Alpha To Omega: B'day Post for Ma and Pa

Friday, July 03, 2009

B'day Post for Ma and Pa





Salam.
Kif hal? Kuwais ? Kheir insyaAllah.

Post ini, sempena ulangtahun kelahiran saya ke-22. Mungkin agak peribadi dan memang panjang. Saya beritahu awal-awal. Sudah tua juga nampaknya saya ini. Makin tua makin dekat dengan ajal.

1 julai merupakan tarikh lahir rasmi saya. Secara tepatnya, saya dilahirkan sekitar 8 malam (rasanya), cuba lihat surat beranak, pada hari Rabu malam Khamis, 1987, 22 tahun yang lepas.

Umur saya kini, saya kira cukup masak untuk menjadi dan berfikir sebagai orang dewasa. Wallahua'lam. Itu kalau dari segi umur. Tapi pada hakikatnya, saya pun tak pasti saya ini sudah betul-betul matang atau tidak. Bergantunglah kepada anda untuk kira saya bagaimana.

Mula-mula berkenaan tarikh lahir. Saya mula-mula seronok juga bila buat penilaian rambang terhadap 1 Julai 1987 ini. Kira punya kira, rasanya tanggal hari tersebut merupakan hari pertengahan tahun. Secara kasarnya. Lebih menarik lagi, hari rabu merupakan hari pertengahan minggu, mula dengan Ahad - Isnin - Selasa - (RABU) - Khamis - Jumaat - Sabtu. Mungkin itu menunjukkan saya ini tengah-tengah saja. Tiada lebih sangat, tiadalah kurang sangat (pada pandangan luaran kot, dalaman saya cukup lemah). Atau apa-apa takwilan saja, suka juga saya kaitkan dengan ayat Quran, surah Al-Baqarah, ayat 143 ;

وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا

"Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Muhammad s.a.w) umat pertengahan, agar kamu menjadi saksi-saksi ke atas manusia (bahawa telah sampai pada mereka risalah), dan Rasulullah menjadi saksi ke atas kamu (bahawa telah sampai pada kamu risalah).

Mungkin tiada apa-apa yang istimewa, tapi satu tanda lahir yang saya paling ingat adalah sebelah lengan kiri saya, ada suatu macam bekas injection berbekas yang berwarna biru. Saya sering buat jenaka dengan kawan-kawan, yang saya ini datang dari tempat lain. (Entah apa rasionalnya pun tak tahulah).

Dengan tanda biru di lengan kiri tersebut, saya harap saya mungkin boleh dikenali oleh kawan-kawan rapat, yang kenal badan saya, sekiranya saya mati tanpa kepala di kemudian hari ataupun muka hancur, dek kerana mati syahid berperang dengan Kuffar. InsyaAllah. Allahummarzuqna As-Syahadah fi sabiilik.

Cukuplah setakat ini mengenai peribadi saya. Kalau mahu lebih tanyalah secara peribadi.

Seterusnya, saya ingin dedikasikan post ini kepada kedua insan yang paling layak menerima anugerah kesyukuran tak terhingga daripada anak ke-6 mereka. Mereka tidak lain adalah mama dan papa saya. Endok Sempo Mohd Tahir dan Mohd Esa Ibrahim. Sila hayati ia. (kepada Alak dan Nemah, kalau baca sila suruh Pa Ma baca ya). (Saya guna kata ganti nama - Aku, ia lebih sesuai untuk monolog)

Mama bagiku adalah guru bagi kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Papa pula, adalah guru bagi dakwah yang menjadikan kehidupan ini penuh bermakna dan rabbani. Bila ku lihat gabungan mereka berdua, cukup sempurna untuk mempersiapkan diriku menempuh kehidupan sebagai seorang pembawa risalah. Aku amat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakanku kedua ibubapa yang sangat sempurna, pada pandanganku.

Aku kenali mereka sejak kecil. Aku mula fahami mereka bila aku fahami risalah yang mereka perjuangkan.

Mama adalah anak ke-2 kepada Sakinah Abd Hamid & Mohd Tahir Daeng Mengati. Berketurunan Bugis. Atuk saya (Mohd Tahir) sungguh hebat. Tapi nantilah saya post pasal atuk saya. Nenek saya juga pun tak kurang hebatnya. Tapi itu di slot yang lain insyaAllah. Tapi saya taklah hebat mana. Biasa-biasa saja, kamu pun tahu.

Aku pelajari erti kasih dan sayang dari mama. Mama pernah temani aku seharian di Wad HKL, ketika aku diserang demam denggi, pada tahun 2003. Ketika itu waktu Ramadhan, aku jadi imam terawih bersama sahabat karibku, Amin Abd Rahman (kini Medic Cairo Tahun 3 dan masuk Tahun 4 insyaAllah). Mama tika di hospital kerapkali memegang erat tanganku, memberikanku sejuta harapan dan kasih sayang. Sungguh. Aku kenal erti cinta daripadanya.

Mama selalu bercerita-cerita denganku. Cerita motivasi mama yang banyak membuatku termotivasi hingga kini. Cerita it's good itu aku pegang sampai bila-bila. Cerita jambatan itu sampai kini ku sampaikan pada orang lain. Aku bukan tidak ambil cerita-cerita sirah dan para sahabat yang lain, yang aku sedari jauh lebih hebat. Tetapi apa salahnya jika maknanya yang sama kita dapat praktik ? Tak salah untuk kita bersikap 'mesra' dan 'umum' dari sudut-sudut sumber.

Yang penting 'makna' yang mendalam itu kita fahami dan cuba sampaikan pada orang lain, agar membawa mereka kepada apa yang kita mahu. Kadang-kadang orang 'kurang' berminat pada cerita-cerita yang bila kita sebut 'sahabat Rasulullah' atau apa-apa yang islamik, maklumlah, dek kerana gejala islamophobia.

Erti kehidupan yang sangat penuh dengan liku-liku hidup ini aku dapat pelajari daripada hidup mama itu sendiri. Mama bagi diriku seumpama guru yang sentiasa mengajarku untuk hidup. Mama mengajarku erti menghargai, erti menerima, erti taat, erti rendah diri, erti memberi, dan macam-macam erti lagi. Tak perlu aku ungkapkan semuanya, cukuplah dibuktikan dengan hidupnya yang cukup giat aktif dalam agenda-agenda hidup beliau.

Mama mengajarku beremosi dalam bercinta. Ya. Jangan rasa ia lucu. Tetapi hakikat cinta itu tidak dicapai melainkan dengan emosi yang mendalam. Mama pernah bercerita denganku tentang kerinduan dengan Nabi s.a.w, sambil dia turut menangis, menjadikanku sebak sekali.

Cinta itu bertanda. Jangan anda ingat bila menangis itu lemah. Tangisan itu tanda kekuatan cinta seseorang. Nabi s.a.w pun menangis bila ibu baginda meninggal dunia. Bahkan menangis bila Ibrahim anak lelaki terakhir baginda meninggal dunia. Sehingga baginda s.a.w berkata ;

إن العين لتدمع وإن القلب ليحزن ، وما نقول إلا ما يرضي ربنا

"Sesungguhnya mata telah pun menangis, dan hati ini sungguh-sungguh sedih, tetapi kami tidak akan berkata apa-apa kecuali apa yang meredhai Tuhan kami"

Mama banyak menolong aku dalam pembelajaran selama aku belajar. Mama yang biasanya pantau study kami adik beradik. Ingat lagi ketika nak dekat exam je, nanti mama akan cuba soal adik beradik ku, dengan cara ambil buku teks dan tanya. Aku dalam hati ;
"Laa.. mana aci macam tu.. ingat aku baca semua ke.."

Mama yang banyak dorong aku masuk Maahad Hira' untuk hafaz Quran.
Aku pernah cakap pada mama ;
Aku : Ma.. kat Hira' takde kawan lah.. kawan-kawan *ame banyak masuk Al-Manar dan Al-Amin.
Mama : Awak masuk je dulu. Ikut je cakap mama papa.

Aku pun ikut jelah flow. Alhamdulillah lulus interview, dapat masuk maahad.

Banyak lagi kisah-kisah aku bersama Mama. Sebahagiannya telah aku kongsikan dalam post Monolog Untuk Mama sebelum ini. Mungkin cukup sekadar ini yang boleh aku kongsikan.

Papa pula. Papa adalah anak ke-3 dari 8 adik beradik. Anak kepada Juminah Abd Aziz dan Ibrahim Hj Ihsan. Papa berketurunan Jawa.

Aku teringat cerita-cerita yang membuatkan aku (yang baru berumur 8-9 tahun pada ketika itu) menjadi pelik dan bingung. Bukan kerana apa, hanya kerana aku 'belum mampu memahami'.

Tika di sekolah rendah, aku ada kawan bernama Ammar Syahbana (apa cerita dia sekarang, moga-moga khoir). Kemudian aku beritahu papa ;

Aku : Pa, *ame ade kawan name dia Ammar Syahbana.
Papa : Apa dia? Nama kawan *ame Hasan Al-Banna ? (sambil muka tersenyum)
Aku : Bukanlah pa.. Ammar Syahbana.. (aku kerut muka sambil tak faham kenapa jauh sangat lari nama yang aku sebut dari Ammar Syahbana kepada Hasan Al-Banna).
Papa : Ooh yeke. (sambil tersenyum lagi)

Tika aku balik kampung, waktu sekitar awal sekolah rendah lagi, Papa selalu pasang lagu-lagu Arab yang langsung aku tak faham dan aku rasa memang tak sedap. Maklumlah, mana faham. Ketika itu memang belum ada nasyid-nasyid macam Raihan dan sebagainya. Papa pasang lagu Fityatal Haq, Kataib, Akhi Anta Hurr dan macam-macam lagi.

Waktu itu saya asyik bergurau dengan Alak (kakak kedua) mengajuk-ajuk lirik lagu arab yang kelakar-kelakar (maklumlah tidak faham lagi).

Aku mula mengenal dakwah di bangku Institusi Pendidikan Hira'. Banyak senior-senior tarbiyah ku mengajar dan menolong. Termasuklah ustaz-ustaz serta muallimah-muallimah yang membantu. Nama-nama Hasan Al-Banna kerap disebut, IM, dan sebagainya. Alhamdulillah, aku kira Hira' itu subur dakwahnya, pada ketika itu. (rasanya sekarang makin subur insyaAllah).

Aku pertama kali terdengar kembali lagu Arab. Fityatal Haq. Ahh, lagu ini pernah biasa ku dengar rentaknya.. tapi di mana ya? Ingat punya ingat, rupanya di dalam kereta Trooper merah bernombor plate WAX XXXX (tak ingat nombornya). Kemudian banyak lagi lagu-lagu arab Ikhwan yang diperkenalkan di Hira'. Aku rasa 'familiar' dengan lagu-lagu tersebut.

Aku terfikir ; Papa pun orang dakwah juga ke? Sampai lagu-lagu ini semua dipasang ? Suatu persoalan dalam diriku. Mencari identiti sebenar papa.

Suatu hari, aku selesai berprogram dengan sekolah-sekolah lain. Bersalaman dengan ustaz-ustaz. Sampai giliranku untuk bersalaman, dikatakan kepada ustaz-ustaz lain ;
"Inilah anak Mad Esa". Aku tersenyum hairan. Layan sajalah.

Papa bagiku adalah jenis yang tak banyak bercakap, atau bercakap ketika perlu saja. Papa tak pernah cerita pasal IM padaku, pada umur cetek. Apa yang papa gambarkan adalah Islam yang sepatutnya difahami. Ada banyak juga slot-slot pengajaran secara tak langsung memberikan 'fiqh dakwah' (kefahaman dakwah) kepada diriku. Mungkin anda boleh lihat di blog yang lain di sini.

Antaranya yang paling aku ingat, adalah ketika aku tercekik tulang di Langkawi. Aku sedang menunggu giliran bersama Papa untuk masuk ke bilik pemeriksaan, di Hospital Langkawi. Sedang asyik menunggu giliran untuk dipanggil, tiba-tiba suatu nama (saya lupa namanya) dipanggil ;

Misi Hospital : si Fulan bin si Fulan, sila datang untuk ambil ubat dan resit (lebih kurang begitulah).

Tiada orang dalam bilik menunggu itu menjawap/mengaku dan menyahut seruan.
Misi hospital itu menyeru sekali lagi nama si fulan bin si fulan.
Tapi semua diam saja.

Lalu papa dengan relaksnya terus berdiri dan bergegas ke luar bilik menunggu meninggalkan saya dan memanggil nama si Fulan tersebut di luar mana tahu dia berada di luar bilik.

Aku terkejut dengan reaksi begitu. Spontan. Tapi 'mengesan' dalam hati saya. Kenapa Papa pergi ke luar ? Apa kaitan dia dengan si Fulan pun ?

Ia tidak lain hanyalah rasa tanggungjawap kepada manusia, dan inginkan kebaikan. Itu adalah salah satu contoh sifat ke-10 Muslim Sejati yang digariskan oleh Hasan Al-Banna, iaitu Bermanfaat pada Orang Lain.

Antara contoh lain, Papa seorang yang gemar membaca. Tidak kira duit habis berapa ratus pun, dia tidak kesah duit habis pada buku. Yang lagi kelakar, setiap kali papa travel ke mana-mana, mesti ada banyak buku yang dibawa. Aku sampai tak faham, bukannya boleh baca semua pun. Papa pernah kata suatu hari ;

"Membaca ni, menajamkan pemikiran"

Aku simpan saja kata-kata papa. Kini aku rasa aku pun sudah berjangkit habit sedemikian. Beli buku tak kira harga dan bawa buku ke mana-mana. Biar beg berat, asalkan buku ada dalam beg, boleh baca. Mana tahu tersesat jalan atau apa-apa, at least ada buku untuk mengisi masa dengan perkara faedah.

Kadang-kadang ada juga orang kata;

"Beli buku banyak-banyak buat apa, buku yang dah beli pun tak habis baca lagi"

Itu bagiku tak apalah. Pandangan dia. Aku rasa beli buku takkan rugi. Sebab ia adalah ilmu. Jangan kedekut duit dengan ilmu, nanti ilmu kedekut nak bagi duit kat kita. Kalau kita tak baca buku yang kita beli pun, anak-anak kita yang baca kan kita pun dapat saham sekali, mana ruginya ? Wallahua'lam.

Banyak tabiat dakwah yang aku pelajari daripada Papa. Mungkin cukup sekadar ini. Nanti tiada modal pula dalam post-post mendatang.

Akhir kata, saya sayang pada Mama dan Papa. Dua tokoh yang mengajar erti kehidupan dan dakwah dalam hidup saya.

Saya akhiri dengan doa Nabi Ibrahim a.s dalam surah Ibrahim ;

ربنا اغفرلي ولوالدي وللمؤمنين يوم يقوم الحساب
"Wahai Tuhan kami, ampunkanlah diriku, dan kedua ibubapaku, serta seluruh orang yang beriman, pada hari Perhitungan"

Semoga post ini dapat menjadi salah sebuah tanda syukur saya kepada Allah s.w.t ke atas kedua ibubapa yang hebat, dan juga tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka.

It's my birthday,
But I make it your day.
For you're my beloved ones,
And I'm just your simple son.

It's my birthday,
And I'm far away,
I know you'd wish me there,
That's why I'd love to share.

It's my birthday,
I don't know how much it'd value,
Maybe till the day,
When I die and my dream comes true.

Allahumarzuqna Asy-Syahadah.

Wallahua'lam.
wsalam.
Later.
030709
Midnight in Tanta.

4 Comments:

Blogger a passerby said...

perr kau.. lirik lagu mana yg we made fun of? hahaha (oo yg buruk2 tu aku la ye.. ) hahaha tasal

3:30 pm  
Blogger Dr Nurul Yaqeen said...

salam, tame..happy 22 birthday..maaf lambat wish..memule ky nak wish..tp takut silap lak..tak sure 1 july or 7 july..rupe2nye 7 july tu besday bangah ek..

ape2 pun..semoga Allah memberkatimu, melindungi, menyayangimu, merahmatimu, menyintai dan bersama2 mu..walau dimana jua dikau berada..di bawah redhaNya..

Amiin..

Faiza 'zamta fatawakkal alallah

semoga terus kuat di bumi mesir sana
meneruskan cita2 perjuangan,
agama, bangsa dan keluarga

dikau harapan dan kebanggaan kami sekeluarga

luv,
ky

2:50 am  
Anonymous Anonymous said...

Qola:ahua hua..??!!
Qolu:na'am
Qola:haithuma ashar..??!!
Qolu:na'am
Qola:sodaqollaha fasodaqahullahu..

O Allah,plz make my friend's only dream come true..amin2 ya rabbal a'lamin..

8:46 pm  
Blogger Nurul Zahar said...

Eid Milad Saeid ya Akh! Waladna fi nafs syahr.

7:44 pm  

Post a Comment

<< Home