Alpha To Omega: Raya & Nostalgia Jihadi

Sunday, September 04, 2011

Raya & Nostalgia Jihadi


Salam war wabt.
Apa khabar ? Moga semuanya sihat insyaAllah.

Sebelum terlambat, saya ucapkan Eid Mubarak, moga Allah menerima segala amal ibadah kita di bulan Ramadhan dan mencatatkan nama kita tergolong dalam senarai mereka yang dilepaskan dari api neraka. Ameen.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf segala salah dan silap khususnya ibu saya Mama, ayah saya Papa, adik beradik saya dan makcik-pakcik saya, kepada keluarga terdekat saya, keluarga besar saya, dan semua sahabat yang mengenali diri.

Ucapan Selamat Hari Raya juga diucapkan kepada semua gerakan-gerakan Islam yang berjuang di landasan amal islami yang luas, meletakkan pengorbanan sebagai asas kemenangan, sabar sebagai bekalan jitu, dan ketergantungan kepada Allah sebagai penguat rohani tertinggi. Saya maksudkan ISMA, IKRAM, HALUAN, PAS, ABIM, Tabligh, dan mana-mana gerakan yang termasuk dalam kategori di atas.

Hari Raya adalah hari umat Islam menyambut kemenangan. Hari kesatuan, hari persaudaraan, dan hari memurnikan kembali ikatan akidah di antara semua umat Islam.

Meletakkan agenda yang besar dan lebih tinggi berbanding agenda perkumpulan sendiri yang bercanggah dan mengundang perselisihan, adalah salah satu aspek yang perlu dilihat dan direnung dengan mendalam untuk membentuk ketumbukan arus perdana yang islamik bagi melawan arus jahiliyyah yang sangat deras.

Kita perlu memahami roh perjuangan itu semula, menilai kembali landasan amal, orientasi gerakerja, agar ianya selari dengan roh syarak .. yang akhirnya akan membawa kepada kesatuan umat Islam yang didambakan. Kita mesti mengenal pasti garis merah perbezaan pandangan dan perselisihan yang tidak membawa kepada perpecahan, serta batas-batas yang tidak boleh dilangkau agar segala hasil-hasil dan usaha selama ini tidak sia-sia dan menghancurkan ikatan hati di antara sesama kita.

Atas sebab itu kita lihat kekuatan umat Islam itu setelah dikatakan kuat akidahnya, ia pasti akan kuat ikatan persaudaraannya.

Seruan 'wa kunu ibadallahi ikhwana' mesti senantiasa dilaungkan agar diri kita tidak terjerumus dalam jerangkap samar musuh Islam yang sangat mencintai agar kita berbalah sesama sendiri lantas hilang kehebatan kita, hilang kegerunan musuh kepada kita, hilang nilai kepahlawananan kita sebagai generasi pemikul risalah Islam, yang membawa nilai-nilai sejagat yang sempurna dan menjamin kesejahteraan seluruh manusia.

Memahami hakikat tugas yang besar ini menuntut kita untuk berjiwa besar, berfikiran besar, dan punyai agenda yang besar dan menuntut kita untuk mengambil semua sumbangan dan tenaga umat Islam dalam meletakkan kembali Islam di tempat yang tertinggi.

Moga hari raya kita suatu hari nanti, dapat kita rayakan bersama apabila kita sudah menawan Al-Quds dan bertakbir dan melaksanakan solat hari raya di sana, suatu hari nanti insyaAllah.

Allahu akbar, walillahil hamd !

---- masuk celoteh nostalgia waktu kecil (panjang sikit) -----

Nostalgia sewaktu kecil

Sewaktu saya kecil, ayah saya suka memasang lagu-lagu arab yang berunsur jihad dan perjuangan. Antara yang saya ingat adalah Fityatul Haq, Kataib, Yatawathabun, Fi himaak, Ghuraba', Al-Quds Lana dan macam-macam lagi.

Tak silap saya, ia adalah dari kaset yang dijual oleh Pustaka Salam. Rasanya mungkin ikhwah Mesir yang balik Malaysia pada waktu itu mengkasetkan lagu-lagu ikhwani dari Mesir dan dijual di Malaysia, ataupun mungkin juga ayah saya dapati kaset-kaset itu di UK ketika beliau melibatkan diri dalam amal Islami di sana. Wallahua'lam.

Pada waktu kecil saya selalu merungut bersama kakak saya (Aalaa' terutamanya) apabila ayah saya memasang lagu-lagu arab dan mengajuk-ajuk rangkap lagu yang agak kelakar sebutannya (pada ketika itu bahasa arab satu apa pun tak tahu) dan dijadikan bahan ketawa bersama adik beradik. Namun ayahku tersenyum sahaja melihat gelagat anak-anaknya yang belum memahami.

Melangkah ke zaman sekolah menengah, saya didengarkan beberapa lagu arab yang berunsur begitu oleh para murabbi di sekolah. Saya agak terkejut .. seolah pernah kudengar lagu ini ketika kecil. Lalu saya teliti dan dapati cukup mudah untuk menghafaznya kerana sejak kecil didendangkan lagu jihad seperti ini.

Bila balik ke rumah untuk cuti sekolah, saya mencari-cari kaset lama kepunyaan ayah saya dan saya dengari semula lagu-lagu yang ada. Terasa roh jihad dan perjuangan mengalir dalam suara penasyid (Abu Ratib dan Abu Mazin khasnya).

Hinggalah ke hari ini, saya terdengar satu lagi nasyid yang mengenangkan kembali nostalgia di dalam jeep Trooper WAX (no plat lupa) .. rupanya ia mengandungi roh yang sangat mendalam. Saya terdetik untuk terjemahkan nasyid tersebut, dan saya dedikasikan ia kepada pembaca untuk manfaat bersama.

Ingatlah, umat kita hanya mampu jadi mulia apabila kita merasakan kemuliaan itu pada akidah dan risalah Islam yang kita imani, yakini dan kita pikul bersama. Kesemua kemuliaan itu tidak akan mampu mencapai tujuannya tanpa roh jihad dan perjuangan menegakkan agama di muka bumi ini.

Oleh itu, hiburan sepanjang jalan adalah amat perlu bagi menjernihkan kembali kefahaman yang pudar, membakar semangat, dan menaikkan roh dan perasaan agar kita terus berjalan di atas landasan jihad Ar-Rasul SAW.

Mari hayati bersama.

----

ملكنا هذه الدنيا قرونا ..

(Kami Pernah Miliki Dunia ini Berkurun Lamanya)


ملكنا هذه الدنيا قرونا و أخضعها جدود خالدون

Kami pernah miliki dunia ini sejak berkurun lamanya, dan nenek moyang kami yang kekal (dalam sejarah) pernah taklukinya sekian lama,


و سطرنا صحائف من ضياء فما نسي الزمان ولا نسينا

Kami tulis segala sejarah kami dengan cahaya, maka zaman tidak akan melupakannya serta kami pasti takkan lupa

(korus)

و كنا حين يأخذنا ولي بطغيان ندوس له الجبين

Dan kami ketika diseksa oleh pemerintah zalim dengan kekerasan, kami menganggap mereka itu pengecut


تفيض قلوبنا بالهدي بأسا فما نغضي عن الظلم الجفون

Hati kami rasa seolah-olah Islam itu terhina, sekali-kali kami tidak akan menutup mata dari kezaliman itu

(korus)

بنينا حقبة في الأرض ملكا يدعمه شباب طامحونا

Kami telah membina suatu tempoh pemerintahan di atas muka bumi, yang didokong oleh para pemuda yang punyai jatidiri dan kemahuan yang tinggi

شباب ذللوا سبل المعالي و ما عرفوا سوى الإسلام دينا

Mereka adalah pemuda yang merentasi jalan ketinggian, dan mereka tidak mengenali agama dan cara hidup selain Islam

(korus)

تعهدهم فأنبتهم نباتا كريما طاب في الدنيا غصونا

Islam telah mengambil janji setia mereka, lalu tertumbuhlah untuk mereka pokok yang mulia, yang mana cabangnya adalah sebaik-baiknya terdapat di dunia

إذا شهدوا الوغى كانوا كماة يدكون المعاقل و الحصون

Apabila mereka mendapati segala bentuk kezaliman, merekalah penumbuk yang memecahkan kubu dan tembok

(korus)

شباب لم تحطمه الليالي و لم يسلم إلى الخصم العرين

Pemuda-pemuda yang tidak mampu dilunturkan oleh malam-malam, dan mereka tidak akan menyerah kalah kepada musuh yang kejam

و إن جن المساء فلا تراهم من الإشفاق إلا ساجدين

Hinggakan kiranya tiba waktu petang, pasti kamu tidak akan mendapati mereka dalam cahaya senja itu kecuali dalam keadaan bersujud

(korus)

كذلك أخرج الإسلام قومي شبابا مخلصا حرا أمينا

Demikianlah bagaimana Islam itu mengeluarkan daripada kaumku pemuda-pemuda yang ikhlas, merdeka dan jujur


و علمه الكرامة كيف تبنى فيأبا أن يقيد أو يهون

Dan Islam mengajar mereka erti kemuliaan bagaimana ia terbina .. lalu mereka tidak akan mahu diikat dan terhina

(korus)

و ما فتيء الزمان يدور حتى مضى بالمجد قوم آخرون

Dan zaman akan sentiasa berjalan .. hinggalah kaum yang lain yang memegang kegemilangan


و أصبح لايرى في الركب قومي وقد عاشوا أئمته سنين

Hinggalah di waktu pagi hari tidak terlihat kelibat kaumku di dalam perjuangan, sedangkan dahulu pemimpin-pemimpinnya telah hidup bertahun lamanya

(korus)

و آلمني و آلــم كل حر سؤال الدهر أين المسلمـون

Lalu aku disakiti bersama orang-orang yang merdeka jiwanya, dengan suatu soalan pada setiap waktu ... Di manakah dia para muslimin ????

ترى هل يرجع الماضي فإني أذوب لذلك الماضي حنينا

Adakah engkau lihat masa silam mampu kembali ? Sedangkan aku mencairkan diriku dalamnya sebagai nostalgia

دعوني من أمان كاذبات فلم أجد المنى إلا ظنونا

Tinggalkan aku daripada angan-angan menipu, kerana aku tidak dapati sebarang angan-angan melainkan hanya prasangka-prasangka ...


(Nasyid sampai di sini sahaja, namun ada tambahan dari syair yang tidak dilagukan, ana tambahkan di sini sebagai sambungan rangkap terakhir kerana ia punyai makna yang sangat mendalam)

و هاتوا لي من الإيمان نورا وقووا بين جنبي اليقينا

Dan berikan aku cahaya daripada iman, dan kuatkanlah keyakinan di hadapanku

أمد يدي فأنتزع الرواسي و أبن المجد مؤتلقا مكينا

Aku akan hulurkan kedua tanganku lantas aku mencabut segala gunung-ganang (taghut & jahiliyyah) itu, agar aku bina kegemilangan yang bersinar agung itu kembali.


*=*

للشاعر هاشم الرفاعي

Oleh : Hashim Rifa’ie


----

Wallahua'lam.
Moga kita menjadi generasi mujahidin yang memenangkan agama ini. Ameen.

Wassalam.

1 Comments:

Anonymous fatih said...

mabruk, fetya pon kena buat lagu yg ada unsur roh jihad lepas ni.... Sesuaikan dengan marhalah jihad di malaysia...

11:38 am  

Post a Comment

<< Home