Inilah Fitrah
Assalamualaikum warahmatullah, ok hari ni nk gune ayat skema, skali2 kne btolkan bahase, kang Mllmh Zarina nmpk baru die puas ati tgk hasil anak murid dier - hehe - insyaAllah ikhlas - .
Pada hari yg biasa ini, aku telah meneroka segala kejadian silamku, aku telah menterjemah segala perbuatan hati kecilku, aku telah melihat kembali perkara yg berlaku ke atasku selama ini, aku telah mentafsir segalanya mengikut tafsiran manusia biasa, ingin ku ketahui apa yang tersirat di dalam kehidupan abstrak yang penuh didiami makhluk-makhluk maya, yang dipenuhi norma-norma alam yang tidak dapat ditembusi oleh pancaindera manusia. Apa itu?
Terkadang pernah kita lihat, terkadang pernah kita rasa, terkadang pernah kita jiwai, apakah caranya ini? Terkadang pernah kita fikir, apakah yang paling baik? Terkadang kita selalu bertanya kepada kawan bagaimanakah caranya untuk mengatasi kerumitan ku ini? Kerumitan apa? Apalagi kalau bukan masalah jiwa, apalagi kalau bukan masalah hati? Hati dan jiwa ini bagaikan isi dengan kulit, bagaimana hati begitulah jiwa. Persoalan jiwa manusia adalah persoalan yang selalu diungkap sejak manusia tercipta.
Jiwa - ada apa ? Jiwa merupakan sesuatu perkara yang paling dalam di dalam manusia, jiwa terletak di dalam hati, jiwa tidak boleh ditafsiri pancaindera terbatas. Jiwa hanya boleh ditafsir dengan pandangan mata hati yang suci. Kenapa? Kerana hanya hati yang bersih sahaja yang boleh mengetuk pintu hati-hati manusia. Persoalan jiwa telah melahirkan ahli falsafah, telah menimbulkan bermacam-macam teori, semata-mata untuk menyelesaikan masalah jiwa. Mereka menjangka semuanya boleh diselesaikan dengan AKAL mereka. Mereka menjangka semuanya sempurna dengan cara mereka. Mereka barangkali tidak pernah terfikir bahawa manusia itu tidak pernah sempurna. Mereka barangkali tidak pernah terfikir bahawa jiwa itu Siapa yang punya? Mereka barangkali tidak pernah ter'lihat' akan Pencipta. Mengapa ya?
Tidakkah engkau pernah merasa apa itu "kelemahan"? Tidakkah engkau pernah tahu apa itu "Sunnatullah"?Tidakkah engkau pernah mengenal Fitrah? Mengapa kebanyakan manusia tidak pernah terfikir bahawa Akal itu ada batasnya? Beginilah sifat manusia, memang sukar mengakui kelemahannya. Mereka akan bersikap angkuh untuk bertindak atas kemahuan sedangkan mereka mengetahui bahawa tiada cara yang lain bagi manusia untuk mendapat ketenangan, untuk mendapat jalan penyelesaian, untuk mencari tujuan, kecuali hanya dengan kembali kepada Fitrah. Kembalinya manusia kepada fitrah bermaksud kembalinya dia kepada Pencipta iaitu kepada kejadian asalnya di mana ruh manusia itu mengakui bahawa tiada Ilah selain Allah SWT.
Pernahkah kita berdo'a kepada Allah apabila kita mendapati jadual harian kita tidak teratur? Pernahkah kita istighfaar ketika kita mendapati sedikit sebanyak masalah berlaku? Mahukah kita menjadi seperti Fir'aun tika mana dia ditenggelami air Laut Merah, dia mengakui bahawa Allah itulah tuhannya walhal selama ini dia mengingkarinya. Sedangkan pada ketika itu sudah amat terlambat baginya. Persoalan mengapa Firaun tidak beriman sebelum itu adalah kerana keangkuhannya yang menganggap dirinya setaraf dengan Allah SWT. Tidakkah kita pernah terfikir kisah Nabi Zakariyya AS yang sudah tua telah mendapat cahaya mata sedangkan isterinya itu mandul? Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Mengapa kita tidak mahu kembali kepada-Nya sedangkan sudah terdampar sejuta pengajaran di hadapan mata? Allah itulah yang menghidupkan hati-hati manusia ketika ia sudah mati, Allah itulah yang menjadikan Isa A.S itu tanpa bapa.
Renungilah kembali diri ini, inilah realiti manusia, bila hilang baru tercari, bila jumpa tak kenal diri, bila pergi tak mahu kembali, manusia, manusia, manusia, mengapa begitu ya? Inilah fitrahnya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home