Ahlan ya Habibi Albi
Salam.
Dalam fatrah kejatuhan rohani, Allah hadirkan untuk diriku dengan kehadiran tetamu Rabbani.
Setahun lamanya aku menunggu, seakan-akan aku ingin bersamamu sepanjang hidupku.
Pada penghujungmu aku mengungkapkan pada diri, Ataghfiru li ya rabbi ..
(adakah engkau mengampunkan ku wahai Rabbi .. )
Harapan bersamamu perlu ditunggu lagi, alangkah sedihnya hati engkau tiada di sisi,
namun Allah itu maha Adil dan Mengetahui, hatta sekelumit hatiku ini diperkirakan dengan teliti.
Suatu malam aku bertanya, kenapa perlu engkau kepada diriku ..
bahkan, rahmat Allah itu dibuka bila-bila masa untuk semua manusia,
Aku menilai kesemua itu bahawa setiap perkara ada masa-masanya,
Kehadiran mu sebagai hadiah daripada Rabb-ku untuk semua,
Pada waktu, masa, ketika yang tiada siapa yang mengetahui betapa layaknya dhiyafah mu itu melainkan Sang Pengutus-mu ..
Ramadhan,
Kini dirimu diambang pintu,
Aku malu, wajahmu sudah pasti berseri menunggu,
Hamba-hamba yang berlumuran dosa dan maksiat mentetamuimu,
Aku malu dengan diriku,
Dirimu diletakkan Quran padanya, sedangkan diriku ini menodai Quran seadanya,
Dirimu dibuka pintu rahmat padanya, sedangkan diriku ini sentiasa lari darinya,
Dirimu ditutup pintu neraka padanya, sedangkan diriku ini sentiasa menunggu di depannya,
Padamu berlakunya badar Kubra, sedangkan padaku sekadar rehat dan ketawa,
Wajahku hitam legam tidak layak menandingi keputihan serinya wajahmu,
Malunya aku menerima segala macam anugerah bersamamu,
Persiapanku tidak sehebat rumah-rumah mereka yang berjaya sebelum ini,
namun aku sedia, dengan diriku, yang amat mengharap rahmat Rabb-ku,
kerana aku yakini, kehadiranmu bukanlah untuk segolongan sahaja,
bahkan, untuk meraikan keseluruh hidupan,
Hanyasanya, untuk menjasadkan makna la'allakum tattaquun.
خاب وخسر من أدرك رمضان ولم يغفر له
Celaka dan rugilah, sesiapa yang menjumpai Ramadhan tetapi tidak diampunkan
-Hadith
-Hadith
Selamat mentetamui Ramadhan,
Doa-doa agar-agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi.
Ameen ya Rabb.
Doa-doa agar-agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi.
Ameen ya Rabb.
اللهم رحمتك أرجو ولا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله لا اله الا أنت
ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, dan janganlah engkau meninggalkan aku dengan diriku walau sekelip mata, dan perbaikilah urusanku kesemuanya, tiada tuhan melainkan Engkau
-Doa yang diajarkan kepada Fatimah Az-Zahra' daripada Rasulullah S.A.W
ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, dan janganlah engkau meninggalkan aku dengan diriku walau sekelip mata, dan perbaikilah urusanku kesemuanya, tiada tuhan melainkan Engkau
-Doa yang diajarkan kepada Fatimah Az-Zahra' daripada Rasulullah S.A.W
Salam.