It began from Alpha, it went through Beta, it lied on Epsilon, it flew by Iota, it came to O-micron, it passed by Sigma, finally it stopped at Omega - this is how life goes on, it will walk, it will run, sometimes it will fall, sometimes it will fly, and lastly it will stop when the time has come -- SchmL-KaNZeN
Wednesday, October 31, 2007
To Azhar (officially)
Salam,
Semoga kalian semua di dalam rahmat dan belas kasihan Allah S.W.T.
Sebentar lagi aku akan melihat namaku (insyaAllah) akan naik dalam senarai nama pelajar-pelajar Malaysia untuk menyambung pelajaran di Al-Azhar. Mungkin di Kaherah, mungkin juga Tanta.. Zaqaziq.. atau?? tapi Kuala Lumpur atau Jeram adalah amat mustahil sekali, kecuali hanya dengan kehendak Allah.
Apa yang berlaku di Mesir sungguh cepat sekali. Walaupun sudah dua bulan aku berada di bumi Anbiya', rasanya seperti baru sahaja aku sampai dari Malaysia. Saat-saat perpisahan di KLIA masih lagi terpahat dalam fikiranku. Bayangan dan lambaian orang-orang ramai ..bayangan .. dan lambaian .. ingatan yang tidak dapat ku lupakan.
Namun apa yang ingin dirakamkan di sini ialah jutaan terima kasih kepada sesiapa yang menyokongku dari belakang, baik dari segi do'a, nasihat yang berguna, dorongan, dan lain-lain yang banyak membantuku, khususnya ibubapaku, keluargaku, senior-seniorku di Mesir, kawan-kawanku dan selainnya yang terpahat dalam hatiku.
Aku masih seperti dulu. Aku pasti akan kembali. Aku pasti akan pulang.
Sekiranya tidak membawa ijazah, akan ku cuba membawa risalah. Untukmu keluargaku, agamaku, kawan-kawanku, sahabat sepermainanku, sekolah-sekolahku, sesiapa yang berhubungan denganku, masyarakatku .. Malaysiaku..
Doakan aku.. setiap doamu memberi kekuatan padaku.. untuk melangkah di bumi Anbiya' ini. Doalah apa-apa yang baik buatku.. semoga doamu diterima Allah dan Dia membalasnya setimpal dengan perbuatan baikmu.
Mungkin post kali ini tiada sebarang luahan keluhan atau nasihat kepada kalian. Cukuplah ini sebagai khabar dariku dari Mesir.
Salam.
p/s : Moga Allah merahmatimu dalam perjuanganmu
No comments:
Post a Comment