An-Nursi's Legacy
Salam.
Apa khabar semua ? Bikheir insyaAllah.
Saya masih lagi dalam musim peperiksaan.
Mengimbas isu flotilla LL4G (Semoga Allah merahmati para syuhada' dan orang-orang yang tercedera), saya teringat kawan saya di Turki, namanya Ubeydullah Kudat. Berumur 30-an. Saya bertemu dengannya pada bulan Ramadhan 2 tahun lepas (2008). Pertemuan kami di Masjid Salam, Bawwabah Uula, Hayy Asyir.
Pertemuan kami hanya bermula pada awal Ramadhan dan berakhir pada penghujung bulan mulia ini. Kami tak sempat menyambut Aidil Fitri bersama-sama kerana beliau pulang ke Turki pada 25 Ramadhan kalau tak silap saya.
Mengenali beliau, saya dapat rasakan bahawa di luar sana ramai lagi orang-orang yang memahami Islam pada tasawwur (gambaran) yang betul. Beliau merupakan antara aktivis Harakah Nuriyah, ataupun dikenali sebagai Tullab Rasail Nur (pelajar himpunan risalah An-Nur). Himpunan Risalah An-Nur merupakan satu karya agung hasil tulisan Badiuzzaman Said An-Nursi, seorang pejuang Islam Turki selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah Turki.
Said Nursi meninggal dunia pada umur 80 tahun lebih. Dia pernah beberapa kali masuk penjara, dan sikapnya sungguh tegas dan sangat izzah dengan Islam. Dia tidak berkahwin sehingga meninggal dunia. Tulisan-tulisannya banyak berkisar "tauhid" dan aplikasinya pada kehidupan seharian sangat mendalam.
Ubeydullah Kudat, saya panggilnya Ustaz Ubeydullah. Dia pun belum berkahwin lagi. Jelas pada raut wajahnya kesungguhan seorang mujahid. Keseriusannya dalam mencari ilmu dan mengembangkan bakatnya. Beliau ke Mesir hanya beberapa bulan dan boleh bercakap Arab dengan baik.
Malam terakhir sebelum beliau berangkat, saya sempat berbual-bual agak panjang dengannya. Antara yang menarik : -
1. Ungkapan yang biasa kita dengar ; Islam ini boleh diibaratkan seperti seekor gajah. Jika orang buta pegang belalainya, dia akan kata itulah gajah sebenar, jika dia pegang ekornya, dia akan kata itulah gajah. Tapi bila orang yang celik melihatnaya, dia akan mengetahui, bahawa kesemua badan gajah itulah gajah yang sebenarnya.
2. Beliau berpesan kepada saya untuk banyak ber'harakah'. Katanya : Al-Harakah Barakah !. (Dengan berharakah itu ada keberkatannya). Saya pegang sampai kini kata-katanya. Sungguh indah.
3. Beliau galakkan saya agar banyak membaca untuk mengembangkan ilmu dan mengetahui selok-belok sejarah. Beliau juga sebenarnya dalam tempoh sedang buat kajian mengenai An-Nursi.
Malam itu saya singgah sebentar di rumah sewanya, dan kami bersembang-sembang lagi. Dia memberi saya stok-stok makanannya, sebab dia akan tinggalkan Mesir pada keesokan hari.
--
Esok pagi selepas subuh, saya buat 'haji' bersamanya, dan ketika beliau keluar Masjid, saya menyapa beliau dan menemaninya ke rumah untuk salam yang terakhir. Kami bertukar Al-Quran, beliau beri saya Al-Quran versi Turki, dan saya berinya Al-Quran Tafsir oleh Imam An-Naysaburi (yang kecil berzip). Saya mengucapkan selamat tinggal. (sila lihat gambar di atas). Saya tak pandai berbahasa Turki. Mungkin saudara saya Syed Isra' pandai terjemahkannya, atau sesiapa saja boleh terjemahkan ??
Pada akhir katanya ; beliau berkata :
"Pada malam ini saya akan ke Istanbul, dan kami ada pertemuan (ijtima') bersama ahli-ahli Harakah Nuriyah. Saya akan beritahu mereka bahawa saya telah berjumpa dengan seorang Malaysia, yang punyai abang yang bernama Badee-uz-Zaman !."
Saya tersenyum dengar kata-katanya. Sebelum ini saya pernah juga bertaaruf dengannya, dan oleh kerana kita ini, bila nak rapat dengan orang, kenalah cari persamaan kan ? Maka saya pun sebutlah .. saya ini ada abang yang bernama : Badee-Uz-Zaman.
Kalau saya pergi Chechnya saya akan cakap nama saya sempena Syamel Basayev. Kalau ke Afghanistan saya mungkin cakap saya ada adik bernama Hikmat, sempena Gulbuddin Hikmatyar. Kalau jumpa orang Salafi saya sebut abang saya sempena nama Ibnu Taimiyyah (Taqiyyuddeen).
Kalau saya jumpa orang Kristian pula .. saya rasa pembaca boleh tahu apa akan saya jawap.
---
Akhirnya saya boleh bawa kepada beberapa kesimpulan ;
1. Di dunia ini, masih banyak lagi manusia yang sama faham dengan kita, dan sama serius dengan kita. Tapi kita hanya mampu menerima jika pemikiran kita terbuka, dan boleh meraikan perbezaan-perbezaan yang ada pada batas-batas yang syarie.
2. Pentingnya kepelbagaian, untuk kita ketahui betapa hebatnya Allah mengatur semua makhluk-Nya pada peraturan yang hanya diketahui rahsia-rahsia oleh-Nya semata-mata. Oleh itu kena perbanyakkan taaruf dan taamul dengan bangsa atau kelompok manusia lain untuk membuka pemikiran kita dan meluaskan skop berfikir kita.
3. Akhlak adalah perkara utama dalam kehidupan seorang muslim. Jika kita pandai menjaga akhlak, keldai pun suka dengan kita. Bila kita tak pandai menjaga akhlak ....... (saya tak tahu nak describe macam mana) ... kasihan jadinya.
4. Pentingnya pembinaan rijal dalam membawa agenda perubahan. Jika kita ingin lihat ciri-ciri sesebuah jemaah, lihatlah rijalnya. Jangan lihat namanya, atau lihat websitenya atau berpada dengan title jemaahnya, atau apa-apa statement-statementnya. Tapi lihatlah pada rijal yang mendokongnya. Siapa mereka ? Apa mereka dah buat ? Macamana gaya hidup mereka ? Apa hasil dakwah mereka ? Untuk menilai dan menjadi kayu ukur kita dalam menilai sesebuah wadah.
Orang yang fikir dari segi nama saja itu, pada saya, dia hanya melihat dari sudut pandangan yang sempit. Bila kita sebut Ikhwan, kita akan nampak Al-Banna dan para tokohnya yang lain. Atau adakah bila sebut Ikhwan kita hanya nampak " Jemaah yang paling cepat berkembang di seluruh dunia " atau " lambang dua pedang dengan Al-Quran " atau apa ?
Jangan pisahkan antara jemaah dan rijal. Sebab jemaah tanpa rijal adalah rumah kosong tak berpenghuni, dan rijal tanpa jemaah pula ibarat orang yang tiada rumah.
Maka bila seseorang ahli jemaah itu mengagumi pimpinan mereka, dan menyebut-nyebut nama mereka, janganlah dikatakan taassub pula. Sudah fitrahnya, pengikut akan hormat pemimpin dan sanjungi mereka. Kalau pengikut itu hormat pun tidak kagum pun tidak .. hilang lah ciri-ciri kepimpinan pada pemimpin. Macam mana nak taat dan patuh ?
Hideyoshi Toyotomi (Swordless Samurai) kata : Choose a Leader with Vision.
Takkan bila orang IM sebut-sebut nama Al-Banna, Syed Qutb, Qardhawi dan sebagainya .. itu dikira taassub pada mereka ??
Maka rijal itu wajib dibina dan dididik untuk menjadi qudwah kepada umat Islam, supaya baru orang tahu bahawa Islam itu mampu hidup segar dan mekar dalam jiwa-jiwa manusia pada akhir zaman yang dipenuhi fitnah ini.
5. Kemenangan Allah itu pasti, dan saya yakin dengan perkara itu. Kemenangan itu datang bukan dengan satu-satu kelompok, atau satu-satunya jemaah, tapi ia akan datang kepada umat Islam jika seluruh kelompok Islam mampu bekerjasama pada titik-titik persepakatan dan membentuk arus Islamik yang kuat.
Adapun siapa yang memerintah atau siapa yang di atas dan di bawah .. isu ini sangat teknikal dan tidak perlu perbincangan yang detail kerana ia tak membuahkan apa-apa amal pun.
Saya kasihan bila tengok seseorang yang cukup bangga dengan kumpulannya dalam masa yang sama menafikan atau mempertikaikan kumpulan orang lain, mungkin mereka ada 'fiqh' masing-masing, atau mungkin lagi pemikirannya belum Allah buka untuk menerima kepelbagaian kelompok dan wadah. Ataupun mungkin 'fiqh' nya menjadikan mereka susah untuk menerima orang lain.
Allah sudah sediakan AlQuran dan As-Sunnah untuk kita bersatu. Allah sediakan puluhan ribu para sahabat untuk kita contohi. Allah sediakan kita empat Imam Mazhab yang muktabar untuk kita ikut. Allah sediakan ramai tokoh mujaddid Islam untuk menjadi contoh penyelamat umat pada waktu-waktu umat sedang tenat.
Tapi mungkin persoalannya bukan di situ ... tapi mungkin pada hati-hati kita yang masih diselubungi nafsu dan hanya kita melebihkannya daripada wahyu.
Wallahua'lam.
Wassalam.
5 Comments:
salam mel. syukran atas perkongsian. blh je nta gune google translate utk terjemah tulisan shbt nta tu ;). ok, ana pun nk cr persamaan ana dgn org laen ... hehe
wah, seronoknya!
sye salah seorang peminat Rasail An-Nur by Said Nursi jg satu masa dulu tetapi cuma sedikit-sedikit melalui pembacaan, x pernah jumpa para ahlinya lg..
mel, kalo jumpe org kristian..? (tatau pun jawapannye)
Alhamdulillah,mabruk,mil. enta mengingatkan ana kenangan bersama ust ubaydullah tu.=) teringat masa dijemput iftar di rumahnya padahal baru 2,3 kali bertemu ketika solat di masjid salam. beliau memang baik dan peramah.teringat masa tiba2 disapa, terus mesra mcm dh lama kenal.sungguh, tinggi budi pekertinya. apa khabar agaknya beliau skrg ni. terfikir untuk hubungi beliau..=)
alhamdulillah.
beliau kini di Turki rasanya. Dah lama tak hubungi. Last time beliau msg ana ketika itu beliau nak belajar di Lubnan pula menuntut ilmu (mungkin tempoh beberapa bulan).
Ala kulli hal, pengikut Badiuz Zaman ini sangat kuat menuntut ilmu dan mencintainya. Sungguh hebat mujahadah mereka.
Subhanallah.
p/s : Ana ada no phone dia di Turki, tapi tak pasti masih valid atau tidak.
Post a Comment
<< Home