Alpha To Omega: October 2007

Wednesday, October 31, 2007

To Azhar (officially)


Salam,
Semoga kalian semua di dalam rahmat dan belas kasihan Allah S.W.T.

Sebentar lagi aku akan melihat namaku (insyaAllah) akan naik dalam senarai nama pelajar-pelajar Malaysia untuk menyambung pelajaran di Al-Azhar. Mungkin di Kaherah, mungkin juga Tanta.. Zaqaziq.. atau?? tapi Kuala Lumpur atau Jeram adalah amat mustahil sekali, kecuali hanya dengan kehendak Allah.

Apa yang berlaku di Mesir sungguh cepat sekali. Walaupun sudah dua bulan aku berada di bumi Anbiya', rasanya seperti baru sahaja aku sampai dari Malaysia. Saat-saat perpisahan di KLIA masih lagi terpahat dalam fikiranku. Bayangan dan lambaian orang-orang ramai ..bayangan .. dan lambaian .. ingatan yang tidak dapat ku lupakan.

Namun apa yang ingin dirakamkan di sini ialah jutaan terima kasih kepada sesiapa yang menyokongku dari belakang, baik dari segi do'a, nasihat yang berguna, dorongan, dan lain-lain yang banyak membantuku, khususnya ibubapaku, keluargaku, senior-seniorku di Mesir, kawan-kawanku dan selainnya yang terpahat dalam hatiku.

Aku masih seperti dulu. Aku pasti akan kembali. Aku pasti akan pulang.
Sekiranya tidak membawa ijazah, akan ku cuba membawa risalah. Untukmu keluargaku, agamaku, kawan-kawanku, sahabat sepermainanku, sekolah-sekolahku, sesiapa yang berhubungan denganku, masyarakatku .. Malaysiaku..

Doakan aku.. setiap doamu memberi kekuatan padaku.. untuk melangkah di bumi Anbiya' ini. Doalah apa-apa yang baik buatku.. semoga doamu diterima Allah dan Dia membalasnya setimpal dengan perbuatan baikmu.

Mungkin post kali ini tiada sebarang luahan keluhan atau nasihat kepada kalian. Cukuplah ini sebagai khabar dariku dari Mesir.

Salam.
p/s : Moga Allah merahmatimu dalam perjuanganmu

Saturday, October 20, 2007

Ramadhan .. wa Istimrarul Amal.

Salam kepada semua, (esp. keluargaku di Malaysia dan yang berkaitan denganku dan yang mempunyai rasa cinta kepadaku baik dari kalangan guru2, kawan2, sahabat2, atau saudara semuslim)

Eid Mubarak, Kulla 'Am wa Antum Bikheir, wa Kullu Sanah wa Antum Toyyibun.

Dah lame jugak tak update ni, sampai ada orang komplen dah lame sangat tak update2 (ceh, trase dinanti-nanti plak). pdhal org tu tk niat nk tggu new post pon..huhu.

Seperti yang telah dikata, blogku ini bukanlah tempat persinggahan untuk mengenali diriku dengan diari2 harian yang ku blog kan di ruangan ini.. Apa yang ku tulis ini hanyalah apa yang bermain2 di fikiran ku.. Anugerah Allah kepada semua manusia yang mempunyai akal yang mampu memilih dan menilai keutamaan dan sampingan..

So back to the point,.. update.

Ramadhan ; Ilal Liqa'


In the mean of the night,
A man stood still in my sight,
Gazing straight to the moonlight,
With his hands holding the 'Tasbih' tight.

His body shivered in cold,
On the 'sajadah' smartly unfold,
The eyes were filled by tears and shone like gold,
Looks like a servant waiting to be sold.

The scene keep asking me the reason,
I wonder why the man looks hopeless like in prison,
Later my watch beeping .. telling me the date of 30 Ramadhan,
My heart noticed .. the end of the Ultimate Present..

O Allah,

How sinful am I,

The time I wasted,

The chance I left behind,

The Holy Quran I neglected,

Would I be one of Your man you save from the Hell ?

. . . .

Ramadhan ..

Hadiyyatun minar Rahman,

Shahrul Ghufran,

Shahrunli Su'alil Imtinan,

Shahrul 'Itqi minan Niiran,

Madhal waqtu Qadhaituhu Ghafilan,

wa Qalbi zaaqa bil Khusraan,

'Ainaiya biddumu'i Mumtaliaan,

Ma 'indi qaulun haqqun fi liqa'ina Lahdzatan,

Wa ana fiftiraqika al-Aan,

Wida'an ya Ramadhan ..

Eid Mubarak ..

Allahumma taqabbal a'maalana fi Ramadhanik,

Allahumma sahhil lana fi istimraril a'mali kama kunna fi Ramadhan,

Allahumma ballighna ramadhan fis sanawat al-qadimah..

Assalamualaikum..

Later I blog more..

No idea yang diperlukan.

Allah is with me,

Allah sees me,

Allah will show my deed.