Ma Li wa Lid Dunya ?
Salam.
Kif hal ? Kuwaiys ? La'allahu khoir.
Keputusan peperiksaan bakal keluar minggu ini. Doakan.
Sejak kebelakangan ini kurang minat untuk update. Mungkin boleh kongsikan beberapa update sekitar waktu-waktu musim panas dan aktiviti di sini.
1. Halaqah Haneenul Habib (Nostalgia Kekasih) kini diteruskan. Waktu fleksibel, tapi biasanya waktu maghrib sampai malam.
2. Halaqah Isti'ab Lughah (Penguasaan Lughah) kini sudah dimulakan. Walaupun yang hadir tak sampai lima orang tapi insyaAllah biar sedikit tapi berkualiti. Waktu antara 9.30 pagi sampai 11.30 pagi.
3. Semalam pergi bertafakkur dan tadabbur sekali lagi di kubur dan kemudian ke Junainah, (taman anggur, epal, mangga, betik, bunga rose dan sebagainya). Makan anggur fresh petik sendiri. (kalau ada gambar nanti saya update).
4. Semalam bermain-main dengan kucing kawan, namanya Boogey. (seperti dalam gambar saya berbaju biru - terkini) Sungguh comel, gebu, besar, cool dan sangat pemalas. Teringat dengan seekor kucing (yang bersaiz besar) sewaktu di Hira' dulu, kami beri namanya 'Otai'(dalam gambar saya berbaju putih/kelabu - waktu SPM 2005). Ape jadi sekarang ? Wallahu a'lam.
-- habis cerita update -- masuk cerita renungan terkini .. (agak panjang)
Hakikat Dunia bukan untuk Orang Bertaqwa
Baru-baru ini ketika membaca Al-Quran, minda saya tertumpu pada satu ayat. Surah Az-Zukhruf ayat 33-35 ;
ولولا أن يكون الناس أمة واحدة لجعلنا لمن يكفر بالرحمن لبيوتهم سقفا من فضة ومعارحج عليها يظهرون . ولبيوتهم أبوابا وسررا عليها يتكؤون . وزخرفا وإن كل ذلك لما متاع الحيوة الدنيا والآخرة عند ربك للمتقين
Kalaulah bukan kerana takut satu umat manusia menjadi satu kelompok (di atas kekufuran) sudah pasti kami akan menjadikan bagi orang-orang yang kafir dengan Ar-Rahman, bagi rumah mereka bumbung-bumbung daripada perak dan juga tangga-tangga (dari perak) untuk mereka bermegah-megah. Dan bagi rumah-rumah mereka ada pintu-pintu dan juga katil-katil untuk mereka bersandar. Dan juga perhiasan-perhiasan, dan semuanya itu tidak lain hanyalah kehidupan dan kesenangan dunia, sedangkan akhirat di sisi Tuhanmu adalah bagi orang yang bertaqwa.
Az-Zukhruf : 33-35
Pada mulanya agak sukar untuk memahami ayat ini. Sebab penggunaan bahasa arab yang sangat indah kadangkala sukar untuk memahami tafsiran Quran yang sangat agung ini.
Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah, di bilik saya ada beberapa kitab tafsir yang boleh dirujuk. (Tafsir Ibnu Katsir tidak termasuk kerana belum ada rezeki memilikinya lagi). Saya rujuk terjemahan dahulu, dan hasilnya seperti di atas. Masih belum faham. Rujuk Fi Zilal (Syed Qutb) dan hasilnya alhamdulillah memuaskan juga.
Syed Qutb r.h.m membawa ayat ini dengan perkaitan kisah Nabi Ibrahim a.s sebelum ayat-ayat ini dan juga kaitannya dengan Nabi Muhammad s.a.w (Jangan lupa bersalawat ke atas Nabi).
Ayat-ayat sebelum itu, ada diceritakan orang kafir menentang Muhammad dengan dakwaan mereka ;
"Mengapakah Al-Quran tidak diturunkan kepada lelaki yang berjawatan tinggi di dalam kedua-dua kampung ini ? (Mekah dan Taif)
Allah menjawap seterusnya dengan herdikan dan menunjukkan satu kanun ilahi yang tertulis sejak dahulu lagi.
Pertama ; jawapan dalam surah Al-An'am - Allah lebih mengetahui siapa yang layak memikul tugas ini - (ini juga ditulis dalam Fi Zilal ulasannya)
Kedua ; jangan engkau fikir timbangan duniawimu sama dengan timbangan Allah. Sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki seseorang di muka bumi ini. Ia menceritakan pembahagian kehidupan manusia mengikut rezeki masing-masing dan setiapnya ada sebab dan musabbab. Setiapnya dijadikan begitu agar semuanya saling melengkapi antara satu sama lain. (macam ekosistem yang seimbang).
Kemudian barulah masuknya tafsiran ayat 33 yang sangat menyentuh hati dan jiwa. Lebih-lebih lagi jiwa orang beriman dan berdakwah. Ia sangat berkaitan dengan timbangan duniawi manusia musyrikin quraisy pada ketika itu (meletakkan harta benda dan pangkat sebagai timbangan risalah). Lantas Allah meletakkan dunia yang hina itu pada tempat yang sebenar dan hakikat kejadiannya dengan ayat 33 tersebut ;
Secara mudahnya begini ;
Kalaulah bukan kerana Allah takutkan manusia semuanya menjadi kufur, sudah pasti Allah akan segala macam nikmat dunia dimiliki oleh orang-orang kafir.
Ia kerana dunia ini sangat hina. Dan langsung Allah tidak kisah diserahkan kesemuanya kepada mereka. Tetapi Allah mengetahui sifat manusia-manusia yang lemah, kadang kala bila melihat orang lain diberi nikmat, lebih-lebih lagi orang kafir pula tu, sudah pasti akan tergugah sedikit jiwanya.
Lantas Allah tidak menjadikan begitu, kerana takut-takut kalau begitu semua manusia tidak akan beriman (kerana tamak mahu menjadi seperti orang kafir dan mahukan kemewahan dunia.)
Tetapi akhirnya Allah mengakhiri pada ayat ke 35 ;
"Dan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah untuk orang-orang yang bertaqwa"
Akhiratlah yang paling layak bagi orang bertaqwa. Ini kerana timbangan dunia langsung tidak dapat disamakan dengan akhirat dan syurga.
Jangan terlalu ghairah mengejar dunia yang hakikatnya bukan untuk kita, tetapi ghairahlah dengan akhirat yang menjadi tempat bergembira orang mukmin, selamanya.
Maksud ini pernah diungkap oleh Nabi s.a.w ;
"Apakah perkaitan antara aku dengan dunia ini ? Sesungguhnya aku tidak lain hanyalah seperti pejalan kaki yang berehat di bayangan pokok kemudian meninggalkannya. Sesungguhnya ibarat dunia dengan akhirat ini hanyalah seperti salah seorang dari kamu mencelup tangannya di laut kemudian mengangkatnya semula dan lihatlah apa yang tinggal di tangannya"
Ma li wa lid dunya ? (Apakah yang ada antara aku dengan dunia ni?)
Wallahua'lam.
Moga Allah memberi kita hidayah dan taufiq.
Wassalam.
p/s : ini gambar terbaru saya. hasil musim panas di Mesir. (dah lama tak letak gambar sendiri)
5 Comments:
good post! shukran jazilan for the reminder..dunia is nothing when u alone (die)
jazakallah,mil....basah jiwa ana...oh dunia.....
perkongsian yg bermakna..
pertama) mari sedekahkan alfatihah buat otai. rasa2nya dah mati kot.
kedua) teringat kucing rumah hazim lama. masih dalam spesis gebu dan pemalas.
ketiga) semoga alasan mengejar akhirat melalui dunia itu tidak hanya plastik. amin!
keempat) masih dengki kerana tidak ditantakan
teruskan menulis!sangat2 bermakna.
tertarik dengan komen di atas,"semoga alasan mengejar akhirat melalui dunia itu tidak hanya plastik. amin!"
aamiiin juga.
Post a Comment
<< Home