Make it yesterday
Salam.
Kef hal ? Bikheir insyaAllah.
Alhamdulillah semalam IKRAM sudah dimasyhurkan dan dilancarkan dengan rasmi. Saya rasa ia merupakan suatu semangat dakwah yang baru kepada rakyat Malaysia, dan merupakan suatu harapan dan nafas baru kepada 'orang-orang lama'.
Biar lebih ramai orang tahu bahawa Islam ini semakin berkembang dan semakin mulia. Biar masyarakat Malaysia tahu bahawa Islam ini untuk mereka, dan milik mereka. Biar semua orang tahu bahawa jiwa-jiwa duat ini bersungguh buat kerja, sangat menyayangi mereka, dan sedia berkorban untuk mereka. Biarlah akhirnya manhaj nubuwwah ini dikenali di seluruh pelusuk dunia, supaya terbina khilafah di atasnya dengan tabie dan fitrah manusia.
Alhamdulillah. Papa termasuk dalam VVIP list, dengarnya dapat duduk sebelah Abu Ammar. Teringin nak tanya Abu Ammar, bila kitabnya Ihya'ul Ihya' nak keluar ? Kitab itu adalah ringkasan dan komentar terhadap kitab Ihya' Ulumiddin oleh Al-Ghazali. Kalau ikut maklumat wiki, kitab Ihya'ul Ihya' itu masih dalam pembikinan. Wallahua'lam.
Mama pula AJK Media yg bertungkus lumus mempersiapkan unitnya dari awal pagi. Mama dapat duduk sebelah Puan Haninah (isteri ke-2 Abu Ammar, warga Filipina). InsyaAllah, moga mama papa terus istiqamah dalam jalan dakwah ini.
Apa-apapun saya bersyukur kepada Allah atas perkembangan yang baik ini. Moga ia dapat memberi saham yg besar dalam 'membina generasi harapan'. ISMA sentiasa menjadi pilihan di hati saya, dan dalam darah daging saya kerana telah memperkenalkan kepada saya dakwah dan tarbiyyah pada jalan yang jelas lagi terang-benderang.
Suatu hari nanti .. semua gerakan-gerakan Islam akan bersatupadu, untuk membentuk arus Islam yang mampu melawan arus jahiliyyah, jika kita benar-benar ikhlas dalam beramal. Kesatuan umat yang akan berlaku itu satu isu aqidah yang kita tidak boleh ragui. Ini kerana kemenangan Islam itu pasti berlaku, dan ia akan berlaku kepada semua umat Islam.
--
Banyak yang ingin saya coretkan. Tapi bagi saya memadailah untuk satu topik hari ini, berbanding topik-topik yang lain. Mungkin pada kali ini ia lebih bersifat dalaman. Mungkin.
If there's no yesterday
Baru-baru ini dalam benak jiwa saya sentiasa memikirkan perkara-perkara lalu. Saya rasa setiap orang ada zaman silamnya. Ada zaman kegelapannya. Ada zaman jahiliyahnya. Ada zaman baru nak 'up' dan baru nak cuba macam-macam perkara. Zaman pra-matang dan sebagainya.
Namun untuk menjadi seorang mukmin yang benar, kita perlu memandang sesuatu itu pada pandangan Allah, dan neraca Islam yang menjamin ketepatan dan keseimbangan dalam kita membuat sesuatu pertimbangan.
Pada saya, dalam kita melihat sesuatu perkara, kita perlu utamakan cahaya Allah berbanding teori-teori yang lain. Cahaya Allah yang saya maksudkan adalah cahaya yang membawa kepada-Nya, yang mengheret kita ke syurga-Nya, yang menyuluhkan jalan mustaqim untuk bertemu dengan-Nya.
Saya perhatikan ada beberapa jenis manusia yang menimbang sesuatu dengan timbangan akal semata-mata mahu menyedapkan jiwa mereka. Lantas mereka membuka buku-buku motivasi dan memang ia mampu menghiburkan hati yang gundah gulana, kecewa, risau dan sebagainya. Namun bila hati kembali merana, ia tidak mampu bertindak sebagai formula untuk digunakan pada kali kedua. Ini kerana mereka menggantungkan pertimbangan mereka pada suatu yang tidak kekal. Sesuatu yang boleh diubah-ubah.
Saya bagi satu contoh mudah ; jika berlaku sesuatu musibah kepada seseorang, biasanya orang akan cakap : "Sabarlah, ada hikmahnya tu". Ataupun apa-apa sangkaan baik yang boleh dibuat.
Jika kita melihat pada cahaya Allah ; kita akan berkata ; "Sesungguhnya Allah menghendaki kebaikan kepada kamu lantas ia memberimu sedikit musibah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengambil sesuatu kecuali Dia akan memberi sesuatu. Sesungguhnya Allah itu menguji iman hamba-Nya dengan sedikit musibah untuk menaikkan hamba-Nya pada suatu martabat yang lebih agung dan tinggi."
Saya rasa itu juga kebanyakan manusia biasa ucapkan. Cumanya saya hanya mahu mereka sedar bahawa pertambahan nilai Zat yang Maha Kekal itu sangat besar bezanya dengan kata-kata kosong penyedap jiwa yang menghiburkan hati buat sesaat dua.
--
Masuk pada topik yang ingin saya bincangkan. Ia berkenaan masa lalu, dan bagaimana mahu mengambil manfaat daripadanya.
Jika 'semalam' itu tiada, masakan Umar Al-Khattab boleh jadi setegas manusia yang diberi gelaran padanya Al-Faruq. Seorang insan yang berani yang mula-mula sekali mencadangkan kepada Nabi s.a.w agar menjaharkan dakwah dan pergi keluar beramai-ramai berarak ke Masjidil Haram. Masakan beliau mampu mengetahui selok-belok kebatilan sehinggakan empayarnya begitu adil dan Islam berkembang maju.
Jika 'semalam' itu tiada, masakan Fudhail ibn Iyadh mampu menjadi 'abid yang tsiqah dan menjadi salah seorang imam yang diikuti. Seorang ahli zuhud yang mampu menjadikan manusia menangis mendengar kata-katanya. Padahal kisah 'semalam' nya menjadi perompak cukup membuatkan manusia hairan bagaimana insan boleh berubah keseluruhannya.
Jika 'semalam' itu tiada, masakan Rasulullah itu mampu mengucapkan "La Tahzan" kepada Abu Bakar saat mereka berdua di Gua Tsur, sedangkan Abu Bakar cukup khuatir kira-kira salah seorang orang kafir Quraisy itu menundukkan sedikit pandangannya. Peristiwa 'semalam' bagi Muhammad s.a.w yang menjadikan baginda teguh dan mantap adalah ketika mana baginda dipeluk sehingga sesak nafas oleh Jibril A.S dan baginda pulang ke rumah dalam keadaan terketar-ketar, maka keluarlah satu kalimah yang sangat masyhur "Zammiluuni" kepada teman tercinta Khadijah R.A.
Jika 'semalam' itu tiada, sudah pasti kita tidak mampu mengetahui kisah Nuh A.S ketikamana isteri dan anaknya berpaling dari dakwahnya. Ketika anaknya tidak ikut serta dalam bahteranya dalam banjir besar yang dahsyat menimpa seluruh penduduk bumi.
Jika 'semalam' itu tiada, kita tidak akan mengetahui kisah-kisah umat terdahulu bagaimana mereka musnah dan hancur, akibat pendustaan kepada para Rasul A.S. Pastinya kita akan mengulangi kesilapan-kesilapan mereka jika sejarah mereka tidak kita ketahui.
Jika 'semalam' itu tiada, kita tidak akan mampu berdiri dan berlari, kerana waktu bayi kita adalah waktu kita merangkak dan selalu terjatuh bila cuba untuk berjalan. Selalu tersadung bila cuba untuk berlari. Namun 'semalam' itu telah mengajar kita berbagai-bagai pengajaran untuk kita terus hidup maju dan jadilah kita apa yang kita jadi pada hari ini.
Jika 'semalam' itu tiada, nescaya kita tidak akan merasai bagaimana hebatnya air mata keinsafan yang memberi kesan pada hari ini. Nescaya kita tidak mampu memahami perjuangan orang-orang yang bermujahadah melawan jahiliyah dalam dirinya. Nescaya hakikat taubat itu tidak mampu kita terokai. Nescaya kita tidak akan mahu bertaubat berkali-kali kerana putus asa.
Jika 'semalam' itu tiada, nescaya kematangan kita pada hari ini tidak mampu dikecapi. Nescaya orang-orang tua tidak akan mampu berkongsi pengalaman mereka. Nescaya kita tidak mampu memahami hakikat-hakikat yang tersembunyi dalam hidup kita ini.
Jika 'semalam' itu tiada, nescaya kita tidak akan mampu mengetahui sinar cahaya dan harapan bahawa di sana masih ada harapan untuk kita terus kembali kepada Yang Maha Pengasih.
Allah Rabbul Jalal telah mencipta 'semalam' untuk kita belajar macam-macam erti dan makna serta meningkatkan diri, Dia jugalah Pencipta 'hari esok' untuk kita melihat harapan yang telah Dia sediakan. Sepertimana Dia telah menjadikan matahari itu terbenam pada waktu senja, Dia jugalah yang menjadikan waktu fajar sebagai penghibur buat hamba-hamba yang berdosa.
Jikalau tiadanya 'semalam', maka Allah tidak akan mencela orang yang putus asa terhadap rahmat-Nya. Ingatlah kata-kata Ibnu Athoillah As-Sakandari ;
" إذا وقع منك ذنب ، فلا يكن سببا يؤيسك من حصول الاستقامة له ، فقد يكون آخر ذنب يقع فيك "
"Sekiranya engkau telah berbuat dosa, janganlah ia menyebabkan engkau putus asa dalam mencapai istiqamah, mungkin ia adalah dosa terakhir yang engkau lakukan"
Lihatlah dengan cahaya Allah, jiwa kita akan sentiasa tenang, dan kita akan sentiasa optimis dalam perjalanan kita menuju Pencipta kita. Jika kita melihat dengan cahaya selain-Nya, ia hanya akan membawa kita kepada punca cahaya tersebut.
Jika cahaya itu berpunca daripada arus pemikiran jahiliyah, maka penghujungnya tak dapat digambarkan, tapi sekiranya cahaya itu kita sandarkan pada Zat yang telah mencipta kita, maka akhirnya kita akan kembali kepada fitrah manusia, dan baru kita mampu memahami apa erti sebenarnya menjadi seorang hamba kepada Yang Maha Esa.
Just .. make it your yesterday, for the better tomorrow. There's always another hope, another chance, another way, to seek the light, and go for it.
Indahnya ucapan Subhanallah ketika kita mengetahui semuanya adalah rahmat daripada Allah, indahnya ucapan Alhamdulillah ketika kita mengetahui segala yang berlaku sedang memuji-Nya, indahnya ucapan Allahuakbar ketika kita mengetahui segalanya di bawah perhitungan-Nya, dan indahnya ucapan Lailahaillallah bila kita mengetahui tiada di dunia melainkan semuanya pada pergantungan-Nya.
Alangkah indahnya zikir itu, ketika kita mengetahui bahawa Allah sentiasa menyebut-nyebut nama kita di sisi para malaikat di langit sana.
Wallahua'lam.
Wassalam
9 Comments:
nice entry mel, as usual ;)
ALhamdulillah ^__^ love this entry. Do keep posting more infos...and updates.
salam akhi. kef hal? ana kheir alhamdulillah =)
jazakallahu kheir untuk entri ini. sangat menarik kerana mendekatkan masa lalu dengan hari ini melalui pemilihan kata 'semalam'. terasa hidup rohnya.
satu hal lain, boleh enta confirmkan untuk ana, sebab ana pernah terbaca yang 'semalam' menjadi perompak ialah abdullah mubarak. Benarkah apa yang ana tahu ni?
ala kulli hal, moga kita terus beramal lillah.
Salam.
Segalanya daripada kurniaan Allah. Moga bermanfaat untuk hamba-Nya.
to Ammar Roslizar.
jzkk atas komentar. ya memang beliau seorang perompak (l
ebih sesuai pakai penyamun rasanya sebab perompak ni masuk rumah orang kan).spt ditu
lis oleh Said Ramadan Al-Buti dalam kitabnya "S yakhsiaat Istauqafatni". enta boleh rujuk website ini http://www.asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=242. salam.
syukran akhi...
bihajatin wallahi ila misli hazihil basirah...
rabbina maakum daiman wa abadan
"ISMA sentiasa menjadi pilihan di hati saya, dan dalam darah daging saya kerana telah memperkenalkan kepada saya dakwah dan tarbiyyah pada jalan yang jelas lagi terang-benderang."
Adakah ISMA bukan part of the jamaah back then?
"Kita adalah jemaah daripada muslimin, bukanlah jemaah muslimin"
Tiada siapa yang layak mengaku dialah jemaah yang paling benar dan paling betul, dan paling patut diberikan wala' dan sebagainya.
Dalam erti kata lain, ada byk jemaah dalam kalangan orang muslimin sendiri.
ISMA adalah salah satu daripadanya.
Dan saya bersama dengannya. Mungkin bukan part of the 'jemaah' yang dimaksudkan, tapi part of jemaah dari kalangan org Islam.
Wallahua'lam.
"Adakah ISMA bukan part of the jamaah back then?"
Jamaah as in IKRAM.
Wasn't ISMA part of the Jamaah (IKRAM) back then?
Which means IKRAM yang memperkenalkan anda kepada tarbiyah dan da'wah melalui ISMA. Bukan begitu?
Maaf. Saya tidak mahu memanjanglebarkan perbincangan mengenai perkara-perkara yang teknikal dalam ruangan yang tidak seberapa luas ini.
Jika mahu bertanya dan berbincang boleh slow-talk dengan saya, email : as_lxix@yahoo.com, no telefon : +2011-3313069.
Saya cuma tidak mahu 'cerita dalam rumah, orang sekampung tahu'. Biarlah ia diceritakan dalam rumah saja.
Yang perkenalkan pada saya dakwah dan tarbiyah adalah rijal-rijal tarbawi dakwie yang menggunakan ISMA sebagai wadah beramal untuk Islam. Saya tenang dan 'sedar' bersama mereka. Sehingga kini mereka masih teguh dengan izin Allah bersama ISMA.
Persoalan saya, apa untungnya jika saya sebut IKRAM yang perkenalkan dakwah, atau ISMA yang perkenalkan dakwah pada saya ? Kita mahu nama atau kita mahu beramal ?
Saudara Anonymous seolah-olah mahu saya sebut sebenarnya jasa IKRAM lah yg menyebabkan saya menerima tarbiyah dan sebagainya ? dan mahu beritahu ISMA sebenarnya hanyalah alat dan robot yang bergerak di bawah arahannya ?
Ya IKRAM memang sudah begitu banyak berjasa dan saya ucapkan jutaan terima kasih. Tetapi ISMA bukan seperti yang saudara fahami, ia adalah sebuah gagasan perubahan yang saya cari sejak kecil lagi.
Dakwah Islamiah yang sahih tidak akan bertambah maju dengan sejuta pujian, dan tidak akan mundur selangkah dengan celaan. Ia hanya mampu bergerak ke hadapan dengan iman yang kuat dan kemahuan yang tinggi, dengan izin Allah.
Maaf salah dan silap.
Wallahua'lam.
Post a Comment
<< Home