Alpha To Omega: Be it Us

Sunday, January 11, 2009

Be it Us




Salam.
Kif hal? Kaifa hal Ma'allah , ma'a Ghazzah , ma'al-Quran ? Ma'as solati fil masjid ? Ma'a solatil fajr ? Ma'al qiyam was siyam ? Ma'al 'amalis salih ? Ma'al malaikah (Raqib wa Atid) ?
Kaifa halul Imaan?

istafti qalbak - tanyalah hatimu ...

Sudah agak lame juge tak update. Ni pun baru habis satu subjek dalam periksa fasa satu ni. ada lagi 3 to go.. 14 - 17 - 21 Jan 09. Doa2kan ya kami smua. Ameen.
** Perhatian, post ini agak panjang, bagi sesiapa yang nak cepat silakan terus pergi ke website-website yang menceritakan berita saudara-saudara kita di Gaza **

Saya rasa kali ni nak pakai bahasa formal, atas sebab-sebab tertentu.

Mula-mula sekali..

Selamat Hari Jadi ke 54 (27 Disember 1954) buat ayahku yang tercinta. (Papa)
*takpe nnt ada slot khas utk Papa dlm blog nnt insyaAllah
-walau apa sekalipun, Papa adalah seorang bapa yang sangat cemerlang dlm melaksanakan tugas sbg seorang bapa. tapi bagiku dia bukan bapa yg biasa, bahkan punyai fikrah seperti yang aku yakini ini.. nikmat yang tak ramai orang dapat... (nanti akan ada susulan dalam next post insyaAllah)

Qul bifadhlillah wa birahmatihi ~
(katakanlah hanya dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya) - Surah Yunus

Alhamdulillah ala kulli hal.

Kemudian seterusnya ..
Selamat jalan kepada seorang sahabat rapatku (Nur Bakri Abd Hamid) yang telah pulang ke Malaysia pada tarikh 31 Disember 2009. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi. (maaf lambat post and belum ada yang diminta, tunggu ya)

friendship lasts forever , but it depends on the bond that tights us together

Seterusnya,
Selamat tahun baru bagi kedua-dua tahun, Masihi (2009) dan Hijriy (1930) .
Hayatilah apa sahaja yang anda mahu dalam segala peristiwa hijrah, yang penting timbangan yg berat adalah pada tindakan susulan. Sama-sama kita bertindak untuk menyusul para sahabat. Ameen.

Seterusnya,
27 Disember 2009 - tarikh bersejarah yang paling dahsyat. Gaza. Mula-mula dikepung, kemudian makanan tiada, air tak bersih, ubat habis. Kemudian diserang dari luar. Memang dasar Israel (atau lebih tepat sifat Yahudi) yang tak pernah kenal erti kemanusiaan. Okelah cukup sekadar ini saya hurai fakta yang anda semua lebih tahu dan arif.

Inginku kongsikan kepada pembaca, sebuah perkongsian. Sila hadirkan perasaan (bagi sesiapa yang nak membaca dengan penuh manfaat) . Mungkin kurang ku letakkan dalil-dalil atau kata-kata ulama' (seperti yg sepatutnya Azhari - pelajar Azhar - buat), tetapi memadailah andainya kita bersama berkongsi perasaan. Anda boleh kritik dan komen, dialu-alukan.

Tajuknya :

Renungan dalam menuju kekuatan
Renunganku selama ini dan setakat ini ...

Umurku kini sudah hampir menjejaki 22 tahun (1987 - 2009) . Aku pernah melalui zaman kanak-kanak, dan zaman remaja. (Sekarang ni pemuda kot? ke same je?ikut la mane-mane pun). Aku tidak mahu mengatakan bahawa aku sudah alami segala yang mereka (kanak-kanak & remaja) alami, tapi mungkin boleh dikatakan ada beberapa perkara yang sama pernah kita alami, kerana tabiat kita, emosi kita pada waktu itu pada tahapan yang sama.

Kini umurku sudah hampir-hampir menjejak 22 tahun. Bagiku banyak perkara (walaupun mungkin tak sebanyak seperti yang pembaca-pembaca pernah lalui) yang telah aku perhati dan renungi.

Alam ini ada sunnah dan ketetapan. Jiwa ini pun ada cara-caranya untuk berinteraksi.

Bagiku, setiap manusia itu memang diciptakan dengan sifat-sifat tersendiri. Masing-masing ada situasi masing-masing. Kita meraikan semua perkara berkaitan dengan manusia, pada tempat-tempat yang sepatutnya.

Bagiku, Allah itu maha Pengasih dan Penyayang dalam segala aspek. Allah mahukan kebaikan pada hamba-Nya. Allah suka bila hamba-Nya pergi kepada-Nya. Allah menyediakan segalanya untuk hamba-Nya. Dan memang manusia sukar mencari segala yang Allah sediakan, pada zahirnya. Kerana, ia hanya untuk orang yang mencari .. kekuatan.

Bagiku, dunia ini permainan. Kaburan syaitan. Igauan. Sekadar jambatan, persinggahan.
Bagiku, akhirat ini segalanya. SEGALANYA.

Apabila timbul persoalan mengenai kekuatan, ia meliputi jiwa. Sebenarnya. Sepatutnya. Sebetulnya. Atau lebih sesuai dikatakan meliputi hati orang yang beriman. Maka ianya hati, dan iman.

Apabila ku renungi kekuatan jiwa, ia selalu berkata ;

"Wahai pemilikku, mengapa aku ini selalu lemah ? mengapa aku ini selalu jatuh ? Aku tidak suka dalam lubang ini lama-lama, nanti aku berkawan dengan ahli-ahli yg terjatuh dalam sama. Jangan salahkan aku kalau aku susah nak bangun pabila kau ingin mengangkatku. Jangan salahkan aku kalau aku ditarik oleh kawan-kawan lubang hitam yg dalam itu, tikamana kau ingin menggapai tali putih menuju ke arah cahaya terang menderang itu. Bukan salahku, aku cuma bergaul dengan mereka, bersembang dengan mereka. Aku dah terbiasa. Itu bukan salahku. Itu salahmu, segalanya kamu. Segalanya."

Lubang hitam. Gelap. Padat dah (sebab ramai sangat). Ahli-ahlinya meraba-raba mencari punca. Kadang-kadang terjumpa cacing. Pastu dimakannya, sebab dah lapar sangat. Kadang-kadang ular dan kala jengking diingatnya makanan, habis digigit kena racun. tapi takpa.. dah tegar dah.
Yang peliknya, tali putih itu sentiasa ada. Tapi bukan semua yang dapat. Ia cuma pergi kepada sesiapa yang memanggil atau menghulur tangan... untuk naik ke atas. Kembali melihat cahaya.

Di luar sana, terang menderang. Macam-macam boleh nampak. Tapi masih ada yang terlindung.
Kan banyak rahsia di dunia ni..

Jiwaku (yang terjatuh) mencari penyelesaian. Apa dia?

Ia tidak lain.. hanyalah kekuatan. Ia perlukan kekuatan untuk mengangkat tangan, ia perlukan kekuatan untuk membuka mata dan melihat cahaya di atas sana. (kan silau kan) Kekuatan untuk menolak tangan-tangan yang menariknya untuk tidak naik ke atas. Kekuatan untuk memegang erat tali putih itu hingga sampai ke atas.
Ya.. kekuatan.

Bagiku, kekuatan itu mutlaknya dari Allah. Tetapi kita yang memulakannya. Cuma mungkin bezanya dari segi sebab-sebab kekuatan yang Allah nak turunkan kepada kita.

Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya / tegurannya pada kita seorang, maka kita sahut seruan dan kita menjana kekuatan, secara individu dan bukan atas dorongan orang lain. Dengan ini, kita berubah kerana kesedaran dari diri sendiri.

Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya kepada keluarga dan orang-orang terdekat kita. Maka kita sahut seruan bahawa aku perlu menjadi lebih kuat. Seperti Allah turunkan bencana kepada keluarga dan sebagainya. Bezanya ini, orang akan nampak kita berubah setelah mendapat bala'. Dan kita seolah-olah terpaksa untuk kuat.. sebab tiada tempat bergantung melainkan Allah. Walau tak bersedia pun.. terpaksa la..

Kadang-kadang Allah bagi petunjuknya pada orang yang tegur kita, sebab kesalahan kita dia tahu, maka dia tegur kita. Maka kita pun menyahut seruan, aku perlu menjadi lebih kuat.

Kadang-kadang Allah bagi petunjuk pada keadaan sekeliling kita, dunia/hartabenda/dll. Apabila dunia bergolak seperti isu Gaza contohnya, maka kita pun merasakan bahawa aku perlu menjadi lebih kuat, untuk dunia yang sedang bergolak dan sedia untuk menerima apa sahaja yang datang.

Dan apa yang aku ceritakan tadi ada turutannya, so turutan yang paling akhir adalah yang paling aqal / paling rendah, selepas Allah bg petunjuk-petunjuknya (yakni selepas petunjuk dari awal kita tak sahut, maka boleh jadi pergi ke petunjuk seterusnya). Tapi takpe, bagiku yang penting sekali kita ini sedar. Perlu menyahut seruan .. menuju kekuatan.
*berdasarkan hidupku selama ini*

Dan petunjuk Allah yang terakhir, ialah maut dan alam selepasnya (mahsyar, mizan, neraka dsb). Tapi bezanya pada ketika itu, kita bukan saja tidak mampu menjadi kuat, bahkan sudah terlambat, sangat-sangat lambat. Bukan apa, sebab kita lengah-lengahkan, untuk menyahut seruan fitrah daripada Allah. Seruan kelesuan jiwa yang meronta-ronta, seruan kelesuan hati yang keras membatu .. seruan Allah yang menyuruh hamba-Nya berlumba-lumba ke arahnya.

Maka di sini aku membenarkan lagi sabda Nabi S.A.W ;

Cukuplah dengan maut itu sebagai nasihat / teguran

Setiap jenis petunjuk itu ada keistimewaannya. Bila kita sahut yang pertama, kadang-kadang kita tak perlu jumpa yang kedua. Bila kita tinggal yang pertama, kadang-kadang ia boleh terus jatuh pada peringkat terakhir (maut dan selepasnya). Tapi kadang-kadang kalau kita dapat yang ketiga atau seterusnya, kita akan lebih 'rasa' pengalaman 'teguran' yang Allah bagi, berbanding orang yang menyahut seruan yang pertama. Itulah uniknya teguran Allah yang penuh hikmah ini. Semuanya saling melengkapi. Mengikut tahap masing-masing di sisi Allah.

Mari pergi ke peringkat seterusnya .. hayati bersama. Mari.

--------------------

Sesuaikan diri kita dengan keadaan umat sekarang. Lihatlah. Contoh terdekat kita lihat saudara-saudara kita di Gaza. Bagiku, semua petunjuk ada pada mereka. Cukuplah untuk satu dunia menyedari hakikat teguran Allah kepada dunia seluruhnya, khasnya umat Islam.

Satu dunia bangkit menentang kezaliman Zionis. Ya. Umat dunia bangkit. Tapi mereka bangkit atas dasar apa? Kemanusiaan dan fitrah insaniah dalam diri mereka. Tapi kita ini Allah anugerahkan dengan Islam, Iman... lagi-lagi kalau dengan fikrah risalah daripada Nabi tercinta S.A.W. Umat dunia yang buta agama sebenar pun ingin menolong kekuatan ini... Alangkah butanya umat Islam yang tidak mampu mendengar seruan teguran yang maha agung daripada Tuhan semesta alam ini.

Subhanallah. Teguran yang maha hebat engkau berikan pada kami. Tidak mampu ku bayangkan kalau selepas ini masih ada yang tidak mahu menyelamatkan diri dari azab-Mu?

Masya-Allah. Sesungguhnya Engkau telah memperlihatkan kami petunjuk dan teguran-Mu yang sungguh dalam. Masya-Allah hebatnya iman mereka (saudara-saudara Gaza) sehingga Allah menguji sebegitu kepada mereka. Kerana sesungguhnya seorang hamba itu diuji dengan kadar imannya.

Nauzubillah. Ya Allah aku berlindung dari petunjuk-Mu yang lebih dahsyat yang tidak mampu kami menjadi kuat lagi selepasnya.

Mari hayati lagi .. peringkat seterusnya .

-----------------------------------------

Tidak pelikkah? Tidak hairan kah? Umat di Gaza mampu menggegarkan dunia. Mampu memberikan asbab kekuatan kepada umat dunia, hatta orang bukan Islam. Allahuakbar.
Ya, memang tidak pelik. Masakan 313 tentera Badar boleh menang 950-1000 tentera musyrikin itu tidak pelik ? Ya.. pelik sekali.

Tetapi ingatlah, bahawa Iman itu mencipta keajaiban.

Apa beza saudara-saudara di Gaza dengan kita? Bezanya.. mereka ini yang memulakan... mereka ini yang menjadi asbab kepada kebangkitan dunia.. mereka ini yang menyalakan cahaya Allah kepada umat. Ya.. mereka kuat. Sangat kuat. Dengan kekuatan mereka baru mampu menggerakkan orang lain.

Subhanallah besar nya pahala mereka. MasyaAllah besarnya tugas mereka. Mungkin sekadar (di lihat di Youtube / komputer / tv) membaling batu kepada Zionis, tapi itu cukup membuktikan kekuatan mereka, cukup menggerakkan manusia.... untuk menuju kekuatan.

Akhirnya.. aku menyedari.. bahawa kekuatan Iman itu asas semua kekuatan yang lain. Aku yakin aku perlu bersungguh-sungguh membuka mata, memegang tali, menolak tangan-tangan yang menarikku...

Kemudian bila aku di atas nanti.. aku ingin menghulurkan sebanyak mungkin tali-tali putih kepada sahabat-sahabat / manusia di bawah lubang sana. Aku sayang mereka. Mereka sahabat-sahabatku. Aku anggap mereka itu keluargaku. Aku mahu mereka bersamaku menerima cahaya.

Usaha ku susah payah ini bukan apa..
Aku cuma hanya mahu jadi penyelamat,
Bukan hanya pandai jadi pemberat.

Be it Us,
Be it Ours.
Not Them,
Not Theirs.

" Dakwah dan tarbiyah takkan memberimu secara seratus peratus dari keduanya, sekiranya engkau tidak memberi seratus peratus daripadamu kepada keduanya "

Sekadar renungan. Rasanya sesuai untuk semua peringkat umur. Mungkin pemahaman berbeza-beza. Yang penting maksudnya sampai. Segala teguran / komen amat dialu-alukan. Hikmah tak hikmah nombor dua, yang penting tegur kalau silap. Moga-moga jadi asbab kekuatan pada diriku.

Wallahua'lam.

Allahummansuril Islaama wa a'izzal muslimin,
Allahumma a'izzana bil islam,
Wa a'izzal Islama bina.
Ameen.

It's good. Always and forever it is.

Later
Salam.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tq krn mnyedarkn

12:38 pm  
Blogger Nawfal Fathel said...

bila kita mau gerak?

post yg bagus2 sgt2

11:13 pm  

Post a Comment

<< Home