Alpha To Omega: Which blessings we dare to deny ..

Tuesday, January 27, 2009

Which blessings we dare to deny ..


Salam.
Kif hal? Khair semua insyaAllah.
Alhamdulillah sudah habis musim imtihan fasa satu. Untuk tahun 2 Syariah, kami cuma ada 4 subjek saja pada fasa ini, dan 8 subjek pada fasa depan. Mohon terus didoakan ya, saya dan kawan-kawan.

Sekarang ni musim Ma'rad Kutub ad-Dauliy (Pesta Buku Antarabangsa) di Kairo. Maka seperti biasalah berbondong-bondong orang akan mencari-cari dan mengumpul duit untuk memborong buku-buku yang kadang-kadang murah, kadang-kadang mahal. Tapi pendek ceritanya, Mesir ini boleh dikatakan syurga buku, sebab banyak sangat buku dia. Pesta buku dia pun besar. Tak larat nak jalan.

Tadi baru sahaja saya jalan-jalan di sekitar pameran / pesta buku di Kairo. Hasilnya dapat la beli buku Abu Ammar (sebenarnya dah pnah jumpe sblm ni cume tak terbli lagi) iaitu ;
1. Al-Masar - 20LE
2. Majmuat Rasail Al-Ain - 20LE
(bagi saya harga buku ini agak murah berbanding sebelum ini, yang kira-kira al-Masar dalam 25-35LE) *kalau tak silap la..

Perjalanan di ma'rad kutub pada kali ini rasanya agak kurang menyeronokkan berbanding tahun lepas. Wallahua'lam la sebab apa, mungkin dengan mcm2 kemungkinan. Takpa lah.

Tapi yang nak difokuskan kat sini, pada malam semalam, saya pergi ke Maktabah Andalus di Medan Sa'ah, Tanta. Hajat di hati mahu melihat apa-apa barang-barang ringan spt keychain / pen al-Quds dsb. Tapi anugerah Allah itu datang tak kenal waktu. Ini ceritanya ...

Malam itu, saya berjalan memasuki gedung maktabah tersebut, terserempak dengan Ammu Taha yang merupakan manager maktabah yang sedang di luar pintu(sebelum ini pernah taaruf sikit dengan dia maka kenal la namanya). Tiba-tiba hati tergerak nak bertanya soalan ;
"Salam ya 'ammu, aa...fi kutub harakiah ?"
(salam pakcik, ade buku-buku haraki tak?)

"Wsalam, kutub harakiah? ikhwani yakni?
(wsalam, kitab-kitab haraki? kitab-kitab ikhwan ke?)

"Aiwah, zayy kida, zayy Awraq Tarikhiyah .."
(Ya, macam tu la, macam Awraq Tarikhiyah (nama satu kitab))

"Awraq Tarikhiah lil Ikhwan ?"
(nama penuh buku tu)

Saya pun mengangguk-angguk. Kemudian nak diringkaskan dialog, dia kata sekarang ni tengah ada ma'rad kutub kat Kairo, maka maktabah dia pun terlibat sama. Tapi kalau awak nak saya boleh tunjuk kat awak, buku-buku macam tu tak diletak kat sini, kat tempat lain. Kemudian dia pun panggil seorang pekerjanya, dan mengarah untuk mengambil beberapa buku-buku haraki untuk ditunjukkan pada saya.

Saya segan silu la jadinya. Dengan duit pun tak banyak dan memang takda niat nak beli buku-buku pun time ni, saya pun cakap la mahu tengok aje...
Alhamdulillah dia memahami dan dia kata misy musykilah - no prob.

Sambil-sambil tunggu, pekerja dia pun datang la dengan bawak buku-buku banyak-banyak dan diletakkan di meja kaunter. Saya pun belek-belek la. Dalam hati "ha..amik kau dia bagi yang 'bahaya-bahaya' punya...". Buku-buku tebal-tebal yang tarbawi dan haraki, ada juga buku-buku kecil dan bersifat dakwi tarbawi juge.. Memang ada buku-buku jenis ini tapi tersimpan.. mungkin elak daripada polis kot.

Seterusnya babak paling menarik pakcik Taha tu kata kpd pekerjanya ;
"Oke, skang ni .. semua buku-buku yang tebal-tebal ini kau tolak harga kat budak ni X.00LE, dan semua buku kecil-kecil kau tolak 2.00LE je, sebab budak ni datang dari jauh"

Wah..terkejut hatiku bercampur gembira + tak percaya. Dengan berbekalkan duit tak sampai 100LE ni pun, saya pun pilih la apa-apa buku yang rasa nak ambil. Biasanya harga buku-buku tebal berkulit keras ini dalam 20 - 40LE. Maka di sini beberapa senarainya ;
1. Tarbiyah Jihadiyah - Munir Ghadhban (3jilid) = 15LE (1 buku asalnya 36LE, maka 108LE)
2. Tarbiyah Jama'iah - Munir Ghadhban (2jilid) = 10LE (harga asal dalam tag 75LE)
3. Min Turath Imam Al-Banna (Al-Fiqh wal Fatwa) - Jum'at Amin = 5LE
4. Min Turath Imam Al-Banna ('Idzoot wa Ahadith Minbariah) -Jum'at Amin = 5LE
5. Taujihat Nabawiyah - Sayid Nuh = 5LE
6. Afat Ala Toriq (jilid terakhir) - Sayid Nuh = 5LE
7. Rasailu Syababid Dakwah - Jasim Muhalhal (2jilid) = 10LE (harga asal ditulis 60LE)

dan beberapa lagi buku... yang dibeli. Alhamdulillah. Kalau kira-kira balik, dalam 300LE juga pakcik tu sedekah kan, atau lebih kot. Maka bila dah beli semalam banyak buku, rasa macam dah pegi ma'rad pula, walaupun cuma di Tanta. Tu yang hari ni tak rasa sangat jiwa membeli buku kat ma'rad kali ni, sebab duit dah banyak habis semalam..

Ala kulli haal... semuanya itu datang daripada Allah. Mungkin nikmat bagi saya di sini, tapi bagi para pembaca pula di tempat yang lain. Ingatlah kata-kata Nabi Sulaiman a.s tikamana dipindahkan istana Balqis ke tempat baginda a.s ;

(Ini daripada kurniaan Tuhanku untuk mengujiku sama ada aku bersyukur atau kufur)
-Surah An-Naml

Semoga sama-sama kita rajin membaca ya selepas ini! Rabbuna yusahhil.

p/s : Sama-sama doa sama-sama menuju cahaya, moga berakhir pada destinasi yang sama.

It's good.
Later.
Wsalam

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

walaupun tataw buku ape yg ko beli..
tp tetibe cam rase seronok same sbb BANYAKNYE BUKU~

2:39 pm  
Anonymous Anonymous said...

Salam. Maaf tanya, but I really don't understand makna tajuk buku2 tu. Buku tentang apa ye?

9:11 pm  
Blogger Syamil Esa said...

wsalam.
oh buku-buku yang dibeli adalah buku-buku jenis dakwah dan tarbiyah. saya boleh cube terangkan maksud buku2 tersebut ;
1. Tarbiyah Jihadiyah - Pendidikan Bersifat Jihad / Perang
2. Tarbiyah Jama'iyah - Pendidikan Bersifat Perkumpulan
3. Min Turath Imam Al-Banna (Al-Fiqh wal Fatwa) = Dari Pemahaman/Penulisan Imam Al-Banna (tajuk Fiqah dan Fatwa)
4. 'Idzoot wa Ahadith Minbariah = Tajuk Nasihat2 dan Ucapan-ucapan di Mimbar (khutbah2)
5. Taujihat Nabawiyah = Penunjuk2 Jalan daripada Nabi s.a.w
6. Afat ala Tariq = Halangan-halangan di jalan dakwah
7. Rasailu Syababid dakwah = Tulisan2 utk remaja dakwah

So inilah sedikit sebanyak yang mampu saya terjemahkan, kalau silap tlg betulkan ya.
alhamdulillah ala kulli haal.
wsalam

4:43 am  
Anonymous Anonymous said...

Salam. TQ for the explanation. Interesting books, tapi macam susah je..

1:18 pm  
Blogger thaaqhib said...

dah baca..sila kongsi..

kami tak belajar membaca lagi..

er.. Alif!..Ba! ..Ta!.. Sa.. Ja!!

5:23 am  

Post a Comment

<< Home