Alpha To Omega: Surat untuk kawan

Saturday, February 14, 2009

Surat untuk kawan

salam.
post ini khas untuk kawan yang dah berpisah. dan ia apply kpd smua orang yea.

kawan,
apa kabar keadaanmu di sana? aku harapkan agar engkau di bawah naungan Allah dan rahmat-Nya. tidak mampu untuk aku menjengukmu di sana, mungkin ku harap post ini mampu menyampaikan sapaan khabar panjang untukmu paling kurang.

kawan,
sungguh banyak kenangan bersama-samamu yang susah untuk kulupakan. kenangan bersama kita sangat indah. aku sangat hargai kebersamaan kita. aku sangat rasai kekitaan kita. kita pernah menempuh suka dan duka, bersama-sama.

kawan,
sungguhnya, perpisahan ini siapa pun tak suka, siapa pun pasti pedih kerana kehilangan kawannya, tapi kita telah bertekad bersama, untuk tanamkan dalam diri, bahawa kekuatan itu yg akan kita bina saban hari.

kawan,
aku tidak harap untuk kecewa keranamu, aku juga tidak harap untuk risau dengan keadaanmu, aku hanya berharap agar dirimu menjadi seorang insan terhormat di sisi manusia, aku hanya berharap agar dirimu tidak lupakan nilai murni seorang muslim sejati, yang kita sama-sama bina, aku hanya berharap agar kebersamaan kita selama ini tidak sia-sia. aku yakin dengan janji Allah dalam lisan Rasul-Nya yang menjamin penjagaan Allah kepada sesiapa yang menjaga-Nya.

kawan,
kenangan bersamamu mematangkan aku, berbagai peristiwa kita tempuhi mendidik diriku, segala yang manis kita puji-pujikan, segala yang pahit kita sabar-sabarkan. sungguh, wahai kawanku, kata-kata hikmahmu banyak memberiku semangat, banyak memberi inspirasi dalam hidupku. kini aku hanya mampu berharap agar kita bersama-sama menjejaki realiti dalam hidup ini, hanya mampu aku berharap engkau membuat keputusan sebaiknya.

kawan,
aku ingin kongsikan keyakinanku kepada Allah yang maha mengetahui dan maha penyayang. aku yakini setiap dugaan dan cubaan pasti ada hikmahnya, yang terkadang kita hampir mustahil untuk mengetahuinya.

kawan,
aku pernah meletakkan harapanku padamu wahai kawan, tetapi dirimu itu manusia dan aku juga manusia, mana mungkin ketidaksempurnaan kita mampu melengkapkan harapan itu agar impian kita menjadi nyata. kita tidak pernah mampu melakukan sesuatu tanpa keizinan Allah.

kawan,
pernah ku cuba mengharapkan penggantimu, selepas kita berpisah. sungguh, engkau tiada pengganti. dirimu adalah dirimu, tiada yang pernah mampu menyamai sifatmu. malangnya, aku sedari hakikat ini pada masa yang lewat. kerana tempoh yang panjang berlalu tanpa sedar, bagiku kini cukuplah Allah yang menyempurnakan hidupku dengan sesiapa yang Dia mahu.

kawan,
namamu dalam doaku sentiasa mekar, cita-citamu dalam nostalgia kita bersama sentiasa segar, segala pengajaranmu kepadaku tidak pernah pudar. aku tidak mampu lakukan perkara luar kemampuanku, kerana aku hanya manusia yang menyedari tahap kudrat kita.

kawan,
aku akan biarkan engkau mencari pengganti diri ini, biarlah aku mencari rahmat Ilahi. sekiranya engkau membaca surat ini wahai kawan, ketahuilah ia tidak lain hanyalah tanda rinduku padamu dan prihatinku kepada keadaanmu.

kawan,
akhir kata, aku harap semua yang berlaku itulah yang terbaik bagimu. sekiranya yang berlaku itu sebaliknya, maka janganlah engkau cela melainkan dirimu sendiri. engkau telah pilih jalan yang akan kau lalui. moga-moga kita bertemu di syurga nanti.

selamat jalan, kawan.

jam 11.11 tengahari,
Tanta
Ahmad Syamil

p/s : surat ini terbuka kepada sesiapa yang rasa dirinya baru berpisah denganku ya!

salam.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

TQ for the very inspiring letter even though it is not for me. I still remember when I had to be separated from someone who used to be very close to me. You are right. Human being is never perfect. Only ALLAH do, and that is why we should ONLY seek help from ALLAH..

6:40 pm  
Blogger Ahmad ibnu Khairuddin said...

kawan a.k.a sedareku,,

bila kita bisa ketemu?
hati ini terkadang buntu,
membutuhkan bantuanmu,
memilih arah yang mana satu,
doakan pilihanku padu dan jitu.
doakan hati ini rapat pada Allah yang Satu..

10:30 pm  
Anonymous Anonymous said...

kawan = perasaan yg tiba2 perasan :)

11:10 pm  
Anonymous Anonymous said...

p/s : surat ini terbuka kepada sesiapa yang rasa dirinya baru berpisah denganku ya!

lama x dengar slang indo

4:37 am  
Anonymous Anonymous said...

Mantap ya Syeikh...tulisan hati ke hati..terharu ana baca :)

5:22 pm  

Post a Comment

<< Home