Alpha To Omega: Bersama Mereka Yang Lama

Thursday, October 30, 2008

Bersama Mereka Yang Lama


Salam. Kif hal? Harap-harap semua sihat-sihat belaka.

Sebelum ini, saya telah menghadiri Kursus Kepimpinan dan Kerjaya, anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), dan dapat bertemu seorang yang telah lama dalam arena 'dakwah'. Namanya Prof. Dato' Yusoff b Hj Othman (salah seorang ahli majlis syura ABIM kini).

Beberapa hari lepas, saya dan beberapa ahli Tanta mengadakan sesi bersama Wakil Kamus Al-Miftah. Duta bagi kamus tersebut adalah Nazrey Johani (ex-Raihan). Dipendekkan cerita, sempatlah kami bersembang, dan ambil beberapa faedah. Seperti sedia maklum, saudara Nazrey ini dulunya kristian, dan telah memeluk Islam, pendek ceritanya, apa yang ditekankan dalam ucapan beliau adalah kepentingan memperjuangkan agama Allah, tanpa mengira apa-apa wadah dan jemaah - untuk memberi semangat kepada kami, pelajar-pelajar syariah.

Semalam, saya bertemu dengan Prof Dr. Hatta Shaharom, yang merupakan bekas Presiden JIM. Dapat juga berkongsi beberapa faedah daripada beliau, beberapa petua atau tips, untuk terus dalam saf dakwah.

Demikianlah tiga episod yang baru saya lalui bersama mereka, mungkin tak sampai sejam dua, tetapi bagi saya cukup bermakna, mungkin untuk mematangkan umur dakwah saya barang sepuluh atau dua puluh tahun. Insya-Allah.

Dan di sini saya mahu kongsikan bersama-sama pembaca blog ini, moga-moga dapat memberi manfaat. Saya kalau bertemu dengan orang-orang yang 'telah lama' ini, suka bertanya satu je soalan, atau satu bentuk, "Apa petua / cara-cara untuk terus istiqamah dan tsabat dalam dakwah".

Soalan yang sama saya tujukan kepada dua orang pertama, dan yang ketiga lain sedikit bentuknya.

Jawapan daripada Dato' Yusoff ;

" Pada pendapat saya, seorang daie mesti lain daripada yang lain, mereka tidak sama. Dan yang kedua, daie yang sebenar adalah yang bercakap dengan isu dan maklumat yang tepat (maksudnya dikaji selidik kebenaran dan kesahihannya, rasanya mungkin maksud beliau adalah bersikap kritikal terhadap maklumat yang disampaikan, bukan berita-berita khabar angin atau cakap kosong)"

Jawapan daripada Nazrey Johani ;

" Saya pegang satu benda dalam hidup saya ni, kalau pun kita rasa jauh dengan Allah, banyak maksiat kita buat, jangan sekali-kali kita jauhkan diri kita daripada Allah, daripada Al-Quran, sebab kalau kita jauhkan juga, makin lama kita akan makin jauh. So kita kena sentiasa dekat-dekatkan diri dengan Al-Quran, sebab di situlah Allah bagi petunjuk kat kita. Inilah falsafah hidup saya. Saya jarang kongsikan falsafah hidup saya ni. "

Jawapan daripada Prof Dr Hatta Shahrom ;

" Saya sebelum masuk harakah dakwah ini, saya pernah masuk Tariqat. Tapi setelah itu saya tinggalkan tariqat dan ambil apa yang baik, kemudian saya masuk dalam dakwah. (kemudian disebutlah beberapa nama-nama orang yang pernah bersama beliau ketika muda dulu di Mesir). Apa yang saya simpan sampai sekarang adalah bagaimana mereka berzikir dengan penuh khusyuk, (kemudian diceritakan keadaan berzikir bagaimana dan sebagainya), dan bagaimana mereka menghormati guru, cuma mereka (golongan tariqat yang bid'ah) tu terlalu taqdis kan guru mereka (suci2kan sangat) sampai melebih2 "

- Point beliau kat sini mungkin kita boleh highlight kan kat Zikrullah.

Sebelum ini pernah juga saya tanya kepada ayah saya, yang telah bergiat dalam arena ini lebih kurang puluhan tahun juga, tanya soalan yang sama, tapi papa saya jawap simple saja ;

"Zikrullah, kita nak merasakan Allah sentiasa hadir bersama kita, untuk mencapai Ihsan, dan bila kita rasa Allah sentiasa bersama kita, kita akan tinggalkan perkara-perkara yg tak patut, dan Allah akan jaga kita." -lebih kurang camtu la ayatnye, ditanya dalam perjalanan ke Cairo International Airport untuk ke Malaysia pada Feb 08 yang lepas.

So begitulah beberapa jawapan mereka, mungkin boleh kaitkan dengan beberapa ayat Al-Quran, boleh cek sendiri ya ;

"Dan apabila hamba-Ku bertanyamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku ini dekat, Aku menjawap doa orang yang meminta ketika meminta-Ku, maka hendaklah hamba-hamba-Ku meminta jawapan pada-Ku dan beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk" - Surah Al-Baqarah

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah ALlah dengan zikir yang banyak, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang, Dialah yang bersalawat (memberi rahmat) bersama malaikat-Nya (mendoakan) kepadamu untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan Maha Penyayang bersama orang-orang yang beriman" - Surah Al-Ahzab

"Dan Rasul telah berkata ; Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjauhkan diri mereka daripada Al-Quran" - Surah Al-Furqan
**Nampak Nabi S.A.W telah mengadu kepada Allah kerana umat menjauhkan diri daripada Al-Quran, oleh itu kena sentiasa dekat lah ye **

"Dan ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu" - Surah Al-Baqarah

dan banyak lagi nak kaitkan.. apatah lagidengan hadis.

Kesimpulannya, saya tidak berniat nak menyentuh bab manhaj dan fikrah mereka, tapi yang penting perjuangan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah itu mereka terus tersemat dan tsabat di atas jalan yang mereka imani. Saya yakin bahawa sekiranya kita pakai petua yang sama, pasti akan mendapat hasil yang sama (utk terus bersemangat dan tsabat serta istiqamah dalam arena kita).

"Katakanlah wahai Muhammad, setiap orang bekerja / beramal untuk kumpulannya, maka Tuhanmu lebih mengetahui jalan yang mana satu paling tepat dan paling diberi petunjuk" - Surah Al-Israa'

Akhir kata, semoga kita semua peroleh manfaat. Sekadar perkongsian.
Salam.

p/s : Doakan kami semua di Mesir, agar dapat apa yang dicita-citakan. Ameen.







0 Comments:

Post a Comment

<< Home