Gunshot !! Aduh . . pedih juga.
Salam kepada semua.
Sudah lama juga tidak ku update mende blogging2 ni.
Keadaanku stabil dan sihat, maka janganlah kalian risau sekiranya tiada pengkhabaran dari diri ini. Mungkin kerana beberapa masalah teknikal tidak dapat ku hubungi kalian.
Baru-baru ini aku menziarahi seorang sahabat lama di Pantai Medical Centre, berhampiran Jalan Pantai Bharu. Keadaannya sangat menyedihkan. Beliau eksiden, kereta terbakar dan meletup, kaki kanan patah satu, kaki kiri patah empat, dan beberapa jahitan pada mulut yang menyebabkan beliau tidak beberapa mampu berkata-kata. Mungkin selepas ini tidak mampu berjalan, hanya menggunakan kerusi roda.
Sahabatku ini yang aku kenali dahulunya adalah seorang yang baik hati dan mudah mesra. Tidak pernah seingatku aku bergaduh dengannya, walaupun umurnya lebih setahun dariku. Keluarganya tidak susah. Alhamdulillah Allah S.W.T banyak memudahkan dari urusan rezeki. Namun ujian Allah itu berbagai, beliau diuji dengan satu ujian yang bagiku cukup menduga.
Mungkin selepas ini beliau tidak dapat meneruskan kerjayanya, iaitu sebagai seorang juruterbang a.k.a pilot melihatkan keadaannya yang agak kritikal itu. Moga-moga beliau mampu bersabar dan tabah dalam ujian ini, dan semoga beliau cepat disembuhkan Allah.
Aku segera teringat hadis Rasulullah S.A.W :-
"Dua nikmat yang sering dilupai manusia, kesihatan dan waktu lapang"
Satu tembakan tepat dan dalam tertusuk hatiku.
Aduh, sakit juga rasanya.
------
Setiap hari aku ditembak.
Tembakan itu padu ke dalam hatiku. Alhamdulillah aku rela dan redha ditembak. Aku tahu "siapa" yang menembak. Dan aku tidak suka memakai baju kalis peluru. Aku sedar tembakan setiap hari itu ingin menjadikan aku tidak bongkak dan rasa kuat, cukuplah aku ditembak untuk tujuan aku menjadi seorang yang tawadhuk dan rendah diri dan sentiasa berharap kepada-Nya.
Baru-baru ini aku ditembak lagi di Masjid Asy-Syakirin KLCC. Aku bertemu dengan seorang pemuda berusia 21 tahun. Dia memulakan perbualan.
Tembakannya,
"Al-Quran ini, bukannya untuk kita ingat saja, tapi kita kena baca hari-hari, janganlah kalau kita rasa dah ingat kita tak nak baca Quran"
Aku juga suatu hari pergi menziarah jiran yang telah kematian kakak angkatnya. Satu tembakan juga kepadaku, betapa aku telah bersedia ke arah kematian ?
Peristiwa tembak menembak ini aku sedari sejak di bangku sekolah menengah. Betapa aku sedar bahawa segala tembakan itu adalah perancangan Allah S.W.T. Aku teringat suatu hari aku rasa risau dan kecewa di atas apa sebab telah kulupai, ketika di Tingkatan 3 rasanya. Tiba-tiba datang kepadaku adikku, yang ketika itu baru darjah 4 rasanya. Beliau berkata kepadaku ;
"Wasta'iinu bissobri was solaah" - dan mintalah tolong dengan kesabaran dan solat.
Wah, tidak kusangka kecil-kecil begini sudah pandai menegur orang dewasa. Aku lantas teringat kisah Umar Abd Aziz ketika beliau ingin tidur sebentar sebelum Zuhur, lantas anaknya yang kecil berkata kepadanya :
' Sudahkah engkau tunaikan hak si fulan itu?' (aku tidak ingat apakah perkaranya itu)
'Aku akan menunaikannya selepas solat Zuhur nanti, aku ingin tidur sebentar kerana aku rasa sangat letih'
'Adakah engkau yakin akan hidup selepas solat Zuhur?'
Lantas Khalifah Umar Abd Aziz bingkas bangun dan terus menunaikan hak si fulan tersebut. Beliau yakin yang menegurnya bukanlah anaknya yang sebenarnya, pada hakikatnya Allah S.W.T yang menegurnya.
------
Yakinlah bahawa setiap hari kita akan ditembak oleh Pencipta, dengan tujuan untuk mengingatkan kita, yakinlah setiap tembakan adalah khasnya untuk kita, kerana Dia sangat mengetahui perihal hamba-hamba-Nya.
Oleh itu, setiap kali kita ditembak, janganlah selalu pakai baju kalis peluru, dan janganlah lihat kepada siapa yang menembak, dan jangan pula kita rasa marah / bengang dengan orang yang tembak kita, tapi lihatlah kepada apa yang ditembak, dan yakinlah segalanya ada kebaikan, dan Allah jualah yang merancang penembakan kita. Si penembak itu hanya perantaraan sahaja, Allah S.W.T sebenarnya yang menembak.
Allah amat menyayangi hamba-hamba-Nya.
Malaysiaku tanahairku.
Sedikit kata-kata renungan ;
Sehebat-hebat tawakkal adalah tawakkal di atas jalan dakwah, seperti mana tawakkalnya para anbiya' dan salafussoleh. - Amr Khaled (orang Mesir)
2 Comments:
ni pengisytharan leh aku "tembak" ko aa?
best~
salam..
rasanye sy knal siapa pilot yg xsdent tuh.. org yg paling rapat dengan saya.. (u.z.e)..
saya pun harap dia tabah mghadapi ujian dr NYA.. dan skrg dia pun alhmdulillah.. dah beransur pulih...
Post a Comment
<< Home