Alpha To Omega: Knockin' on heaven's door

Tuesday, May 12, 2009

Knockin' on heaven's door




Salam to all.
Kif hal ? Kuwais ? Looks like I've broken it again. Maybe it's last till exam.
Let's switch to Bahasa Ibunda.

p/s : post ini agak panjang. terpulang. bila post saya panjang, ia bermakna mahu berkongsi kisah dan renungan supaya bersama-sama hidup untuk Allah, bersama Allah, kerana Allah.

Baru-baru ini fikiranku terbuka untuk mendalami dan menghayati isu 'taubat'. Mungkin ini biasa dibicarakan oleh ustaz-ustaz atau pentazkirah-pentazkirah atau mana-mana artikel. Tapi bagiku biarlah ia dibicarakan sejuta satu kali atau lebih hingga mencapai infiniti, ia tetap berguna bagi insan yang bernama manusia, dan ia tetap bermanfaat bagi insan yang mengaku mukmin.

Ada berapa banyak Allah sebut pasal taubat dan istighfar dalam Quran ? Ia tidak lain menunjukkan bahawa manusia ini perlu kepada 'taujihat' - (pengarahan/pemanduan) berkali-kali. Jika manusia tidak mampu terkesan dengan ayat-ayat seruan bagi berlumba-lumba untuk keampunan, mungkin ia boleh terkesan dengan ayat yang menyeru kepada syurga. Atau mungkin juga ayat yang menyeru kepada janji pedih. Yang penting tujuannya hanya satu ;

Agar manusia kembali kepada Tuhannya, walau apapun berlaku, walau apa pun yg dah dilakukan.

Habis muqaddimah.

Balik kepada tajuk ; Knockin' on Heaven's door.

Tajuk tersebut merupakan antara tajuk lagu oleh kumpulan Guns N Roses, satu kumpulan rockers zaman 80-90an. Juga pernah dinyanyikan oleh artis-artis baru.
Huraian mereka lebih kepada (mungkin2) kepada seseorang yang dah nazak dan hampir meninggal dunia. Tidak mengapa sila abaikan.

- saya gunakan perkataan 'aku' agar lebih mendalam dan pembaca boleh rasainya sekali.


Hari itu, aku cuba mencari pedoman, atau motivasi, atau kekuatan. Tika itu adalah waktu petang. Aku membuat keputusan untuk 'mengetuk pintu Sang Pencipta dengan serius' (harap pembaca boleh tafsirkan sendiri ayat ini kerana susah nak diterangkan)atau bahasa mudahnya perbaharui 'taubat'.

Bila aku mula serius mengetuk pintu (buat kali ini), aku akan memerhatikan setiap yang bergerak di sekelilingku untuk mencari 'kata-kata' Allah yang berkomunikasi dengan diriku.

Sedang asyik mencari, Allah mula menyapaku dengan seruan azan maghrib.
(Hatiku berdetik, mungkin Allah mahu aku solat dulu kot & aku mungkin kena mula dari solat ni, kan sifat orang mukmin yang berjaya disebutkan dlm Quran adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya ?)

Aku solat di masjid 'lalat'. (nama sebenarnya Masjid As-Syahid Asyraf Badr, ada sejarah boleh dapat nama 'lalat'). Solat jemaah seperti biasa (masih tidak merasakan pintu dibuka / respons daripada Allah untuk membenarkan aku masuk ke pintu-Nya).

Aku sambung dengan solat Sunat. Tiba-tiba pandanganku (yang sepatutnya ke arah tempat sujud) terlihat sebuah beg plastik di sudut sebelahku berhampiran rak kasut.
Tertulis 'Ahlan Wa Sahlan'(dalam tulisan Arab) dan WELCOME di sebelah tepi beg plastik tersebut.
Hatiku terkejut dan teruja. (Subhanallah, Allah menyahut, bahkan mengucapkan selamat datang kepadaku). Air mata mula bertakung di kelopak, cuma belum berjurai. Seolah-olah Allah mengalu-alukan kedatanganku, seolah-olah pintu dibuka, bahkan bukan sahaja dibuka, malah penuh penghormatan dan kemuliaan. Rasa rindu untuk berkhalwat dan beruzlah nafsiyah datang berputik dan munajat kepada Sang Kekasih yang mutlak.

Dalam sujudku, aku berdoa ; Ya Allah, taubatkanlah diriku ini dengan Taubat Nasuha.

Dalam doaku, pandanganku (dengan izin Allah) terpandang frame di depan masjid yang tertulis Allah (dalam tulisan arab). Frame itu sudah berhabuk kerana sudah lama tidak dilap dan digilap. Ketukan hati sekali lagi. Subhanallah. Allah seolah-olah mahu menyatakan bahawa diri-Nya lah yang pertama-tama sekali yang hadir ketika aku memerlukan, Dia lah yang pertama-tama sekali menyahut ketika aku memanggil, ya. Tepat sekali. Dia-lah segala-galanya. Habuk itu seolah-olah aku sudah lama tidak mengetuk pintu-Nya. Astaghfirullah.

Aku berjalan keluar ke masjid menuju ke rumah. Di luar rumah, aku sengaja melepak sebentar di luar pintu, melihat pemandangan luar sambil bertafakkur. Aku melihat burung berterbangan di hadapanku. Ia berpusing pada tempat yang sama, seolah-olah mahu bersamaku dalam tafakkur dan zikir. Subhanallah.
Hatiku berdetik lagi ;

Rupanya aku tidak pernah keseorangan dalam hidup bersama Ilahi ini. Kalau manusia tidak mahu mencari-Nya, Dia tidak langsung memerlukannya, banyak lagi makhluk yang memerlukan-Nya, sedangkan Dia langsung tidak mudarat dan Maha Kaya dari segala sesuatu. Subhanallah.

Aku menghadap pintu rumah ; di depanku tertulis ayat Quran daripada surah Nuh, yang menceritakan Nabi Nuh a.s berkata kepada kaumnya ;

"Wahai kaumku, beristighfarlah kepada Tuhan kamu, dan kembalilah (taubatlah) kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepadamu, dan akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu" - Surah Hud

Mataku terfokus pada 'akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu'.
Hatiku terdetik lagi. Subhanallah. Allah mahu memberi dengan banyak, kalau aku perlukan kekuatan, Dia akan tambah. Tapi syaratnya apa ? Taubat, dan Istighfar. Dengannya, kita akan bertambah 'kuat', akan bertambah segala-galanya. Ini kerana bila kita kembalikan diri kepada Sang Pencipta yang menciptakan segalanya, Dia pasti akan memberi segala yang kita perlu dan minta, kerana bila kekasih kembali kekasihnya, sudah pasti segalanya mahu ditunaikan hasratnya. Untuk menjaga keintiman hubungan antara kekasih.

Langkah kakiku masuk ke rumah. Menyapa ahli beit dan senyum-senyum biasa. Masuk ke dalam bilik, habiskan wirid harian. Aku baca Quran, hari itu adalah hari untuk juz 13. Sedang sibuk membaca, bacaanku terhenti pada Surah Ar-Ra'd ayat 27.

"Katakanlah, Allah akan menyesatkan sesiapa yang Dia suka, dan akan memberi hidayah kepada sesiapa yang kembali/bertaubat, iaitu orang yang beriman yang hatinya tenang dengan zikrullah"

Fikiranku rasa tidak keruan dengan beberapa seruan Allah ini. Aku lantas membuka Fi Zilal karangan Syed Qutb jilid 4 yang menghuraikan perihal ayat tersebut (Maaf belum ada kemampuan beli Tafsir Ibn Katsir, insyaAllah ada rezki nanti). Secara mudahnya, ia mengatakan ; asbab hidayah adalah kembalinya seseorang itu kepada Allah, dan asbab kesesatan adalah bila dia tidak mahu kembali / taubat kepada Allah.
Subhanallah. Jika tidak mahu bertaubat, sudah pasti akan sesat. Nauzubillah. Hatiku terdetik ; Alhamdulillah aku buat keputusan serius dari awal petang tadi, macam-macam Allah bagi malam ini. Kalau aku tangguh untuk perbaharui taubat, sudah pasti nikmat malam ini tidak ku kecapi.

Sedang sibuk mentelaah kitab Fi Zilal (malam itu aku tidak mengulangkaji pelajaran kerana kurang semangat dan mahu fokus mengetuk pintu Tuhanku dan mencari ketenangan yang berstamina untuk kelangsungan iman dalam waktu peperiksaan), Muawidz memanggil. Katanya ada satu benda nak bagi aku dengar. Saja-saja katanya.

Aku pun melayan saja. Dia naik ke atas, (rumahnya di tingkat bawah), dan menyuruh aku baring atas katil sambil disarungkan 'headphone' ke kepalaku untuk mendengar sesuatu. Lantas didendangkan satu lagu arab yang cukup aku rindui, iaitu berkenaan Kekasih s.a.w. Hatiku terharu dan semerbak pilu mengingati nostalgia Rasulullah s.a.w. Muawwidz lantas keluar dari bilikku tinggalkan aku keseorangan. Air mata bercucuran menghayati satu persatu lirik lagu tersebut. Lebih terkesan bila ia datang pada waktu yang diperlukan. Ya, adakah yang lebih diperlukan bila seseorang itu sedang 'hopeless' dan mencari-cari pedoman melainkan bila kekasihnya disebutkan dan didatangkan, dalam apa jua bentuk sekalipun ? adakah kekasih (manusia) yg lebih hebat daripada Ar-Rasul s.a.w ?

Habis sahaja lagu itu, azan isyak berkumandang.
Hatiku sayu dan terharu, mengenangkan sungguh cinta-Nya sangat tak tertanding. Malam itu aku tidur bersama-sama tasbih dan Fi Zilal yang ku tertidur di depannya (baca sampai tertidur).

Sungguh pelik sekali, seseorang yang mengenali-Nya, tetapi mencintai selain-Nya. Allahummaj'alni Aqrabal Ibaadi Ilaik.

Habis cerita "Knocking on heaven's door".
Moga-moga kisah benar ini dapat memberi seberapa banyak manfaat kepada semua. Saya bukan mahu hanya bercerita, tapi hanya mahu berkongsi kebesaran nikmat Allah dan rahmat-Nya terhadap hamba-Nya.

Cumanya sang hamba yang angkuh saja yang kadangkala sombong tidak mahu terbuka hatinya untuk mengetuk pintu Sang Pencipta.

Jangan sekali-kali kamu putus asa dalam taubat, taubat berkali-kali selepas melakukan kesalahan berkali-kali akan menjadikan kita makin lama makin matang dalam teori-teori taubat itu. Makin lama makin pakar, akhirnya Taubat kita pasti berjaya. Hebat betul kalau seseorang itu cuma perlu taubat sekali saja kemudian terus lurus saja hidupnya, seakan-akan hampir mustahil pula.

Allah itu sentiasa menunggu kita, Dia menghendaki kita untuk kembali kepada-Nya, dengan penuh rasa kasih sayang dan kecintaan. Dia mengetahui kita hanyalah manusia yang selalu tersilap dan tersalah, oleh itu Dia sentiasa menyambut tikamana kita pulang kepada-Nya. Dia mengetahui kita tidak akan mampu hidup tanpa-Nya, oleh itu Dia tidak pernah lokek dalam memberikan rezeki-Nya kepada kita. Dia mengetahui bahawa kita tidak ramai yang mengetahui hakikat diri-Nya, oleh itu Dia sangat menyukai sesiapa yang mahu kembali kepada-Nya.

'Tidakkah mereka itu mentadabbur Al-Quran ? (sehingga mampu berada atas kebenaran), ataupun hanya kerana HATI mereka terkunci ?' - Surah Muhammad

Suatu hari Musa a.s bertanya kepada Tuhannya ;
Di manakah aku boleh mendapati-Mu wahai Tuhanku ?
Allah berkata ;
Engkau akan mendapati diri-Ku pada orang-orang yang hatinya sentiasa pecah/patah (pasrah kepada Tuhannya)

- dipetik daripada Kitab At-Toriq ila Rabbaaniah

suatu kata-kata yang menarik dan menyentuh hati ;

Ya akhi, mataa ghaaballahu hatta yahtaja wujuuduhu ilaa daliil ?
(Wahai sahabatku, bilakah Allah pernah ghaib sehinggakan kewujudan-Nya itu perlu kepada dalil/petunjuk/tanda-tanda lagi?)

Sekian saja post untuk kali ini.
It's good.
p/s : Jangan lupa doakan kami exam bulan ini dan bulan depan.

Allahumma solli 'ala Muhammad.
Later.
Salam.

8 Comments:

Blogger rosso said...

salam ziarah. sangat terkesan dgn post ni.

Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla. wa anta taj-alul hazna iza shi'ta sahla.

12:24 pm  
Anonymous B-m said...

Dan entri ini juga ana baca tepat pada waktunya.

Doakan satu ummah ini bersambung hati dalam taubat. Hidayah utk diri dan utk org lain.

Allah,Allah, Allah, ana 'abdukal 'aasi faghfirlii birahmatik....

9:31 am  
Anonymous kakakmanislasangat said...

ok mel bes gile kot post ni. u shud write something like this more often. bia kakak kau ni terketuk skit. btw lagu knockin on heavens door tu sgt nostalgic kot haha :p

11:34 pm  
Blogger Hikmat Esa said...

This comment has been removed by the author.

4:15 pm  
Blogger Hikmat Esa said...

salam, kuwais~ allahuyubarik fik, sekarang tgh perikse, doakan..yang terbaik. bukan setakat 14A, heh. Sanaltaqi~insyaAllah (kat skolah ni)

4:16 pm  
Blogger diyanatahir said...

very touching entry, terima kasih atas sharing yang amat bermakna.

teruskan menulis dengan hati yang bersih, insyaallah ia mampu sampai ke hati jua

9:18 am  
Anonymous ME said...

Salam,
A very interesting post. I'm touched..
Anyway, why there is non-related comment up there? Maybe u should just delete it..

2:57 pm  
Blogger Syamil Esa said...

Salam kepada semua.
syukran atas komentar masing-masing.

Saya rasa kebykn pernah mengalami spt perkara yg diceritakan .. cuma mungkin tak lebih telus je untuk ceritakan.

apa-apa pun, selamat menjalani kehidupan bersama Tuhan, dalam menggapai martabat Ihsan.

to ME ;
I've tried to delete this anonymous comment but cannot be done. rasenye ramai bloggers lain pun tak dapat delete komen pelik camni. sbb google tak reply bile org tnye psl ape mslh takleh delete ni..

tapi takpela.. tak mengganggu insyaAllah.

bittaufiq semua.
wsalam.

7:10 am  

Post a Comment

<< Home