Wedding Wishes
Salam semua.
Kif hal ? Khoir insyaAllah.
*Gambar diambil dari blog Aliya Khairuddin*
Alhamdulillah, semalam berlangsung Walimatul Urus dua beradik, yang merupakan sepupu saya yang rapat dengan keluarga saya. Suhaib & Uwa dan Uswah & Zayd. Alhamdulillah. Tahniah kepada keempat mempelai, hanya doa dan sms sebagai ganti. Semalam ada telefon family tapi kurang jelas sebab ada masalah teknikal.
Beberapa harapan kepada kedua pasangan ;
1. Sentiasa ingat hadis Nabi s.a.w ; Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umat pada hari Kiamat nanti, maka janganlah engkau menghitamkan mukaku (mafhum hadis). Ingat perkahwinan adalah penerus generasi. Anak-anak cucu kita akan mengikut telunjuk ibubapa mereka.
2. Sentiasa mengharapkan bantuan Allah dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Elakkan dari kurangnya doa dan harapan, takut-takut Allah bagi ujian sampai tak mampu diterima, hanya kerana kita kurang berdoa atau rasa sudah cukup dengan usaha kita sendiri untuk menempuh kehidupan berkeluarga.
3. Sentiasa berlapang dada suami isteri dan menanam dalam diri bahawa tabiat manusia memang berbeza-beza. Kurangkan bermasam muka kerana itu effect besar dalam rumahtangga. Banyakkan senyuman dan always be positive ! Positive thinking dan juga positive feeling.
4. Sentiasa mendoakan saudara-mara yang masih 'belum memulakan urusan' atau 'tersangkut dalam urusan' atau 'susah dalam urusan' ini, supaya dimudahkan urusan dan diberkati Allah dalam urusan. Mungkin request ini sensitif sikit terhadap ibubapa (mungkin je sensitif, mungkin juga tidak) - no offence ya!.
5. Pesanan terakhir, sentiasalah berdoa kepada Allah agar dijadikan hidupmu, pilihanmu, segala-galanya yang telah dimiliki itulah yang terbaik dan juga sentiasa dirasakan terbaik serta agar Allah tetapkan hatimu supaya tidak kecundang dalam alam perkahwinan.
Hanya sedikit harapan, daripada orang yang tidak pernah berpengalaman.
Dengarnya ada saudara dari Indonesia datang sekali. Alhamdulillah meriah semua. Moga-moga semua sihat.
Ada dua lagi Subjek yang tinggal : Fiqh dan Al-Quran kemudian ujian lisan. Habis 15 Jun 2009.
Doakan. Doakan. Doakan. Saya dan juga rakan-rakan.
p/s : bila nak kahwin ?
It's good, as always.
Salam.
3 Comments:
p/s: bila nak kawin?
bile tulis komen ni..risau.. nanti org kata.. ekele~~dia ni..semangat tol bahasa2.~ape dah!!
cuma.. saja je..nak praktis.. guna perkataan yg betul2 kita faham ertinya. barulah berfungsi dengan baik. budaya bergaya!
p/s <- itu adalah singkatan bagi philosophy quote. bermakna kata2 hikmat atau ape2. Bg muslim ..mungkin p/s nya quran atau hadis atau kata2 ilmuwan islam.. atau juga mungkin kata2 einstein..atau copernicus~ atau pon sidney sheldon~atau atau
hehe~sori ah mel.. saja je.. jgn marah! kalau nak wat utk tambahan kpd posting kita.. boleh tulis NOTA.. atau tambahan.. atau snippet.. atau teaser~...
ades,,konfem kene hentam pas ni
salam kib.
syukran atas maklumat.
bukan nak berhujjah, tp mgkin org kata, ikhtalafal ulamak fihi :)
p/s yg dimaksudkan adelah p.s yang bermaksud post-script yakni after-writing -
P.S - a note appended to a letter after the signature (thesaurus)
senang kate p/s tu adelah nota tambahan slps tulisan.
biase la tu..
ades.
anywy ade sbb lain juge nape digunekan p/s slalu dlm blog ini.
oke smoge tabah!
jgn risau takde hentam2 nye.
simply and plainly.
wsalam.
Post a Comment
<< Home