Be Here, Be Together
Salam.
Selamat Tahun Baru Hijri 1431.
Selamat Tahun Baru 2010.
Kif hal ? Lama tidak update. Alhamdulillah kini masih dalam recovery dari demam, tinggal batuk-batuk yang sudah dekat dua minggu. Ramai juga kawan-kawan sedang demam sekarang. Rabbuna yasyfiina jamian wa yu'aafiina.
Tahun Baru.
Azam baru saya tahun ini mudah saja.
1. Saf pertama dalam solat
2. Menghadam manhaj Ikhwan Muslimin
3. Melazimi azkar Imam Ghazali
4. Hidup 'ihsan', bersama Allah sentiasa (berplan dan detail)
Ada lagi yang lain-lain, tapi itu tak perlu cerita rasanya.
Perkongsian di bawah agak panjang. Sila komen sekiranya perlu.
--
Point of Togetherness (Makna Kebersamaan)
Sejak kebelakangan ini, saya sering mendalami erti kebersamaan.
Ia mungkin berkait rapat dengan hubungan kemanusiaan, pada kebanyakan orang.
Dalam kehidupan seharian, manusia seringkai perlu kepada teman. Teman meluah perasaan. Teman untuk bersama, buat kerja bersama, bergelak ketawa bersama. Teman yang sering bersama akan lebih diingati, berbanding teman yang jumpa sekejap pastu berlalu pergi.
Para daie mengambil kefahaman atau fiqh ini untuk menawan hati para mad'u. Mereka merasakan kepentingan mu'ayashah (hidup bersama-sama) dan mukhalatah (bergaul) bersama mad'u / objek dakwah mereka.
Manusia yang stress dan kecewa serta risau, sangat perlu kepada teman yang setia. Ia boleh jadi, seorang manusia istimewa, atau seorang kawan lama, atau juga ibubapa yang sedia mendengar rintihan anak-anak yang selalu cerita masalah sambil berlinangan air mata. Itu lumrah manusia.
Kalimah-kalimah cinta biasanya seperti "I'm with you", "I will be there if you need me" , "I'm always here", "You're in my heart" dan sebagainya. Ia sebenarnya mengambil tempat dalam hati manusia, agar memberi ketenangan dan ketenteraman yang kadang-kadang tidak malmus (dirasai dari segi luaran) tetapi ia cukup untuk memberikan suatu jenis kebahagiaan yang lebih berbanding perkara-perkara zahir.
Bahkan, ia merupakan suatu kalimah kesetiaan yang bukan semua orang boleh mampu berkata begitu, tetapi menjanjikan sebuah kebahagiaan yang tidak tergambar.
Ia bukan tidak islamik, bahkan ia dirasai sahabat ketika kematian Rasulullah s.a.w. Ketika Bilal melaungkan azan selepas beberapa tahun kewafatan baginda s.a.w, satu Madinah menangis, terkenang kebersamaan Rasulullah s.a.w tika bersama membina masjid, menggali parit, bersiap-siap ke Tabuk, bergelak ketawa, berziarah dan sebagainya.
--
Baru-baru ini saya seringkali tertangkap kalimah ma'a (bersama) di dalam Al-Quran. Antaranya
"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
"Allah bersama orang bertaqwa"
"Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada"
Sungguh banyak Allah tonjolkan keberadaannya. Bagi saya, ia menunjukkan pelawaan-pelawaan Allah kepada para hamba-Nya, untuk berasa tenang, tenteram, aman dan damai, dengan keberadaan Sang Maha Pengasih di sisi. Kebersamaan Allah itu kebiasaannya dikaitkan dengan orang-orang yang bersifat sabar, taqwa, pejuang dan semua yang susah-susah belaka.
Muslim akan merasa penat dengan kesabarannya. Letih dalam mencari taqwanya. Kecewa dalam kekuranghasilan dakwahnya. Dia perlu teman, perlu tempat luah perasaan, perlu orang yang sentiasa bersamanya dalam keperitan, tangisan dan kepayahan. Lantas Allah menyapa, dengan lembut, seolah-olah Dia berkata ;
"Wahai hambaku .. Aku sentiasa di sisi mu"
"Wahai hambaku yang sudah penat bersabar, menahan diri daripada larangan, Aku sentiasa nampak apa yang kau buat"
Pemahaman ini dibawa oleh Nabi s.a.w ketika di Gua Tsur, apabila Abu Bakar r.a berkata ;
Wahai Rasulullah, sekiranya salah seorang daripada mereka menundukkan kepala mereka, sudah pasti kita akan disedari dan ditangkap.
Rasulullah menjawap ;
"Apa kamu kira kita ini berdua ? Sesungguhnya Allah adalah yang ketiga"
atau dalam Surah Taubah ;
"Jangan risau, sesungguhnya Allah bersama kita"
Fitrah pejuang yang baru memulakan perjuangan akan merasa berat dan takut akan memikul amanah dakwah yang sangat berat. Ia suatu perkara biasa, namun Allah sudah pasti akan menolong. Ia dapat dilihat dalam kisah Musa a.s dalam surah Taha ;
"Mereka berdua berkata (Musa dan Harun) wahai Tuhan kami, kami takut-takut akan diancam dan diperdayakan oleh Firaun"
Lantas Allah membalas ;
"Janganlah kamu berdua takut, sesungguhnya Aku bersama kamu, Aku mendengar dan melihat"
Dalam surah Asy-Syu'ara' :
"Kami bersama kamu, turut sama mendengar"
Seolah-olah "Aku bersamamu, bermakna Aku akan membantumu, kamu buat kerja kamu, Aku akan buat bahagian Aku" ....
----
Sesungguhnya Allah itu hadir. Dan sesiapa yang merasai kehadirannya dan kebersamaannya, akan mengetahui betapa tingginya nilai sifat rahmat dan kasihnya Allah pada hamba-Nya.
Kalau orang yang selalu menyapa kita, calling-calling kita, duduk bersama kita, bersembang dengan kita pun kita sangat rasa keprihatinan mereka, apatah lagi Allah yang sentiasa bersama, melihat, mendengar, yang sentiasa memanggil-manggil kita, agar kebersamaan-Nya dirasai oleh semua makhluk, semata-mata demi kesejahteraan makhluk-Nya.
Saya akhiri tajuk ini dengan kata-kata Junaid Al-Baghdadi (seorang ahli zuhud yang tsiqah) ;
Apabila ditanya mengenai cinta Allah ;
"Seorang hamba yang berlepas dari nafsunya, sentiasa berzikir mengingati Tuhannya, menunaikan hak-hak Tuhannya, melihat kepada-Nya dengan mata hati.
Sekiranya dia berkata, maka dengan Allah, sekiranya bertutur maka mengenai Allah, sekiranya bergerak, maka kerana urusan Allah, sekiranya berhenti, maka dia bersama Allah. Maka dia itu dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah" - Al-Awaiq, Abu Ammar.
Wallahua'lam.
9 Comments:
Oh besnye. Just when I need it. Tapi malmus tu amende Mel?
Salam.
Pos kali ini sangat menarik. Ringkas dan sampai.
Saya suka.
Terima kasih, ustaz. Lama tak ziarah Tanta.
tame,shahdu nyebila baca entri ni.
nak nangis rase.terharu. T-T
moga bertambah2 lagi byk posĀ² sebegini buat penguat kami@msia..
yes post sgt bes.
syamil ni boleh taruk kat web ismamesir jgk nih.
yg bahagian togetherness2 tu la. azam tahun baru boleh gak nak share.hehe.
what a miracle..this is what i m looking for..thank you Allah
jzkk 4 this post, sgt menyentuh hati..mcm bersmbung pulak dari pengisian usrah aunty dayat g tadi..bca tafseer alimran:121-129..bagaimana Allah bersama2 nabi saw n para sahabat di perang uhud n badar...semuga syamil istiqamah dlm dakwah ilallah yg penuh pancaroba tp sgt manis bila memahami ..amin
salam..maaf nk tumpang ty..
referring to kata2 by syeikh Junaid al-Baghdadi: apa maksud "berlepas dari nafsunya" tu?
syukran 'ala kulli hal
wsalam.
to naeeimah : malmus adalah kalimah arab yang bermaksud, boleh dipegang atau disentuh. maknanya boleh nampak secara real.
to IF : jemput dtg Tanta.
to ahmadk : doa orang msia kpd org mesir sgt dirasai.. sama2 berdoa.
to rusman : belum layak lagi utk letak dlm ismamesir. :) azam tahun baru tu kalau nak share lebih kene slow-talk. :)
to aunty dayat : subhanallah yg sungguh tepat memberi kita keperluan dan kelengkapan pada masa yang sangat sesuai. moga aunty dayat tak lekang mendoakan kami di mesir ini. sama-sama kita istiqamah insyaAllah.
to nur : wallahua'lam. dalam bahasa Arab dia tulis : Zahibun 'An Nafsihi = kalau zahaba 'an bermaksud pergi meninggalkan.
pdgn saya, mgkn seseorang yang tinggalkan nafsunya jauh-jauh kerana mencari keredhaan Allah.
Allahummaj'alna minal muqarrabin.
Kekuatan iman seseorang itu terletak pada ketidakbergantungannya pada orang lain. Hanya pada Allah SWT sahaja kita berharap..
As human being, sometimes it is difficult. We always feel that we need other person to be with us, especially during hard time..
Tapi sebenarnya kita lupa yang Allah sentiasa bersama kita. Innallaha ma'ana..
Post a Comment
<< Home