Alpha To Omega: Surat untuk kekasih

Monday, March 09, 2009

Surat untuk kekasih



Salam to all. Kif hal ? Kuwais?

Selamat menyambut kelahiran kekasih agung, Muhammad s.a.w.

Allahumma solli ala muhammad .. wa 'ala aalihi wa sohbihi ajma'iin .

I don't know how to express what I'm feeling right now. It's just as deep as the word cannot afford to even get to touch or to feel, just because the word would not and never would, swim in the sea of feelings. But, afterall it could still do its parts.

So I think, I prefer to write in Malay.

Kelahiran kekasihku yang sejati pada lebih kurang 1400 tahun yang lepas amat-amat ku nantikan. Masya-Allah. Kecintaan yang meluap-luap pada sang kekasih menjadikan aku tidak dapat tidur pada malam kelahirannya, ingin memberikan sesuatu, padamu .. satu-satunya kekasih manusia sejati.. Muhammad b Abdullah - sallallahu alaihi wasallam.

Untuk kekasih,

Boleh saja kau minta pada Allah agar diberi keagungan dunia dan segala isinya, tapi kau tolak ...

Boleh saja kau minta pada Allah agar diazab saja kaum Taif, dengan darah di kepala dan kakimu akibat lontaran batu .. tapi kau maafkan ..

Boleh saja kau kumpul harta banyak-banyak dan beri alasan bahawa isteri dan keluargamu ramai .. tapi kau berdalih dan hanya memilih untuk tidur atas alas yang keras..

Boleh saja kau pilih untuk dihukum bunuh penjenayah musyrikin Mekah pada Fathu Makkah kerana kekejaman mereka sebelum ini .. tapi kau ampunkan ..

Boleh saja kau tolak permintaan orang muslimin untuk berperang di luar Madinah sewaktu perang Uhud .. tapi kau terima syura ..

Boleh saja kau tidak menyimpan Doa Khusus Para Rasul (setiap Rasul ada doa khas yang mustajab) di dunia .. tapi kau menolak .. dan ingin menggunakan doa istimewa itu untuk selamatkan umatmu pada hari Akhirat 

Boleh saja kau pilih untuk menghukum Hatib b Abi Baltaah atas pemecahan rahsia pada Fathu Makkah .. tapi kau maafkan ..

Boleh saja kau pilih untuk tidak mempedulikan Abu Umair yang waktu itu masih budak ketika kematian burung kesayangannya, tapi kau pilih untuk duduk di sebelahnya dan mendengar rintihannya ..

Boleh saja kau biarkan wanita yahudi yang selalu meletakkan najis dan kotoran di hadapan rumahmu itu kesakitan dan mati .. tapi kau memilih untuk balas kejahatan dengan kebaikan..

Boleh saja kau tidak katakan 'umati umati' pada penghujung hayatmu .. tapi kau memilih untuk mengucapkan kalimah yang menyibukkan dirimu, bukanlah mati itu yang engkau risaukan .. tetapi masa depan umatmu ...

Boleh saja ... Boleh saja wahai Nabi ... tapi ternyata kemuliaanmu sebagai sebaik-baik manusia terserlah dengan ujian-ujian dan tarbiyah yang telah Allah didik dirimu sejak kecil ..

Sejak kecil lagi engkau telah mengenal erti ketabahan .. ingatkah ketika Tuhanmu mengambil ibumu ketika engkau berumur 6 tahun ? Ingatkah ketika engkau mula mengembala kambing ketika remaja ? Ingatkah engkau mula berniaga pada waktu dewasa mu? Ingatkah engkau ketika engkau kehilangan isteri tercinta ... Khadijah R.A .. dan bapa saudaramu meninggal dalam kufur . ?

Ya .. sudah pasti peristiwa itu melekat pada dirimu sedalamnya .. kerana perasaanmu sangat halus .. ingatkah ketika peristiwa kematian anak lelaki terakhirmu (Ibrahim) ? Ingatkah apa yang kau telah ucapkan ? " Sesungguhnya hati ini memang sedih, dan mata ini sudah menangis, tetapi tidak akan ku ucapkan melainkan kalimah yang diredhai Tuhanku" .. walaupun dalamnya perasaan cintamu padanya namun keutamaan Ilahi itu kau letak prioriti nombor satu .. 

Hebat sungguh engkau ini wahai kekasih ..

Wahai kekasih ... 

Hidupmu mengajarku erti perjuangan sebenar.. iaitu ..

Penat . Sedih . Susah . Darah . Korban . Tangisan . Peluh . Nyawa . Pilu . Kecewa . Tertipu . Khianat . Berat . Pasrah . Redha . Cinta . Mati-matian . Sabar . Mujahadah . 

Mesej itu kau berikan bukan dengan perkataan, tapi dengan perbuatanmu dan hidupmu. Engkau seolah-olah mengatakan hanya itulah cara hidupku dan tiada lain. Sungguh tajarrud engkau ini wahai kekasih ..

Kekasih ..

Aku rindukan dirimu. Aku mahu memelukmu erat-erat. Aku mahu bersamamu selamanya. Aku mahu dakapan kasih-sayangmu seperti engkau dakap sahabat-sahabatmu. Aku mahukan nasihatmu seperti engkau nasihat Abdullah b Abbas. Aku mahu kata-kata perangsangmu seperti engkau ucapkan kepada Abu Bakr dalam Gua Tsur. Aku mahu rasakan ketegasanmu ketika engkau menegur Khabab b Arat. Aku mahu berperang bersamamu dan di sebelahmu. Aku mahu lindungimu daripada cercaan musyrikin. Aku mahu agar dirimu tidak luka walau sedikit. Aku mahu agar engkau segalanya sejahtera dari sebarang kecelakaan dan kesedihan. Aku mahukan kesenanganmu. Aku mahukan kau berada di sisiku .. Aku mahukan kau ..

Kekasih ..

Aku mahu kau tersenyum jika terbaca surat ini. Aku mahu kau menangis merinduiku sepertimana aku tangisi kerinduanmu wahai kekasih. Sungguh. Siapakah manusia yang paling layak aku rindui melainkan dirimu wahai kekasihku ? 

Kekasih ..

Kalaulah dunia ini tiada seorang pun yang merinduiku .. tiada seorang pun yang menyayangiku .. cukuplah cintamu dan rindumupada ku ini aku miliki sehebatnya dan aku akan cuba balas semampuku. 

Kekasih ..

Dalam hidupmu, mungkin engkau tidak pernah terlintas seorang yang bernama seperti namaku dan berbuat apa yang kubuat. Mungkin aku ini tidak kau pernah kenali. Aku sedari kedudukanku yang lemah ini yang Allah pilih untuk aku hidup pada akhir zaman. Aku tidak layak hidup bersamamu berjuang pada awal keislaman dunia. 

Aku berharap .. sangat berharap .. kita dibangkitkan bersama. Seperti yang engkau pernah kata bahawa seseorang akan dibangkitkan di akhirat bersama orang yang dicintainya di dunia.

Akhir kata, semoga kita berjumpa dalam keadaan yang terbaik dan seperti yang dicita-citakan ... wahai Muhammad b. Abdullah.

Allahumma solli ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa ashaabihi ajma'iin.

Yang benar,

Kekasih setia - Ahmad Syamil Mohd Esa

Written in the dawn, 12 Rabiul Awwal 1430H

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Rasa sebak membaca surat tersebut. Terima kasih kerana mengingatkan...

4:25 pm  
Blogger Ummu Suhaib said...

tahniah dengan tulisan ini..semuga cinta ini sentiasa mekar dan segar x lapuk di telan zaman..amin..

7:50 pm  
Anonymous Anonymous said...

allahu akbar!

11:18 pm  
Anonymous Anonymous said...

salam takzim dan ziarah.................

2:15 pm  
Blogger Mu'awwidz Al-Ansori ibn Dzulkefly said...

menantikan cinta dibalas??

rujuklah ALLAH dan rasulNYA
kerna kelak bisa kau rasakan cinta itu w.pon jauh dipandangan mata
tapi kuat dan erat ikatan di hati

cinta kpd rasululluah s.a.w seagung2 cinta..cintai dengan mengikuti~

10:06 pm  

Post a Comment

<< Home