ISMAmesir Summer Camp 08.
Jamasoh, Mansoura.
Theme : Ceria dan Seronok Hidup Bersaudara.
Two main objectives that I could notice are = Feel the happiness of Ukhuwwah, and Knowing the Syumuliatul Islam, includes camping, swimming, playing together etc.
Opening ceremony. PMPI (Perkhemahan Musim Panas ISMAmesir)
Right = Akh Shuhaib Ar-Rumy (Pengerusi ISMAmesir penggal 08)
Left = Akh Salman Al-Farisi (Setiausaha ISMAmesir penggal 08)
Sampai di Jamasoh pukul 1 petang. Bilangan ikhwah lebih kurang 100 org, termasuk AJK. Kalau tak silap. Kumpulanku mempunyai seramai 9 ahli kumpulan. Nama kumpulan yang kami beri, adalah Hanzolah / Handzalah.
Kumpulan kami terdiri daripada 3 org 'ustaz' dan 6 org 'doktor'.
Ustaz-ustaz itu adalah = Syamil (Ketua), Ihsan, Syahiid.
Dan doktor-doktor itu adalah = Ihsan, Hafiz, Affan, Azizi, Kimie, Asyraf.
Kami memilih tema "Mess with One, Mess with All".
Ahli-ahli kumpulan sangat-sangat bermotivasi dan bekerjasama dengan mantap dan penuh semangat. Beberapa aktiviti yang dianjurkan sangat-sangat menguji ukhuwwah kami. Antaranya, Ular Tangkap Ekor, Police and Thief (duck version), Makan Tembikai Kena Suap, dan lain-lain, banyak sangat acara-acara ukhuwwah yang best-best. Tapi kalau cerita semua, tak best la kan.
Pada malam pertama, BBQ. Hehe. Itu la kot aktiviti yang paling orang nantikan sebab makan sedap. Esoknya banyak nya kepada aktiviti-aktiviti pantai, dan mandi manda.
Program kali ini sangat-sangat bergantung kepada kumpulan itu sendiri untuk mendapat manfaat daripada apa yang pihak penganjur mahukan. Alhamdulillah kumpulan Hanzolah melazimi sembang menyembang dan selalu berkumpul untuk bersama-sama bermuhasabah dan refleksi terhadap apa yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti yang dibuat. Kebersamaan kami, 'rasanya' mungkin lebih daripada kumpulan lain. Kami meyakini bahawa kebersamaan atau ma'iyyah itu sangat-sangat membantu dalam memantapkan lagi ukhuwwah di antara kita.
Pada malam terakhir kami, seperti biasa, mesti penganjur adakan persembahan. Malam Seni Budaya. Kami melakonkan keadaan beberapa orang ahli selepas 20 tahun PMPI 08 ini, bagaimana akhirnya kami boleh menangis terkenang ukhuwwah yang terukir dengan pengalaman dan susah-senang yang kami hadapi bersama di Jamasoh ini. Pertemuan yang hanya mungkin 2-3 hari ini sudah mampu kami mengekalkan ikatan suci akidah ini sehingga ke tahapan tahun ke 20. Tapi sayangnya pada malam itu, sepertinya rezeki kami bukan seperti yang kami maksudkan. Kami mendapat turutan yang terakhir daripada 8 lapan buah kumpulan. Dan kami ada juga tersilap dan tersasul dalam lakonan dan nasyid. Tapi takpe, kami redha dengan takdir Ilahi. Mungkin pengajaran untuk ketua kot. Adeh!
Satu slot ilmiah dalam program ini adalah pada hari terakhir iaitu slot ISK (Ini Sejarah Kita) yang dibentangkan oleh Akh Salman Abd Rahman. Beliau mengulas sejarah Islam dari mula hingga ke hari ini, kenaikannya, kegemilangannya, kejatuhannya, tokoh-tokohnya, segalanya diceritakan secara kronologi dan menarik.
Slot terakhir adalah sesi bergambar. Nanti insyaAllah akan dimasukkan ke dalam blog ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home