Alpha To Omega: Khatirah dalam cinta

Tuesday, April 07, 2009

Khatirah dalam cinta


Salam.

Kif hal ? Kuwais ? Rasenye mungkin tajuk post ni pun dah mcm kontroversi. Takpe, sila baca seterusnya.

Saat ini baru pulang dari Medan Sa'ah, pergi ke Maktabah Andalus yang masyhur dan telah saya postkan sebelum ini mengenainya (Which blessings we dare to deny). Kali ini, Ustaz/Ammu Taha yang merupakan Manager/Pengarah maktabah tersebut telah berkata kepada saya pada hari Ahad lepas ... 

Ust. Taha : Indak tafsiir eyh fil beit ? (Kau ada tafsir apa kat rumah ?)

Saya : Ma'aya Zilal bass. (Aku ada Fi Zilal je)

Ust. Taha : Mesyi .. Tegi yaumal tsulatsa' (Okey, kalau camtu datang la hari Selasa)

Saya : Okey InsyaAllah.

----- pada hari ini (hari Selasa, hari kejadian) -----

Saya bertanya kepada pekerja-pekerja di situ. 

Saya : Fi Ammu Taha ? (Ada Pkck Taha tak?)

Pekerja 1 : Ta'aal ma'ay (Meh ikut aku)

Saya pun pergi ke dalam satu bangunan, dan nampak Ust Taha sedang macam membersih-bersihkan bilik stor (kot?) buku tu.

Ust Taha : Assalamualaikum, izayyak ? Akhbarak eih? (Ape kabar? Ape cite kau sekarang?)

*Itu adalah bahasa2 perbualan skema orang Mesir, walaupun kita dh ckp tamam atau alhamdulillah, kadang2 dia akan ulang juga soalan izayyak dan akhbarak eih)

Saya : Alhamdulillah tamam.

Ust Taha : Indak tafsir eih fil beit?Qurtubi walla Ibnu Katsir ?(Kau ada tafsir apa kat rumah? Qurtubi ke Ibn Katsir ?)

Saya : (soalan sama ye, lupe orang kot) Ma'ay Zilal bass. (Aku ada Fi Zilal je)

Ust Taha : Zilal kuwais, mesyi, indak kitab hadis eih fil beit ? (Zilal dah ckup bagus, okela, kau ada kitab hadis ape plak kat rumah?)

Saya : Musy ma'ay kitab hadis (Aku takda kitab hadis pun - yang dimaksudkan adalah sahih bukhari / muslim dsb)

Ust Taha : Mesyi, khud Sahih Muslim mesyi ? (Okelah, kalau camtu kau amik la Sahih Muslim ya?)

Saya : Mesyi (Oke)

Kemudian dia pun berkata kepada pekerjanya, amik satu set sahih muslim pastu bagi kat budak ini. Kemudian diberilah kitab itu padaku (9 jilid Sahih Muslim dengan Syarah Nawawi).

Saya : Dil hadiyah, bimunasibati eih ya ustz? (Hadiah ni sempena ape ustaz?)

Ust Taha : Fisy munasibah, asyan bahibbak bass. Bahibbak fillah. (Takda ape2 sempena apa pun, sebab aku sayang@cinta@suka kau je. Aku cinta kau kerana Allah)

Saya : (terkejut jap) Ahabbakallah. (Semoga Allah menyintaimu)

Buku Shahih Muslim - Syarah Imam Nawawi biasanya berharga 100 LE ke atas.

Alhamdulillah.

-----------------

Pulang ke rumah dengan bas. Dalam perjalanan terfikir-fikir peristiwa yang tak sampai 10 minit tadi. Teringat satu hadis Nabi s.a.w ;

Ada seorang arab berkata kepada Rasulullah s.a.w ; Ya Rasulallah s.a.w, aku mencintai seseorang.

Kemudian Rasulullah s.a.w menjawap ; adakah engkau sudah memberitahunya (bahawa engkau mencintainya) ?

Lelaki itu berkata : Tidak, aku belum memberitahunya lagi.

Rasulullah s.a.w jawap : Maka beritahulah padanya (yang engkau cintakan dia)

-------------------

Penzahiran cinta kita kepada seseorang merupakan suatu yang amat dituntut. (Cinta yang dimaksudkan adalah cinta kerana Allah dan syarie, kes-kes cinta luar syarak tidak termasuk dalam perbincangan ini).Cinta sudah pasti bukan hanya kata-kata, tetapi cinta yang benar akan mempunyai kesan-kesan dan tanda-tanda hadirnya cinta kepada yang dicintai.

Rasulullah s.a.w telah berkata :

Salinglah kamu memberi hadiah, sudah pasti kamu akan saling mencintai.

Hendakkah aku beritahu satu cara apabila kamu lakukannya kamu akan saling mencintai ? Sebarkanlah salam di antara kamu.

Benarlah Rasulullah s.a.w.

----------------

Di manakah posisi kita sebagai pencinta ? Pernah menyebut atau membuktikan cinta kita kepada Allah s.w.t ? Sedangkan Allah s.w.t telah sejak azali menzahirkan kasih-sayangnya kepada kita dengan semua perkara ? Pernah menyebut dan membuktikan cinta kepada Nabi s.a.w ? seterusnya ibubapa keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan kerana Allah ?

Inilah dia .. antara nikmat yang kudapat rasai di bumi Anbiya' ini.

Tidaklah mampu dirasakan kecuali orang yang pernah rasa bumi tarbawi yang sungguh sarat dengan pengertian-pengertian kehidupan dan perjuangan.

It's good, from here to forever.

Salam.

5 Comments:

Blogger iXa said...

Loving the story. Thanks for sharing.

3:32 am  
Anonymous pendengki said...

peh~~rezeki karier

6:11 am  
Anonymous pendengki said...

peh~~rezeki karier

6:12 am  
Blogger haidar said...

"mabruk mil"

uhibbuka fillah wa ahabbakallah

6:54 pm  
Blogger Syamil Esa said...

mabruk alaik ya haidar,
syukran,
uhibbuka fillah, wala'allaha yuhibbuka aktsara min hubbika alaiya ..
allahummaj'alna minal muhibbina bijalalik ya arhamar rahimin.
ameen.

5:01 am  

Post a Comment

<< Home