Buku Suyufuna Al-Khamsah (Lima Pedang Kita)
Silsilah Istratijiyat Al-Harakah Al-Hayawiyyah
Salam.
Apa khabar ? Moga semua sihat. Kheir insyaAllah.
Post ini panjang.
--
Alhamdulillah, baru-baru ini telah menerima kiriman barang daripada keluarga di Malaysia (terima kasih Papa, Mama, Abg Uda, Alak, Imang dan Hikmat). Rindu Malaysia sedikit terubat. Alhamdulillah. Sebelum ini ada cubaan untuk mengirim lebih awal, tetapi hikmah Allah menjadikan ia sampai pada waktu-waktu raya ini. Syukur.
Terima kasih kepada Ibrahim Hussen kerana membawanya.
Antara yang paling saya nantikan kiriman dari Malaysia adalah sebuah kitab yang sungguh jarang ditemui. Cuba cari di Mesir, takkan ada. Cuba cari di Makrad Kutub (Pesta Buku) takkan ada insyaAllah. Pekedai itu sama ada akan cakap "Hazal kitab lam yutba' " (kitab ini tidak pernah dicetak - maksudnya hanya ada edaran dalaman), atau "Ghair Maugud" (tidak ada).
Itulah kitab yang saya nantikan bertahun-tahun lamanya, katanya ia agak sensitif sebab ia menyentuh bab Jihad. Itulah kitab Bawariqul Iraaq, yang bermaksud (Kilat-kilatan dari Iraq). "Pandangan terhadap isu Iraq daripada neraca Islam". Ia juga termasuk dalam silsilah Ihya' Fiqh Dakwah (Muntalaq, Awaiq, Raqaiq, Al-Masar, Sinaatul Hayah dan Usul Ifta').
Dengan ketebalan lebih 500 muka, saya tak rasa boleh habiskan sebelum tamat degree kerana lambakan buku yang patut dibaca pun belum selesai. Tapi paling kurang ia sebagai satu penambah semangat dan pengubat rindu kepada Abu Ammar yang kini masih hidup dan masih terus menulis mencurahkan idea dan pengalamannya kepada generasi dakwah yang akan datang.
--
Mengenai tulisan Abu Ammar
Buku-buku beliau boleh dikategorikan sebagai hasil penulisan yang berat. Beliau akan pergi kepada sekecil-kecil perkara dan sedetail-detailnya. Ia cukup untuk menunjukkan betapa beliau mahir dalam meramal dan menjangka sesuatu perkara yang bersangkut paut dengan dakwah dan tarbiyyah penuh dengan kajian dan sarat dengan petikan daripada karangan ulama' silam.
Jika kita berenang di permukaan laut, kita tak mampu melihat keindahan ciptaan Allah yang terdapat di dasar laut. Untuk ke dasar laut, kita perlukan tangki oksigen dan bermacam-macam kelengkapan untuk membolehkan kita ke sana. Di dasar laut terdapat banyak ikan-ikan dan hidupan yang pelik-pelik yang kita kadangkala tidak pernah jumpa.
Beza orang yang boleh ke dasar dan orang yang hanya mampu berenang di permukaan, adalah fahamnya salah seorang dari mereka mengenai hakikat sebenar laut itu. Ia bukanlah semata-mata batu karang atau ikan jerung dan selainnya, bahkan ia adalah suatu bentuk ekosistem yang membentuk 'kerajaan laut' dengan pelbagai hidupan yang saling lengkap melengkapi.
Bagi saya, diri beliau sudah hanyut ke dasar laut dakwah dan tarbiyyah serta menghayati makna-makna yang cukup berharga, lantas mengeluarkan hasilnya dari dasar laut kepada orang-orang awam. Mungkin orang awam itu tidak pandai berenang lagi atau hanya masih pandai berenang di permukaan. (Wa la uzakki alallahi ahada - dan aku tidak menyucikan sesiapa selain Allah)
Namun beliau seolah-olah mengukir jalan agar ia mampu dilalui oleh generasi seterusnya di samping sebagai pemberi semangat dan motivasi dengan pembentangan hakikat-hakikat sebenar dakwah dan tarbiyyah yang sepatutnya kita fahami.
Akhirnya, generasi pemacu dakwah yang dilahirkan adalah generasi yang benar-benar faham hakikat sebenar dakwah Islam, dengan melahirkan ramai pakar-pakar dakwah, maka era dakwah untuk berkembang semakin laju dan hampir dalam menjadi petunjuk kepada sekalian alam.
--
Berbalik kepada tajuk iaitu Optimistik Jihadiy, saya sengaja meletakkan tajuk itu untuk meringkaskan segala penulisan beliau.
Optimis yang difahami bukanlah optimis bak kata Michael Scoffield kepada abangnya "Just have a little faith". Tapi ia adalah optimis imaniy yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w : "Bukanlah iman itu dengan perhiasan luaran, atau juga dengan angan-angan, tetapi ia adalah apa yang tersemat di hati dan dibenarkan dengan amal."
Kenapa jihadiy ?
Ini kerana tabiat iman itu adalah jihad. Ia mengimani bahawa segala hukum selain Allah perlu diperangi. Ia memberi keyakinan bahawa hanya Islam yang layak menguasai bumi. Ia memberi gambaran jelas bahawa sistem jahiliyyah tidak akan memberi keamanan kepada manusia, seluruhnya.
Ia adalah jihad menentang kezaliman dan taghut. Jihad melawan jiwa dan diri untuk ditarbiyyah dan diperbaiki. Jihad menentang kuffar dan zionisme, dan jihad mengangkat senjata untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.
Saya suka untuk bertanya, adakah Islam akan tertegak di muka bumi ini dengan peperangan ? Atau dengan kata lain dengan mengangkat senjata ??
Saya pasti kebanyakan manusia menganggap ia adalah salah dan boleh menjadi bahan tanggapan negatif kepada orang bukan Islam. Sebenarnya kefahaman 'membenci peperangan dan segala yang bersangkut paut dengannya' adalah satu kefahaman yang boleh melunturkan semangat jihad dalam jiwa umat.
Ia menanam umat dengan sikap pengecut dan berserah diri. Ia juga menjadikan Palestin sampai sekarang tidak dibebaskan lagi kerana ada segelintir umat yang menganggap rundingan damai dengan orang kafir harbi sebagai jalan penyelesaian terakhir. Ia juga menjadikan jiwa umat tidak mampu bangkit mengangkat senjata melawan Amerika dan Israel yang terang-terang menodai Iraq dan Palestin.
Bagaimana jiwa yang hanya ingin jalan mudah (jalan rundingan damai) akan mampu menundukkan kerajaan taghut yang zalim dan degil ?? Jika mereka pakai kekuatan dengan bom sana bom sini, nuklear sana sini, takkan kita hanya pakai perkataan dan hujjah walaupun hujjah kita jelas dan tidak terlawan ?
Jika kita rujuk sejarah Islam, kita akan mendapati betapa murninya Islam membawa risalah dengan menawarkan 3 pakej ketika ingin membuka negara dan tamadun ;
1. Masuk Islam - hasilnya kamu dapat apa yang kami dapat dan Islam akan dijadikan perlembagaan dan cara hidup.
2. Serah diri - hasilnya kami takkan bunuh kamu dan harta kamu kekal jadi milik kamu, cuma syariat Allah perlu dilaksanakan dan kamu akan bayar jizyah setiap tahun.
3. Perang - hasilnya kami akan bunuh kamu sehingga kamu atau kami kalah (tapi kami ada adab-adab dan tatacara iaitu takkan bunuh orang awam yang tidak bersenjata, wanita dan kanak-kanak, serta rahib-rahib yang beribadah di rumah ibadah dan tidak akan membakar pokok dan rumah).
Adakah ini menunjukkan umat Islam hauskan pertumpahan darah dan cintakan peperangan serta harta benda duniawi ? Bahkan tidak sekali-kali. Tapi ia adalah jalan terakhir supaya Islam itu tersebar, demi kebahagiaan manusia sejagat.
--
Mungkin ada sebahagian pembaca akan menganggap saya radikal dan ekstremis kerana pandangan saya begini. Saya hanya mahu bawa ayat Quran yang menunjukkan betapa perlunya kita untuk persiapkan diri menentang kuffar yang bermaharajalela ;
"Dan persiapkanlah diri kamu daripada sebarang bentuk kekuatan dan kuda-kuda yang gagah untuk kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu dengannya " - Surah Al-Anfal
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukminin itu jiwanya dan hartanya dengan syurga bagi mereka, mereka BERPERANG di jalan Allah, mereka MEMBUNUH dan TERBUNUH, itu adalah janji Allah yang termaktub dalam Taurat, Injil dan Quran, dan siapakah yang lebih setia terhadap janjinya selain Allah ? Maka bergembiralah dengan perjanjian jual beli yang telah kamu ikat janji setia, dan itulah dia sebuah kemenangan yang besar" - Surah At-Taubah
Dan banyak lagi ayat-ayat Quran yang menunjukkan kepentingan peperangan dalam menegakkan Islam. Saya sarankan pembaca membaca Risalah Jihad oleh Imam Al-Banna r.h.m dalam Makmuat Rasail beliau.
--
Terus terang saya katakan, ia bukanlah seruan untuk menjadi pengganas yang main bom sana sini dan tembak orang awam, ia juga bukanlah seruan untuk melakukan revolusi terhadap mana-mana negara yang belum melaksanakan syariat Islam, dan juga bukanlah seruan untuk mengangkat senjata secara membuta tuli dan membunuh sesiapa sahaja kafir harbi di depan mata kita.
Tapi ia adalah seruan kejelasan pemikiran dan gambaran hakiki terhadap perjuangan Islam yang dilukis oleh Rasulullah s.a.w. Ia adalah seruan untuk memahami tabiat perjuangan. Akhirnya kita perlu mengorbankan jiwa kita atas tujuan mulia ini.
Ia hanyalah seruan ke arah keseimbangan tarbawi agar kita memberikan perhatian terhadap kesihatan jasad dan perkembangan jasmani untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Ia tidak lain hanyalah seruan ke arah pembinaan generasi muslim yang lengkap dan sempurna, sepertimana generasi sahabat Rasulullah s.a.w ditarbiyyah dan dibentuk.
Jika tarbiyyah kita tidak berlandaskan perkara ini, ia akan melahirkan seorang soleh yang manja dan suka duduk di masjid dan membaca Al-Quran serta hanyut dengan zikir-zikir hariannya. Ia selamanya tidak akan mampu melahirkan seorang rijal mujahid kental yang pergi berdakwah kepada manusia dan akhirnya akan berjuang melawan kuffar dan taghut dengan mengorbankan jiwanya.
--
Sedikit promosi buku ;
Antara buku Abu Ammar yang cantik huraiannya dalam mengenali erti jihad saya ada download buku Suyufuna Al-Khamsah (Lima Pedang Kita) yang menceritakan sedikit sebanyak gerakan jihad di Iraq serta beberapa maani jihad yang patut difahami oleh generasi duat. Ia menceritakan senjata-senjata (yang bermaksud kekuatan) yang dilengkapi oleh tentera mujahidin di Iraq. (Pembaca yang mahukan PDF buku ini sila hantarkan komen dan tinggalkan e-mail, insyaAllah saya akan emailkan). Gambar pertama adalah muka depan buku tersebut.
Gambar kedua pula adalah antara silsilah Harakatul Hayah yang dikarang oleh beliau (setakat ini saya baru ada 8 siri). Pembaca yang inginkan silsilah silalah tunggu di Makrad Kutub tahun depan 2011 di Maktabah Darul Basyir. Siapa-siapa yang nak pergi sekali dengan saya dialu-alukan.
Untuk buku Bawariq Al-Iraq, itu kena slow-talk atau private message dengan sayalah. Agak sensitif.
--
Hidupkan roh jihad dalam diri,
Dengan itu baru diri kita mampu berlari.
Wallahua'lam
11 Syawal 1431
Kaherah, Mesir.