Here with Me
Salam.
Kef hal ? Kheir insyaAllah.
Sedikit update mengenai diri saya :
1. Baru-baru ini salah seorang senior saya di Mesir pulang ke Malaysia (Back For Good). Ust Sobri Muda. Beliau merupakan antara konkrit-konkrit asas dakwah yang menubuhkan tapak penubuhan ISMA di Mesir. "Seorang daie akan meninggalkan kesan yang baik kepada sesuatu tempat bila dia beredar daripadanya" - kata-kata Ust Safruddin, seorang guru bahasa Arab yang banyak saya pelajari daripadanya tika di Tahun 1 Maahad Tahfiz Al-Quran Hira' (10 tahun lepas). (Wala uzakki alallahi ahada - dan aku tidak menyucikan sesiapa selain Allah)
Seorang yang banyak membantu saya dalam memahami dakwah dan tarbiyah di Mesir. Sangat banyak.
Semoga Allah membalas jasa baik beliau dan memberikan ketabahan dan istiqamah kepada beliau. Ameen.
2. Exam saya mula pada 29 Mei insyaAllah. Ada 7 subjek, 5 buku kuliah dan 1 mushaf Al-Quran untuk dibaca. Doakanlah di luar pengetahuan saya agar makbul.
3. Kakak saya baru pulang dari Holland sekeluarga. Sila lihat di blog adik saya. Sangat rindu kepada mereka. Alhamdulillah.
4. Kalau mahu tahu lebih silalah hubungi saya kita boleh sembang panjang pada ruangan yang sesuai.
Sedikit perkongsian hari ini (agak panjang);
Loneliness doesn't mean you're alone
Kebelakangan ini, banyak perkara-perkara yang berlaku, menyebabkan saya pun kadang-kadang berasa agak sunyi. Biasanya manusia berasa sunyi kalau tiada orang di sekeliling, atau dalam kesedihan, atau teringat kisah silam dan dilema serta bermacam bentuk kepasrahan.
Hideyoshi Toyotomi pula kata "Leadership is lonely" (Swordless Samurai). Carilah maksudnya sendiri.
Bila kita pasrah dalam sesuatu perkara, apa kita buat ?
Ada orang pergi jalan-jalan cari makan. Ada orang pergi tidur rumah kawan dia. Ada orang telefon orang-orang yang dia dekat. Ada orang baca buku novel. Ada orang baca komik. Ada orang tidur saja malas fikir. Ada juga orang yang (baik sikit) solat dan baca Quran. Ada juga orang yang main game dan tengok movie. Ada orang buat lagu, itu yang sampai lirik dia ; "I feel lonely .. lone lone lone lonely" dan juga "Lonely .. Hi Mr Lonely" serta lain-lain bentuk lagi. Itu memang tahap apa saya pun tak tahu.
*Bila lagu dibuat oleh orang yang sedang sedih, maka pendengarnya akan merasakan kesedihannya serta dapat bersamanya dalam perkara itu dan membina inspirasi daripadanya. Jika lagu dibuat oleh orang yang benar-benar bersemangat, maka semangatnya akan dirasai oleh pendengarnya, serta dari situ akan membina inspirasi pendengar.
Namun bagi saya, segala yang ada di atas adalah rawatan luaran. Dan ia tetap akan membawa maksud yang sama iaitu - hilangkan rasa kesunyian dan berikan makna yang lebih terhadap hidup ini.
Saya bukan mahu mengajar, tapi saya juga pernah berasa seperti situasi di atas, dan saya rasa semua pembaca juga pernah rasa 'sunyi' itu. Saya ingin mengajak pembaca (dari semua tahap) untuk melihat apa yang diajarkan oleh Doktor Hati yang masyhur, anak murid Ibnu Taimiyyah, iaitu Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (meninggal 751H).
Saya boleh kata, bukan kita orang biasa saja rasa sunyi, tapi ulama' besar pun rasa juga. Dalam kitabnya Madarij Salikin, dalam bab yang pertama ada satu tajuk ;
" وحشة التفرد علاجها عدم الالتفات "
- Kesedihan dalam kesunyian (keseorangan), ubatnya adalah jangan teragak-agak -
Secara ringkas part ini saya rasa sangat mengesani jiwa. Dalam bab pertama ini beliau menceritakan mengenai kandungan Al-Fatihah dari awal ayat sehingga akhir. Saya ambil daripada 'tunjukkanlah kami jalan yang lurus'.
Beliau menyatakan, bila kita memohon untuk berada di jalan yang lurus, kita akan berhadapan dengan kekurangan bilangan manusia yang bersama, kegelisahan kerana sikitnya manusia, dan kesunyian. Ini kerana tidak ramai manusia yang berada di situ. Maka bila Allah sebutkan dalam Al-Fatihah, selepas اهدنا الصراط المستقيم , ayat berikutnya adalah " صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين " - Jalan orang-orang yang engkau berikan nikmat padanya, bukan jalan orang-orang yang engkau marahinya dan orang-orang sesat.
Ibnu Qayyim berkata (mafhumnya) ; Allah tidak membiarkan hamba-Nya keseorangan dan kegelisahan dalam jalan yang lurus (dengan sikitnya manusia di situ), tetapi Allah menenangkan hamba-Nya yang 'kesunyian' itu dengan lontaran sejarah orang-orang lama yang telah melalui jalan yang sama iaitu jalan yang lurus. Itu untuk menghilangkan kesunyian orang dalam Siratul Mustaqim, dengan kerenah orang-orang zamannya dan sikitnya kawan-kawan mereka dalam generasi itu.
Bila seseorang itu melihat kepada 'orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah' maka dia akan terbayang, bersamanya adalah Musa A.S, bersamanya adalah Ibrahim A.S, bersamanya adalah Sang Penyabar Nuh A.S, dan bersamanya adalah Muhammad S.A.W yang membawa risalah penghujung ini. Bila begitu, maka sunyi itu akan hilang kerana kita bersama-sama mereka. Apa yang nak dirisaukan ? Kita kena reject dengan sejuta orang pun, apa nak dirisaukan ? Bukankah Nabi S.A.W pernah direject di Taif ?
Sambung sikit lagi olahan Ibnu Qayyim ; maka sekiranya kamu rasa keseorangan, maka lihatlah kepada 'kawan' kamu yang telah pergi, dan bersungguhlah untuk 'berdampingan' dengan mereka. Dan janganlah memandang kepada selain mereka, kerana orang-orang yang tidak bersama kamu itu tidak dapat buat apa-apa pun pada kamu. Jika sekiranya mereka mengacau kamu dalam jalan itu, maka jangan pedulikan mereka. Sesungguhnya jika kamu layan kerenah mereka, mereka akan mengenakan kamu dan kamu termasuk perangkap dalam permainan mereka.
Maka, ubatnya jangan teragak-agak untuk melangkah ke hadapan, berlari menuju golongan yang telah lalu iaitu para Anbiya', para sahabat dan salafussoleh sebelum kita.
Bagi saya, inilah ubat para daie, daripada cetusan Al-Fatihah Ar-Rabbaniyah. Lihatlah sejarah silam, banyak 'kawan-kawan' kita yang menunggu di sana. Bermacam-macam jenis.
Jadi apa nak buat ?
Sibukkan diri dengan kerja-kerja mereka yang berjihad, mereka yang serius untuk menyampaikan risalah Islam, mereka yang betul-betul nak buat kerja. Jangan sibukkan dengan perkara-perkara remeh yang mengganggu emosi kita, hidup kita, sebab makin kita layan, maka dia buka banyak jalan, makin lewat nanti kita nak bertemu dengan mereka yang sudahwuw menunggu di sana.
Ingatlah kata-kata Kekasih S.A.W : "Bersabarlah sehingga kamu bertemu aku di kolamku nanti (di syurga)".
Mari kita bina sejarah kita, untuk generasi selepas kita jadikan kita sebagai 'kawan' yang akan dirujuk dan diimpi untuk bersama, pada hari selepas kita tiada nanti.
Indah tak cara Islam mengubat jiwa manusia ? Subhanallah.
Wallahua'lam.
Salam.
5 Comments:
nabi yunus, sunyi. lepas tu...diuji dgn kekecewaan.
dia membawa diri, berseorangan.
dan dia dimakan ikan.
di situlah dia menerima pengajaran.
dia belajar tentang kesilapan
dan kemudian, Allah ampunkan.
nota hati : mel, ajarkan kami doa nabi yunus itu.
memang membasahkan hati yang kekeringan.
alf shukran ust tame.
kitab Madarij Salikin tu apa ya? siap tulis? selalu dengar nama kitab ni tapi tak pernah kaji :)
bittaufiq wannajah exm nnt. mumtaz sofi insya Allah.
salam.
to thaaqhib : La Ilaha illa Anta Subhanaka inni Kuntu Minadz Dzolimin.
to Ahmad : sedikit briefing mengenai kitab Madarijus Salikin.
1. Penulisnya : Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
2. Kitab ini diambil / diubahsuai daripada Kitab Manazilus Saairin karangan Syeikh Al-Harwa atas sebab-sebab tertentu. jadinya kitab Madarij Salikin ini bukan karya asli Ibnu Qayyim, sebaliknya diambil beberapa sumbernya daripada kitab tersebut.
3. Yang dimiliki adalah Tahzib Madarij Salikin, iaitu Ringkasan Madarij Salikin (yang diringkaskan oleh Abd Mun'im Solih Al-Aliyy Al-Izziy a.k.a Muhammad Ahmad Ar-Rasyid).
4. kitab ini berkisar mengenai perjalanan seorang salik (pejalan) yang menuju Allah swt, maka dia perlu melalui beberapa anak tangga (madarij) sebagai perhentian-perhentian dalam perjalanan yang panjang ini. pendek kata ia adalah kitab untuk menjernihkan hati.
5. dalam muqaddimah tahzib ini, ust Muhammad Ahmad Ar-Rasyid ada mengatakan tujuan dia me-ringkas-kan kitab ini kerana terdapat dalamnya banyak mutiara-mutiara tarbiyah yang khusus untuk syabab dakwah, dan rijal yang memikul risalah. ia katanya bukan sekadar pelembut dan penjernih hati, bahkan sebagai bekalan pendakwah.
cubalah miliki. rasanya di malaysia ada banyak terjemahannya, cuma .. kalau baca BA lebih dapat fahami maksud yang diingini oleh penulis yang berbangsa Arab.
macam kita baca Majmuat Rasail BA dan BM, sangat jauh bezanya kan ?.
maka kuatkan bahasa Arab, jom sama-sama cari khazanah-khazanah silam yang sama jalan dengan kita.
sgt suka entry ini...jzkllah....A.Dayat doakan Syamil berjaya Mumtaz tahun ini..Amin..
banjir hati..
Post a Comment
<< Home