Alpha To Omega: Mimpi Yusuf

Monday, October 04, 2010

Mimpi Yusuf


Salam.

Apa khabar ? Harapnya semua sihat-sihat belaka.
Alhamdulillah.

--
Semalam, saya bermimpi indah. Bertemu beberapa murabbi di Malaysia, salah seorang mereka membacakan kepada saya satu karya baru Abu Ammar, bertajuk Ar-Ribat wal Jihad. Saya tak pernah dengar/nampak/tahu mengenai tajuk buku tersebut. Ia merupakan silsilah yang ditulis oleh Abu Ammar sebagai peringatan khas untuk para duat. Saya sangat berharap jika buku itu memang benar-benar wujud, maka saya bercita-cita untuk memilikinya.

Murabbi itu membacakan salah satu perenggan yang menyentuh hadis Nabi s.a.w daripada buku tersebut lalu air mata saya bercucuran tanpa sedar. Maknanya sungguh mendalam dan benar-benar terkesan di dalam jiwa.

Sebelum ini, saya pernah mimpi jumpa seseorang yang sangat saya kagumi, namanya dirahsiakan. Biasanya kalau kita jumpa seseorang kita akan minta nasihat padanya kan ? Saya cakap padanya ;

Saya : Awsini ya Syeikh.
Dia : At-Taqwa asasul Amal. Haza khassatan lak, al-Ikhwan halan.
Saya : Ata'tarif anni minal Ikhwan ?? Wa qad hadatha ma hadath kama araft.
Dia : Siibu kulla zak, ta'allaq bil Quran was Sunnah. Anta wa man ma'ak Ikhwan.

Kemudian saya terus terbangun tanpa sempat bersembang detail dengan apa yang dimaksudkan. Bangun tidur, dalam keadaan penuh semangat untuk terus bertapak di atas jalan dakwah yang saya letakkan hidup saya pada jalan ini.

Saya juga pernah bermimpi bersama saf mujahidin di Palestin, pada ketika Gaza diserang awal tahun lepas. Mereka sedang menyediakan roket untuk dilancarkan ke negara haram Israel. Saya hanya lihat sahaja mereka yang bekerja. Ketika itu di sempadan Baitul Maqdis.

Al-Banna, di dalam Risalah Dakwatuna ada menyebut ; Engkaulah Yusuf kepada mimpi ini. Dia bermaksud ; Engkaulah yang akan menjadikan mimpi ini realiti. Mimpi yang dimaksudkan itu adalah tamadun Islam yang akan dibina, dengan mengikuti tujuh maratib amal yang digariskan oleh Al-Banna.

Al-Banna rahimahullah juga menyebut : Mimpi semalam adalah hakikat hari ini, dan mimpi hari ini adalah hakikat hari esok.

Yusuf A.S bermimpi 11 bintang sujud kepadanya ketika beliau berada di Palestin. Tetapi mimpinya menjadi realiti ketika beliau menjadi pembesar di Mesir.

Saya pula ? Mimpi semua perkara di atas di ketika berada di Mesir ... saya bercita-cita ia menjadi realiti ketika saya berada di Palestin dan mati syahid bersama saf mujahidin di sana. Palestin dekat saja dengan Mesir.

Syed Qutb saya pernah lihat beliau sebelum di tali gantung seperti dalam post saya di sini. Al-Banna, masih belum saya jumpa. Agak-agak kalau saya jumpa Al-Banna, apa yang saya akan tanya pada beliau ?

"Dan bagi iman yang benar, dan ibadah yang sah, serta mujahadah itu ada cahaya dan kemanisan yang Allah berikan kepada hati sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, tetapi ilham, khawatir (lintasan hati), kasyaf, dan mimpi bukanlah termasuk dalam dalil-dalil syarie (yang boleh digunakan untuk berhujjah). Dan ia tidak diambil kira kecuali jika tidak berlanggar dengan hukum dan nas agama" - Usul Ketiga daripada Usul 20

Wallahua'lam.

5 Comments:

Anonymous Khair Derwish said...

Assalamualaikum wb, mimpi antaranya boleh didorong oleh perasaan dan keinginan yg bersungguhan.

Sahabah telah ditarbiyah sehingga mimpi menjadi kenyataan, bahkan ada yang merasai seperti mereka dapat mengambarkan apa yang diberitahu oleh Allah dan RasulNya saw.

Harithah Bin Suraqah pemuda 17 tahun yang syahid Badr Kubra membuktikan hakikat ini. (Baca dlm Ihya- Al Ghazali dan hadis Sahih Bukhari or surf the web)... Yang pentingnya seperti pesan Rasulullah kpd Harithah ... "Kamu telah mengetahui.. oleh itu istiqomahlah"

Berdiri tetap atas haq dan 'be consistent'.

Hati kita berada diantara 2 jari Allah oleh itu berdoalah supaya kita ditetapkan hati diatas haq dan ketaatan.

11:54 am  
Blogger Muhd Al-fateh said...

Dialog itu DALAM maknanya...hehe..

12:30 pm  
Blogger Syamil Esa said...

wsalam.
kpd pc khairuddin, jzkk atas komentar yg sungguh bermakna. insyaAllah sama-sama berdoa utk terus teguh menuju
jalan Istiqamah.

kpd muhd al-fateh : insyaAllah, dalam bagi sesiapa yg memahami, tabiat jalan.

8:23 pm  
Anonymous Anonymous said...

still tak faham kenapa sungguh2 sgt nak ikhwan.... nta ma'ak ikhwan? man ma'ak? a'ilah wa la eh?

ikhwan x dapat menjamin syurga. cukupla ta'assub dengan jemaah...

11:06 pm  
Blogger Syamil Esa said...

salam kpd anonymous.

mungkin saudara tak pernah bersembang dgn saya lantas tak memahami apa yang dimaksudkan dalam post ini.

saudara perlu fahami dahulu siapa yang nak sangat-sangat 'title' ikhwan dan siapa yang memahami makna intima' pada dakwah ikhwan dengan jelas.

takpa, saya anggap saudara bukan daripada ashabul waqi'.

apapun ikhwan memang tidak menjamin syurga. ia cuma membentangkan manhaj amal yang jelas.

yang menjamin syurga hanya Allah s.w.t sahaja.

p/s : kadang-kadang tuduhan melulu kita yang menjerumuskan kita ke neraka. nauzubillah.

wallahua'lam.

3:12 am  

Post a Comment

<< Home