Udah ada yang nunggu
Salam.
Kif hal ? Kheir ? Alhamdulillah.
Baru-baru ini saya pulang dari Kaherah ke Tanta pada lewat malam. Kebetulan bersama saya ada dua orang saudara daripada Indonesia. Kami berjalan kaki sekali untuk menuju ke rumah daripada tempat tremco (public van) turunkan kami (Madkhal Kafr Syeikh).
Dalam perjalanan, mulakan sembang-sembang dan taaruf ringkas. Seorang bernama Rauf dan yang lagi satu bernama Beko (saya tak pasti itu nama sebenar atau tidak). Fokus yang dibincangkan adalah bab-bab kahwin. Mula-mula saya lencong-lencong bab dakwah sikit, tarbiyah sikit, tapi dia lencong balik. Saya pun melayan sajalah kerenah mereka. Antara yang menarik dalam sembang-sembang ;
Rauf : Ustaz udah bernikah ke belom ?
Saya : Belum lagi ustaz.
Rauf : Udah tunang ya ?
Saya : Belum lagi ustaz.
Rauf : Udah ada yang nunggu di Malaysia ya ?
Saya : Belum juga ustaz (dalam hati saya terfikir, penuh kepalanya fikir kahwin dia ini, kena bagi sekali baru sedar sikit)
Saya : Tapi udah ada yang nunggu di Surgalah ustaz (sambil saya tersenyum sinis)
Rauf : Oh ya .. iya lah ustaz. (muka malu-malu kucing)
Bila kami nak berpisah ..
Rauf : Doakan saya ustaz agar mudah berkahwin .. (senyum-senyum)
Saya : Harusnya diminta pada Allah dulu, baru minta sama saya. (saya balas balik dengan senyuman)
Tamat perbualan kami.
Pembaca carilah sendiri pengajarannya.
----
Masuk celoteh bab kahwin ..
Entahlah, alhamdulillah kepala saya pun dah tak serabut nak fikir perkara ini lagi. Kalau sebut depan mak ayah pun sekadar menyebut, nak tengok reaksi. Maka janganlah risau ya mama dan papa.
Mungkin di antara kurniaan Allah saya menjadi begini. Berkat doa ibubapa, menyebut nama setiap seorang anak-anak mereka di sepertiga malam, dan juga doa sahabat-sahabat, jauh dan dekat.
Tahun ini mungkin ada lagi sahabat-sahabat saya yang akan melangsungkan perkahwinan. Ada yang dah beritahu, ada yang masih simpan. Semua mengikut situasi masing-masing. Ada juga yang saya boleh baca. Tapi jangan takut, saya takkan bocorkan rahsia. Saya cuma bagi hint mabruk muqaddam saja.
Mengenai perkahwinan, saya antara yang menggalakkan sahabat-sahabat saya kahwin awal bagi sesiapa yang rasa berkemampuan dan sudah bersedia serta tiada halangan. Ia bagi saya merawat banyak masalah-masalah remaja. Setidaknya boleh menutup pintu-pintu dosa besar. Saya tahu segala masalah itu hanya boleh diselesaikan dengan kehendak diri sendiri, tapi paling ia sebagai satu faktor penolong yang sangat besar untuk berubah menjadi lebih matang.
Bila saya sebut isu kahwin bukan bermakna saya suruh dia cepat-cepat kahwin, cari pasangan, isi borang dan sebagainya. Tapi hanyalah untuk bangkitkan kesedaran, matangkan diri, buat persiapan, untuk ke arah dunia lain. Bagi saya, orang yang sembang-sembang kosong bab-bab ini kebanyakannya belum lagi buat apa-apa persediaan.
Macamlah kata-kata seorang ulama' apabila dikatakan kepadanya oleh anak buahnya bahawa dia ingin pergi berjihad dan mati syahid :
Mut minal aan (Matilah engkau sekarang juga! )
Yang dimaksudkan bukan suruh pergi mati katak dan bunuh diri, tapi suruh buat persediaan ke arah itu. Dari segi mematangkan diri, menyusun, merancang dan sebagainya. Yalah, nak jadi orang besar. Ketua keluarga kan sangat besar peranannya.
Kita sebut-sebut itu untuk mereka rasa sedia, dan biasakan diri. Lalu dengan itu dia menjadi berfikir panjang dan lebih matang dalam pemikirannya.
Bukankah Rasulullah S.A.W pernah menyebut, orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati ? Bukankah mati itu adalah perkara terakhir sekali kita akan lalui dalam hidup di dunia ? Maka bila kita ingat mati, kita akan bersedia untuknya, dan fikiran kita akan lebih panjang sebab perancangan mati itu adalah perancangan paling akhir sekali.
Applykan lah pada perkahwinan, yang insyaAllah kamu semua akan menempuhinya nanti .. dengan izin-Nya.
Rabbuna yusahhil !
---
Saya rasa agak sensitif isu ini, terutamanya pada mak ayah. Kata orang-orang lama, mak ayah akan tengok kita matang dulu baru rasa tenang nak lepaskan anak dia. Kalau asyik main game dan tengok movie saja, bukan takat mak ayah, saya yang tiada apa kaitan pun takut nak bagi dia kahwin !
Bila orang tanya saya ;
Saya akan jawap :
"Saya masih mahu merasa perasaan Nabi Isa A.S, Syed Qutb, Badiuzzaman Said An-Nursi, Imam Nawawi dan macam-macam lagi tokoh yang tidak berkahwin sehingga meninggal dunia. Sementara boleh rasa, rasalah ! Nanti dah kahwin tak sama perasaannya. Allah lebih mengetahui hari-hari yang paling layak untuk saya dalam perkara ini"
Mereka mencipta peribadi yang mantap dan unggul dalam keadaannya begitu. Namun sememangnya qudwah kita adalah Rasulullah S.A.W yang mempunyai ramai isteri dan menggalakkan perkahwinan. Tapi bila kita sebut Rasulullah S.A.W berpoligami, itu dia susah sikit.
Kalau begitu, kita ambil pula contoh Rasulullah S.A.W ketika bujang, kan ada positifnya ! Baginda menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang murni, menolong pakciknya dan berniaga. Tak terfikir pun nak kahwin. Namun hikmah Allah menjadikan lamaran Khadijah R.A sebagai permulaannya. Subhanallah. Rindu pada baginda S.A.W.
Tunggulah saya di perigimu di syurga sana wahai kekasih S.A.W!
Anggap sajalah tempoh-tempoh solo ini sebagai tempoh tarbiyah dan pematangan yang Allah sengaja berikan untuk kita belajar lebih lagi, rasai lebih lagi. Ada orang dia kahwin hari ini kerana Allah mahu dia memimpin esok hari. Ada orang yang Allah bagi dia kahwin tahun depan kerana Allah mahu dia belajar daripada kesilapan orang yang dah berkahwin hari ini. Juga ada orang yang Allah jadikan dia bujang hingga mati supaya orang-orang bujang boleh belajar dari mereka dan jadikan sebagai contoh real hidup mereka.
Saya terfikir ;
Kalaulah Allah jadikan semua tokoh-tokoh dunia ini meninggal dunia dalam keadaan berkahwin, nanti orang-orang bujang akan buat hujjah ; "Mereka itu dah kahwin, ada teman hidup .. boleh la jadi macam tu .. kitorang ni... sorang je.. takda kawan pun nak tolong, bagi motivasi dsb".
Nah Allah bagi Penulis Fi Zilal, pengasas Harakah Nuriyah, penulis Minhaj Talibin bahkan sahabat Nabi S.A.W (Abu Hurairah R.A) yang meriwayatkan kebanyakan hadis Nabi S.A.W.
Semuanya adalah pada ilmu Allah dan hikmah-hikmah yang sudah ditetapkan.
"Dan Kami pergilirkan manusia itu (agar mereka mendapat pengajaran), dan agar Allah dapat membezakan siapa yang beriman di antara kamu dan menjadikan sebahagian darimu sebagai syuhada', dan Allah tidak menyukai orang yang zalim" - Ali Imran : 140
Jadi apa bezanya ?
Bezanya adalah reaksi kita tika berhadapan dengan taqdir Allah. Sama ada terus meningkatkan iman, atau tidak peduli langsung apa yang berlaku. Jika semua mahu tingkatkan iman dan kesedaran dakwah, masing-masing tidak memandang rendah kepada sesama lain. Yang bujang tidak semestinya lebih bebas dan rasa lebih banyak masa berdakwah dan tajmik, yang berkahwin tidak semestinya lebih mantap.
Yang paling mantap adalah yang paling rapat dengan Allah S.W.T. Dan perkara itu Allah sahaja yang tahu.
Jika saya seorang perempuan, saya akan jawap :
"Saya masih mahu rasa seperti Maryam A.S, tidak berkahwin bahkan kekal suci sehingga kematiannya. Namun ketika muda, jiwa remajanya disalurkan pada tempat yang sangat mulia, iaitu khidmat di Baitul Maqdis dan kerja-kerja kebaikan. Allah tidak memberinya suami yang soleh, tetapi memberi satu anugerah yang lebih besar daripada itu, iaitu beliau menjadi ibu kepada Al-Masih Isa A.S, yang akan menjadi penyelamat kepada dunia ini ketika melawan Dajjal. Jom rasa jadi macam Maryam (sementara sempat) !"
Habis bab kahwin.
InsyaAllah, yang belum kahwin, jangan risaulah ..
Pasti ada yang udah nunggu di Surga !
Ya Allah jadikan diriku ini tidak melihat kecuali kepada Firdaus-Mu,
Dan jadikan aku tidak menghendaki melainkan redha-Mu.
Ameen.
p/s : Baru-baru ini dapat email mengenai penolakan lelaki terhadap seorang perempuan solehah (cantik) yang bertudung labuh litup hanya kerana sakan sangat bergambar dan letak dalam facebook.
Perempuan yang cantik itu,
tidak memandang dan tidak dipandang,
tidak mengenali dan tidak dikenali,
tidak menegur dan tidak ditegur.
- sedikit yang saya petik puisi dalam email tersebut.
Mahukan yang udah nunggu di Surga itu!
Wassalam.
9 Comments:
cis perlu la mengulas perbualan smlm. ye perlu2. bagus la.
aku juga mau yg nunggu di surga itu kok. haha
tapi yg di dunia mau juga sih. moga2 sama aja orgnya di dunia maupun di surga.
mel, psl emel tuh. define bergambar sakan. camne a? cis takpasal aku terasa! tapi macam poyo je laki tu. cey
insyaAllah,mil..di sana udah ada yang nunggu tapi di sini mungkin ada yang menanti..=) menarik post enta kali ni..mmg ana setuju, mcm post org yang pasrah pun ada juga.hehe..ada la hikmah tu tak kahwin lagi..Allah lebih mengetahui..ujian kn mcm2..
situasi kita lebih kurang je, mil..tp ana lagi tragis kot..hehe..
Bile sembang2 dgn ikhwah yg lebih muda, ana suruh diorg buat perancangan utk kahwin,mksudnya dh pasang niat utk kahwin..lagi awal lagi baik..ada kemampuan, family setuju, tafaddhal..jangan tangguh2..al-maklum la..dunia akhir zaman ni, fitnah byk sgt..lagipun byk kelebihan kahwin awal ni ( sebagaimana kata2 org dh kahwin =) ).appn, mmg bergantung pd seseorang tu..sama ada nk kawin awal @ lewat..ade yg bgtau tak bersedia lg, ade yg rasa mcm tak matang lg, mcm2 lg la..ni situasi kt mesir, klu di msia lg la..Hanya iman dan kefahaman yang membezakan..bahkan di akhir zaman ni, antara penyebab kerosakan jiwa dan gejala2 yg buruk yang melanda masyarakat adalah kerana menyusah2kan perkahwinan..di mesir, di malaysia, di mana sahaja..masing2 ada pendirian..mcm2 alasan yang diberi oleh golongan tua..di pihak golongan muda yg nk kahwin ni pun ada cerita tersendiri..
sembang2 bab kawin ni mmg panjang. blh buat tesis..hehe..
ala kulli hal..sabar la ye,akhi.
wa ma sobruka illa billah.
sama2 sabar. doakan ana juga.
bidadari di sana udah nunggu, bidadari di sini tengah menanti..
amin..
Syukran Ust Syamil, baru terbuka mata bila dapat pencerahan dari enta...sebelum ni asyik rasa tak seronok jiwa..bila orang kata mabruk kepada kita...huhu..Mabruk mil, atas tulisan ni:)
1. Perasaan 'kebujangan yang beriman' tu memang unik. Maka benarlah telahan ana terhadap anta selama ni (dalam senyap).
2. Tudung litup vs Facebook. Ironi. Ada kemungkinan tak pandai guna facebook sampai tersiar gambar yang sepatutnya private. Kesal juga kadang-kadang dgn facebook.
3. Kalau kahwin di dunia pun zaujah boleh tunggu di syurga apa? hehe.
subhanallah mas syamil.
satu penyuntik semangat buat
diri yang berazam mahu mengikuti jejak Syed Qutb dan mahu cuba merasai apa yang dirasakan Nabi Isa a.s
Juga bisa menjadi obat buat muallimah2 kita :)
kecekalan mereka bak Maryam a.s telah melahirkan ramai Generasi pewaris syed Qutb, imam nawawi dan lain2nya.
"Kalau asyik main game dan tengok movie saja, bukan takat mak ayah, saya yang tiada apa kaitan pun takut nak bagi dia kahwin !" - haha lawak la yg tuh!
btw mel, mmg bes pun post nih. 2-2 side ada kebaikan die :)
btw mang, haku pun tanye tame yg tuh.. define bergamba sakan mcmane? hahaha. haha mmg cm agak poyo pun laki tersebut :P hahaha
satu : insyaallah mel, lagi sepuluh tahun, datanglah jodoh tu.
dua : nombor satu tu dikira doa
tiga : selamat maju jaya
Basah. hehe.
Ungkapan paling sesuai utk post ini, basah!(trademark Syamil) maksudnya menyentuh.
mabruk, untuk yang sedang menunggu.:)
"orang yang sembang-sembang kosong bab-bab ini kebanyakannya belum lagi buat apa-apa persediaan."
-aduh,sangat terasa kot.
Post a Comment
<< Home