Alpha To Omega: Soifi dan Bumi Anbiya'

Wednesday, June 17, 2009

Soifi dan Bumi Anbiya'





Salam.

Simple posting.

Look at the sky,
Then you could see,
That you're never the highest.

Look at the ground,
Then you could see,
That you're never the lowest.

Look at yourself,
Then you could choose,
Either always put your soul to the sky,
Or put it down to the ground.

Only you,
Decide on your own.

--

Musim panas ini akan ada 3 orang sahabatku melangsungkan pernikahan mereka.
1. Zaizul Irsyadi Zaman - 25 Jun 2009 (lokasi Mesir)
2. Salman Al-Farisi Selamat - 25 Julai 2009 (lokasi Malaysia)
3. Mohd Farhan Mohd Fadhil - 1 Ogos 2009 (lokasi Malaysia)

Alhamdulillah.
Tiada komen pasal kahwin. Semoga semua baik-baik belaka. La'allahu khoir bak kata kawan Arab saya yang IM. (bukan taasub ya)
Saya bila kahwin ? Kamu bila kahwin lagi (untuk yang sudah kahwin), dan bila akan kahwin (untuk yang belum kahwin)? Itu Allah saja yang tahu secara tepat.

Cuti musim panas merupakan saat yang getir bagi seseorang pelajar di Mesir. Pada waktu itu, mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu. Talaqi, belajar sendiri, mengkaji ilmu, menghafaz Quran, meniaga, berjalan, tidur, main game, layan movie, back to back drama dan macam-macam lagi. Anda akan merasai sendiri, jika anda sampai di Mesir waktu-waktu ini. Mungkin terkejut, tapi biasalah, mereka/kita pun manusia juga.

Tempoh lebih kurang 3-4 bulan (Jun - September) di Mesir tanpa pembelajaran di universiti, dalam masa yang sama jauh dari keluarga, merupakan satu tempoh 'emas' untuk pelajar-pelajar Mesir mengambil sebanyak-banyak manfaat di bumi Anbiya' ini.

Pernah terfikir kenapa Mesir ini banyak Nabi ?

Kadang-kadang terfikir tak dapat jawapan. Mungkin ada yang membayangkan, bila bumi Anbiya' ini, pasti orangnya sungguh mantap. Maklumlah banyak Nabi. Ataupun, pasti buminya bersih dan berkat, maklumlah Allah pilih tempat ini diturunkan utusan-Nya.
Tapi bila sampai di sini, ternyata sebaliknya (secara zahirnya). Tapi secara hakikatnya (pada pandangan saya), memang bumi ini selayaknya, tempat dihidupkan Musa A.S, Yusuf A.S memerintah dan sebagainya.

Untuk memahami, kenapa Mesir ini boleh banyak Nabi, saya cadangkan untuk membaca Hazad Deen (Inilah Islam) karangan Syed Qutb, tajuk pertama. Iaitu Manhaj Lil Basyar.

Bila diteliti, Mesir ini memang tempat yang sangat sesuai untuk mekarnya sebuah dakwah al-Haq. Antara pelajaran yang didapati di Mesir ;

Perubahan itu dimulakan dengan diri sendiri.

Saya rasa perkara ini sudah lali, dengan ayat Surah Ar-Ra'd ;

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan dia mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri

Tapi itulah. Kadang-kadang bila di Malaysia teorinya mudah, amalnya susah nak nampak. Di Mesir, macam-macam kita boleh nampak.

Bumi ini sendiri sudah 'tarbiyah' bak kata orang lama. Masuk bas saja orang bagi salam. Tengah tunggu bas nampak poster suruh istighfar. Tengah2 jalan nampak graffiti tulis 'Ala Bizikrillahi Tatmainnul Quluub' (ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang). Tengah-tengah Arab bergaduh orang suruh salawat.
Masjid bukan main banyak. Syeikh bukan main ramai. Buku-buku fikrah/tasawuf/harakah/fiqh dan macam-macam bukan main berlambak-lambak. Harga pula murah-murah.

Dalam keseronokan ilmiah dan bi'ah islamiah yang tiada/jarang-jarang ada di Malaysia, maka tiada hujjah kepada penduduk/pelajar Malaysia di Mesir untuk tidak mengubah diri ke arah kebaikan. Pendek kata, Allah bagi berjuta 'signal' yang menyuruh untuk jadi baik/berubah itu sangat banyak.

Maka yang tinggal hanyalah si empunya diri, empunya jiwa. Sama ada mahu atau tidak. Yang mahu akan berlari secepatnya ke arah Tuhan. Yang tidak mahu, akan buat dek saja seolah-olah macam di Malaysia satu apa pun tiada beza. Nauzubillah min zalik.

Di Malaysia, kita baru nak buat baik, orang dah sangka buruk. Kita tengah shopping nak dengar Azan dan nak solat pun punya susah nak cari Musolla/Masjid. Kita nak hidupkan Masjid orang kunci pula. Kita nak hidupkan Ramadhan tiada suasana pula. Kita nak beli buku-buku fikrah/agama dsb mahal pula. Kita nak belajar Quran susah nak cari Ustaz pula. Kita nak bincang bab-bab serius orang kata poyo pula. Kita nak berjalan-jalan mencari Tuhan, kosnya tinggi pula. Pendek kata banyak sangat yang kurang memudahkan perjalanan Rabbaniyah menuju Ilaah di Malaysia, tidak semudah Mesir ini.

Kesimpulan dari point ini, saya ambil satu kisah Salman Al-Farisi dengan Abu Darda' ;

Suatu ketika Abu Darda' menulis kepada Salman Al-Farisi ;

"Marilah kembali ke bumi yang menyucikan ini (Madinah)"

Maka Salman Al-Farisi membalas suratnya ;

"Sesungguhnya bumi tidak pernah menyucikan sesiapapun, tetapi yang menyucikan seseorang hamba itu adalah amalannya"

(Salman Al-Farisi telah dipersaudarakan dengan Abu Darda' oleh Rasulullah s.a.w di Madinah, dan Salman lebih faqih daripada Abu Darda' dalam banyak hal, di antaranya hal ini)
- dipetik dari Al-Muntalaq (Abu Ammar), sumber asal Majmuk Fatawa Ibni Taimiyyah.

Sampai sini sahaja tulisan kali ini.
Semoga bermanfaat musim panas anda. Sama-sama doa.
Wassalam.

it's good.

p/s : balik Malaysia ? tunggu dan lihat.

4 Comments:

Anonymous munawwar said...

peh mil..simple post pon dah panjang berjela..hehe

salam dari imarah melayu~~

5:43 pm  
Blogger haidar said...

matap2..salam dari bait darul himmah

2:12 pm  
Blogger a passerby said...

adekah dlm kate lain, tak mau balik kamu? hoho.

i cud get u a discounted tix. haha just saying ;p

10:18 am  
Anonymous thaaqhib said...

"ya allah ..KAU kabulkanlah permintaan hambamu penulis blog ini, agar perkahwinannya dilambatkan dan jangan diawalkan."

~er..nak edit ape2 tak kat contoh doa kat atas tu?

hari ni, belajar tulis doa

12:49 am  

Post a Comment

<< Home