Alpha To Omega: March 2010

Sunday, March 28, 2010

What prophecy means


Salam.

When I asked him : How do you feel in Heaven ?
He answered spontaneously : It makes you hate this real world.

I think I get the point.

--

Is it a prophecy ?

Maybe it is one of the signs that Kiamat is very near.
Palestine is not really far from here, I can feel the pain.
So many earthquake happened lately around the world.

"Verily, the Hour (Kiamat) is coming - and I am almost hiding it from Myself - that every person may be rewarded for that which he strives" - Surah Taha : 15

"People ask you concerning the Hour, say : The knowledge of it is with Allah only. What do you know ? It may be that the Hour is near ! " - Surah Al-Ahzab : 63

O Allah make me one the Hawariyy (Helpers) of Isa PBUH !

p/s : am I qualified enough ?

Tuesday, March 02, 2010

Tell me your dreams


Salam.
Selamat menyambut Maulid Rasul 1431H. Rasanya masih belum terlambat kerana masih di bulan Rabiul Awal.

Moga kali ini kita lebih optimis, seperti yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w.
Tafa'ul (hamzah, bukan 'ain)= Optimis, ia sangat berkait rapat dengan apa yang kita idam-idamkan.

Seperti post yang lepas, saya tanya kepada kamu,
'What do you really want in life ? What do you want to do in life ?'

Kali ini (post agak panjang) ;

Jom bermimpi indah.

Biar saya berkongsi kisah mimpi-mimpi ini dari dalam sirah Nabi s.a.w.

Rasulullah pernah bermimpi akan dibuka Parsi serta akan menghadiahkan Suraqah gelung Kisra, dan ia benar-benar berlaku.

Rasulullah pernah berkata ; Kota Kostantinopel akan dibuka, sebaik-baik tentera adalah tentera yang membukanya, dan sebaik-baik panglima adalah panglima tentera tersebut.

Lantas pada tahun 857H, Kostantinopel dibuka pada tangan Sultan Muhammad Al-Fatih.

Rasulullah itu benar, dan apa yang dikata itu pasti berlaku.
Maka perhalusi kata-katanya ketika baginda s.a.w berkata ;

"Wahai manusia, sesungguhnya temujanji aku dengan kamu bukan di dunia, tetapi temujanji aku dengan kamu adalah di perigiku nanti (di syurga)"

Alangkah indahnya pertemuan itu !!
Ya Allah kurniakan aku pertemuan dengan Nabi-Mu di periginya. Ameen.

Mari kita bermimpi lagi,

Seorang arab badwi pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w mahu mengagihkan harta rampasan perang kepadanya ;

"Bukan kerana ini aku berbaiah denganmu wahai Muhammad. Tetapi aku mahu dibunuh di jalan Allah dan dipanah di sini (sambil menunjuk ke tengkuknya)"

Apabila berlaku perang yang berikutnya, dan ketika Nabi s.a.w memeriksa syuhada', terlihat seorang yang telah mati dipanah di tengkuk lantas Nabi s.a.w bertanya para sahabat ;

"Adakah dia ini orang badwi dulu tu ?"
"Ya"
"Sesungguhnya dia telah berkata benar kepada Allah (dengan kata-katanya), maka Allah membenarkan dia"

--

Lihat kisah Abdullah b. Jahsy ketika perang Uhud. Sahabatnya Saad b Abi Waqas menceritakan ;
"Ketika perang Uhud, aku berjumpa dengan Abdullah b. Jahsy dan dia bertanya kepadaku ;
Tidakkah kamu mahu berdoa kepada Allah ?

Lantas aku menjawap ; Semestinya.

Kemudian kami senyap seketika dan aku berdoa dan berkata :
"Ya Allah, jika aku bertemu musuh, maka jumpakan aku dengan seorang yang berbadan sasa, yang panas baran, kemudian aku memeranginya dan dia memerangiku, pada ketika itu berikanlah kepadaku kemenangan ke atasnya sehingga aku membunuhnya dan mengambil barang-barang perangnya (salab)"

Lantas Abdullah b. Jahsy meng-amin-kan doaku, dan berdoa seraya berkata ;

"Ya Allah berikan kepadaku seorang lelaki yang kuat, panas baran, lantas aku memeranginya kerana-Mu dan dia memerangiku, kemudian dia memotong hidungku dan telingaku. Maka apabila aku bertemu-Mu esok hari nanti Engkau akan bertanya ;

"Apa terjadi dengan hidung dan telingamu ?"

Kemudian aku menjawap ; "Ini semuanya adalah semata-mata kerana-Mu dan rasul-Mu"

Lantas Engkau menjawap ; "Benarlah engkau"

Kemudian Saad b. Abi Waqas berkata : Sesungguhnya doa Abdullah lebih baik daripada doaku, dan sesungguhnya aku telah melihatnya pada akhir siang, dan dia telah terbunuh seperti yang dia mahukan, dan sesungguhnya hidungnya dan telinganya tergantung di sebuah pokok dengan benang.

---

Itulah mimpi-mimpi indah mereka.

Bagi saya, bila seseorang itu selalu bermimpi dan benar-benar mahukan perkara tersebut, ia pasti akan jadi, InsyaAllah. Mimpikan perkara indah yang akan berlaku pada masa akan datang. Mimpi yang baik akan banyak membuahkan perkara-perkara yang baik.

Saya bagi contoh betapa besarnya impak mimpi ini ;

Contohnya mungkin seseorang itu impikan Malaysia yang maju dan menghukum dengan syariat Islam (sepenuhnya, dari semua aspek, pendek kata yang didambakan Hasan Al-Banna dalam Majmuat Rasailnya). Dirinya selalu berangan-angan dan bekerja (itu pasti, sebab ia syarat). Dek kerana mimpinya itu menguasai dirinya, dia selalu berkhayal dan menulis surat kepada generasinya (yang belum lahir lagi) yang pada angan-angannya akan dapat merasai negara Islam yang digambarkan.

Saban tahun berlalu, impiannya belum tercapai. Sehinggalah umur beliau tua dan sebelum menghembus nafasnya terakhir, beliau sempat memberikan suratnya kepada anaknya seraya berkata ;

"Anakku, sampaikan surat ini kepada generasi kita yang dapat merasai nikmat Negara Islam itu nanti".

Lantas anaknya pun ambil dan ikutlah wasiat ayahnya. Generasi berlalu generasi, namun syariat belum tertegak, dan surat pakcik itu terus disampaikan kepada generasi yang akhirnya layak membuka surat tersebut. Akhirnya mungkin generasi ke-5, iaitu mungkin selepas 100 atau 200 tahun ... surat itu terjaga rapi. Lantas si anak yang bertuah itu membuka surat tersebut ;

"Kepada keturunanku yang ke ____ (tempat kosong).

Sesungguhnya aku tahu bahawa Islam itu pasti akan menang pada akhirnya. Aku yakini bahawa dakwah ini pasti akan tertegak. Dan aku tahu proses ini bukan pendek, bahkan ia memakan usia. Lihatlah bagaimana ia memakan usia nenek moyangmu. Namun diriku tetap yakin dan pasti, serta optimis bahawa Allah akan memenangkan risalah ini, dengan cara-Nya tersendiri.

Wahai anakku, sesungguhnya aku telah mengikuti langkah perjalanan Rasulullah s.a.w dan aku merasai keperitan dan kepahitan permulaan dakwahnya. Betapa benar sekali sunnatullah itu. Kau sebutkan sahaja satu persatu apa yang berlaku dalam sirah junjungan, semuanya dapat ku kaitkan dengan kehidupan ku yang bergelumang dengan dakwah ini.

Suratku ini ku tulis dengan penuh perasaan dan airmata, sedih memikirkan nasib umat yang parah, dan aku yakin ketika engkau membaca surat ini, umatmu sangat menghormati agama, umatmu bahkan menyebut-nyebut kalimah Allah berbanding nama-nama artis barat dan pemain bolasepak. Umatmu bahkan lebih banyak berkalamkan al-Quran berbanding umatku yang berkalamkan hiburan.

Di sini aku sertakan beberapa pengalaman dakwah yang telah kulalui sepanjang perjalanan yang panjang ini, khasnya untuk generasi yang sudah melihat daulah ................."

Begitu indah kan jika akhirnya orang itu baca tulisan nenek moyangnya sendiri yang sama visinya dan sama impiannya ? sama cara faham dakwahnya, sama cara kerjanya, mengimpikan sebuah generasi harapan.

Indah kan ?

Mimpi saya ; itu kena slow-talk dengan sayalah. Banyak clue dalam contoh di atas.

Teringat satu kata-kata menarik ;

"We have to dream.
If we don't dream, we would be in other's dream."

Well then,

Tell me your dreams.

Wassalam.