Alpha To Omega: August 2010

Monday, August 30, 2010

To be a martyr


Salam.

Apa khabar ? Moga-moga masih dalam keadaan sihat dan sejahtera menjalani Ramadhan Al-Mubarak.

Selamat menjalani 10 malam terakhir Ramadhan. Fasa akhir bulan Ramadhan.

--

Rasai puasa seperti tentera Talut diuji dengan anak sungai.
Rasai qiyamullail seperti berkawad di medan jihad.
Rasai tilawah seperti berjaga malam di perbatasan / benteng pertahanan tentera muslimin.
Rasai zikrullah seperti doa-doamu (sepenuh hati) ketika menemui musuh.

Tingkatkan tawakkalmu seperti Musa a.s tatkala beliau berkata kepada kaumnya ;

"Sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan menunjukkan jalan-Nya"

Tingkatkan rasa kebersamaan-Nya seperti Muhammad s.a.w berkata ;

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

Perangi nafsumu hingga kamu menawannya,
Kerana para sahabat diajar begitu sebelum mengangkat senjata.

Perangi dirimu hingga membawamu layak ke syurga,
Kerana salafussoleh diajar begitu sebelum menawan kota-kota di dunia.

Tinggikan cita-citamu dan kuatkan keazaman,
Dirimu masih belum terlambat,
Untuk bersama tentera Badar yang gagah perkasa.

--

Syeikh Ahmad Yasin rahimahullah pada penghujung usianya sentiasa berkata ;

" أملي أن يرضى الله عني "
Harapanku, agar Allah meredhai diriku

Syeikh Abd Aziz Rantisi rahimahullah pada hari terakhirnya sentiasa menyanyikan lagu ;

"أن تدخلني ربي الجنة هذا أقصى ما أتمنى "
Agar Tuhanku memasukkan aku ke syurga, itulah setinggi-tinggi yang aku cita-citakan


--

Hidupkan ruh jihad dalam dadamu itu,
Itulah dia ruh sebenar yang mampu menjadikan Islam terkemuka di mata dunia.

Allahu akbar.

Thursday, August 26, 2010

Fitnah meruntuh dan membunuh


Salam.

Apa khabar ? Sihat ? Alhamdulillah.

--

Cuba bayangkan situasi ini,

Ibubapa anda mendidik anda dengan penuh tekun dan mujahadah. Segala kesusahan yang dialami oleh mereka berdua tidak diceritakan bahkan disimpan dalam-dalam agar si anak tidak risau. Ayah berlapar demi mencari sesuap makanan si anak. Ibu sanggup menahan kempunan kerana tepung susu si anak kecil sudah kehabisan. 

Si anak membesar dan diberikan didikan di sekolah yang mempunyai orientasi agama yang agak baik. Sang ibu dan bapa kerapkali mendorong sang anak untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang baik. Alhamdulillah, sang ibubapa mempunyai latarbelakang agama yang kuat, lalu menjadikan slogan Islam is A Way of Life sejak kecil didendangkan kepada si anak kecil sejak berumur sekolah rendah.

Si anak melangkah ke alam remaja. Banyak masalah-masalah keremajaan mula menimpa. Sang ibu membelai baik demi menggapai perhatian anak. Sang bapa memberi panduan tegas dalam membetulkan persepsi dan pandangan si anak muda yang dalam tempoh meningkat dewasa. Sang ibu kerapkali menggunakan idea yang kritikal dan membina dalam menyelesaikan kes si anak. Adakala masalah datang dalam bentuk emosi, adakala jiwa, dan adakala sahsiah diri sendiri. Si anak sudah mula diajak berbincang dan menyelesaikan masalahnya sendiri hasil perbincangan dengan dua orang tuanya yang lebih berpengalaman.

Orang tua yang berjaya adalah orang tua yang memandu, bukan memerintah. Si ayah kerapkali menyebut, "I want to be a guiding father, not dictating one".

Si anak menyahut seruan ayahnya lantas sering dibawa berbincang mengenai masalah-masalah yang berlaku dan perbincangan berlaku sihat kerana si bapa yang tenang sentiasa mengawal keadaan. Si anak sudah disuruh untuk berfikir sendiri dan kritikal dalam menentukan halatuju hidupnya. 

Si anak dan ibubapa hidup bahagia dan saling bertoleransi dalam apa jua masalah keluarga yang berlaku. Sang ibu dengan belaian kasih sayangnya sentiasa tersenyum melihat kerenah anaknya yang kadang-kadang kurang matang dalam membuat keputusan, namun ia tetap ditangani dengan nada lembut dan membina. Sang bapa seringkali memberikan nasihat-nasihat orang lama dalam menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki, lebih-lebih lagi yang punyai risalah besar.

Hidup berjalan aman dan damai ... 

Tiba-tiba,

Ada orang berjumpa dengan ibubapa anda, mungkin dia adalah kawan lama mereka, atau orang besar bagi mereka. Menceritakan perkara-perkara yang menampakkan seolah-olah anda ini buruk dan sesat. Menceritakan keburukan dan kesesatan apa yang anda buat. Menceritakan keburukan orang-orang yang pernah mendidik anda. Menampakkan anda ini jumud dan kaku. Anda ini taassub dengan beberapa peribadi yang anda ikuti.

Sedangkan diri anda cemerlang dan jauh sekali dakwaan mereka itu daripada kebenaran.

Tapi ibubapa mula memandang serong kepada anaknya, disangka anaknya ini menjadi lebih baik tetapi sebaliknya.

Akhirnya, perbincangan dengan ibubapa terhadap masalah anak tidak berlaku telus dan ia menjadi bias. Si anak mengharapkan belaian kasih ibu dalam apa jua perkara, kini hanya terhad dalam perkara-perkara tertentu, sedangkan dahulunya anda boleh bersembang, apa saja dengan mereka.

Hubungan kekeluargaan makin renggang. Erti keluarga hanya dalam pengertian yang sempit iaitu hubungan silaturahim sahaja. Susah bertoleransi dan berbincang dengan ibubapa kerana mereka telah mengatakan kita ini takkan terbuka dan takkan menerima orang lain dan sebagainya. Sedangkan dahulunya si anak sering diingatkan untuk terbuka dan berbincang, kini tiada lagi bab-bab itu. Yang ada hanyalah tanya khabar dan berita-berita sahaja.

Di mana punca masalahnya ? Yang telah menyebabkan hubungan kekeluargaan renggang ??

Masalahnya bukan pada ibubapa. Ibubapa telah mencurahkan kasih-sayang yang penuh dan tiada tolok bandingnya lagi, masakan ia boleh jadi penyebab renggangnya ikatan yang sangat Allah pentingkan ini ??? 

Penyebabnya adalah tercetusnya fitnah .. yang menyebabkan berlaku begini. Siapa yang menyebabkan dan menyebarkan fitnah inilah yang paling besar dosanya. Ia akan menanggung dosa ibubapa bertekak mulut dengan anak-anak, si suami bergaduh dengan si isteri, si anak dimarahi oleh si ibu tanpa sebab, dosa umpat mengumpat, dosa retaknya ukhuwwah Islamiah, dosa sangka buruk dan sebagainya.

Fikrah Islam yang sahih tidak akan menjadikan hubungan kekeluargaan retak, bahkan ia membina hubungan keluarga yang retak kepada hubungan yang intim dan rapat. Jika sesuatu fikrah itu menjadikan kita membenci/memandang rendah/memandang serong kepada sesuatu kumpulan Islam yang lain, itu kita kena cek balik adakah fikrah itu benar sahih dari sisi syarak ?

Penyelesaian Islam sangat cantik dan kritikal. Ia bahkan membina institusi kekeluargaan dan hubungan darah dengan begitu hebat. Lihatlah saja dosa menderhaka itu di antara dosa-dosa besar. Lihatlah saja betapa berhaknya kaum kerabat kita berbanding orang yang kita tidak kenali ataupun yang tiada pertalian darah.

Nah, lihatlah saja bagaimana Rasulullah s.a.w menyelesaikan pertelingkahan Aus dan Khazraj yang telah berperang sejak sekian lama ??? Bukankah itu Islam yang kita fahami ?? Islam yang menaikkan martabat hubungan kemanusiaan (apatah lagi kekeluargaan) kepada martabat yang sangat tinggi ??

--

Saya sangat tidak faham jika kita katakan mahu perjuangkan Islam, tapi kita tak tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan itu ? Berintima' dengan sesuatu jemaah adalah perkara yang furuk, sedangkan berintima' dengan keluarga adalah perkara usul yang disepakati semua ulama'.

Haram derhaka kepada ibubapa, sedangkan kepada pemimpin sesuatu jemaah tidak dihukum sebegitu. 

Fitnah ini boleh menjadikan suasana kucar-kacir dan huru-hara. Ia bahkan boleh mencetuskan perbalahan kekeluargaan yang sangat bahaya. Ia boleh menjadikan seseorang yang terkena bahana fitnah ini menganggap : 

"Isu taat dalam sesuatu jemaah lebih penting daripada menjaga keutuhan institusi keluarga Islam"

Itu satu bahaya yang sangat besar. Orang Islam boleh hilang kayu ukurnya yang sebenar. Salah pertimbangan boleh membawa kepada keputusan yang tidak tepat. Ia boleh menjadikan isteri lebih baik diminta bercerai jika suaminya tidak satu kepala dalam bab jemaah. Isteri lebih taat kepada pimpinan jemaah berbanding suami sendiri. Ia boleh menjadikan sang anak dikira derhaka jika tidak mengikut ayahnya dalam jemaah yang sama. Subhanallah.

Akhirnya si anak yang sangat sayang kepada ibubapanya sentiasa dimarahi dan diperli kerana fitnah-fitnah yang berlaku. Si anak takkanlah mahu melawan si ibu yang telah menyusukannya  dengan hujjah-hujjah yang kuat ?? Atau melawan si bapa yang telah mencari rezeki untuknya hidup sejak kecil dengan rasional ??

Si anak mungkin terkilan ... adakah beberapa manusia yang menyebarkan berita-berita yang agak pelik itu lebih dipercayai berbanding dirinya sendiri yang sudah lama dibesarkan oleh mereka berdua sejak bertahun-tahun lamanya ?? Bukankah si anak ini darah dagingnya sendiri ?? Dan siapakah pula si manusia itu ?? Mengapa tiada ruang perbincangan seperti dulu ??? Mengapa tiada ruang berlapang dada ???

Si anak akhirnya kaku ... mengenangi betapa besarnya dosa fitnah itu. Barulah dia fahami, sebab itulah ia lebih besar daripada membunuh. Membunuh hanya menghilangkan satu nyawa, sedangkan memfitnah boleh menyebabkan runtuhnya satu institusi. 

Ya Allah, selamatkanlah kami daripada fitnah ini. Amin.

"Adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji ? Sesungguhnya Allah telah menguji orang sebelum mereka, lalu Allah mengetahui siapakah yang benar dan siapakah yang berdusta" - surah Al-Ankabut

p/s : Saya nasihatkan kepada diri saya sendiri dan semua pembaca di luar sana yang berkaitan dengan artikel ini, silalah TABAYYUN dahulu segala maklumat yang didengari daripada mana-mana pihak pun, termasuklah kawan rapat anda sendiri, atau pimpinan anda. Jangan terus terima dan pakai bulat-bulat hingga menyebabkan renggangnya institusi keluarga anda. Manusia bukan malaikat yang tiada dosa dan emosi. Maka pastikan maklumat yang anda terima itu benar-benar sahih, dan tanganilah ia dengan bijak dan ISLAMIK. 

Apa-apapun ... sayangilah anak anda seperti sebelumnya. Berikanlah haknya  seperti yang sepatutnya. Bukankah ibubapa yang faham dakwah itu ibubapa yang terhebat di dunia ?

Thursday, August 12, 2010

Busyrayat Ramadhaniah


Salam.

Ramadhan Kareem. Wallahu akram.

Hari ini hari ke-2 Ramadhan. Masih belum terlambat, untuk merancang, melaksanakan perancangan, atau memuhasabah perancangan. Masih belum terlambat, untuk kita menjadi di antara orang-orang yang dilepaskan dari api neraka. Masih belum terlambat, untuk mencari Lailatul Qadr. Masih belum terlambat, untuk kita bersedia sebelum Jibril a.s datang bertamu pada malam itu.

Ya Allah jadikan kami di kalangan mereka. Ameen.

--

Hadiah Ramadhan .. agar aku tidak dikira penderhaka pada Pencipta

Tadi saya ada terima satu panggilan telefon direct dari Malaysia daripada Adak. Berita gembira. Adak, Pakngah + Makngah, dan Poklong akan menunaikan haji tahun ini insyaAllah. Mudah-mudahan diberikan kemudahan dan kesihatan untuk ke sana, dalam keadaan selamat dan sejahtera. 

7 Ogos baru-baru ini, salah seorang rakan seperjuangan saya yang paling rapat di Tanta, saudara Mohd Fuad Zaki bin Hisham (boleh panggil Fuad, boleh panggil Zaki, jangan panggil Hisham - trademark beliau ketika bertaaruf)Moga Allah merahmati perkahwinan yang mulia ini, dan menjadi satu qudwah bait muslim kepada keluarga dan masyarakat. 

Bukankah kita sangat-sangat perlu kepada qudwah ? Untuk tunjukkan masyarakat bagaimana dakwah kita ini mampu menyelesaikan masalah umat ? Untuk tunjukkan masyarakat bahawa dakwah kita ini dakwah fitrah ? Untuk tunjukkan masyarakat bahawa kita memahami pernikahan dan perkahwinan sebegini yang diajar dan ditunjukki oleh Rasulullah s.a.w ? Untuk tunjukkan pada ibubapa bahawa rijal-rijal yang memahami dakwah sudah sampai masanya untuk berkahwin dan merancakkan lagi medan dakwah yang lebih luas ... dan panjang.

29 Julai baru-baru ini, Muawwidz Al-Ansori bin Dzulkefly, telah selamat berkahwin dengan pasangannya yang belajar di Morocco. Muawwidz merupakan salah seorang kawan lama yang sangat rapat sejak sekolah menengah. Moga-moga perkahwinan ini dapat menjadi asbab redha Allah pada kedua mempelai dan kita semua. Moga ia juga menjadi bait muslim qudwah, kepada yang belum berkahwin dan juga yang sudah berkahwin.

Barakallahu lakuma, wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi kulli kheir.

Untuk gambar, silalah tengok facebook masing-masing.

"Alamak Syamil, tak bukak facebook ke ?? Orang sekarang ini semua pakai facebook. Kita boleh tengok mad'u, boleh jumpa kawan lama, boleh tengok family dan sebagainya. Ketinggalan nanti kalau tak buka akaun fb."

Secara peribadi saya tak tahu nak jawap macam mana. Buat masa ini, biarlah Allah tolong jawapkan. Bila hati sudah tenang, dan sudah bersedia, saya akan fikirkan. Mungkin dalam ujian fb ini, anda berjaya, dan mungkin saya tidak mampu.

--

Saya gembira bila dapat berita gembira. Bila kita gembira kita senang nak buat macam-macam kerja. Kita ada booster dan semangat yang menjadikan kita laju dan cepat serta tekun dalam buat satu-satu kerja.

Sebab itu bila tiba bulan Ramadhan, sungguh banyak berita gembira (atau dalam bahasa Arab = Busyra, dijamakkan jadi Busyrayat) yang Allah beri pada kita.

Ia mungkin berupa ; syaitan diikat, atau pintu syurga dibuka kesemuanya, atau pintu neraka tertutup kesemuanya, atau ganjaran sunat seperti fardhu dan fardhu digandakan 70 kali ganda, atau setiap malam akan ada orang-orang yang dicop pelepasan dari api neraka atau terdapat padanya ganjaran yang menghapuskan segala dosa yang telah lalu atau dan atau-atau yang lain...

Dengan bermacam-macam busyrayat yang Allah bagi pada umat Muhammad s.a.w, baru kita boleh fahami, bagaimana Badar Kubra boleh berlaku, bagaimana Fathu Mekkah boleh berlaku, bagaiamana umat Islam menggali parit Khandaq (mereka gali pada bulan Ramadhan, tapi perang pada bulan Syawal), bagaimana peperangan Hittin yang dipimpin Salahuddin Al-Ayyubi boleh menawan Baitul Maqdis, bagaimana Saifuddin Qutuz mengalahkan Tatar di Ain Jalut dan macam-macam lagi peristiwa umat Islam yang sangat agung, berlaku pada bulan Ramadhan.

Tak mustahil segala keajaiban di atas boleh berlaku, ketika mana ruhaniyat (jiwa rohani dalaman) umat Islam dalam keadaan yang paling tinggi dan paling termotivasi. Subhanallah.

--

Bila kita renung sejarah, kita dapat tahu betapa hebatnya kegemilangan umat Islam, suatu ketika dahulu. Tapi bila kita tengok diri kita, dengan bermacam-macam dosa yang tak habis pen untuk ditulis ... rupanya di mana kekurangannya ?

Rupanya pada iman kita yang telah terbius untuk tidur. Iman kita tidak bergetar dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Iman kita tidak mampu menolak kita untuk menghayati bacaan Al-Quran. Iman kita belum mampu menitiskan air mata kita pada solat tahajjud dan solat taubat. Iman kita tidak mampu menolak kita iltizam dengan terawih dan sedekah. Iman kita belum boleh untuk menolak kita mencapai tahap puasa Khusus Al-Khusus (iaitu menjaga lintasan hati daripada perkara mungkar).

Kita tidak sedarpun Allah memberi berita gembira pada kita untuk kita berubah ? Untuk kita menjadi lebih baik ? Untuk kita sedari peranan sebenar kita sebagai seorang hamba dan khalifah ?

Kita tidak hargai sedikitpun berita gembira Allah ini ... 

"Sesungguhnya Allah menghulurkan tangannya pada waktu malam untuk menerima taubat pesalah pada waktu siang, dan Dia menghulurkan tangannya pada waktu siang untuk menerima taubat pesalah pada waktu malam" - Hadith

Menghulur dan menerima sangat berbeza. Menghulur ini meminta dan memulakan. Menerima ini hanya menunggu dan kaku. Allah seolah-olah mencari-cari dan menanti-nanti, mana satukah hamba-Nya yang nak kembali ??

Masakan tidak cukup kita rasakan betapa Allah benar-benar mahukan kita kembali ??

Seorang raja tidak perlu memberikan banyak hadiah-hadiah dan kurniaan daripadanya, sekiranya dia tahu rakyatnya sudah cukup berpada dengan satu kurniaan, untuk menyahut seruannya.

Tetapi sekiranya raja itu ada menawarkan beberapa kurniaan untuk dipilih atau diambil kesemuanya, apa maksudnya itu ? Maksudnya, raja itu sangat prihatin dan serius, untuk rakyatnya betul-betul menyahut seruannya, sehingga beliau memberi pilihan yang sangat banyak ..  asalkan rakyatnya mahu ikut seruannya. Ia juga menandakan rakyatnya sangat memilih dan sombong untuk terima satu-satu hadiah tersebut, sampaikan raja perlu sediakan banyak sangat pilihan.

"Ha .. pilihlah mana satu yang kau mahu (asalkan engkau mahu mengikut seruanku)" 

Tapi apa agaknya reaksi raja itu .. kalau seorang rakyatnya pun (yang memang komfem lagi miskin dan papa kedana dan memang memerlukan hadiah daripada raja tersebut) tidak mahu menyahut seruannya dan tidak mengendahkan hadiah-hadiah raja itu serta meninggalkan istananya dalam keadaan sombong ? Mungkin-mungkin dia dipenggal atau dibuang negara.

Itu cuma raja yang berupa manusia. Cuba bayangkan raja segala raja, Tuhan Semesta Alam. Pastinya lebih dahsyat lagi. Tidak hairanlah Rasulullah s.a.w pernah menyebut ;

"Celaka dan rugilah, sesiapa yang berlalu padanya Ramadhan, tapi tidak diampunkan dosanya"

---

p/s : Bila buat post ini baru faham kenapa kita selalu cakap Ramadhan Kareem (pemurah) dan Wallahu Akram (maha pemurah@mulia). Ramadhan sudah cukup bawa banyak hadiah, tetapi hakikatnya hadiah yang Allah sediakan berjuta-juta kali lagi banyak.

Ambillah, kutiplah, carilah, seberapa banyak hadiah Allah pada bulan ini untuk kita iltizam menjadi hamba-Nya yang sebenar-benarnya, hidup dengan sebenar-benar kehidupan yang layak untuk-Nya. Allah sudah sediakan segalanya pada bulan ini. Jika kita tak suka hadiah A, kita boleh pilih hadiah B, jika itu pun tak suka .. kita ada hadiah C.. jika itu pun tak suka.. hadiah D ..... 

Persoalannya .. siapakah kita untuk begitu memilih di hadapan Pencipta kita yang tak pernah berkira-kira dengan kita dalam memberikan nikmat-Nya ?

Tak malu ?

Aku malu pada-Mu, ya Allah.

--

Rinduku terubat dengan kehadiran hadiah Ramadhan ini,

Walaupun tak mampu mencipta peristiwa sehebat Qutuz dan Al-Ayyubi,

Paling tidak ia suatu peluang agar aku mencipta salah satu daripada sejarah diri,

Iaitu titik di mana aku menjadi seorang insan yang sejati,

Yang fahami erti sebenar perhambaan pada Ilahi.

--

Ahlan wa sahlan .. Ya Ramadhan

Friday, August 06, 2010

From Beginning


Salam.

Kif hal ? Moga-moga sihat sejahtera, insyaAllah.

--

Begin to end

If we succeed and we achieve what we want ..

Just don't forget ..

Where we begin.

Be it families, old-friends, seniors, teachers, and it could be ourselves.

Choose whatever you want, but that's not what I mean.

..

I mean,

Allah.

The One who made us begin, The One who gave us determination to begin, The One who supported us in need, The One who always gives hope to the hopeless.

That's why if we read surah An-Nasr, when our Prophet achieved a great victory in Fathu Makkah, Allah ordered Him to glorify Him and ask for His forgiveness, instead of having a big celebration to congratulate him and his companion.

It's to show us, that when we look where we begin, we always know where to go, what to do, and why we do so. We usually got lost, just because we don't look back, to where we start.

The way we begin justifies the way we end. If we want to end up seeing Him in Al-Firdaus Al-A'la, then, for Him we should be, in the very beginning. 

..

But,

What if He is not on the list 'where we begin' ?

It seems that we have taken a very wrong step in the first place.

Never mind.

Let's start over, 

we begin together.