Alpha To Omega: August 2009

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan dan Malaysia




Salam.
Kif hal ? Harap semua sihat-sihat belaka. InsyaAllah.
Lama juga tak update di blog ini. Khoir insyaAllah. Apa khabar Ramadhan anda? Saya tenat. Doakan ya.

Saya kini di Malaysia. Alhamdulillah semua keluarga sihat dan ceria. Menyambut bulan agung di bumi tanah air.
Mungkin dan pasti ada berjuta-juta hikmah mengapa Allah meletak diriku di bumi ini, walaupun sendiri tahu di Mesir lebih agung persekitaran Ramadhannya. Syukurlah sahabat-sahabatku di Mesir. Syukur.

Baru-baru ini pergi menghantar ikhwah ke Mesir di KLIA. Berjumpa beberapa orang lama, murabbi-murabbi berjasa dan lain-lain. Ust Rusydi (jazakumullahukhairan dan alhamdulillah dapat bersembang panjang serta memberi penenang kepada diri dalam suasana 'hangat' di Malaysia), Ust Shahruzzaman (terasa kesungguhan dan kepenatan orang Perak yang datang dari jauh, memang seperti yang dikenali, syeikh DF terkenal), Ust Fauzi (sentiasa cool dan steady) dan Ust Mad (bahang kesungguhan yang sentiasa membakar orang).

Terasa hangat suasana, mengimbau kenangan pertama kali berpisah dengan keluarga. Biasalah, air mata, barulah perpisahan itu terpahat di jiwa. Ada orang kata ; Tears don't dry. Tak tahulah apa maksudnya, buat-buat faham lah ya.

--
17 Ramadhan 2H & 17 Ramadhan 1430H

Apa persiapan Badar kita? 8 hari lagi tinggal. Ada apa-apa perasaan dengan peristiwa yang membuktikan kebenaran Islam dan kemenangan yang akan datang ? Ada rasa menyumbang dengan kemenangan Islam ?
p/s : Bila kita baca sirah dan tarikh, kita fahami bahawa kemenangan itu pasti (bahkan termasuk dalam usul akidah bahawa Islam akan menang) dan ia bukan technically, oleh itu jangan sekali-kali sanggup cakap orang lambatkan kemenangan Islam ya!:)

Jom baca Surah Al-Anfal dan At-Taubah. Sesiapa ada Fi Zilal rujuklah dari Mukaddimah Al-Anfal. Ada rezeki nanti saya post kan dalam blog. :)

--

Kakak saya sudah meminta-minta untuk buat diskusi Tafsir, tapi hati rasa belum mampu dan belum layak. Saya lebih minat untuk diskusi Sirah, tapi biasalah. Saya pun manusia juga.

--

Diriku sudah mula membeku. Benarlah kata murabbi. Duhai kawan sentiasalah berikan kehangatan agar mula memberi kepada sesiapa yang kehausan, bukan hanya duduk di dalam peti sejuk dan menyendiri kesejukan.

--

Status kini : Masih mencari gua yang sesuai.

Sampaikan salam rindu kepada ikhwah Mesir termasuk yang baru sampai.

Wassalam.