Alpha To Omega: Mana betul mana selainnya ?

Tuesday, October 06, 2009

Mana betul mana selainnya ?


Salam kepada semua.

Allahumma solli ala Muhammad, wa ala alihi wa sohbihi ajma'in.

Sekarang tengah musim peperiksaan PMR & STAM. Semoga Allah memberi ketenangan dan kejayaan yang cemerlang kepada adikku (Hikmat) dan sepupuku (Ahmad Khairuddin). SPM mula bulan November insyaAllah.

Rabbuna yunajjihukum jamiean. Ameen.

Sekarang juga musim kedatangan pelajar-pelajar baru di Mesir. Saya doakan agar semuanya lancar dan baik-baik belaka. Macam-macam juga yang saya 'baca' mengenai perkara ini. Tak apa abaikan.

Sampaikan salam rindu dari saya di Malaysia ini kepada ikhwah & adik-adik baru, insyaAllah akan kembali beramal di sana dalam bulan Oktober ini. Moga ketemu.

Di Mesir .. di Malaysia .. dan di mana-mana..

Dakwah yang benar itu merupakan suatu ancaman, kepada berbagai golongan. Tetapi ia semua boleh dikategorikan dengan satu kategori saja, iaitu Golongan yang mengikut hawa nafsu.

Golongan dakwah yang benar itu adalah yang mengikut wahyu.

Saya tidak maksudkan golongan yang mengikut hawa nafsu itu kepada sesebuah jemaah atau persatuan, tetapi yang saya maksudkan adalah individu-individu yang mengharapkan selain daripada keredhaan Allah dalam perjuangan. (untuk memahami permasalahan ini, sila rujuk buku Al-Muntalaq - Langkah Bermula tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam bab pertama Narfudhul Hawa - Kita menolak hawa nafsu)

Bila Allah bukan lagi matlamat ;

- kita kejarkan manusia semata-mata membawa kepada kita, bukan kepada-Nya
- senang-senang kita memfitnah orang tanpa usul periksa
- senang-senang kita tak jaga akhlak kemudian kita cakap tak apa sebab mereka musuh kita
- senang-senang kita buat perkara yang tak sepatutnya (dalam perjuangan berorganisasi)
- semua keputusan senang-senang saja ikut kepala kita
- susah nak kenal mana kawan mana lawan

Baru-baru ini sempat juga berjumpa (secara tak rasmi) dengan beberapa pimpinan ISMA dan juga murabbi tercinta. Berbincang sedikit sebanyak mengenai perkara-perkara 'tsunami' di Malaysia.

Secara mudahnya setakat ini ;

"Temsyi Sohh, Teb'a Sohh" - Kau jalan dengan betul, kau akan terus kekal betul dan sah

Jika dakwahmu benar, maka ia akan berkembang.

Jika dakwahmu benar, maka tunjukkan sampel produknya.

Jika dakwahmu benar, maka tunjukkan buktinya.

Jangan habiskan masamu dengan perkara-perkara begini, ia tak mendatangkan amal pun.

Mungkin agak keras juga bagi sesetengah pihak, tapi bagi saya biarlah kita letakkan perbincangan itu pada tempat yang sepatutnya. Bila kita membuat penilaian, kita utamakan aspek akal dan bukti, bukan aspek hati dan emosi. Realiti adalah suatu perkara yang zahir dan telah tetap berlaku, sedangkan perkara dalam hati boleh berubah-ubah.

Fa ammaz zabadu fayazhabu jufaa'a, wa amma ma yanfa'unnasa fayamkutsu fil ardh
(
Maka buih-buih itu akan hilang dengan sia-sia, dan apa-apa yang memberi manfaat kepada manusia akan kekal di muka bumi ini) - Surah Ar- Ra'd

Timbangan manfaat kita kepada manusia adalah sejauhmana kita bawa mereka kepada Allah, kenalkan mereka kepada Islam, bawa mereka menyelusuri jalan Nabi s.a.w. Sebab itulah Allah menyebut ;
Wal-'aqibatu lilmuttaqiin -(Surah Al-A'raaf)
Dan akhirnya kesudahan hanyalah milik orang-orang yang bertaqwa

Kekalnya 'fikrah' ini kerana ia membawa manusia kepada Zat yang Maha Kekal. Daripada fikrah baru timbul jemaah (golongan manusia sefikiran) dan barulah timbulnya ta'ah (ketaatan) yang penuh kesedaran, iaitu jelas halatuju dan tahu penghujungnya. Sekiranya selain itu, maka ia akan jadi seperti buih-buih di lautan. Nauzubillah min zalik.

Wallahua'lam.

Saya doakan sahabat-sahabat di Mesir agar menjadi lebih kuat. Pening-pening kepala tu biasalah. Bak kata orang ; bila dah 'pening' baru ada 'katan'. Kemudian jadilah 'peningkatan'. (Quote baru dapat di Malaysia)

p/s : Kepada sesiapa yang nak menempah/membeli buku Langkah Bermula a.k.a Al-Muntalaq - tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (terjemahan kepada BM), sila hubungi saya di talian +6019-6369232. (terbuka kepada semua yang berada di Malaysia mahupun di Mesir).

Kalau di Malaysia, sila datang ke rumah, atau kita boleh jumpa mana-mana di KL/Selangor. Nak post pon boleh juga (tapi bayaran post kira lain). Kalau di Mesir ana akan beri bila tiba di Mesir nanti insyaAllah.

Harga Malaysia : RM15 (harga asal RM20)
Harga Mesir : 25LE

- susah nak cari di kedai-kedai buku hatta kedai buku fikrah pun (sebab ini terbitan sendiri)
- kalau beli banyak (lebih dari 3), harga boleh bincang
- kalau ada ralat/rosak boleh tukar baru dengan syarat tiada conteng/tulisan tangan tambahan
- kalau di Mesir, tempahan amat terhad sebab saya pun nak bawa barang-barang sendiri juga. First come first serve basis.

*kempen sikit ; Buku Al-Muntalaq ini merupakan complete kit bagi daie-daie yang baru mula nak memahami fiqh dakwah atau kefahaman dakwah dengan lebih mendalam dan lebih yakin. Sangat sesuai dengan isu-isu semasa dan juga isu-isu yang sedang terhangat di pasaran waktu ini.

*
sila sebarkan hebahan jualan buku ini kepada orang ramai, besar pahala entum kalau orang lain pun dapat beli dan baca serta fahami buku tersebut. jzkk.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam,
You may have a point young man...but please show more humility in expressing your feelings about the whole matter...I'm afraid I sense 'only we are right' glaringly can be seen from what you wrote. Imagine the other side having the same tone...where does ayat 'Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan jangan kamu berpecah belah' holds here. Only Islam is the biggest loser out of this dispute....May Allah guide us all!!

10:27 am  
Blogger Syamil Esa said...

wsalam.
bukan begitu. maaf kalau ada yang terasa seperti itu.

ISHAB pernah berkata ;
Kam minna wa laisa fiina, wa kam fiina wa laisa minna

"berapa ramai orang yang berada di kalangan kita, tapi dia bukan daripada kita (bersama kita). serta berapa ramai orang yang berada bukan kalangan kita, tapi dia bersama kita"

ini suatu statement yang menolak 'only we are right' maka saya sebutkan kembali di sini.

kita mesti meyakini bahawa kita betul, sebab itu kita buat. tetapi tidak boleh merasakan bahawa orang lain salah.

mungkin sudut pandangan berbeza, berbeza dari segi perkara-perkara furuk. tapi perkara usul tidak patut berbeza, iaitu asas-asas islam dan akhlak yang kita dah belajar dari kecil lagi.

maaf saya masih cetek ilmu dan kurang pengetahuan. apa yang tertulis hanya apa yang dilalui dan ketahui.

terima kasih. wsalam

4:38 pm  
Anonymous Anonymous said...

buku muntalaq tu kalau harga Jordan berapa ya? katakanlah memang lebih daripada 10.
(ke pasaran mmg limit malaysia+mesir shaja?)

5:20 am  
Blogger Syamil Esa said...

stakat ni pasaran yang mudah hanya mesir dan malaysia. sebab mudah nak bagi by hand / COD.

kalau jordan taktahu cam mana nak bagi .. postage pun tktau harga berapa. unless kalau ada orang jordan nak datang Mesir atau sebaliknya.

kalau boleh survey kan harga postage /courier boleh je diuruskan insyaAllah. utk kemaslahatan semua.

kalau beli 10 ke atas ada diskaun 20% dan ada hadiah tambahan , iaitu buku Tariq Dakwah karangan ust Mustafa Masyhur (terjemahan) sebanyak 3 buah per 10 muntalaq.

Tambahan promosi :

Tariq Dakwah - Mustafa Masyhur :-
(terjemahan): RM8 . Sila buat tempahan juga kalau mahu.

* Setiap pembelian empat buku Muntalaq dapat 1 buku Tariq Dakwah free.

*Apa-apa pun harga kita boleh nego lagi. sila PM saya oke for best price.


wsalam wa jzkk.

10:18 am  
Anonymous hoodsunny said...

ya, daie mengajak manusia kpd Allah bukan kpd jemaah~

siru 3ala barakatillah

12:53 pm  
Anonymous Dr Anas MA said...

salam wbt
nice post akhi,
1st tarik kembali hati mereka kepada ALLAH swt.
then terpulang pada mereka untuk memilih front/jemaah mana yg mereka selesa/faham-yakin untuk beramal.
jikalau jemaah kita berada di jalan yg betul pasti Allah akan bantu.
ALLAH MUSTA'AN..

PS: bila nak ziarah ikhwah2 alex ni? tonto ana dah ziarah dah time cuti summer. =)

6:12 am  

Post a Comment

<< Home