Alpha To Omega: September 2008

Tuesday, September 09, 2008

A Point in Midnight

Salamullahialaikum

How are you today ? Good ?

I just happened to view again (and read) my old posts. It just energized me to write again, in my way. What kind of my way is ? I am not really sure. So I think this blog will be just it is, in this way. Anyway, English words really got some senses that Malay words don’t. So that’s why I prefer to blog in English.

I just read my ‘The Diary of My Future’ post that I started it in 2006. I was planning on continuing the next episode, but just somehow I left it undone. But when I read it again, I think it really affects me in any way of unknown, I mean it’s motivating me in a way I couldn’t explain. I hope I will have some efforts to continue it.

In this Ramadhan night, I want to dedicate to you this poem ;


Silent Guest


In the still of the sound,

Of a night in the far away hometown,

Wake up,

From a blurry dark.


Think of things altogether around,

Of a room of unknown,

Trying to turn back and forth,

No, it’s almost impossible to turn to both.

Eyes are wide opened,

Black and dark are all around,

Heart tells ‘It’s just still more to learn’,

Mind couldn’t understand what is to be bound.


When trying to see,

Bugs start to bite the skin,

Body couldn’t move to flee,

For it’s not like it has been.


Now everything just ended,

Friends and families will never meet,

Nor money or stuffs will together be gathered,

For now what matters is only deed.


Heaven or Hell,

Both were well taken care of,

Waiting you to ring which one’s bell,

On the door you will be in front of.


It’s just a second,

To realize everything is just a mess,

It’s just what happen,

After you meet the silent guest.


9th Night of Ramadhan 1429H

9th September 2008.

Thursday, September 04, 2008

Al-Akhlaqu Awwalan

Salam.
Sekadar perkongsian mengenai hakikat-hakikat dalam dakwah dan perjuangan.
Mungkin saya/ana/aku bukanlah orang terlayak untuk menulis bab ini, cuma sekadar perkongsian.
Wa kullu 'aam wa entum bikhair.

Baru-baru ini, ada beberapa ikhwah yang baru sampai dari Mesir, untuk melanjutkan pembelajaran di bumi Anbiya' ini, sungguh seronok melihat kedatangan ikhwah ke Mesir, kerana timbulnya perasaan seronok menjadi ramai di Mesir ini jarang-jarang sekali.

Ada ikhwah dari SMAH Ipoh (sekolah terakhirku), ada juga dari tempat-tempat lain. Ada yang bertujuan untuk mengambil Markaz Lughah sahaja, kemudian ke Malaysia untuk STAM seterusnya ke Mesir, ada juga baru habis STAM dan ke Mesir untuk Al-Azhar.

Yang menarik perhatianku, ada salah seorang ikhwah yang hadir di sini, adalah seorang yang dahulunya Kristian, dan keluarganya adalah keluarga paderi. Berasal dari Kudat, Sabah.

Sedikit pengenalan, akh ini masuk Islam pada tahun 2004, hasil hidayah yang Allah berikan kepada beliau, melalui kajian beliau terhadap Al-Quran. Dalam waktu ini, keluarga beliau semuanya masih lagi Kristian. Dan beliau ke Mesir atas dorongan ikhwah Malaysia, untuk menimba seberapa banyak apa yang ada di Mesir ini sebagai bekalan dakwah beliau di Malaysia, umumnya, dan di Kudat, khususnya.

Dalam perkongsian bersama akh ini, ada beberapa poin yang amat penting untuk diambil iktibar dan pengajaran. Saya bertanya kepada beliau, apa yang biasanya orang Kristian buat untuk murtadkan orang Islam ? (Apa taktik mereka ?)

Jawapannya mudah, mereka buat khidmat. Khidmat kepada masyarakat, khidmat yang sangat dahsyat. Tidak perlu berteori sangat, tak perlu bersyarah sangat, ilmiah-ilmiah tak perlu sangat, yang penting ambil hati dulu, belanja makan contohnya, bagi duit, bagi peralatan-perlatan rumah dan sebagainya, pokoknya, berikan keperluan mereka. Akh ini menceritakan beberapa kisah paderi-paderi yang telah berdakwah di kampung-kampung di Sabah, ada yang suami isteri paderi pergi berdakwah di sebuah kampung, terus mengkristiankan satu kampung, masya-Allah, besarnya ganjaran mereka. Hebat sungguh usaha mereka. Dan banyak lagi kisah-kisah paderi.

Akh ini juga telah berjaya mengislamkan 16 orang (sebuah keluarga), hasil dakwah beliau di Sabah setelah memeluk Islam (masya-Allah). *Perhatian, ini diberitahu oleh kawan saya, bukan beliau sendiri yang heboh-hebohkan*. Dan apabila ditanya, apa yang dia buat sampai boleh Islamkan orang ..

Jawapannya pun mudah dan sama juga, khidmat. Beliau berkhidmat beberapa tempoh, (tak silap saya dalam dua bulan kot) untuk berkhidmat kepada sebuah keluarga, apabila makan, beliau beritahu, dalam Islam ada diajar adab-adab makan, apabila menyentuh bab-bab kebersihan beliau beritahu, Islam menggalakkan kebersihan dan macam-macam lagi.
Pokoknya, beliau masuk Islam pada ketika itu, tak sampai sepuluh tahun lagi pun, ilmu pun apalah sangat nak dibandingkan dengan Muslim yang Islam sejak lahir yang sudah tahu halal haram rukun-rukun dan segala macam masalah fiqhiah dan tauhid dan lain-lain tak tau nak cakap macam mana.

Tapi apa yang terhasil adalah sebuah hasil yang membuahkan perjuangan yang tidak kenal henti dan penat lelah, duit habis, segalanya korban, untuk apa? Untuk mengajak manusia lain menikmati Islam yang telah dinikmatinya, walau tempoh tak seberapa lama.

---------------------------------------------

Kaitkan dengan sejarah perjuangan salafussoleh,
Kenal Mus'ab bin Umair ? Beliau memeluk Islam beberapa tahun sebelum Hijrah, tetapi sudah disuruh oleh Rasulullah S.A.W untuk berdakwah di Yathrib (nama sebelum Madinah) untuk mempersiapkan masyarakat untuk menyambut kedatangan Hijrah Baginda S.A.W.

Dalam tempoh sebelum hijrah, berapa banyak sangatlah ayat Quran dah turun ? Ayat-ayat hukum lagi lah. Jadi apa yang Mus'ab bawa ? Sudah pasti perkara pokok yang dibawa adalah akhlak dan tauhid yang agung, dan sudah pasti Mus'ab bin Umair R.A tidak bersyarah panjang, dan tidak berteori yang rumit, kerana ilmunya terhadap Islam ketika itu, mungkin tidak setanding dengan ilmu kita pada zaman ini, yang suka berdebat, berhujjah berfikir panjang dan berteori-teori sampai tak tentu ke mana kita tuju.

Akhirnya Mus'ab bin Umair R.A berjaya memasuki semua rumah di Yathrib, dan menyampaikan Islam kepada mereka. Masya-Allah, hebat sungguh usaha beliau.

-----------------------

Pergi kepada Sirah Nabawiyah yang mulia pula, ingatkah kisah seorang perempuan tua Yahudi buta yang selalu mencela-cela Nabi S.A.W sedangkan pada hayat Baginda S.A.W, Baginda sentiasa pergi menyuap orang tua Yahudi itu dengan suapan yang lembut dan penuh sopan, tanpa pengetahuan wanita tua Yahudi tersebut siapakah yang menyuapkannya. Tatkala Baginda wafat, Saidina Abu Bakr As-Siddiq R.A ingin mengikuti / meneruskan apa yang Nabi S.A.W buat, kemudian beliau pergi kepada wanita tua tersebut, menyuapkannya makanan, tetapi wanita tua tersebut pula mengadu atas kekasaran dan ketidak lembutan tangan saidina Abu Bakr As-Siddiq sebagaimana orang sebelumnya lakukan, lantas menitis airmata As-Siddiq, dan memberitahu kewafatan orang yang dimaksudkannya, dan memberitahu bahawa dialah Rasulullah S.A.W. Lantas wanita buta itu terus memeluk Islam, atas akhlak Baginda S.A.W yang agung.

Wanita buta itu tidak memeluk Islam pada zaman Nabi, tetapi selepas kewafatan baginda S.A.W. Natijah yang panjang, dengan usaha yang berterusan. Agung sungguh.

-------------------

Agama ini tidak lain hanyalah akhlak yang baik. Apabila akhlak hilang, maka hilanglah tujuan agama itu, seperti dalam hadits Nabi S.A.W

"Sesungguhnya aku ini diutuskan tidak lain hanyalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak"

"Agama itu adalah akhlak yang baik"

"Sedekat-dekat manusia dengan tempatku pada hari Kiamat nanti adalah orang yang paling baik akhlaknya di kalangan kamu"

dan banyak lagi . . .
-------------------------------------

Kesimpulan, Islam pada zaman permulaannya ditegakkan dengan akhlak dan amal yang sempurna, dengan itu barulah akhirnya perkembangan ilmu pada zaman khilafah Abbasiyah boleh terus maju dan berkembang.

Ilmu itu penting, tetapi kepentingannya perlu diselaraskan dengan keperluan dakwah yang sesuai. Sedikit cetusan dalam kata-kata hukama' :
Ilmu tanpa amal adalah umpama pokok tanpa buah

Apa yang manusia mahu adalah buahnya, pokoknya akhirnya akan ditebang atau dijadikan kayu-kayu untuk membuat gajet dan sebagainya. Oleh itu, kalau kita banyak menghias pokok, tanpa mengambil kira buah yang terhasil daripada pokok tersebut, maka fokus kita silap, kerana buah itulah yang ingin dimakan, buah itulah tujuan utama penanaman pokok, untuk memenuhi keperluan manusia.

Wallahua'lam.
Ramadhan Kareem, Wallahu Akram.
Salam.