Hidup pasti berkamus
Salam.
Apa khabar ? Sihat ?
--
Kamus hidup
Sampai kini aku tidak tahu .. kamus yang mana satu yang kamu pakai.
Kamus moden atau kamus lama ? Berat atau ringan ? Cetakan mana ?
Atau memang tiada kamus untuk dirujuk ?
Jika tanyakan diriku ..
Jawapannya kamu sudah pasti tahu ..
Kamus buruk itu tetap pilihan hatiku.
Ia mengajarku erti kebahagiaan dalam kekampungan.
Ia mengajarku hakikat kehidupan dalam kesusahan.
Ia mengajarku erti kebanggaan dalam 'keseorangan'.
Ia memberiku izzah dalam ghurbah.
Ia memberikan harapan dalam kegelapan.
Kenapa ?
Kamus buruk itulah yang telah membentuk generasi-generasi dahulu ..
Yang pada tangan mereka era manusia menuju zaman kegemilangan.
"Orang kecil fikir dirinya sendiri, orang sederhana fikir keluarganya, orang besar fikir umatnya dan generasinya"
Kasihan umat kita seringkali dipaparkan dengan kamus picisan yang hanya membentuk manusia picisan dan hilang rohnya. Sedih dan pilu melihat jiwa umat terbius serta lali dengan perkara aib yang memalukan, bahkan mereka berbangga dengannya.
Satu ujikaji ;
Jika kamu melihat manusia .. kebanyakannya apa yang mereka fikir ? Apa yang mereka mahu ? Apa yang menyeronokkan mereka ? Semua itu jawapannya jelas dalam fikiran tanpa perlu penjelasan.
Kenapa begitu ?
Kerana kamus yang mereka rujuk menjadikan mereka hilang jiwa yang sedar .. menjadikan mereka kijang yang menjadi mangsa. Akhirnya hiduplah manusia dengan kelemahan dan redha dengan perhambaan pada manusia dan nafsu. Ia menghakis iffah wanita yang pada fitrahnya pemalu. Ia menghakis izzah dan kelelakian seorang lelaki yang pada fitrahnya berani dan gagah serta mahukan ketinggian budi.
Ia menghakis kesucian dalam hidup beragama. Bahkan ia akan menghancurkan semuanya, kerana tabiatnya begitu. Ia kukatakan tabiat kerana sifatnya beransur-ansur, ia merosakkan kerana asasnya hawa yang bermaksud 'jatuh'.
--
Risau apa ? Takut apa ? Kecewa kenapa ?
Semua rahsia terdapat dalam kamus buruk itu. Ia ku panggil kamus kerana padanya segala petunjuk dan rujukan sepanjang jalan. Ia ku panggil buruk kerana berhabuk dan telah berkurun lamanya.
Kamus itu bukan apa sangat pun,
Ia cuma menunjuk jalan ke Firdaus Yang Tertinggi mulia.
"Itulah kitab yang telah Kami turunkan padamu (wahai Muhammad) untuk engkau keluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya dengan izin Tuhan mereka, ke jalan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia" - surah Ibrahim, ayat 1
--
Wallahua'lam.
Celoteh dinihari,
Tanta.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home