Alpha To Omega: May 2008

Sunday, May 25, 2008

In the mid of it . .


In the mid of it,

I lost a thing,

Patience. Let it go man . .


Then,

It came to another thing, and more . .

Patience. How many times it could be ?


Oo no! It almost takes everything.

Patience. Maybe from one to infinity . .


Yes, almost, almost did. But not really.

It left you with something that nobody can take.

It is just the trust,

That you put on your God.


For you know, the price is too expensive, too expensive, that you can never expect what is it, because it is just beyond your boundary.



Allahumma thabbit qalbi ala dinik, wa ala tho'atik.

Allahumma inni la 'aamanu min makrik, wa anta muqallibul qulub, wa munajji kulli sohibil kurub, wa muhtadi kulli sohibizz zunub ..

Inni tawakkaltu ilaik, wa anta ala ma tasya'u qadiir.


Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.


It's good, anyway.


Salam.

Thursday, May 15, 2008

What if I say it ?




When man tells people about something,

It doesn't really mean he needs to get help from them.

It doesn't really mean he likes to be told how to do it.

It doesn't really mean he wants people to seek it for him.

It doesn't really mean he needs judges from them.

It doesn't really mean he has an evil intention upon them.

It doesn't really mean he wants people to get into it with him.

It doesn't really mean he doesn't care about that thing which comes to be their dislikes.

And so many thing.. that doesn't really mean.


But one thing, that for sure he really does mean.

It really means, that he needs somebody to listen, and understand, and treat him the best way they could do, to help him.


However, that is human that we are dealing with. Just because you don't understand this fact, so you couldn't ever understand people.


Salam.
Thoughts in the evening.

Sunday, May 04, 2008

When it comes to 'survive' . .

Salam,
Kifal hal? Mansub daiman? La la.. (sdikit lawak nahu)
Imtihan final mula 5 mei 2008.

Untuk pelajar-pelajar wafidin (foreigner) mlayu, kami tahun satu ni mula dengan ujian syafawi (lisan) pada 10 Mei 2008. So tinggal dalam 6 hari lagi la untuk berdepan dengan ujian syafawi. Cuak juga rasanya.

Syafawi adalah ujian untuk madah Al-Quran (2juz'), Usul Fiqh, Fiqh Perbandingan Mazhab, dan Fiqh Syafie.

Ujian bertulis mula pada 17 Mei 2008.
17/5 - Al-Quran
21/5 - Fiqh Perbandingan Mazhab
24/5 - Usul Fiqh
26/4 - Bahas Usul Fiqh
28/5 - Qadhaya Fiqhiyyah Muasarah (Permasalahan Fiqh Terkini)
31/5 - Fiqh Syafie
01/6 - Bahas Fiqh Syafie
04/6 - Tauhid

So exam habis dalam 4 Mei 2008.
Doakan ye orang di sini, beserta kawan2 ku yang stadi bersama.

Oke.

Apabila dibincangkan mengenai study di oversea, kita terfikir mengenai survival, kenapa? kerana kita berada dalam situasi yang kritikal. Ibubapa mengeluarkan duit yang banyak setiap bulan, tambang kapal terbang ke Mesir, duit poket, dan yang paling difikirkan adalah harapan keluarga terhadap kita.
Sebagai seorang pelajar Azhar, saya juga terasa agak sempit dada, kerana ujian di Azhar ini boleh tahan juga. Ada orang terfikir untuk menjaga nama baik keluarga, ada orang terfikir nak balas jasa ibubapa, ada orang terfikir nak naikkan nama melayu di Azhar, dan macam-macam lagi orang boleh fikir. Saya pun di antara yang berfikir di kalangan mereka.

Tapi yang paling banyak sekali orang fikir mengenai macam mana nak lepas untuk imtihan ini, yang kata orang keputusannya sangat-sangat bergantung kepada doktor, mudah cerita, ikut rezeki masing-masing. Yelah, mana tahu, apa-apa boleh jadi.

Apabila tersempit, maka kita akan terfikir, bagaimana mahu survive ? bagaimana mahu 'najah' ? dan macam-macam bagaimana lagi. Sebab segalanya akan disusul oleh babak-babak yang manis atau pahit. Tidak perlu disebut di sini apa-apa yang bakal menyusul. Semua sudah maklum, tentang apa yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan, setiap individu pasti terkesan.

Banyak pesanan daripada kawan-kawan saya, berkaitan najah ni.. antaranya ;
"Pembelajaran adalah ketaatan kepada Allah"
"Cemerlang dalam pelajaran adalah sumbangan yang besar kepada ikhwah"
"Sentiasalah ingat ibubapamu ketika belajar, mesti rasa nak belajar lagi"
"Sentiasa tajdid niat ketika belajar"
"Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah itu tidak diberi kepada ahli maksiat"

dan macam-macam lagi.

Apapun, yang saya letakkan dalam fikiran ini adalah semua di atas dan yang paling atas adalah keredhaan Allah, dalam memberikan kemaslahatan kepada umat pada kecemerlangan dalam pembelajaran.

Niat itu penting. Doa pun penting. Tapi usaha itu lebih penting. Apa-apapun, kebergantungan kepada Allah itulah yang paling utama untuk dipentingkan.

Apabila masuk bab-bab persamaan di antara pembelajaran dengan ketaatan, kita terfikir mengenai ketaatan yang telah kita lakukan. Kita bandingkan gambaran taat kita, dengan taat yang dilakukan oleh orang-orang sebelum kita, seperti para anbiya' dan salafussoleh. Mereka taat sehingga tidak mampu untuk bertindak apa-apa selain apa yang mereka mampu. Mereka menyerahkan urusan mereka (selepas berusaha) kepada Allah semata-mata. Alangkah agungnya pengorbanan, agungnya usaha, agungnya tawakkal, agungnya mereka, dalam memberikan takrif ubudiyyah itu kepada Pencipta mereka.

Satu contoh yang baik kita teladani, kisah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S. Semua sudah arif, pastinya. Sila bayangkan sekiranya kita terpisah dengan anak setelah sekian lama, dan bertemu kembali, sudah pasti kerinduan kita tidak terbayang. Sudah pasti kita susah untuk melepaskannya. Seperti yang kita maklum, Ibrahim A.S telah diperintah untuk menyembelih anaknya yang tersayang.

Mari kita lihat sepintas lalu kisah tersebut dalam surah As-Soffaat.

"Apabila sampai waktunya, Ibrahim berkata (kepada Ismail A.S) : "Wahai anakku, aku telah melihat dalam mimpi, bahawa aku menyembelihmu, maka apakah pendapatmu (mengenai mimpiku ini)? Lantas Ismail menjawab : Lakukanlah wahai ayahku, insyaAllah engkau akan mendapati aku ini daripada orang-orang yang sabar. Maka apabila mereka berdua telah berserah diri (kepada keputusan Allah) dan Ibrahim telah menelentangkan anaknya (untuk disembelih). Dan kami menyeru kepadanya : Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpimu. Sesungguhnya begitulah kami akan memberi ganjaran orang yang berbuat baik. Dan kami gantikan dia (Ismail A.S) dengan sembelihan yang besar (kibas kot). .."

Boleh lihat dalam surah As-Soffaat. Ayat brape tak ingat, tapi dalam Resm Uthmani mukasurat 447 di bahagian bawah dan sambungan di 448 di bahagian atas. Kisah nabi Ibrahim. Sila lihat tafsir sekiranya berpeluang.

Apa yang boleh kita ambil sedikit daripada ayat-ayat ini ;
1- pertolongan Allah itu datang / nampak / jelas apabila sudah betul-betul Islam (berserah diri)
2- pertolongan Allah itu datang / nampak / jelas apabila sudah betul-betul benar.

Oleh itu, janganlah engkau menyalahkan Allah, sekiranya permintaanmu masih belum dikabulkan, atau engkau masih belum nampak tanda-tanda jawapan daripada Allah, sebaliknya tanyalah dirimu, sudah betul-betul Islam kah aku ini? betul-betul benarkah aku ini ? kalau ya, apa pula buktinya ? sudah mampu untuk solat berjemaah setiap waktu di masjid kah ? sudah mampu untuk bangun subuh kah? sudah mampu untuk bangun qiamullail kah ? sudah mampu menjaga lidahkah ? sudah mampu hormati ibubapa kah? sudah mampu untuk mencintai Nabi S.A.W kah ? sudah mampu ambil berat isu umat islam sedunia kah? dan bermacam-macam lagi bukti-bukti kebenaran dan keislaman kita, yang belum kita buktikan, kerana kita belum lagi (wallahua'lam).. capai tahap itu.

Atau kita mengharapkan dengan usaha kita yang sangat sedikit berbanding dengan orang-orang sekular yang sanggup belajar mendalami ilmu agama, usaha kita yang cukup-cukup makan, sebagai tawassul kepada Allah kelak?

Itulah kesimpulan bagi survival seorang yang beriman, tidak ada apa yang ditinggalkan melainkan bukti kebenarannya dan keislamannya kepada Tuhannya. Seterusnya terserahlah kepada Tuhannya, apa-apa sahaja yang Dia ingin lakukan, kerana dia yakin bahawa Tuhannya adalah Sang Pencipta yang Maha Adil lagi Saksama.

Thoughts in the morning in Cairo.
Do comment me, if something just happen in your mind to correct or give any response to this post.

p/s: Time is one of the medication, so don't stop giving people time. You will heal them.

It's good.

Salam