Alpha To Omega: October 2009

Tuesday, October 13, 2009

Mula untuk melangkah



Salam.
Kif hal ? Kheir insyaAllah.

Saya mahu promosi buku Al-Muntalaq ; Langkah Bermula. Karangan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (terjemahan Bahasa Melayu oleh atuk saya tercinta Allahyarham Hj. Mohd Tahir bin Daeng Mengati). Ia telah disemak oleh beberapa orang, dan diedit oleh Ust Abdullah Zaik, dan juga telah diberikan Kata Pengantar khas edisi Bahasa Melayu oleh penulis sendiri (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid).

Design cover page dipilih/dibuat sendiri oleh penulis, mengandungi maksud tersirat yang rasa-rasanya dah tersurat.

Sekiranya anda pernah dengar seseorang daie berkata ;

"Adakah kita mahu mengumpulkan angka-angka sifar ? Tidak boleh tidak mesti kita mulakan ia (kebangkitan Islam) dari bawah (mendidik rijal dan generasi) "

"Mereka mahu mengubah kita daripada anak-anak singa menjadi kijang yang pengecut"

"Mereka melalaikan kita dengan nyanyian merdu lantas menenggelamkan kita ke dalam lautan yang dalam"

"Formula kebangkitan umat mestilah berdasarkan teori Rasulullah dalam membangkitkan umat manusia"

dan lain-lain, anda boleh dapati di dalam buku ini. (walaupun tak sama ayatnya, tapi maksudnya sama)

Buku ini merupakan Buku Pertama dalam Silsilah Ihya' Fiqh Dakwah (Siri Menghidupkan Kefahaman Dakwah) yang mengandungi lima siri (Al-Awaiq, Al-Bawariq, Ar-Raqaiq dan Al-Masaar).

Kenapa ? Kerana buku ini mengandungi ;

1- Asas-asas dalam pemahaman dakwah yang dibawa Rasulullah s.a.w.

2- Justifikasi fikrah 'ISLAM' yang syumul dengan tulisan-tulisan kitab turath lama karangan Ibnu Taimiyah, Al-Ghazali dan seumpamanya. Dengan buku ini anda mampu yakin dengan mendalam serta penuh kejelasan atas jalan dakwah.

3- Metodologi penulisan yang menggabungkan dua zaman, zaman silam dan zaman kini. Dipenuhi dengan syair-syair arab yang menggugah jiwa, dan memberikan makna yang tidak mampu difahami dengan perkataan.

4- Adabiyat (tatacara) dalam sesebuah gerakan organisasi secara ringkas, termasuk pemilihan, pengagihan tugas, dan fokus sesebuah gerakan Islam.

5- Kisah-kisah teladan yang jarang-jarang dijumpai, oleh salafussoleh seperti Ibrahim b Adham, Al-Junaid, Abdullah Mubarak, Al-Jubairi, Abd Kadir Al-Kailani dan sebagainya. Kisah ini bukan sekadar diceritakan, bahkan ia diterangkan dalam konteks fiqh dakwah yang sesuai dan mudah difahami.

6- Penulisan yang dibuat tidak melalut dan tidak banyak goreng-goreng orang biasa. Rujukan buku ini termasuk Madarij Salikin (Ibnu Qayyim), Majmuk Fatawa (Ibnu Taimiyah), Fi Zilal Al-Quran (Syed Qutb) , Az-Zuhd (Abdullah Mubarak), Ihya' Ulumid Diin (Al-Ghazali), Diwanul Mathani (Muhammad Iqbal), Wahyul Qalam (Muhammad Sadiq Ar-Rafie) dan sebagainya.

Kandungannya ditapis baik-baik oleh penulis supaya dijadikan buku panduan yang boleh terus membantu generasi dakwah dalam bergerak secara tersusun dan jelas.

Dalam mukadimahnya ;

"Buku ini tidak menggunakan langsung hadis yang lemah, berunsur Israiliyat, kisah-kisah dongeng, dan kisah-kisah keramat yang keterlaluan. Perkataan yang berulang-ulang akan dihindarkan semampu yang boleh"

Anda rasakan sendiri keasyikan membacanya.

Saya nasihatkan anda baca di atas meja memegang pensil / pen seperti anda baca buku untuk belajar.

Kandungan buku ini agak berat dan cepat mengantuk sekiranya tidak fokus.

----------

Harga : RM15 (harga asal RM20) (beli 10 ke atas dapat diskaun 20%)
Harga Mesir : 25LE (tiada diskaun)

*beli 4 unit dapat hadiah 1 buku Tariq Dakwah - Mustafa Masyhur (terjemahan BM oleh Allahyarham Hj Tahir bin Daeng Mengati), kalau mahu buku Tariq Dakwah sahaja RM8.

*beli 10 unit dapat hadiah 3 buku Tariq Dakwah.

*** hadiah Tariq Dakwah untuk pembelian di Malaysia sahaja

Bagaimana mendapatkannya ?

1. Boleh dapatkan di rumah saya di No. 7, Lorong Enggang 11, Taman Keramat, 54200, Kuala Lumpur. Sila hubungi dahulu : +6019-6369232 atau YM saya - as_lxix@yahoo.com .

2. Nak hantar by hand pun boleh, kalau di luar Kuala Lumpur/Selangor, boleh post. Harga lain-lain. Pos biasa harga tak mahal, pos laju mahal sikit. COD preferred. Nak bank in pon boleh.

3. Pelajar Mesir mahu ? Sila hubungi saya untuk tempahan, tempahan agak terhad kerana saya juga mahu bawa barang sendiri ke Mesir.

4. Kalau di luar Mesir (cth Jordan dan sebagainya) boleh diposkan juga, kalau ke Jordan berat 10kg (parcel) dalam RM97 cas postage. klik sini .

Saya cadangkan kalau mahu tempahan luar negara baik tempah sekali banyak, boleh jimat kos.
Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi saya di talian +6019-6369232 .

STOK TERHAD !!

*Apa-apa pun kita boleh bincang :). Open to discussion and negotiation.

Sebarkan berita ini, moga ia memberi manfaat kepada semua generasi dakwah. Wsalam.

Tuesday, October 06, 2009

Mana betul mana selainnya ?


Salam kepada semua.

Allahumma solli ala Muhammad, wa ala alihi wa sohbihi ajma'in.

Sekarang tengah musim peperiksaan PMR & STAM. Semoga Allah memberi ketenangan dan kejayaan yang cemerlang kepada adikku (Hikmat) dan sepupuku (Ahmad Khairuddin). SPM mula bulan November insyaAllah.

Rabbuna yunajjihukum jamiean. Ameen.

Sekarang juga musim kedatangan pelajar-pelajar baru di Mesir. Saya doakan agar semuanya lancar dan baik-baik belaka. Macam-macam juga yang saya 'baca' mengenai perkara ini. Tak apa abaikan.

Sampaikan salam rindu dari saya di Malaysia ini kepada ikhwah & adik-adik baru, insyaAllah akan kembali beramal di sana dalam bulan Oktober ini. Moga ketemu.

Di Mesir .. di Malaysia .. dan di mana-mana..

Dakwah yang benar itu merupakan suatu ancaman, kepada berbagai golongan. Tetapi ia semua boleh dikategorikan dengan satu kategori saja, iaitu Golongan yang mengikut hawa nafsu.

Golongan dakwah yang benar itu adalah yang mengikut wahyu.

Saya tidak maksudkan golongan yang mengikut hawa nafsu itu kepada sesebuah jemaah atau persatuan, tetapi yang saya maksudkan adalah individu-individu yang mengharapkan selain daripada keredhaan Allah dalam perjuangan. (untuk memahami permasalahan ini, sila rujuk buku Al-Muntalaq - Langkah Bermula tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam bab pertama Narfudhul Hawa - Kita menolak hawa nafsu)

Bila Allah bukan lagi matlamat ;

- kita kejarkan manusia semata-mata membawa kepada kita, bukan kepada-Nya
- senang-senang kita memfitnah orang tanpa usul periksa
- senang-senang kita tak jaga akhlak kemudian kita cakap tak apa sebab mereka musuh kita
- senang-senang kita buat perkara yang tak sepatutnya (dalam perjuangan berorganisasi)
- semua keputusan senang-senang saja ikut kepala kita
- susah nak kenal mana kawan mana lawan

Baru-baru ini sempat juga berjumpa (secara tak rasmi) dengan beberapa pimpinan ISMA dan juga murabbi tercinta. Berbincang sedikit sebanyak mengenai perkara-perkara 'tsunami' di Malaysia.

Secara mudahnya setakat ini ;

"Temsyi Sohh, Teb'a Sohh" - Kau jalan dengan betul, kau akan terus kekal betul dan sah

Jika dakwahmu benar, maka ia akan berkembang.

Jika dakwahmu benar, maka tunjukkan sampel produknya.

Jika dakwahmu benar, maka tunjukkan buktinya.

Jangan habiskan masamu dengan perkara-perkara begini, ia tak mendatangkan amal pun.

Mungkin agak keras juga bagi sesetengah pihak, tapi bagi saya biarlah kita letakkan perbincangan itu pada tempat yang sepatutnya. Bila kita membuat penilaian, kita utamakan aspek akal dan bukti, bukan aspek hati dan emosi. Realiti adalah suatu perkara yang zahir dan telah tetap berlaku, sedangkan perkara dalam hati boleh berubah-ubah.

Fa ammaz zabadu fayazhabu jufaa'a, wa amma ma yanfa'unnasa fayamkutsu fil ardh
(
Maka buih-buih itu akan hilang dengan sia-sia, dan apa-apa yang memberi manfaat kepada manusia akan kekal di muka bumi ini) - Surah Ar- Ra'd

Timbangan manfaat kita kepada manusia adalah sejauhmana kita bawa mereka kepada Allah, kenalkan mereka kepada Islam, bawa mereka menyelusuri jalan Nabi s.a.w. Sebab itulah Allah menyebut ;
Wal-'aqibatu lilmuttaqiin -(Surah Al-A'raaf)
Dan akhirnya kesudahan hanyalah milik orang-orang yang bertaqwa

Kekalnya 'fikrah' ini kerana ia membawa manusia kepada Zat yang Maha Kekal. Daripada fikrah baru timbul jemaah (golongan manusia sefikiran) dan barulah timbulnya ta'ah (ketaatan) yang penuh kesedaran, iaitu jelas halatuju dan tahu penghujungnya. Sekiranya selain itu, maka ia akan jadi seperti buih-buih di lautan. Nauzubillah min zalik.

Wallahua'lam.

Saya doakan sahabat-sahabat di Mesir agar menjadi lebih kuat. Pening-pening kepala tu biasalah. Bak kata orang ; bila dah 'pening' baru ada 'katan'. Kemudian jadilah 'peningkatan'. (Quote baru dapat di Malaysia)

p/s : Kepada sesiapa yang nak menempah/membeli buku Langkah Bermula a.k.a Al-Muntalaq - tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (terjemahan kepada BM), sila hubungi saya di talian +6019-6369232. (terbuka kepada semua yang berada di Malaysia mahupun di Mesir).

Kalau di Malaysia, sila datang ke rumah, atau kita boleh jumpa mana-mana di KL/Selangor. Nak post pon boleh juga (tapi bayaran post kira lain). Kalau di Mesir ana akan beri bila tiba di Mesir nanti insyaAllah.

Harga Malaysia : RM15 (harga asal RM20)
Harga Mesir : 25LE

- susah nak cari di kedai-kedai buku hatta kedai buku fikrah pun (sebab ini terbitan sendiri)
- kalau beli banyak (lebih dari 3), harga boleh bincang
- kalau ada ralat/rosak boleh tukar baru dengan syarat tiada conteng/tulisan tangan tambahan
- kalau di Mesir, tempahan amat terhad sebab saya pun nak bawa barang-barang sendiri juga. First come first serve basis.

*kempen sikit ; Buku Al-Muntalaq ini merupakan complete kit bagi daie-daie yang baru mula nak memahami fiqh dakwah atau kefahaman dakwah dengan lebih mendalam dan lebih yakin. Sangat sesuai dengan isu-isu semasa dan juga isu-isu yang sedang terhangat di pasaran waktu ini.

*
sila sebarkan hebahan jualan buku ini kepada orang ramai, besar pahala entum kalau orang lain pun dapat beli dan baca serta fahami buku tersebut. jzkk.