Alpha To Omega: Serious Desire

Monday, June 29, 2009

Serious Desire




Salam.
Kif hal ? Kuwais ? Alhamdulillah khoir.

Update ringkas :

Tadi baru lepas menyertai Minggu Mahabbah Keluarga Tanta, anjuran DPMT (Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) - pendek kata PMRAM Tanta. Saya sertai sekadar yang mampu. Antara acara yang saya masuk : Catur, Khat, dan Pidato Arab.

Esok akan ada ikhwah ISMA dari UK bertandang ke Tanta. Iqbal, Sofi, Taufiq dan Adam. Mereka berempat yang belajar di Sheffield, UK akan menziarahi Tanta, selepas berjaulah ke Alexandria dan seterusnya ke Mansurah akhirnya ke Kaherah semula. Banyak perkongsian menarik. Bila kita berkongsi dengan orang yang sama bahasa dan gaya kita, adakah yang lebih bermakna daripada itu ? Mungkin ada.

Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir 2009 di Marsa Matruh, 3-7 Julai 2009. Katanya program lebih kepada santai dan berjaulah. Ya Allah jadikan ia bermanfaat dan berjaya mengesani hati-hati peserta.

Serious Desire -

Maaflah tajuk saja English, tapi isi Melayu. Saya bukan pandai sangat dalam english ini. UPSR pun dapat B. Takpa abaikan.

Baru-baru ini, baru saja membaca juzuk 29 dan kemudian juzuk 30 dan khatam pada hari seterusnya. Allah menegur saya lagi. Astaghfirullahal aziim. Mungkin-mungkin hati ini sudah kering, atau kadang-kadang bila terlalu lama disiram air mahu cuba-cuba duduk di padang pasir. Bila sudah duduk di padang pasir, air pun kering, tiada air utk siram hati yang lesu, lalu hati mati kekeringan. Nauzubillah. Pengajaran awal, jangan berani cuba-cuba. Atau apa-apa sajalah. La'allahu khoir.

Dua tiga kali saya terbaca ayat ini ;

إن هذه تذكرة فمن شاء اتخذ إلى ربه سبيلا

Sesungguhnya ini (peringatan mengenai suasana Hari Kiamat) adalah sebuah peringatan, maka barangsiapa yang MAHU (ikut peringatan tersebut) dia pasti akan mencari jalan kepada Tuhannya. (Surah Al-Muzzammil dan Surah Al-Insan).

كلا إنه تذكرة فمن شاء ذكره

Bahkan tidak sekali-kali (benar sangkaan orang musyrikin), ia hanyalah peringatan. Maka barangsiapa yang MAHU, dia akan mengingatinya. (Surah Al-Muddatsir)

إن هو إلا ذكر للعالمين لمن شاء منكم أن يستقيم

Ia (Quran) tidak lain hanyalah peringatan kepada seluruh alam, ia hanya kepada sesiapa yang MAHU untuk berada di atas jalan lurus (Surah At-Takwir)

Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran dalam juzuk-juzuk akhir ini yang menceritakan mengenai kemahuan yang serius. (kalau mahu dalami bacalah nanti ya :))

Surah-surah dalam juzuk-juzuk akhir Al-Quran banyaknya berkisar keimanan kepada Allah dan hari Akhirat. Ia banyak meneguhkan para sahabat dan Nabi s.a.w sendiri dengan dorongan dan belaian Allah s.w.t kepada Baginda s.a.w.

Dengan banyaknya ayat-ayat Al-Quran yang Allah berikan kepada sahabat Baginda dan umat ketika penindasan yang dahsyat kepada mereka, Allah langsung tidak mengabaikan suatu aspek dalam fitrah diri manusia. Suatu aspek yang memisahkan diri manusia dengan kemuliaan malaikat, dan kekosongan jiwa haiwan. Ia tidak lain hanyalah pada nilai 'IKHTIYAR' yang telah Allah ilhamkan kepada semua manusia.

Dalam ayat-ayat yang saya sebutkan di atas, Allah seringkali berkata ; siapa yang mahu, dia akan cari. Siapa yang mahu, dia akan terus istiqomah dan sebagai. Ia tidak lain hanyalah sebuah panduan kepada semua umat, agar merasakan bahawa urusan agama ini bukanlah kepada sesiapa yang tidak mahu, atau bukanlah kepada siapa yang rasa-rasa untuk mahu tapi tidak buat kerja seperti orang yang mahu.

Keseriusan dalam sebuah kemahuan itu dinilai pada tindakan. Bukan pada omongan. Ini ditunjukkan sendiri oleh Nabi Ibrahim a.s ketika telah selamat dari dilempar ke dalam api, disebut dalam surah As-Soffat ;

"Dan dia (Ibrahim a.s) berkata ; Sesungguhnya aku pergi menuju Tuhanku, agar Dia memberiku hidayah/petunjuk"

Ia juga telah ditunjukkan oleh Nabi Lut a.s (Surah Al-Qasas) ;

"Dan dia (Lut a.s) telah berkata ; Sesungguhnya aku berhijrah kepada Tuhanku"

Tindakan Nabi Ibrahim a.s ialah pergi menuju Tuhannya, dan Lut a.s pula pergi berhijrah. Ia merupakan sebuah 'tindakan' yang teknikal dan perlukan tenaga. Tidak pula Ibrahim hanya berdoa, juga tidak hanya bermadah. Tetapi ia nyata perlukan kesungguhan yang utuh, untuk mencari jalan menuju Tuhannya dan memperoleh hidayat dari-Nya.

فمن شاء اتخذ إلى ربه سبيلا

Sungguh banyak sekali contoh-contoh yang ditunjukkan dalam sirah. Boleh rujuk.

Kesimpulannya, berapa banyak mana pun orang bagi taujihat, berapa banyak mana pun kita baca Quran, berapa banyak mana pun kita pergi program, berapa banyak mana pun kita baca buku dan sebagainya, segalanya bermula dari dalam diri. Ia bermula dengan niat yang ikhlas dan diikuti dengan tindakan-tindakan yang serius, untuk bertemu Tuhan.

Jika seseorang itu 'serius', dia akan mencari sebanyak mungkin cara, atau apa cara sekalipun, untuk menuju Tuhannya, lalu menerima petunjuk. Jika mahu tak mahu, acuh tak acuh, takut-takut bukan saja dia langsungtidak bertolak dan memulakan perjalanan ke jalan tersebut, bahkan mungkin hidayat Allah itu pun malas nak menunggunya. Nauzubillah.

Suatu quote daripada Ibnu Ato'illah As-Sakandari, dalam kitab Hikam beliau ;

Sejahil-jahil manusia adalah sesiapa yang meninggalkan apa yang dia yakin ada di sisi Allah, kepada apa yang dia 'rasa-rasa' je ada di sisi manusia.

Mudah cerita, dia adalah orang yang meninggalkan nikmat syurga di sisi Allah, kerana apa yang dia rasakan nikmat di sisi manusia. (tembakan padu di hati saya, astaghfirullah).

Wallahua'lam.
It's good.
Salam.

1 Comments:

Blogger Thaaqhib Mohammed said...

1) "kadang2 tak nampak apa kat depan mata. adus! taknak jalan dah lah! penat." - jangan dan jangan dan jangan.

2) Pidato Arab? hum. when was the last time i saw u r doing this thing hah? But, seriesly i'm in desire of this appearance. u got talent. (penat memuji. dan saya suka memuji.juga bermaksudkan puji)

3) selamat hepi bestday. hm.. hm. em

3:05 am  

Post a Comment

<< Home