Alpha To Omega: If I were like that. . .

Thursday, August 07, 2008

If I were like that. . .

Salam.
Alhamdulillah, result kawan2 semua dah kluar.
Semuanya ada hikmahnya, alhamdulillah.


Satu persoalan,
Dimana iman selepas tahu result imtihan? Segalanya yg 'ingin' di Mesir secara tulisannya telah tercapai buat tahun pertama, umumnya utk pelajar2 tahun satu.

Khasnya buat diriku.

Aku bersyukur dilahirkan pada zaman ini.

Sekiranya aku dilahirkan pada waktu Adam A.S diturunkan ke bumi, takut2 aku terjadi di antara golongan yang mengikut jejak langkah Habil, kerana belum ramai manusia yang hidup utk aku ikut sebagai teladan, mungkin kerana dengkinya jiwaku terhadap anugerah orang lain.

Sekiranya aku dilahirkan pada zaman Musa A.S, aku takut2 aku diantara penyembah2 Firaun, yang telah tertipu dan diperbodohkan oleh Firaun itu sendiri, mungkin kerana jiwaku ini cenderung kepada dunia, akhirnya ditenggelamkan dalam laut.

Sekiranya aku dilahirkan pada zaman Daud A.S, aku takut2 aku tergolong dalam golongan2 yang tidak lepas ditapis ketika peperangan Talut & Jalut. (Boleh rujuk Fi Zilal Juz' 2, bahagian akhir2). Mungkin kerana jiwaku belum bersedia utk menjadi tentera pilihan Allah yang sanggup menahan kehausan utk berperang, dengan hanya meminum secedok air dari tangannya, bahkan di hadapan mereka terhidang sebatang sungai. Hanya ketaatan kepada qiyadah menentukan kejayaan tentera Talut. Semuanya hasil proses penapisan dan pemilihan Allah, subhanallah, kerdilnya aku utk dipilih menjadi tentera. Takut2 aku termasuk di kalangan Bani Israel yang suka mencari alasan. Nauzubillah.

Sekiranya aku dilahirkan pada zaman Isa A.S, takut2 aku bukan di kalangan Hawariyyun, kerananya aku mungkin bersama mereka yang mengingkari kenabian Isa A.S atau menjadi pengkhianat seperti Yakhuza.

Sekiranya aku dilahirkan pada zaman Muhammad S.A.W, mungkin aku tergolong di kalangan musyrikin yang menentang kerasulan Baginda S.A.W, kerana sifat jahiliyah dalam diriku ini takut2 aku terikut2 gaya Abu Jahal dan Abu Lahab. Lagi takut aku tergolong mereka yang berdiam diri selepas mengetahui hidayah Allah, hanya kerana takut mati dan azab.

Wah, takut sekali utk aku disiksa, disalai, dibunuh, disula.. hanya kerana mengikut Rasul akhir zaman, kerana mana mungkin aku dapat menahan siksaan yang dahsyat, kerana aku sedar, jiwaku ini lemah. .

Lagi takut untuk aku berhijrah, tinggalkan keluarga, harta, segalanya, berperang membunuh bapa sendiri, dicela dan dicerca oleh kakak sendiri . . wah. . takut nya ..
Hebatnya mereka,. . lemahnya diriku..

Sekiranya aku dilahirkan pada zaman Sahabat R.A, takut2 aku tergolong di kalangan mereka yang 'curang' selepas kewafatan Nabi S.A.W, mungkin kerana sifatku ini menyebabkan cahaya Islam itu susah memberikan sinarnya pada hatiku. Takut2 aku tergolong dalam golongan yang diperangi Abu Bakr R.A.

Akhirnya aku bersyukur, aku menyedari hakikat kejadianku ini, Allah telah menetapkan agar aku dilahirkan pada zaman ini, kerana segalanya adalah yang terbaik buat jiwaku, fitrahku, hatiku . .

Aku bersyukur kerana mengenali dakwah dalam usia begini, membuatkan aku tidak berdiam diri untuk menyatakan hakikat-hakikat nikmat Tuhan pada kita ini . . terlalu banyak . .

Apakah mampu aku beri alasan lagi selepas ini? Anugerah yang tidak dapat terhitung, akhirnya membuat ku terpaku memikirkan alangkah agungnya nikmat Allah ini . . .

Apakah yang mampu aku jawap sekiranya aku berhadapan dengan Tuhan yang telah memberikan ku semua nikmat ku ini?

It's good
Adakah lagi alasan?

Sekadar perkongsian di waktu petang.
Salam.


2 Comments:

Blogger diyanatahir said...

good entry..insaf acik..thanks

10:52 pm  
Blogger [ AlexumaR ] said...

same here .

nice post tame . very ..


yup
Adakah lagi alasan...

6:30 pm  

Post a Comment

<< Home