Ideologi dan Perjuangan
Salam.
Kif hal ? Moga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera.
Dalam keadaan yang kritikal sebegini, masih boleh update blog mungkin boleh dikatakan satu amalan yang mafdhul (bukan paling afdhal). Sedang memahami perkataan Al-Banna yang sering diungkap sehari-harian ;
Al-Wajibat Aksaru Minal Awqaat (Kewajipan lebih banyak dari masa).
Rabbuna yusahhil lanal umuur, wa yubarik lanal awqaat, hatta yaqdhiallhu amran kana maf'uula ..
(Semoga Allah memudahkan urusan kita dan memberkati waktu-waktu kita, sehinggalah Allah memutuskan perkara yang ditentukan oleh-Nya)
p/s : Post ini agak panjang dan mungkin agak berat.
--
Baru-baru ini terlintas dalam jiwa dan tertimbul satu perkara yang ingin ditulis. Walau sedikit, biarlah ia memadai.
Dulu saya pernah tulis, what do you want to do in life atau what do you want actually in life ? Kemudian saya tulis tell me your dream.
Kini saya tambahkan sikit lagi, apa sebenarnya yang kita perjuangkan ?
Dulu masa sekolah menengah, saya pernah tengok anime. Tengok apa yang orang tiada agama fikir macam mana. Kebiasaannya anime akan menceritakan misi perjuangan seseorang. Ada orang misi hidup dia untuk 'protecting people you love'. Ada orang misi hidup dia nak selamatkan dunia dari kejahatan dan ada juga yang nak hidup seperti biasa. Macam-macam.
Masa saya darjah 5 (1998), Anwar Ibrahim telah dipecat dan slogan reformasi dilaungkan untuk mengislah kerajaan atau menukar terus kepada kerajaan yang lebih baik. Saya ketika itu budak kecil yang tak tahu menahu sangat. Saya pernah melihat sticker yang tertulis kata-kata Anwar ;
"Jika takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan"
Ya, memang tepat kata-katanya. Cuma sekarang yang tinggal, perjuangan yang macam mana ?
Ada orang mahu perjuangkan akhlak, kerana melihat keruntuhan akhlak yang berlaku di dunia. Kemudian dia pergi ke seluruh pelusuk manusia, membicarakan mengenai akhlak yang baik dan melakukan projek-projek untuk menaikkan martabat akhlak manusia. Mereka perjuangkan hadis Nabi s.a.w ; Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.
Ada orang mahu perjuangkan kesatuan. Kemudian dia mencuba berbagai strategi untuk menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah belah. Berintipatikan slogan dari ayat Quran ; Maka bersatupadulah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah - surah Ali-Imran
Ada juga kelompok yang perjuangkan keadilan. Mereka melaungkan slogan-slogan keadilan untuk menunjukkan perjuangan dan agenda mereka, untuk mencapai kebahagiaan manusia sejagat. Sumber mereka ayat Quran yang berbunyi ; Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan ihsan - surah An-Nahl
Ada juga kelompok yang perjuangkan ilmu dan berfikiran kritis. Mereka menyeru manusia untuk belajar bersungguh-sungguh dan berfikir di luar kotak. Dengan berbekalkan ayat Quran pertama yang turun ketika di Gua Hira' ; Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan - Surah Al-Alaq
Saya pula dalam kelompok mana ?
Saya perjuangkan ideologi. Perjuangan yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Perjuangan ideologi juga adalah seperti perjuangan Hitler dan Lenin. Manusia-manusia yang mencatat sejarah dengan nama dan perjuangan mereka adalah manusia-manusia yang perjuangkan ideologi mereka yang mereka yakini dan tsiqah padanya.
Ideologi akan membentuk satu kelompok yang lengkap dan sempurna untuk mengisi kekosongan medium dalam perjalanan hidup manusia, bagi memastikan manusia dengan fitrahnya itu dapat menyerap ke dalam sesebuah ideologi tertentu dengan seluruh ciri kemanusiaan yang ada padanya. Ideologi baru akan mencabar dunia. Satu dunia akan memusuhinya kerana pemikiran yang dibawa.
Ideologi akan membentuk cara seseorang itu berfikir dan berinteraksi, berakhlak sesuai dengan tuntutan ideologi tersebut dan hidup dalamnya.
Sedar atau tak sedar, kita semua bergerak di dalam dunia ini dengan ideologi yang kita yakini. Jika kita tiada ideologi yang kita yakini, kita memberi perkhidmatan percuma kepada ideologi orang lain.
Ketika kita kecil, kita dapati diri kita sama-sama bermain bola dengan kawan-kawan seolah tiada perbezaan antara kita dan mereka. Kita boleh bersembang bersama-sama cerita hal budak-budak, cerita mengenai baju baru dan jajan (makanan ringan) yang sedap dan cerita pasal game terbaru yang keluar.
Masa berjalan, kita pilih jalan masing-masing. Kawan-kawan semakin membesar dan mereka juga pilih jalan sendiri. Sekarang kita dapati bahasa kita sudah tak sama. Kaji punya kaji, fikir punya fikir, oh ... rupanya mereka ini di dalam perjuangan yang lain. Mereka menjayakan sesebuah ideologi lain daripada apa yang kita perjuangkan.
--
Mulanya kita rasa perbezaan antara kita sedikit. Lama-kelamaan kita akan rasa betapa jauhnya jarak ibarat langit dan bumi.
Sebab itu saya cukup tekankan aspek pemikiran / fikrah bila kita berhadapan dengan apa-apa situasi yang berlaku. Bercelaru sana sini, tak tahu apa yang patut dibuat. Ideologi yang jelas akan membantu kita membuat keputusan yang tepat, pada waktu yang singkat.
"We know what we want, we strive for it and do nothing else"
--
Saya nak ideologi saya kuasai dunia. Saya nak dunia tunduk dengan sistem yang saya yakini boleh selamatkan satu umat manusia. Saya nak satu dunia rujuk pada ideologi yang saya perjuangkan ketika berhadapan dengan apa-apa peristiwa atau situasi kritikal yang berlaku di seluruh dunia.
Dunia barat tidak mengatakan mereka mahu kuasai dunia secara terang-terangan, tapi mereka sebarkan pemikiran humanisme dengan arus globalisasi melalui projek yang bermacam-macam yang sungguh dahsyat. Mereka usaha untuk terapkan kefahaman liberalisasi. Mereka nak kuasai dunia secara kita tak sedar.
Tapi ideologi saya jelas dan terang. Bila Allah s.w.t sebut dalam surah Al-Mukminun ;
"Tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad s.a.w kecuali untuk menjadi rahmat ke seluruh alam"
Jelas seperti kata-kata Rab'ie b. Amir kepada Rustam ;
"Allah mengutuskan kami, untuk kami keluarkan sesiapa yang Dia mahu daripada menyembah manusia kepada menyembah Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, daripada kesesatan agama-agama kepada keadilan Islam"
Perjuangan ideologi juga telah diisytiharkan oleh Al-Banna ;
"Sesungguhnya fikrah/ideologi itu akan berjaya dengan iman yang kuat, ikhlas yang total pada jalannya, semangat yang bertambah-tambah untuknya, dan ada persediaan yang membawa kepada pengorbanan dan kerja untuk merealisasikannya" - Risalah Ila Syabab
Sebab itu kita kena selalu tanya diri kita, Apa projek kita ? Apa agenda hidup kita ? Apa perjuangan kita ?
Saya bagi satu contoh simple.
Jika kita adalah peniaga yang berjaya, pastinya dalam kepala dan fikiran kita pasti tergambar bermacam-macam projek untuk memajukan bisnes kita. Kita mampu berfikir macam tu bila kita tahu yang kita adalah peniaga, kita kenal diri kita siapa dan apa kerja kita, serta apa yang kita nak jadi. Macam mana kita boleh memiliki agenda perniagaan yang hebat jika kita pun tak tahu kita kerja apa ??
--
Kita tak akan ada agenda Islam yang hebat dan besar, jika kita tak tahu identiti dan jatidiri kita yang sebenar. Siapa kita ? Islam kita macam mana ? Apa jenis Islam yang kita faham ??
Orang yang faham Islam adalah akhlak yang mulia, mereka akan bicara mengenai akhlak kepada manusia.
Orang yang faham Islam adalah ilmu yang kritikal dan kemajuan tamadun, mereka akan bicarakan mengenai itu.
Dan begitulah seterusnya ..
Ya, ia adalah sebahagian daripada Islam, tapi ia bukanlah Islam yang sepenuhnya, yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan segala Rasul-rasul sebelum baginda s.a.w. Di manakah jihad ? Di manakah pengorbanan jiwa ? Di manakah darah dan airmata ?
Islam adalah ideologi. Ia membentuk satu sistem hidup yang sangat sempurna, yang akan menjamin kemajuan tamadun, kehebatan teknologi, dan ketinggian akhlak. Ia menjamin kesatuan ummah, perpaduan, dan kesejahteraan semua manusia.
"Islam adalah satu sistem kehidupan yang lengkap, melingkupi seluruh kehidupan manusia. Ia adalah negara dan tanah air, ataupun kerajaan dan ummah. Ia adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan perundangan, atau ilmu dan penghakiman. Ia adalah harta benda dan kemajuan, atau pendapatan dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah, atau tentera dan fikrah. Sepertimana ia adalah akidah yang benar dan ibadah yang sahih, sama sahaja kedudukannya dengan yang lain." - Usul 1, daripada Usul 20 oleh Imam Al-Banna
Jika kita perjuangkan apa yang ada dalam kandungan Islam seperti akhlak mulia, kebajikan, perpaduan dan sebagainya, ia tak menjamin kebangkitan Islam akan berlaku dan kita tak jelas ke mana sebenarnya kita nak bawa manusia. Ya ia beri sumbangan sedikit sebanyak dalam projek Islam untuk bangkit. Tapi ia bukanlah Islam yang semuanya.
Orang barat cukup hebat dalam merangka strategi untuk hilangkan ideologi Islam yang sebenar dalam jiwa umat Islam.
Kata mereka ;
"Kita mesti menjauhkan umat Islam daripada memahami akidah mereka yang sebenar, iaitu Islam ini tidak mampu berdiri sempurna melainkan dengan wujudnya masyarakat Islam.
Jadi kita kena tanamkan ideologi (gantikan ideologi tadi) bahawa orang Islam mampu laksanakan Islam dengan sempurna dalam masyarakat bukan Islam, dan dalam masa yang sama mereka boleh terus kekal menjadi muslim" - kata-kata yang dipetik dari buku Hal Nahnu Muslimun oleh Muhammad Qutb
Mereka bersungguh-sungguh menanamkan ideologi mereka ke dalam umat kita. Kita pula tak rasa apa-apa dan tak perasan pun sebenarnya ia dah pun menular dalam diri kita sendiri.
--
Jadi, siapa mahu bersama saya untuk cabar ideologi dunia waktu ini ?
Allahumma inni a'uzubika minal 'amalil mafdhul (Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada kerja yang kurang penting)
Wallahua'lam.
3 Comments:
seorg guru ada bgtahu kami, islam is not an ideology..it s awhole system from Rabbul alamin it s a Manhaj..ideology comes from man,dari fikiran manusia, yg Allah beri sedikit ilmu..terhad..kalau x rujuk
al Quran..memanglah byk kekurangan dan kelemahan...
Syabas Syamil nak msperjuangkan Manhaj Islam...kami ikut sama!..
salam kpd auntie dayat.
terima kasih atas komentar dan pembetulan istilah yg mungkin boleh bawa kpd tersalah faham.
kalau saya sebut manhaj Islam itu berasaskan ideologi Islam yang tulen daripada sumber wahyu .. betul tak ?
boleh tgk wiki mengenai ideologi :
http://en.wikipedia.org/wiki/Ideology
mungkin persoalan-persoalan mengenai penggunaan istilah boleh diperhujjahkan dan diperpjgkn.. tp sebenarnya apa yang disampaikan oleh guru auntie dayat tidak bercanggah dgn apa yg syamil nak sampaikan.
cumanya niat di hati nak menunjukkan kepentingan cara kita fikir dengan pemikiran/fikrah/ideologi yang benar timbangannya dan tulen sumbernya ..
dan juga utk mengingatkan bencana Ghazwul Fikri (perang pemikiran) yang menjadi agenda utama barat dalam menghancurkan umat Islam.
sebab itu saya tulis 'ideologi' bagi menanam kefahaman dan pemikiran Islam yg benar dan tulen dan tidak terikut2 rentak ideologi liberalisme, pluralisme dan sbgnya.
kalau nak betulkan seseorang itu .. kena betulkan dari kefahamannya dulu, macam mana dia faham Islam itu.. dsb
macam mana kita nak yakinkan seseorang dgn manhaj Islam yg lengkap dengan sekaligus tanpa kita terangkan sebenarnya beginilah fikrah Islam yg tulen dan sebenar. beginilah ia!
sebab itu saya sebut ideologi yg diperjuangkn. dan sebab itu juga Al-Banna menanam ideologi Islam yg tulen dalam IM dengan menyatakan Islam Ikhwan Muslimin dalam risalah Muktamar Kelima.
Bukan sekadar istilah yg digunakan .. cuma bentuk kefahaman yg nak difokuskan pada tempatnya.
Apapun jzkk & terima kasih kpd auntie kerana respons dan prihatin.
Jom bersama !
Istilah is not an issue. Isu yang sebenarnya apa yang hendak kita bawak. Alhamdulillah, you're on the right path of da'wah. Siiru fi amanillah & istiqamahlah. Do'a papa & mama supaya thabat dalam perjuangan insya-Allah kita berjumpa di syurga. Amin.
Post a Comment
<< Home