Alpha To Omega: December 2009

Monday, December 07, 2009

Indahnya Malaysia jika ..


Salam.

Kif hal ? Kuwais ? Alhamdulillah.

Nak kongsi pengalaman baru-baru ini di Mesir : -
*Ammu = Pakcik (dalam bahasa Arab)

Ammu Nasir : Ahmad ! Meh sini jap.

Saya : Okey. Ada apa ?

Ammu Nasir : Kau nak aku pukul kau ke ?

Saya (terkejut) : Kenapa ni ammu ?

Ammu Nasir : Mana kau pegi ? Lama tak nampak kau kat masjid ?

Saya : Oh. Saya baru je sampai Tanta. Sebelum ini saya di Kairo. Sambut Eid Adha kat Kairo. Maaf lah tak dapat solat bersama.

Ammu Nasir : Pagi tadi kau solat subuh kat mana ?

Saya : Saya solat di masjid satu lagi, saya terlambat sikit sebab penat semalam tidur lewat. Masjid sana tu lewat sikit solat subuh dia (sambil tersenyum).

Ammu Nasir : Ok. Takpelah macam tu. Kalau kau nak bangun pagi, kau boleh tolong mintak Ammu Futtuh kejut kau pagi-pagi. Bagi no hp kat dia. Nanti dia miss call kau waktu subuh. Dah ramai dah orang dia kejut. Biasanya orang ramai datang kat masjid tu sebab dia kejut diorang pagi-pagi.

Saya : Ohh. Bagus-bagus. InsyaAllah saya akan jumpa dia.

Ammu Nasir : Tapi bila dia miss call kau jangan angkat pulak. Nanti tolak kredit dia.

Saya : Oke. Faahim ya Ammu! (tersenyum dan tergelak kecil) Syukran ya Amm.

** Ammu Nasir hanya seorang penjual gas (gas masak) yang bawa kereta himar/keldai (bawa tong gas pakai kereta himar/keldai) setiap hari. Ammu Futtuh pula adalah bilal di masjid tersebut. (kami namakan masjid itu masjid Lalat kerana sebab-sebab tertentu) **

---

Saya pertama kali merasa sentuhan Islam yang indah daripada seorang pakcik yang biasa. Dia bukan ustaz juga bukan penceramah atau apa-apa yang hebat statusnya. Dia hanya seorang pakcik Mesir yang biasa, tapi memahami erti Islam yang mudah. Caranya mudah dan diterima pakai oleh semua orang.

Nampak keseriusan dia dalam menyampaikan 'peringatan' dengan cara yang mesra. Mungkin dia cuba menegur, tapi nampaknya dia siasat dulu bagaimana keadaan saya yang sebenarnya. Nampak keseriusan dia mahu saya turun subuh bersamanya, iaitu dengan memberitahu cara-cara praktikal untuk bangun (miss call daripada Ammu Futtuh).

Keadaan ini sangat indah jika berlaku di Malaysia. Tapi mungkin selepas Islam ini berjaya disampaikan dengan cara fitrah, dan meraikan semua lapisan masyarakat. Islam tidak dihadkan pada ustaz, juga bukan scholars dan juga pelajar-pelajar agama.

Mungkin juga selepas umat Islam di Malaysia mampu menghilangkan blok pemikiran sempit iaitu Islam itu untuk sesetengah kelompok sahaja. Blok pemikiran yang mengatakan Islam ini agama yang susah dan payah. Islam itu agama yang rigid dan kaku. Blok pemikiran yang memikirkan Islam itu agama yang tinggi-tinggi dan teknikalnya mahu mega-mega sahaja.

Bila umat Islam di Malaysia mampu merasakan Islam itu milik mereka yang berharga, mungkin sekali keadaan di atas boleh berlaku bahkan mungkin lebih indah dan menarik.
Do we really feel the ownership of Islam ?
Banyak lagi pengalaman-pengalaman indah yang islamik saya dapat di Mesir. InsyaAllah akan kongsikan lagi jika mampu.

Persoalannya ;

Adakah kita benar-benar hargai Islam kita ini ?
Jika benar, mana buktinya ?

Wallahua'lam.

p/s : Jom pergi Mesir !

Friday, December 04, 2009

Moonologue


-- Dialog --

Cuba tengok bulan mengambang tak malam ni ?

Sekarang ni berapa haribulan ?

Malam ni malam ke-16, Zulhijjah.

Ya lah tu, waktu dia lah tu 14-15-16.

Ohh yeke .. Subhanallah .. Subhanallah.

-- Monolog --

When the moon is full,
Comes to me something meaningful.
Sadness, maybe.
Thoughtfulness, not really.

It was just a simple gaze,
I made it not to chase,
Just keep it on my trace,
Flying through the haze.

Tanta,
16 Zulhijjah 1430H.