Alpha To Omega: February 2005

Thursday, February 10, 2005

Ada apa pada Doraemon?

Salamullahialaikum,
Insya Allah hari ni ade entry, cube nukil yg terbaik, walaupon diri ini tunggang terbalik, aku
tidak tertarik, aku tidak tergolek, aku terus berkolek, hingga ke gunung daik. Aku suke gune ayat skema, utk buat sume terkesima, mane tau dpt seda?, mudah-mudahan Allah redha.

Suatu ketika ku terfikir, suatu ketika ku terpaku, ku terpesona dengan suatu cerita, ku kagumi hasil karyanya, ku sanjungi penulisnya, ku sungguhi memahaminya, pengajaran yang luarbiasa, untuk manusia, makhluk yg plg mulia. Suatu ketika ku terbaca, apa yg dibaca oleh aku ketika kecil, aku tertarik dengan caranya, aku kini sedar apa mesejnya, mengapa tidak sewaktu kecil? kerana kematangan itu memerlukan usia, kerana kematangan itu dtg pada waktunya, bukan secara tiba-tiba, tetapi secara fitrah manusia.

Suatu karangan dari Asia, suatu karya yang tahan lama, ditulis oleh seorang warga sastera jiwa, pandai bermain dengan jiwa manusia, pandai meneroka hati mereka. Fujio F Fujiko. Apa istimewanya? hanya dengan komik Doraemon, Q-taro, dan sebagainya, membuatnya popular, membuatnya sebati dengan kehidupannya. Aku termenung seketika, meneroka jiwa, memahami tema, sesudah baca, bacaan lamaku, ku dapati sesuatu yg sungguh menarik, sesuatu yang mendalam. Doraemon, satu komik yg ku minati sejak kecil, ku kumpul sejak bertahun-tahun, di sana terdapat pengajaran, di sana terdapat dunia khayalan, terdapat fantasi dan pengalaman. Apabila difikir kembali, ternyata benar mesejnya, ternyata realistik pemahamannya, cuma mungkin dia tidak beragama, hanya manusia yg suka meneroka alam sastera, meneroka jiwa, setidaknya ada persamaan dengan kita?

Apa pengajarannya? Seringkali ku baca komiknya, seringkali ku ulang, sewaktu kecilku, kini baru ku fahami, apa maksudnya, sungguh tersirat, sungguh terasa, sungguh terpesona, dengan permainan jiwanya. Boleh ku gariskan beberapa persoalannya, boleh ku hidangkan beberapa topik utamanya, tetapi ia memakan masa, aku pendekkannya menjadi dua, sudah cukup untuk memahami segenap kehidupan manusia, kehidupan kita.

Kejayaan itu tiada jalan pintasnya, kejayaan itu tiada cara mudahnya, tetapi beginilah sikap kita, yg mudah itu menjadi pilihan, yg senang itu menjadi ikutan, yang pintas itu menjadi jalan. Itulah sikap Nobita, tak pernah mahu hidup susah, tak pernah mahu terasa, mahu kesenangan yang cepat, tapi tak dapat, sebab tak cukup syarat. Sikap manusia biasa, tiada siapa yg boleh menafikannya, memang ia sedemikian rupa. Takkan nak salahkan Pencipta? Dia mencipta kita, hidup di dunia, ada matlamatnya, cuma kita terlalu alpa. Dunia ini ada Sunnahnya, ada ketetapannya, siapa yang mahu berjaya kena usaha, siapa yang leka gagallah jawapnya.

Manusia ini ada jenisnya, ada fitrahnya, bukan semua sama, bukan semua serupa, ada perkara untuknya ada yang bukan miliknya. Ada adam ada hawa, ada miskin ada kaya, ada bebal ada sengal, macam-macam ada kata mereka. Manusia ini tak pernah puas, apa yang mahu tak pernah jelas, mahukan perkara yang luarbiasa, mahukan perkara yg org lain ada, sedangkan dirinya tak pernah diteroka, fitrahnya sendiri tak pernah dianalisa. Tidak pernah kita terfikir, apa yang ada di depan mata adalah yang terbaik bagi kita, apa yang ada itu yang paling istimewa, jiwa kita tidak bersyukur, selalu kufur, itulah yang berlaku pada Nobita, ke mana sahaja perginya pasti akan kembali kepada dirinya juga, tidak lari ke mana, semuanya sama sahaja, Doraemon itu sebagai pengajarnya, sebagai kawannya, untuk menunjukinya, untuk menyedarkannya, sampai ke mana boleh perginya?

Begitulah sedikit-sebanyak apa yg ku lihat dari beberapa sudut di dalam komik yg ulung ini. Mungkin tidak cukup tepat, tetapi sekurang-kurangnya ku dapat apa yg tersirat, ku dapat apa yg tak terlihat. Perasaan penuh alpa manusia mendorongnya ke lembah bahaya, tidak mengenal apa sebenarnya, mungkin inilah pengajarannya, bagi mereka yg mencari suasana.