Tadabbur sabar
Sabarlah diri .. engkau belum lagi diuji seteruk Nuh A.S .. hinggakan isterinya menolak dakwah .. dan anaknya pun tidak mahu bersamanya ..
Sabarlah diri .. engkau belum lagi dihalau seperti Ibrahim A.S oleh bapanya sendiri .. hanya kerana dakwah yang dibawa olehnya ..
Sabarlah diri .. engkau belum lagi ditimpa seperti Musa A.S .. betapa sukarnya ujiannya bertemu Firaun, Haman, dan Qarun ..
Sabarlah diri .. engkau belum lagi diuji seperti Isa A.S .. betapa konspirasi Yahudi terhadapnya sungguh licik bahkan mahu membunuhnya ..
Sabarlah diri .. engkau belum lagi dibaling batu seperti Muhammad A.S di Taif .. datang ke sana membawa rahmat .. tetapi balik dengan luka-luka dan darah merah pekat ..
Sabarlah diri .. seperti mana sabarnya para Ulul Azmi. Dengan demikian engkau akan rasai betapa ringannya ujian yang kau lalui .. atas jalan mereka ini.
"Maka bersabarlah seperti mana para Ulul Azmi daripada Rasul-rasul dan janganlah engkau tergesa-gesa terhadap mereka, sesungguhnya pada hari yang mereka dijanjikan itu (Kiamat) seolah-olah mereka tidak hidup melainkan hanya satu jam (beberapa waktu sahaja) pada waktu pagi - maka sampaikanlah (dakwah ini) ..Adakah akan binasa kecuali orang-orang fasiq ?" - Surah Al-Ahqaf
Tidakkah mujahadah itu jalan orang-orang yang sabar ?
Tidakkah kurniaan orang-orang yang sabar tidak terkira pahalanya ?
Ingatlah .. manusia tidak akan mengurangkan rezekimu .. dan tidak akan mencepatkan ajalmu .. walau apapun mereka buat .. rancang .. konspirasi ..
Semuanya sudah ditetapkan Allah.
"Ketahuilah, kalau seluruh manusia muka bumi ini berkumpul untuk memberi manfaat padamu, mereka selamanya tidak akan mampu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan, dan sekiranya mereka berkumpul untuk memberi mudharat padamu, selamanya mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah Allah tetapkan padamu, sesungguhnya pen telah diangkat, dan dakwat itu telah kering" - Riwayat Tarmizi
Maka wahai diri,
Allah akan menjagamu jika kamu menjaga hak-Nya,
Allah akan bersamamu jika kamu sentiasa bersama-Nya,
Jika dakwahmu tidak diterima oleh mereka,
ramai lagi yang mahukan dakwahmu,
jika manusia pun tidak mahu menerima,
maka jangan risau kerana seluruh alam akan selamanya membelamu.
Janganlah takut,
Wahai diri yang kecil,
Bersamamu Allah yang Maha Besar,
Maka,
Teruskan beramal.
3 Comments:
mabruk mil..basah..syukran tu..
blh bawa dlm tazkirah utk ikhwah ni khususnya ikhwah isma-tanta. hasbunallahu wani'mal wakil.
mohon copy~
Post a Comment
<< Home