Alpha To Omega: Catatan di waktu evakuasi

Thursday, February 03, 2011

Catatan di waktu evakuasi

Salam.

Apa khabar ? Alhamdulillah saya sihat, kawan-kawan semua sihat. Kami ada makanan dan bekalan untuk hidup yang mencukupi. Harap orang di Malaysia tidak risau dan resah gelisah mengenai keadaan pelajar di Tanta, baik perubatan mahupun pengajian Islam.

Alhamdulillah tempat saya di Tanta aman dan damai kerana kawasan saya adalah kawasan para petani dan kampung. Walaupun namanya Siberbay seakan-akan sebuah bandar cyber, tapi hakikatnya ia adalah sebuah kampung yang banyak himar dan kerbau. Kampung yang banyak mengajar saya. MasyaAllah.

Di sini saya copy-pastekan catatan saya ketika internet belum pulih. Saya rasa detik-detik sebegini jika dibiarkan saja tanpa catatan maka ia akan menjadi sia-sia. Maka saya catatkan perasaan saya dalam laptop ini sementara nyawa masih ada untuk memberikan satu perkongsian kepada semua. Moga-moga ia bermanfaat, untuk kita, dan juga umat manusia.

---

Diari Yaumul Ghodhob

31 January 2011, Tanta.

Pagi ini papa telefon, katanya pelajar Malaysia mungkin akan disuruh balik. Aku menjawap ;

“Pa, kalau kerajaan Malaysia suruh balik, I want to stay here kot”.

“Kenapa pulak ?” papa bertanya.

“Tak tahu lah, saja nak duduk lama-lama lagi”.

“Erm.. I think kalau kena balik pun, you should be the last person, not the first. Awak kena pastikan kebajikan semua pelajar Malaysia kat Tanta tu. Pastikan semua orang dah balik, baru awak boleh balik”. Papa seolah-olah menyokong tindakanku.

Extraordinary times demand extraordinary measures.

Usamah sudah mula bergembira kerana hajatnya selama ini akan tercapai tak lama lagi, iaitu balik ke Malaysia. Ikhwah yang lain sudah aku beritahu untuk berkemas-kemas. Kami mungkin akan dipindahkan ke tiga negara berdekatan dahulu, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Kemudian baru akan dibawa pulang ke Malaysia.

Aku rasa keadaan ini cuma 2 minggu, bak kata papa. Aku lebih suka untuk tinggal di bumi ini dalam tempoh itu. Aku pun tak tahu kenapa diriku kuat untuk tidak mahu keluar Mesir.

Ikhwah di Kaherah sekarang semua dalam keadaan stand-by dengan arahan daripada kedutaan.

Tak tahu apa akan berlaku, aku cuma memperbanyakkan bacaan-bacaan buku untuk aku sempat habiskan dalam tempoh lapang ini. Maalim fi Tariq, Sinaatul Hayaah, Rasail Al-Ain, Majmuat Rasail dan beberapa lagi buku-buku haraki yang ingin ku habiskan semuanya. Wallahua’lam.

-----

Banyak yang terlintas, tapi tak banyak yang tertulis. Nanti saya sambung lagi next post. 

Doakan semua selamat.

Wassalam war wabt.

3 Feb 2011

0 Comments:

Post a Comment

<< Home