Indahnya Malaysia jika ..
Salam.
Kif hal ? Kuwais ? Alhamdulillah.
Nak kongsi pengalaman baru-baru ini di Mesir : -
*Ammu = Pakcik (dalam bahasa Arab)
Ammu Nasir : Ahmad ! Meh sini jap.
Saya : Okey. Ada apa ?
Ammu Nasir : Kau nak aku pukul kau ke ?
Saya (terkejut) : Kenapa ni ammu ?
Ammu Nasir : Mana kau pegi ? Lama tak nampak kau kat masjid ?
Saya : Oh. Saya baru je sampai Tanta. Sebelum ini saya di Kairo. Sambut Eid Adha kat Kairo. Maaf lah tak dapat solat bersama.
Ammu Nasir : Pagi tadi kau solat subuh kat mana ?
Saya : Saya solat di masjid satu lagi, saya terlambat sikit sebab penat semalam tidur lewat. Masjid sana tu lewat sikit solat subuh dia (sambil tersenyum).
Ammu Nasir : Ok. Takpelah macam tu. Kalau kau nak bangun pagi, kau boleh tolong mintak Ammu Futtuh kejut kau pagi-pagi. Bagi no hp kat dia. Nanti dia miss call kau waktu subuh. Dah ramai dah orang dia kejut. Biasanya orang ramai datang kat masjid tu sebab dia kejut diorang pagi-pagi.
Saya : Ohh. Bagus-bagus. InsyaAllah saya akan jumpa dia.
Ammu Nasir : Tapi bila dia miss call kau jangan angkat pulak. Nanti tolak kredit dia.
Saya : Oke. Faahim ya Ammu! (tersenyum dan tergelak kecil) Syukran ya Amm.
** Ammu Nasir hanya seorang penjual gas (gas masak) yang bawa kereta himar/keldai (bawa tong gas pakai kereta himar/keldai) setiap hari. Ammu Futtuh pula adalah bilal di masjid tersebut. (kami namakan masjid itu masjid Lalat kerana sebab-sebab tertentu) **
---
Saya pertama kali merasa sentuhan Islam yang indah daripada seorang pakcik yang biasa. Dia bukan ustaz juga bukan penceramah atau apa-apa yang hebat statusnya. Dia hanya seorang pakcik Mesir yang biasa, tapi memahami erti Islam yang mudah. Caranya mudah dan diterima pakai oleh semua orang.
Nampak keseriusan dia dalam menyampaikan 'peringatan' dengan cara yang mesra. Mungkin dia cuba menegur, tapi nampaknya dia siasat dulu bagaimana keadaan saya yang sebenarnya. Nampak keseriusan dia mahu saya turun subuh bersamanya, iaitu dengan memberitahu cara-cara praktikal untuk bangun (miss call daripada Ammu Futtuh).
Keadaan ini sangat indah jika berlaku di Malaysia. Tapi mungkin selepas Islam ini berjaya disampaikan dengan cara fitrah, dan meraikan semua lapisan masyarakat. Islam tidak dihadkan pada ustaz, juga bukan scholars dan juga pelajar-pelajar agama.
Mungkin juga selepas umat Islam di Malaysia mampu menghilangkan blok pemikiran sempit iaitu Islam itu untuk sesetengah kelompok sahaja. Blok pemikiran yang mengatakan Islam ini agama yang susah dan payah. Islam itu agama yang rigid dan kaku. Blok pemikiran yang memikirkan Islam itu agama yang tinggi-tinggi dan teknikalnya mahu mega-mega sahaja.
Bila umat Islam di Malaysia mampu merasakan Islam itu milik mereka yang berharga, mungkin sekali keadaan di atas boleh berlaku bahkan mungkin lebih indah dan menarik.
Do we really feel the ownership of Islam ?
Banyak lagi pengalaman-pengalaman indah yang islamik saya dapat di Mesir. InsyaAllah akan kongsikan lagi jika mampu.
Persoalannya ;
Adakah kita benar-benar hargai Islam kita ini ?
Jika benar, mana buktinya ?
Wallahua'lam.
p/s : Jom pergi Mesir !
10 Comments:
kesimpulan terakhir dia mmg menarik. hehe.
this is definitely one of those pearls that you get when studying abroad.
dgr2 cerita is one thing. and to experience it yourself is another thing.
and it's one of those mazohir i guess to see how deep has the dakwah effort influenced the masses.
promote mesir ye..hehe
apa2pun, mmg betul kt malaysia takde lg suasana mcm tu dlm masyarakat. ada pun hanya di sesetengah tpt khusus spt sekolah.
*esok miskol amad kejut qiam..
hehe mel, comel gile pakcik tuh. dan pakcik yg miskol org tu pun sgt comel. hahaaha . nice :)
knp ayat last
"jom pegi mesir .."
tgh kumpul geng2...
bleh try hidupkan budaya missed call utk qiyam di kalangan ahli usrah..this is what i learned in Holland though:)
tersentuh..syukran
...di kaherah juga begitu..
mari ke kaherah!
ada sorang pakcik
miskin lah of course
menjaja tools and toys
miskin dan busuk
selekeh dan kusut
tapi tiap kalinya azan
mesti sentiasa ada di barisan
awal dan sentiasa terkedepan
dia dah di masjid bila azan
di bawabah dan asyer
dia asyik menjaja
miskin lah dia!!
dah lah mainan lapuk~
itu pun dijualnya turut
tapi yang menariknya
dia solat di masjid bila azan
orang bawabah dan asyer mesti kenal
bukannya nak promosi mesir
ataupun nak kutip ahli-ahli
apatah lah nak mendoktrinasi
cumanya, mesir inilah satu2nya negara
yang pernah saya lawati selain malaysia
dan saya suka pada orang miskinnya
yang ajar banyak pasal hidup
dan berjasa
salam.
jawap :-
to rusman : ya maybe definitely. :)
to ibnkhair : smlm kejut tapi tk angkat ? maybe tgh qiam kot? :)
to alak : mmg comel, kalau tgk muka dia lagi comel.
to alexumar : ayat last tu utk ajak ramai-ramai rasa suasana islamik yg menyeluruh, untuk lebih mudah nak buat di Malaysia. :)
to KY : rasanya tu antara wasilah dakwah yg dah tsawabit di klgn ikhwah yg ikut prog kot. rasanya la. :)
to anon : alhamdulillah, wasy-syukru lillah.
to sakib : setuju! betapa kesedaran Islam sudah bertapak di lubuk hati masyarakat umum. subhanallah.
kesimpulan : kita kena mesrakan lagi cara pnyampaian Islam pd masyarakat, tanpa mengabaikan prinsip2 asas. tapi tak ramai yg paham hakikat 'penggarapan umum' ini. InsyaAllah, sikit masa lagi, ramai yg boleh paham dan praktik :).
p/s : pagi tadi Ammu Nasir senyum pada saya. Tersentuh lagi. :)
nak pergi Mesir!!!
You make me feel like going to Mesir..
Post a Comment
<< Home