah, kita optimist dan thiqah dgnNya, moga 1 hari nti, semuanya akan bertambah baik.
SubhanAllah..
kagum ana dgn sahabat2 seusia ana..
smoga ana pon memilik ketinggian ilmu seperti kalian utk menegakkn n perjuangkn syahadatul Haq di muka bumi ini insyaALLAH..
mil..kawen cpt!..hehe
slmt memburu Al-Qadr..
1. bai'ah wajib dipatuhi. tetapi dalam islam kita jelas di atas dasar apa kita berbai'ah. apatah lagi dalam dakwah. kita berbai'ah di atas memenuhi taklif fardi (mas'uliyah da'awiyah). bai'ah kita nasabnya adalah dakwah (taklif fardi). oleh itu, secara jelasnya kita fahami bahawa dakwah (dakwah khas -tarbiyah & dakwah 'am) merupakan usulnya (pokok), sedangkan sistem (jemaah, taat, bai'ah) adalah furu' kepada dakwah.
jika setelah menilai sesuatu perkara itu selama suatu tempoh dgn rasional (bukan emosi atau kecenderungan mazhabi) dan mendapati usul tidak dapat disempurnakan jika tetap berada dalam suatu keadaan, harus bahkan boleh jadi wajib (andai kita menilai dr sudut pendeknya usia kita sbg manusia & betapa umat sgt berhajat kepada perubahan secara dhoruri) kita berpindah kepada keadaan yg lain yang membolehkan kita menyempurnakan usulnya.
wajibnya hukum menyempurnakan sesuatu furu' sangat berkait rapat dgn usul.
istidlal isu ini di sini kembali kepada qaedah fiqhiyyah 'al-akhzu bi akhaffi dhararayn'.
2. definisi fitnah difahami x lari dr apa yg kita boleh fahami dr al-quran dan sunnah.
kerana itulah, dalam budaya org melayu 'at-tuhmah' (tohmahan) sudah difahami sinonim dgn fitnah. kerana ia merupakan sebahagian daripadanya.
tidak ada sesiapa yg mampu menafikan bahawa 'at-tuhmah' bakal membawa kepada fitnah di dalam sesuatu komuniti.
sedangkan allah memerintahkan kita supaya menghapuskan fitnah, sehingga agama itu secara keseluruhannya kembali kepada allah.
syukran kpd akhi salman atas penerangan yang jelas.
masalah org malaysia, usul jadi furuk, furuk jadi usul. habis pening kepala macam mana nak buat pertimbangan..
memang kena sabar sikit, tahan telinga sikit, lapangkan dada, dan jaga lidah.
insyaAllah . masa sememangnya sebahagian daripada pengubatan.
'dan beramallah, maka Allah akan melihat amal kamu, dan juga rasul-Nya, dan seluruh org mukminin' - surah Taubah
Assalamualaikum wr. wt.
Jadilah "Rijal" pemimpin generasi masa depan yang berjaya keluar dr kemelut fitnah ini, yang menjadi imam para muttaqin, intima' dgn satu jemaah tetapi diterima dan dihormati oleh semua.
Anakku...perbincangan kita baru bermula. engkau wakil generasi masa depan penyambut button larian menuju matlamat pembinaan daulah, namun zaman kita sudah berbeza, jgn tenggelam dgn fitnah generasi masa lalu. Setiap abad akan muncul golongan yang akan mentajdidkan agama ini...kita kita masih di awal kurun ke 21..renungilah mengapa RasululLah SAW menangis setiap kali bangun bertahajud membaca ayat 190-200 surah Ali Imran...
Bangkit sebagai generasi baru..generasi kemenangan..
Amin...
Post a Comment
<< Home